Kita dalam krisis plastik. Siapa yang bertanggungjawab? Bagaimana kita boleh mengubahnya? Mari saya sampaikan fakta pada anda. Lebih dari separuh plastik dihasilkan pada dekad yang lalu. Dan hanya 9% plastik yang dibuat telah di kitar semula. Tapi sebelum anda menyalahkan jiran anda untuk kadar kitar semula yang menyedihkan, mungkin kita patut ambil satu langkah ke belakang dan lihat bagaimana kita sampai di sini. Untuk menjawab soalan itu. Kita harus kembali kepada bermulanya plastik. Tidak, tidak.. bukan sejauh itu. Baik, betul itu. Ini adalah telaga gali, di mana banyak plastik (bunyi bip) anda lihat bertebaran sekeliling. Lebih dekad yang lalu, kerajaan menyalurkan berbilion pada subsidi cukai dan mengubal undang-undang alam sekitar bagi menggalakkan pembangunan minyak dan gas asli. Itu membuatkan banyak syarikat minyak dan gas murah seperti Dow dan Exxon bertukar kepada plastik. Banyak minyak dan gas murah bermakna banyak plastik. Kini plastik merupakan sumber gas rumah hijau yang cepat berkembang seperti CO2 dan metana. Syarikat pengguna besar bertukar pembungkusan produk kepada plastik murah yang hanya guna sekali dan tidak boleh di kitar semula. Dan tanpa aturan memastikan pengeluar bertanggungjawab ke atas sisa plastik, agaknya siapa yang menampung bil untuk semua sampah itu? Betul itu. Kami pembayar cukai. Syarikat yang membuat duit dengan plastik ingin anda percaya yang kitar semula akan menyelesaikannya. Namun ia ternyata lebih mahal untuk kitar semula daripada membuat plastik yang baharu. Sesetengah bandar malah mempertimbangkan menghentikan program kitar semula. Ambil Maine, sebagai contoh. Maine melakukan perkara yang betul, tapi produk masih dibungkus dalam cara yang sia-sia dan penduduk bersusah payah membuangnya ketika di tempat pembuangan. Apabila mereka yang membuat pembungkusan plastik tidak bertanggunggjawab ke atas pengurusan sampah mereka, Perkara yang buruk berlaku. Itu sebab ramai yang mula berfikir semula untuk cara menguruskan sisa. Satu cara untuk melakukannya adalah melalui sistem yang dipanggil Tanggungjawab Lanjutan Pengeluar (EPR) Anda mungkin juga memanggilnya bayaran pencemar. EPR untuk pembungkusan mengenakan syarikat dihukum dengan membuatkan mereka bertanggungjawab atas bahan mereka. Seperti membayar lebih untuk bahan bukan kitar semula. A.S tidak memaksa pengilang membantu menguruskan sisa pembungkusan mereka, banyak tempat lain lakukan, termasuk beberapa wilayah Kanada dan semua negara di kesatuan Eropah. Beberapa peraturan ini telah ditetapkan selama 30 tahun dan banyak dari tempat ini kadar kitar semula mencapai hingga 80%. Dan semakin baik lagi, apabila syarikat-syarikat bertanggungjawab terhadap sisa buangan mereka. Mereka sedar yang ia lebih murah mengurangkan pembungkusan mereka berbanding untuk membersihkannya. Itulah bagusnya memperluaskan tanggungjawab kepada pencemar sebenar. Ia boleh membantu mengurangkan sisa plastik di masa depan, meningkatkan kitar semula dengan membuat pembersih aliran sisa, dan oh ya, ini dipanggil perubahan cuaca juga. Beberapa cara lain untuk mengurangkan plastik, seperti beg dan larangan buih, pelaksanaan kitar semula melalui EPR untuk bungkusan adalah apa yang dunia perlukan. Apa pendapat anda tentang EPR? Beritahu kami pada komen di bawah. Terima kasih kerana menonton. Jika anda suka video ini, sila like dan subscribe.