"Tuliskan semula 5 x (9 - 4)" ; dalam kurungan "menggunakan Hukum Pengagihan Pendaraban ke atas Penolakan." "Kemudian, ringkaskan." Mari tuliskannya semulanya. 5 ( 9 - 4 ). Sebenarnya anda boleh abaikan Hukum Pengagihan. Anda hanya perlu cari jawapan 9 - 4, dan darabkan dengan 5. Tapi jika anda gunakan Hukum Pengagihan, anda agihkan nombor 5. Anda darabkan; 5 x 9 dan 5 x 4, 5 x 9 - 5 x 4. Perhatikan, kita telah agihkan 5 untuk didarabkan dengan 9 dan 4. Dalam video pertama Hukum Pengagihan, kami telah berikan anda idea kenapa perlu agihkan 5; kenapa ia logik; dan kenapa tidak darabkan dengan 9 sahaja. Kita akan buktikan yang cara ini juga memberi jawapan yang sama jika kita jumlahkan 9 - 4 dulu. 5 x 9 = 45. Jadi 45 tolak dengan jawapan kepada 5 x 4; iaitu 20. 45 - 20 = 25, cara ini melalui Hukum Pengagihan. Jika kita tidak mahu gunakan Hukum Pengagihan, sebaliknya nilaikan permasalahan dalam kurungan dulu, 5 darab dengan jawapan kepada 9 - 4. 9 - 4 = 5. 5 x (9 - 4), menjadi 5 x 5, 5 x 5 = 25! Maka kita dapat jawapan yang sama juga. Ini menggunakan "Hukum Pengagihan Pendaraban ke atas Penolakan", biasanya dirujuk sebagai Hukum Pengagihan. Ini pula dengan menilaikan permasalahan dalam kurungan dahulu, kemudian didarabkan dengan 5.