Helo, TEDWomen, apa khabar?
(Sorakan)
Tak memuaskan.
Helo, TEDWomen, apa khabar?
(Sorakan)
Nama saya Maysoon Zayid,
dan saya tak mabuk,
yang mabuk ialah doktor
yang sambut kelahiran saya.
Dia membedah mak saya 6 kali
di tempat yang berbeza.
Saya sesak nafas semasa proses itu.
Akibatnya, saya menderitai
palsi serebrum (P.S).
Maksudnya,
saya asyik menggeletar.
Tengok.
Ia memenatkan.
Saya seolah-olah
gabungan Shakira
dan Muhammad Ali.
(Gelak ketawa)
P.S tak berkaitan dengan
faktor genetik.
Ia bukannya kecacatan lahir.
Tiada orang yang
menyumpah mak saya,
dan saya tak menderitainya kerana
ibu bapa saya ialah saudara sepupu,
sebenarnya, ya.
(Gelak ketawa)
Ia berlaku akibat kemalangan,
seperti yang berlaku pada saya
semasa saya lahir.
Saya bukannya seseorang
yang memberikan inspirasi,
saya tak mahu anda
bersimpati pada saya,
kerana terdapat saat-saat tertentu
dalam hidup anda,
anda harapkan bahawa
anda kurang upaya.
Bayangkan yang berikutnya.
Pada hari sebelum Krismas,
anda pergi ke pusat beli belah.
Anda memandu sambil
mencari tempat letak kereta.
Apa yang anda lihat?
16 ruang kosong
untuk orang kurang upaya.
Anda berfikir, "Mengapa saya
bukannya kurang upaya?"
Anda berfikir, "Mengapa saya
bukannya kurang upaya?"
(Gelak ketawa)
Saya mahu beritahu anda,
Saya ada 99 masalah.
Palsi cuma salah satu daripadanya.
Jika terdapatnya
Olimpik Mangsa Penindasan,
saya akan mendapat pingat emas.
Saya orang Palestina, Muslim,
wanita, kurang upaya,
dan saya tinggal di New Jersey.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Ketika ini, anda patut bersyukur
pada diri sendiri.
Cliffside Park, New Jersey,
ialah kampung halaman saya.
"Cliffside Park" dan "palsi serebrum"
mempunyai persamaan
"Cliffside Park" dan "palsi serebrum"
mempunyai persamaan
kerana kedua-dua
mempunyai huruf "C" dan "P".
Jika saya mahu berjalan
dari rumah saya ke Bandar New York,
saya dapat lakukannya.
Kebanyakan orang yang
menderitai P.S tak boleh berjalan,
tapi ibu bapa saya
tak suka mendengar "tak boleh".
Bagi ayah saya,
"Awak boleh lakukannya,
ya, awak boleh "boleh".
(Gelak ketawa)
Jadi, jika semua kakak saya
mengelap lantai,
saya pun kena mengelap lantai.
Jika semua kakak saya
belajar di sekolah awam,
ibu bapa saya akan pastikan
sistem persekolahan
benarkan saya belajar
di sekolah awam.
Jika kami tidak mendapat gred A,
selipar mak kami akan menunggu kami.
(Gelak ketawa)
Semasa saya berusia 5 tahun,
ayah saya mengajar saya berjalan
dengan cara meletakkan
tapak kaki saya pada kakinya.
dengan cara meletakkan
tapak kaki saya pada kakinya.
Dia juga menggoyang-goyangkan
wang kertas USD1 di depan saya
agar saya mengejarnya.
(Gelak ketawa)
Sifat penari bogel
dalam diri saya agak kuat.
Sifat penari bogel
dalam diri saya agak kuat.
Pada hari pertama saya di tadika,
saya berjalan seperti seorang juara
yang telah dibelasah dengan teruk.
saya berjalan seperti seorang juara
yang telah dibelasah dengan teruk.
Semasa saya kecil,
cuma ada 6 orang Arab di pekan saya.
Mereka ialah ahli keluarga saya.
Kini, ada 20 orang Arab di situ,
mereka masih ahli keluarga saya.
(Gelak ketawa)
Rasanya, tiada orang tahu
bahawa kami bukan orang Itali.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Itu sebelum serangan 9/11
dan sebelum ahli politik
menyalahgunakan slogan
"Saya benci Muslim".
menyalahgunakan slogan
"Saya benci Muslim".
Mereka yang membesar bersama saya
terima kepercayaan saya.
Tapi, mereka amat risau
bahawa saya akan kelaparan
semasa bulan Ramadan.
Saya akan terangkan
bahawa lemak badan saya
dapat menampung hidup saya
selama 3 bulan.
Jadi, berpuasa bukannya
masalah bagi saya.
Saya pernah menari
tarian tap di Broadway.
Ya, di Broadway.
Ia memeranjatkan. (Tepukan)
Ibu bapa saya tak mampu
menampung terapi fizikal saya,
jadi mereka hantar saya
ke sekolah tarian.
Saya belajar menari dengan
kasut bertumit tinggi,
saya boleh berjalan dengan
kasut bertumit tinggi.
Saya berasal dari Jersey.
Kami pentingkan gaya.
Kawan-kawan saya dan saya
pakai kasut bertumit tinggi.
Pada cuti musim panas,
kawan-kawan saya bercuti
di Pantai Jersey.
Saya bercuti di zon perang
kerana ibu bapa saya risau
jika kami tak balik ke Palestin
pada setiap musim panas,
akhirnya kami mungkin
menjadi seperti Madonna.
(Gelak ketawa)
Semasa cuti musim panas,
ayah saya cuba merawat saya.
Jadi, saya perlu minum susu rusa,
terima rawatan botol panas,
diredamkan ke dalam Laut Mati.
Air laut menyakitkan mata saya
dan saya berfikir, "Ia berkesan!"
(Gelak ketawa)
Kami dapati rawatan yoga
amat berkesan.
Tapi, ia amat membosankan.
Sebelum saya berlatih yoga,
saya pelawak secara langsung
yang tidak boleh berdiri.
Tapi kini, saya boleh
berdiri dengan kepala saya.
Ibu bapa saya
memberikan saya tanggapan
bahawa saya boleh
membuat apa-apa saja,
dan tiada impian yang mustahil.
Impian saya ialah,
saya mahu berlakon dalam
drama "General Hospital".
Di bawah dasar tindakan afirmatif,
saya mendapat biasiswa
untuk belajar di ASU,
Arizona State University,
kerana saya memenuhi semua kriteria.
Saya dilayan seperti haiwan peliharaan.
Semua orang sayang saya.
Saya membuat kerja rumah
untuk pelajar lain.
Saya mendapat gred A
dalam semua kursus.
Begitu juga dengan kursus mereka.
Semasa saya
melakonkan sebuah babak
dalam "The Glass Menagerie,"
pensyarah saya menangis.
Tapi, saya tidak berpeluang
berlakon secara rasmi.
Akhirnya, pada tahun terakhir saya,
ASU mahu membuat rancangan
"They Dance Real Slow in Jackson."
Ia tentang seorang gadis
yang menderitai P.S.
Saya menderitai P.S.
Saya sangat gembira,
"Akhirnya saya dapat berlakon!"
"Saya menderitai palsi serebrum!"
"Akhirnya saya bebas!"
"Terima kasih kepada Tuhan,
akhirnya saya bebas!"
Saya tak dapat watak itu.
(Gelak ketawa)
Sherry Brown mendapat watak itu.
Saya berjumpa dengan
dekan Jabatan Teater.
Saya menangis, seolah-olah
kucing saya mati ditembak,
dan menanya dia sebabnya.
Dia kata, mereka tak fikir
saya dapat lakukan aksi-aksinya.
Saya kata, "Maaf,
jika saya tak dapat lakukannya,
begitu juga watak itu."
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Saya ditakdirkan
untuk melakonkannya,
tapi peluang itu diberikan
kepada orang lain.
Universiti mencerminkan masyarakat.
Pada hakikatnya,
Hollywood cuma
memilih pelakon yang sihat
dari segi fizikal
untuk melakonkan
watak kurang upaya.
Setelah tamat pengajian,
saya berpindah balik.
Lakonan pertama saya
adalah sebagai watak kecil
dalam drama pada waktu pagi.
Akhirnya,
impian saya tercapai.
Saya tahu bahawa saya akan
menjadi semakin terkenal.
Tapi,
saya masih tidak terkenal.
Saya cuma muncul sekejap saja
dalam drama.
Akhirnya saya sedar,
pengarah tidak akan memilih
pelakon kurang upaya yang lurus
dan kaum minoriti.
Hanya pelakon yang sempurna
akan terpilih.
Tapi, terdapatnya kekecualian.
Sejak kecil,
saya suka Whoopi Goldberg,
Roseanne Barr dan Ellen.
Mereka ini mempunyai satu persamaan:
Mereka pelawak.
Jadi,
saya pun menjadi pelawak.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Tugas pertama saya
adalah sebagai pemandu.
Saya menghantar
seorang pelawak yang terkenal.
Saya pasti tidak akan lupa
riak mukanya ketika dia tahu
Saya pasti tidak akan lupa
riak mukanya ketika dia tahu
bahawa pemandu yang
memecut ini menderitai P.S.
bahawa pemandu yang
memecut ini menderitai P.S.
Saya pernah membuat persembahan
di banyak kelab di Amerika.
Saya juga pernah
membuat persembahan di Timur Tengah.
Persembahan saya tidak ditapis.
Sesetengah orang kata,
saya pelawak secara langsung
yang pertama di dunia Arab.
Saya tidak ingin menuntutnya,
tapi saya pasti,
mereka akan mendapati
persembahan saya betul-betul lucu.
mereka akan mendapati
persembahan saya betul-betul lucu.
Pada tahun 2003,
kawan baik saya,
iaitu Dean Obeidallah
dan saya mulakan
Festival Komedi Arab-Amerika New York.
Kini,
ia dah tahun ke-10.
Kami mahu mengubah
tanggapan negatif media
terhadap Arab-Amerika,
dan mengingatkan pengarah
bahawa orang di Asia Selatan
dan orang Arab adalah berbeza.
(Gelak ketawa)
Mempopularkan orang Arab
dalam masyarakat
adalah lebih mudah
daripada menghapuskan
stigma terhadap
orang kurang upaya.
Sebuah peluang baik
muncul pada tahun 2010.
Saya dijemput sebagai
tetamu undangan
dalam rancangan berita kabel
"Countdown With Keith Olbermann".
Saya sangat gembira.
Saya ditarik ke studio
dan ditempatkan pada kerusi
yang dapat berputar.
Saya melihat pengurus pentas
dan bertanya,
"Maaf, bolehkah saya menukar kerusi?"
Dia melihat saya dan mula mengira,
"5, 4, 3, 2,..."
Ia siaran langsung, kan?
Saya terpaksa
memegang meja dengan kuat
agar saya tidak akan
terjatuh dari kerusi itu.
Setelah wawancara itu tamat,
muka saya pucat-lesi.
Saya telah mensia-siakan
peluang baik itu.
Saya tahu bahawa
saya tidak akan dijemput lagi.
Tapi, En. Olbermann bukan saja
menjemput saya lagi,
dia juga menjadikan saya
tetamu tetap
dan menetapkan
kedudukan kerusi saya.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Semasa dalam rancangan
Keith Olbermann,
saya belajar sesuatu yang menarik:
Pengguna Internet sangat teruk.
Orang kata, kata-kata
kanak-kanak menyakitkan hati,
tapi dari dulu hingga sekarang,
saya tak pernah diketawakan.
Kecacatan saya telah
menjadi sasaran pengguna Internet.
Apabila saya menonton klip video,
terdapat komen seperti,
"Mengapa dia menggeletar?"
"Adakah dia terencat akal?"
"Kasihannya pengganas
yang bermulut senget ini.
Kenapa dengan dia?
Kita patut berdoa untuk dia."
Ada orang yang mencadangkan
bahawa saya patut
mentakrifkan diri sebagai:
penulis skrip, pelawak, palsi.
Kecacatan dan warna kulit
adalah ketara.
Jika pengguna kerusi roda
tak dapat melakonkan Beyoncé,
maka sebaliknya pun begitu.
Orang kurang upaya merupakan...
Ya, tepuklah tangan.
(Tepukan)
Bagi golongan minoriti,
jumlah orang kurang upaya
adalah tertinggi di dunia dan jumlah kami
paling rendah dalam bidang hiburan.
adalah tertinggi di dunia dan jumlah kami
paling rendah dalam bidang hiburan.
Doktor kata,
saya tak boleh berjalan,
tapi saya ada di sini sekarang.
Jika saya membesar
pada zaman media sosial,
rasanya saya takkan boleh berjalan.
Saya berharap,
kita semua boleh mewujudkan
lebih banyak tanggapan positif
terhadap kecacatan dalam media
dalam kehidupan seharian.
Jika tanggapan positif lebih banyak,
mungkin ia dapat mengurangkan
komen buruk di Internet.
Mungkin tidak.
Mungkin semua orang patut terlibat
dan mendidik anak-anak kita
dengan baiknya.
Saya pernah melalui
pengalaman yang amat hebat.
Saya pernah berjalan
di karpet merah
bersama pelakon terkenal,
Susan Lucci dan Lorraine Arbus.
bersama pelakon terkenal,
Susan Lucci dan Lorraine Arbus.
Saya pernah berlakon dalam filem
bersama Adam Sandler
dan bekerja dengan idola saya,
Dave Matthews.
dan bekerja dengan idola saya,
Dave Matthews.
Saya menjadi terkenal kerana
berkomedi dalam "Arabs Gone Wild".
Saya menjadi terkenal kerana
berkomedi dalam "Arabs Gone Wild".
Saya pernah menjadi wakil
bagi negeri New Jersey
semasa
Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008.
Saya menubuhkan Maysoon's Kids,
sebuah badan kebajikan yang
menjaga anak-anak pelarian Palestina,
sebagaimana ibu bapa saya
menjaga saya.
Tapi, pengalaman yang
paling hebat ialah,...
sebelum saat di TED ini,
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Tapi, saat yang
paling hebat ialah,
saya berpeluang
membuat persembahan
untuk lelaki yang
bergerak dengan pantas
dan bertinju dengan hebat,
dia menderitai Parkinson
dan juga menggeletar,
Muhammad Ali.
(Tepukan)
Itulah satu-satunya kali
ayah saya menyaksikan
persembahan secara langsung saya.
Saya mendedikasikan ceramah ini
kepada Allahyarham ayah saya.
(Dalam bahasa Arab)
Nama saya Maysoon Zayid.
Jika saya boleh "boleh",
awak pun begitu.
(Tepukan)