Kita dalam krisis plastik. Siapa yang bertanggungjawab? Bagaimana kita boleh mengubahnya? Mari saya sampaikan fakta pada anda. Lebih dari separuh plastik dihasilkan pada dekad yang lalu. Dan hanya 9% plastik yang dibuat telah di kitar semula. Tapi sebelum anda menyalahkan jiran anda untuk kadar kitar semula yang menyedihkan, mungkin kita patut ambil satu langkah ke belakang dan lihat bagaimana kita sampai di sini. Untuk menjawab soalan itu. Kita harus kembali kepada bermulanya plastik. Tidak, tidak.. bukan sejauh itu. Baik, betul itu. Ini adalah telaga gali, di mana banyak plastik (bunyi bip) anda lihat bertebaran sekeliling. Lebih dekad yang lalu, kerajaan menyalurkan berbilion pada subsidi cukai dan mengubal undang-undang alam sekitar bagi menggalakkan pembangunan minyak dan gas asli. Itu membuatkan banyak syarikat minyak dan gas murah seperti Dow dan Exxon bertukar kepada plastik. Banyak minyak minyak dan gas murah bermakna banyak plastik. Kini plastik merupakan sumber gas rumah hijau yang cepat berkembang seperti CO2 dan metana. Syarikat pengguna besar bertukar pembungkusan produk kepada plastik murah yang hanya pakai sekali dan tidak boleh di kitar semula. Dan tanpa aturan memastikan pengeluar bertanggungjawab ke atas sisa plastik, agaknya siapa yang menampung bil untuk semua sampah itu? Betul itu. Kami pembayar cukai.