1 00:00:07,570 --> 00:00:10,923 Jika kamu tidak dapat bayangkan hidup tanpa cokolat, 2 00:00:10,923 --> 00:00:15,942 kamu amat bertuah kerana tidak dilahirkan sebelum abad ke-16. 3 00:00:15,942 --> 00:00:19,450 Sebelum itu, cokolat hanya wujud di Mesoamerika 4 00:00:19,450 --> 00:00:22,305 dalam bentuk yang agak berbeza dengan apa yang kita ketahui. 5 00:00:22,305 --> 00:00:24,685 Sejak 1900 SM, 6 00:00:24,685 --> 00:00:27,805 penghuni kawasan tersebut sudah pandai menyediakan kacang 7 00:00:27,805 --> 00:00:30,716 dari pokok koko tempatan. 8 00:00:30,716 --> 00:00:33,216 Rekod terawal memberitahu kita bahawa kacang ditumbuk 9 00:00:33,216 --> 00:00:36,465 dan dicampur dengan tepung jagung dan cili 10 00:00:36,465 --> 00:00:37,956 lalu dijadikan minuman - 11 00:00:37,956 --> 00:00:40,096 bukan secawan koko panas yang menyenangkan, 12 00:00:40,096 --> 00:00:44,736 tetapi minuman memberi tenaga yang berbuih dan pahit. 13 00:00:44,736 --> 00:00:47,976 Jika kamu fikir kita terlalu mementingkan cokolat dewasa ini, 14 00:00:47,976 --> 00:00:51,166 orang Mesoamerika lebih ekstrem. 15 00:00:51,166 --> 00:00:53,596 Mereka percaya bahawa koko ialah makanan dari syurga 16 00:00:53,596 --> 00:00:57,016 dan dianugerah kepada manusia oleh dewa ular berbulu, 17 00:00:57,016 --> 00:00:59,539 orang Maya memanggilnya Kukulkan, 18 00:00:59,539 --> 00:01:02,836 orang Aztek pula memanggilnya Quetzalcoatl. 19 00:01:02,836 --> 00:01:05,287 Orang Aztek menggunakan kacang koko sebagai wang 20 00:01:05,287 --> 00:01:07,826 dan minum cokolat pada jamuan diraja, 21 00:01:07,826 --> 00:01:10,736 koko juga diberi kepada para askar sebagai hadiah kemenangan, 22 00:01:10,736 --> 00:01:13,417 dan ia juga digunakan dalam upacara. 23 00:01:13,417 --> 00:01:18,137 Pertemuan transatlantik cokolat pertama berlaku pada 1519 24 00:01:18,137 --> 00:01:21,727 apabila Hernán Cortés melawat istana Moctezuma 25 00:01:21,727 --> 00:01:23,486 di Tenochtitlan. 26 00:01:23,486 --> 00:01:25,587 Menurut catatan leftenan Cortés, 27 00:01:25,587 --> 00:01:31,287 raja menyediakan 50 jag minuman itu dan menghidangkannya ke dalam cawan emas. 28 00:01:31,287 --> 00:01:34,707 Apabila para penjajah kembali dengan hantaran kacang yang asing itu, 29 00:01:34,707 --> 00:01:37,727 kisah para penginjil tentang adat orang tempatan yang lucah 30 00:01:37,727 --> 00:01:42,068 telah membuatnya dianggap sebagai ubat yang menaikkan syahwat. 31 00:01:42,068 --> 00:01:45,778 Pada mulanya, rasa pahitnya membuatkannya sesuai dijadikan ubat bagi penyakit, 32 00:01:45,778 --> 00:01:47,978 seperti sakit perut, 33 00:01:47,978 --> 00:01:50,777 namun jika ditambahkan dengan madu, gula atau vanila, 34 00:01:50,777 --> 00:01:55,458 cokolat dengan pantas menjadi hidangan popular di dalam istana Sepanyol. 35 00:01:55,458 --> 00:01:58,568 Tidak lama kemudian, semua rumah bangsawan 36 00:01:58,568 --> 00:02:01,568 dilengkapi dengan perkakas khas untuk cokolat. 37 00:02:01,568 --> 00:02:05,378 Minuman popular itu sukar dan memakan masa yang lama untuk dibuat 38 00:02:05,378 --> 00:02:06,859 dalam skala yang besar. 39 00:02:06,859 --> 00:02:10,369 Cokolat juga melibatkan perladangan dan pengimportan buruh hamba 40 00:02:10,369 --> 00:02:14,509 di Kepulauan Carribean dan pulau-pulau di persisiran benua Afrika. 41 00:02:14,509 --> 00:02:18,179 Dunia cokolat berubah selama-lamanya pada 1828 42 00:02:18,179 --> 00:02:24,029 apabila pemerah koko diperkenalkan oleh Coenraad van Houten dari Amsterdam. 43 00:02:24,029 --> 00:02:28,531 Ciptaan Van Houten membolehkan pemisahan lemak semula jadi koko, atau mentega koko. 44 00:02:28,531 --> 00:02:32,516 Apa yang tertinggal ialah serbauk yang boleh dicampurkan ke dalam larutan minuman 45 00:02:32,516 --> 00:02:34,989 atau dicampur kembali dengan mentega koko 46 00:02:34,989 --> 00:02:38,209 untuk menghasilkan cokolat pepejal yang kita ketahui hari ini. 47 00:02:38,209 --> 00:02:40,819 Tidak lama kemudian, seorang pembuat cokolat Swiss 48 00:02:40,819 --> 00:02:42,202 yang bernama Daniel Peter 49 00:02:42,202 --> 00:02:44,701 menambahkan serbuk susu ke dalam campuran, 50 00:02:44,701 --> 00:02:47,790 lalu menghasilkan cokolat susu. 51 00:02:47,790 --> 00:02:51,389 Pada abad ke-20, cokolat bukan lagi makanan mewah golongan elit 52 00:02:51,389 --> 00:02:53,851 tetapi menjadi makanan ringan orang biasa. 53 00:02:53,851 --> 00:02:58,114 Permintaan yang besar menyebabkan koko ditaman dengan lebih meluas, 54 00:02:58,114 --> 00:03:00,815 namun koko hanya boleh tumbuh dekat kawasan khatulistiwa. 55 00:03:00,815 --> 00:03:03,731 Hari ini, hamba Afrika tidak lagi dihantar ke 56 00:03:03,731 --> 00:03:06,021 ladang koko di Amerika Selatan, 57 00:03:06,021 --> 00:03:09,151 sebaliknya penghasilan koko telah beralih ke Afrika Barat, 58 00:03:09,151 --> 00:03:14,701 dengan Cote d'Ivoire menghasilkan dua pertiga jumlah koko sedunia pada 2015. 59 00:03:14,701 --> 00:03:16,744 Namun seraya pertumbuhan industri ini, 60 00:03:16,744 --> 00:03:19,977 penyalahgunaan hak asasi manusia yang menggeramkan telah muncul. 61 00:03:19,977 --> 00:03:22,230 Banyak ladang di Afrika Barat, 62 00:03:22,230 --> 00:03:24,260 yang menjadi pembekal syarikat Barat, 63 00:03:24,260 --> 00:03:25,951 telah menggunakan hamba dan buruh kanak-kanak, 64 00:03:26,731 --> 00:03:31,942 angka kanak-kanak yang terlibat diaggarkan lebih daripada 2 juta. 65 00:03:31,942 --> 00:03:33,951 Gejala ini merupakan maslah yang kompleks 66 00:03:33,951 --> 00:03:38,981 yang berlarutan walaupun usaha bersama antara syarikat cokolat dan negara Afrika 67 00:03:38,981 --> 00:03:42,901 untuk mengurangkan amalan buruh kontrak dan kanak-kanak. 68 00:03:42,901 --> 00:03:47,792 Hari ini, cokolat telah menjadi sebati dengan budaya moden kita. 69 00:03:47,792 --> 00:03:51,442 Oleh sebab kaitannya penjajahannya dengan budaya tempatan, 70 00:03:51,442 --> 00:03:53,892 disertai dengan kuasa pengiklanan, 71 00:03:53,892 --> 00:03:57,113 cokolat telah sinonim dengan nafsu, 72 00:03:57,113 --> 00:03:58,212 keruntuhan akhlak, 73 00:03:58,212 --> 00:03:59,663 dan terlarang. 74 00:03:59,663 --> 00:04:03,471 Namun pengetahuan lebih tentang sejarahnya yang menarik dan biasanya kejam, 75 00:04:03,471 --> 00:04:05,562 serta penghasilannya hari ini, 76 00:04:05,562 --> 00:04:08,642 membuat kita faham asal-usul semua kaitan ini 77 00:04:08,642 --> 00:04:11,052 serta fakta yang tersembunyi. 78 00:04:11,052 --> 00:04:13,912 Oleh itu, apabila kamu membuka bungkusan cokolat kamu nanti, 79 00:04:13,912 --> 00:04:19,911 fikir sejenak bahawa bukan semua tentang cokolat adalah manis.