"Ya?" "Helo, Jackie bercakap ni." Hai, nama saya Tony. Selamat datang ke Every Frame A Painting. Ada pembuat filem yang boleh buat aksi, ada yang boleh buat komedi. Jackie Chan merupakan pakar menggabungkan kedua-duanya selama 40 tahun. Baru-baru ini, ada banyak filem yang menggabungkan adegan-adegan kelakar... dengan adegan-adegan berlawan. Meskipun filem yang ada itu bagus, kedua-dua unsur ini macam dikerjakan oleh dua pengarah yang berbeza gaya mereka. Inilah tarikan hebat Jackie Chan. Dalam gayanya, aksi itulah komedi. Prinsip pengfileman yang sama juga ditunjukkan sama ada anda mahu berlawak mahupun berhandal. Ayuh kita mulakan. Jika anda mahu melihat nama-nama filem yang tertera sambil saya ceritakan ini, silalah tekan butang CC di bawah. Anda bersedia? Jom kita mulakan! Bagaimanakah Jackie menghasilkan aksi yang juga kelakar? Perkara pertama: dia menjadikan dirinya kekurangan. Tak kiralah apa filem pun, Jackie selalu bermula di bawah lawannya. Dia berkaki ayam, dia bergari... dalam mulutnya ada bom. Dari titik inilah dia perlu usahakan diri kembali ke atas. Setiap aksi menghasilkan reaksi yang logik. Dan apabila kita ikuti logik itu... ...akan terhasillah lawak di situ. Gaya komedi sebegini berasal dari bintang-bintang filem senyap seperti Chaplin, Lloyd dan Keaton. Jackie ringkaskan gaya ini menjadi sepatah dialog. "Tolonglah! Aku kata aku tak nak cari masalah!" Kerana Jackie merupakan "underdog", dia perlu menjadi kreatif. Ini membawa kita ke no.2: dia menggunakan apa saja di sekelilingnya. Ini satu aspek gayanya yang paling terkenal. Ambilkan benda yang biasa, lakukan yang luar biasa dengan ia. Dia berlawan pakai kerusi... ...pakaian... ...penyepit... ...papan kekunci... ...Lego... ...peti sejuk... ...dan semestinya...! Ia bukan saja menjadikan lawanannya organik dan masuk akal, malah memberikan lawak yang tak mungkin boleh terhasil di tempat lain. No. 3: Jackie suka kejelasan. Dia takkan buat adegan-adegan yang gelap kalau semua set bertona biru. Musuhnya pakai hitam, dia pakai warna putih. Kalau musuh-musuhnya berpakaian putih, da pula yang ranggi. Gambarannya begitu jelas sampaikan setiap syot menunjukkan dia membawa aksi yang seterusnya. Di sini, meskipun kita sedang melihat 'stuntman', 2/3 gambar menunjukkan tangga. Beberapa saat kemudian, kita lihat sebabnya. Jackie jarang menggunakan kamera 'handheld' ataupun 'dolly' untuk tujuan begini. JC: "Ada banyak pergerakan dalam filem-filem dibuat di Amerika." "Bila sudut kamera bergerak-gerak, maksudnya pelakon-pelakon tak pandai berlawan. " Kita boleh lihat dalam gerak perlahan bagaimana pengendali kamera berayun-ayun untuk menjadikan pukulan mereka tampak keras. Tapi sebab Jackie MEMANG BOLEH berlawan... JC: "Saya tak pernah gerakkan kamera saya. Selalu saja ia tegak. Sudut lebar." "jadi nampaklah saya lompat, saya buat flip, saya terjun." Apabila anda filemkan sebegini, semuanya nampak lebih mengagumkan kerana aksi dan reaksi berada dalam gambar yang sama. Perhatikan kita boleh lihat Jackie, kereta dan dinding sekaligus. Lagak ngeri yang sama dalam 'Rush Hour 3' tidak masukkan semua unsur dalam satu gambar. Jadi tidak berkesan di sini. Prinsip yang sama juga digunakan dalam komedi. Syot ini - arahan Sammo Hung - menunjukkan tumbukkan, riak wajah si penjahat dan Jackie semuanya dalam satu. Perhatikan pula lawak yang sama dalam 'Shanghai Noon'. Di sini, syot aksi dan syot reaksi berasingan. Ia berkesan, tapi kuatnya tak seberapa. Kenapa tidak lebih pengarah buat benda sebegini? Sebab no. 5: mereka kesempitan masa. Jackie seorang yang obseskan kesempurnaan, dia sanggup buat banyak 'take' yang perlu untuk menjadikannya betul-betul tepat. Di Hong Kong, dia punya sokongan studio yang memberikannya masa berbulan-bulan membuat penggambaran. JC: "Benda yang paling susah masa saya baling kipas tu, ia datang balik." "Pakai 120 'take'. Adegan-adegan macam tu awak kata, 'Wow, hebatlah Jackie ni.'" "Tak hebat pun. Awak pun boleh buat. Bezanya awak boleh bersabar ke tidak." Apabila saya menonton semula karyanya, benda-benda kecil inilah yang paling mengagumkan saya. Jackie tidak perlu buat benda macam ini, ia memakan banyak bajetnya. Tetapi dia buat juga kerana dia mahu membuatnya. ??????? JC: "Tapi studio-studio Amerika tak kasi buat benda macam ni." "Semuanya kerana duit." "Karya-karyanya di AS juga ketinggalan sesuatu..." "Ada rentaknya sekali ikut syot-syot dibuat dan disunting." "Jackie ada cakap satu benda yang begitu menarik - " "penonton tidak tahu rentak itu hilang sampai rentakitu sudah tiada." Adegan lawan Jackie punya rentak muzikal yang menonjol, ia satu pemasaan dia lakukan di set bersama pelakon-pelakon lain. "Sedia, 'action'. Berhenti di tempat tu saja!" "Berhenti di situ, jangan kejar!" "Nampak? Semuanya nampak elok." Pakar seni pertahankan diri pun ada masalah dengan perkara ini.