Helo, TEDWomen, apa khabar? (Sorakan) Tak memuaskan. Helo, TEDWomen, apa khabar? (Sorakan) Nama saya Maysoon Zayid, dan saya tak mabuk, yang mabuk ialah doktor yang sambut kelahiran saya. Dia membedah mak saya 6 kali di tempat yang berbeza. Saya sesak nafas semasa proses itu. Akibatnya, saya menderitai palsi serebrum (P.S). Maksudnya, saya asyik menggeletar. Tengok. Ia memenatkan. Saya seolah-olah gabungan Shakira dan Muhammad Ali. (Gelak ketawa) P.S tak berkaitan dengan faktor genetik. Ia bukannya kecacatan lahir. Tiada orang yang menyumpah mak saya, dan saya tak menderitainya kerana ibu bapa saya ialah saudara sepupu, sebenarnya, ya. (Gelak ketawa) Ia berlaku akibat kemalangan, seperti yang berlaku pada saya semasa saya lahir. Saya bukannya seseorang yang memberikan inspirasi, saya tak mahu anda bersimpati pada saya, kerana terdapat saat-saat tertentu dalam hidup anda, anda harapkan bahawa anda kurang upaya. Bayangkan yang berikutnya. Pada hari sebelum Krismas, anda pergi ke pusat beli belah. Anda memandu sambil mencari tempat letak kereta. Apa yang anda lihat? 16 ruang kosong untuk orang kurang upaya. Anda berfikir, "Mengapa saya bukannya kurang upaya?" Anda berfikir, "Mengapa saya bukannya kurang upaya?" (Gelak ketawa) Saya mahu beritahu anda, Saya ada 99 masalah. Palsi cuma salah satu daripadanya. Jika terdapatnya Olimpik Mangsa Penindasan, saya akan mendapat pingat emas. Saya orang Palestina, Muslim, wanita, kurang upaya, dan saya tinggal di New Jersey. (Gelak ketawa) (Tepukan) Ketika ini, anda patut bersyukur pada diri sendiri. Cliffside Park, New Jersey, ialah kampung halaman saya. "Cliffside Park" dan "palsi serebrum" mempunyai persamaan "Cliffside Park" dan "palsi serebrum" mempunyai persamaan kerana kedua-dua mempunyai huruf "C" dan "P". Jika saya mahu berjalan dari rumah saya ke Bandar New York, saya dapat lakukannya. Kebanyakan orang yang menderitai P.S tak boleh berjalan, tapi ibu bapa saya tak suka mendengar "tak boleh". Bagi ayah saya, "Awak boleh lakukannya, ya, awak boleh "boleh". (Gelak ketawa) Jadi, jika semua kakak saya mengelap lantai, saya pun kena mengelap lantai. Jika semua kakak saya belajar di sekolah awam, ibu bapa saya akan pastikan sistem persekolahan benarkan saya belajar di sekolah awam. Jika kami tidak mendapat gred A, selipar mak kami akan menunggu kami. (Gelak ketawa) Semasa saya berusia 5 tahun, ayah saya mengajar saya berjalan dengan cara meletakkan tapak kaki saya pada kakinya. dengan cara meletakkan tapak kaki saya pada kakinya. Dia juga menggoyang-goyangkan wang kertas USD1 di depan saya agar saya mengejarnya. (Gelak ketawa) Sifat penari bogel dalam diri saya agak kuat. Sifat penari bogel dalam diri saya agak kuat. Pada hari pertama saya di tadika, saya berjalan seperti seorang juara yang telah dibelasah dengan teruk. saya berjalan seperti seorang juara yang telah dibelasah dengan teruk. Semasa saya kecil, cuma ada 6 orang Arab di pekan saya. Mereka ialah ahli keluarga saya. Kini, ada 20 orang Arab di situ, mereka masih ahli keluarga saya. (Gelak ketawa) Rasanya, tiada orang tahu bahawa kami bukan orang Itali. (Gelak ketawa) (Tepukan) Itu sebelum serangan 9/11 dan sebelum ahli politik menyalahgunakan slogan "Saya benci Muslim". menyalahgunakan slogan "Saya benci Muslim". Mereka yang membesar bersama saya terima kepercayaan saya. Tapi, mereka amat risau bahawa saya akan kelaparan semasa bulan Ramadan. Saya akan terangkan bahawa lemak badan saya dapat menampung hidup saya selama 3 bulan. Jadi, berpuasa bukannya masalah bagi saya. Saya pernah menari tarian tap di Broadway. Ya, di Broadway. Ia memeranjatkan. (Tepukan) Ibu bapa saya tak mampu menampung terapi fizikal saya, jadi mereka hantar saya ke sekolah tarian. Saya belajar menari dengan kasut bertumit tinggi, saya boleh berjalan dengan kasut bertumit tinggi. Saya berasal dari Jersey. Kami pentingkan gaya. Kawan-kawan saya dan saya pakai kasut bertumit tinggi. Pada cuti musim panas, kawan-kawan saya bercuti di Pantai Jersey. Saya bercuti di zon perang kerana ibu bapa saya risau jika kami tak balik ke Palestin pada setiap musim panas, akhirnya kami mungkin menjadi seperti Madonna. (Gelak ketawa) Semasa cuti musim panas, ayah saya cuba merawat saya. Jadi, saya perlu minum susu rusa, terima rawatan botol panas, diredamkan ke dalam Laut Mati. Air laut menyakitkan mata saya dan saya berfikir, "Ia berkesan!" (Gelak ketawa) Kami dapati rawatan yoga amat berkesan. Tapi, ia amat membosankan. Sebelum saya berlatih yoga, saya pelawak secara langsung yang tidak boleh berdiri. Tapi kini, saya boleh berdiri dengan kepala saya. Ibu bapa saya memberikan saya tanggapan bahawa saya boleh membuat apa-apa saja, dan tiada impian yang mustahil. Impian saya ialah, saya mahu berlakon dalam drama "General Hospital". Di bawah dasar tindakan afirmatif, saya mendapat biasiswa untuk belajar di ASU, Arizona State University, kerana saya memenuhi semua kriteria. Saya dilayan seperti haiwan peliharaan. Semua orang sayang saya. Saya membuat kerja rumah untuk pelajar lain. Saya mendapat gred A dalam semua kursus. Begitu juga dengan kursus mereka. Semasa saya melakonkan sebuah babak dalam "The Glass Menagerie," pensyarah saya menangis. Tapi, saya tidak berpeluang berlakon secara rasmi. Akhirnya, pada tahun terakhir saya, ASU mahu membuat rancangan "They Dance Real Slow in Jackson." Ia tentang seorang gadis yang menderitai P.S. Saya menderitai P.S. Saya sangat gembira, "Akhirnya saya dapat berlakon!" "Saya menderitai palsi serebrum!" "Akhirnya saya bebas!" "Terima kasih kepada Tuhan, akhirnya saya bebas!" Saya tak dapat watak itu. (Gelak ketawa) Sherry Brown mendapat watak itu. Saya berjumpa dengan dekan Jabatan Teater. Saya menangis, seolah-olah kucing saya mati ditembak, dan menanya dia sebabnya. Dia kata, mereka tak fikir saya dapat lakukan aksi-aksinya. Saya kata, "Maaf, jika saya tak dapat lakukannya, begitu juga watak itu." (Gelak ketawa) (Tepukan) Saya ditakdirkan untuk melakonkannya, tapi peluang itu diberikan kepada orang lain. Universiti mencerminkan masyarakat. Pada hakikatnya, Hollywood cuma memilih pelakon yang sihat dari segi fizikal untuk melakonkan watak kurang upaya. Setelah tamat pengajian, saya berpindah balik. Lakonan pertama saya adalah sebagai watak kecil dalam drama pada waktu pagi. Akhirnya, impian saya tercapai. Saya tahu bahawa saya akan menjadi semakin terkenal. Tapi, saya masih tidak terkenal. Saya cuma muncul sekejap saja dalam drama. Akhirnya saya sedar, pengarah tidak akan memilih pelakon kurang upaya yang lurus dan kaum minoriti. Hanya pelakon yang sempurna akan terpilih. Tapi, terdapatnya kekecualian. Sejak kecil, saya suka Whoopi Goldberg, Roseanne Barr dan Ellen. Mereka ini mempunyai satu persamaan: Mereka pelawak. Jadi, saya pun menjadi pelawak. (Gelak ketawa) (Tepukan) Tugas pertama saya adalah sebagai pemandu. Saya menghantar seorang pelawak yang terkenal. Saya pasti tidak akan lupa riak mukanya ketika dia tahu Saya pasti tidak akan lupa riak mukanya ketika dia tahu bahawa pemandu yang memecut ini menderitai P.S. bahawa pemandu yang memecut ini menderitai P.S. Saya pernah membuat persembahan di banyak kelab di Amerika. Saya juga pernah membuat persembahan di Timur Tengah. Persembahan saya tidak ditapis. Sesetengah orang kata, saya pelawak secara langsung yang pertama di dunia Arab. Saya tidak ingin menuntutnya, tapi saya pasti, mereka akan mendapati persembahan saya betul-betul lucu. mereka akan mendapati persembahan saya betul-betul lucu. Pada tahun 2003, kawan baik saya, iaitu Dean Obeidallah dan saya mulakan Festival Komedi Arab-Amerika New York. Kini, ia dah tahun ke-10. Kami mahu mengubah tanggapan negatif media terhadap Arab-Amerika, dan mengingatkan pengarah bahawa orang di Asia Selatan dan orang Arab adalah berbeza. (Gelak ketawa) Mempopularkan orang Arab dalam masyarakat adalah lebih mudah daripada menghapuskan stigma terhadap orang kurang upaya. Sebuah peluang baik muncul pada tahun 2010. Saya dijemput sebagai tetamu undangan dalam rancangan berita kabel "Countdown With Keith Olbermann". Saya sangat gembira. Saya ditarik ke studio dan ditempatkan pada kerusi yang dapat berputar. Saya melihat pengurus pentas dan bertanya, "Maaf, bolehkah saya menukar kerusi?" Dia melihat saya dan mula mengira, "5, 4, 3, 2,..." Ia siaran langsung, kan? Saya terpaksa memegang meja dengan kuat agar saya tidak akan terjatuh dari kerusi itu. Setelah wawancara itu tamat, muka saya pucat-lesi. Saya telah mensia-siakan peluang baik itu. Saya tahu bahawa saya tidak akan dijemput lagi. Tapi, En. Olbermann bukan saja menjemput saya lagi, dia juga menjadikan saya tetamu tetap dan menetapkan kedudukan kerusi saya. (Gelak ketawa) (Tepukan) Semasa dalam rancangan Keith Olbermann, saya belajar sesuatu yang menarik: Pengguna Internet sangat teruk. Orang kata, kata-kata kanak-kanak menyakitkan hati, tapi dari dulu hingga sekarang, saya tak pernah diketawakan. Kecacatan saya telah menjadi sasaran pengguna Internet. Apabila saya menonton klip video, terdapat komen seperti, "Mengapa dia menggeletar?" "Adakah dia terencat akal?" "Kasihannya pengganas yang bermulut senget ini. Kenapa dengan dia? Kita patut berdoa untuk dia." Ada orang yang mencadangkan bahawa saya patut mentakrifkan diri sebagai: penulis skrip, pelawak, palsi. Kecacatan dan warna kulit adalah ketara. Jika pengguna kerusi roda tak dapat melakonkan Beyoncé, maka sebaliknya pun begitu. Orang kurang upaya merupakan... Ya, tepuklah tangan. (Tepukan) Bagi golongan minoriti, jumlah orang kurang upaya adalah tertinggi di dunia dan jumlah kami paling rendah dalam bidang hiburan. adalah tertinggi di dunia dan jumlah kami paling rendah dalam bidang hiburan. Doktor kata, saya tak boleh berjalan, tapi saya ada di sini sekarang. Jika saya membesar pada zaman media sosial, rasanya saya takkan boleh berjalan. Saya berharap, kita semua boleh mewujudkan lebih banyak tanggapan positif terhadap kecacatan dalam media dalam kehidupan seharian. Jika tanggapan positif lebih banyak, mungkin ia dapat mengurangkan komen buruk di Internet. Mungkin tidak. Mungkin semua orang patut terlibat dan mendidik anak-anak kita dengan baiknya. Saya pernah melalui pengalaman yang amat hebat. Saya pernah berjalan di karpet merah bersama pelakon terkenal, Susan Lucci dan Lorraine Arbus. bersama pelakon terkenal, Susan Lucci dan Lorraine Arbus. Saya pernah berlakon dalam filem bersama Adam Sandler dan bekerja dengan idola saya, Dave Matthews. dan bekerja dengan idola saya, Dave Matthews. Saya menjadi terkenal kerana berkomedi dalam "Arabs Gone Wild". Saya menjadi terkenal kerana berkomedi dalam "Arabs Gone Wild". Saya pernah menjadi wakil bagi negeri New Jersey semasa Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008. Saya menubuhkan Maysoon's Kids, sebuah badan kebajikan yang menjaga anak-anak pelarian Palestina, sebagaimana ibu bapa saya menjaga saya. Tapi, pengalaman yang paling hebat ialah,... sebelum saat di TED ini, (Gelak ketawa) (Tepukan) Tapi, saat yang paling hebat ialah, saya berpeluang membuat persembahan untuk lelaki yang bergerak dengan pantas dan bertinju dengan hebat, dia menderitai Parkinson dan juga menggeletar, Muhammad Ali. (Tepukan) Itulah satu-satunya kali ayah saya menyaksikan persembahan secara langsung saya. Saya mendedikasikan ceramah ini kepada Allahyarham ayah saya. (Dalam bahasa Arab) Nama saya Maysoon Zayid. Jika saya boleh "boleh", awak pun begitu. (Tepukan)