Berapa telinga anda ada?
Dua!
Berapa telinga anda perlukan?
Itu adalah soalan yang rumit.
Sudah tentu, lelaki dan perempuan
boleh mendengar dengan hanya satu telinga.
Ales dilahirkan di Belarus dengan
pendengaran dalam satu telinga sahaja.
Ales dilahirkan sebulan lebih awal.
Dia tidak seberat bayi yang lain.
Ketika dia berumur tiga bulan,
ibunya membawanya ke doktor untuk ujian.
Semasa ujian tersebut, doktor mendapati
bahawa Ales hanya boleh
mendengar dengan satu telinga.
Ibu Ales terkejut.
Dia bekerja dengan kanak-kanak yang pekak.
Dia sangat menyayangi mereka sama
dengan kanak-kanak yang boleh mendengar.
Tetapi dia tidak pernah membayangkan
bahawa anaknya sendiri
tidak akan dapat mendengar
dengan dua telinga.
Dia fikir doktor itu
telah membuat kesilapan.
Kerana dia bekerja dengan
kanak-kanak yang tidak dapat mendengar,
dia juga tahu cara untuk
menjalankan ujian pendengaran.
Jadi, dia menjalankan
ujian pendengaran pada Ales.
Ujian itu menunjukkan bahawa Ales benar-benar
tidak dapat mendengar dengan kedua-dua telinganya.
Tetapi ibu Ales masih
tidak mahu mempercayainya.
Dia membawa Ales ke hospital pakar
untuk kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran.
Doktor menjalankan ujiannya.
Ibu Ales melihat ujian itu pada monitor.
Dia melihiat ke dalam telinga Ales.
Satu telinga kelihatan normal;
yang satu lagi tidak.
Dia lihat tidak ada apa-apa
yang dapat membantu.
Dia mula menangis.
Bagaimanapun, doktor itu
tidak mahu melihat air matanya.
"Kenapa kamu menangis?" dia berkata.
"Anak kamu boleh mendengar dengan satu telinga,
dan itu sudah mencukupi."
Sampai dirumah, ibu Ales terus menangis.
Kemudian dia bercakap dengan Tuhan.
"Kenapa Engkau membenarkan ini berlaku?"
dia bertanya.
Selepas beberapa ketika, dia
memasangkan muzik pada telefonnya.
Lagu gereja indah dimainkan.
Tajuknya adalah "Ya Tuhan Aku Mau."
Ibu Ales telah mendengar
lagu itu banyak kali sejak kecil lagi.
Tetapi buat kali pertamanya, dia memahami
bahawa Tuhan benar-benar dekat dengannya.
Senang rasanya mengetahui
bahawa Tuhan itu dekat.
Tetapi dia masih tidak dapat mempercayai
bahawa Ales tidak akan dapat
mendengar dengan satu telinganya.
Dia terus bercakap dengan Tuhan.
"Engkau boleh melakukan apa sahaja," katanya.
"Jika Engkau memberi nyawa kepada
anakku dengan satu telinga sahaja,
Engkau boleh menyembuhkannya dan
membenarkan dia mendengar dengan dua telinga."
Tiga bulan berlalu,
dan baap Ales menyambut hari jadinya.
Dia tidak mahu kek untuk hari jadinya.
Dia tidak mahu sebarang hadiah.
Dia hanya mahukan Ales untuk
mendengar dengan kedua-dua telinganya.
"Anak kami akan mendengar," dia berkata.
"Tuhan akan lakukan ini
sebagai hadiah hari jadi saya."
Mereka berdoa dan membawa Ales ke hospital
untuk ujian pendengaran yang lain.
Tiada tempat untuk duduk
sementara mereka menunggu.
Ibu Ales menggendong Ales,
dan dia sangat berat.
Akhirnya, doktor memanggil mereka masuk.
Apabila ujian telah selesai, doktor berkata,
"Anak kamu boleh mendengar sempurna
dengan kedua-dua telinganya!"
Ibu Ales sukar mempercayai
apa yang dia dengar.
Dia sangat gembira.
"Ini adalah keajaiban daripada Tuhan!" dia berseru.
Sememangnya, ini adalah satu keajaiban.
Ibu Ales telah melihat
telinga Ales pada monitor
tiga bulan yang lalu.
Dia telah melihat bahawa
tiada doktor yang dapat membantu Ales.
Tetapi Doktor Agung, iaitu Yesus Kristus,
telah menyembuhkan anaknya,
dan kini anaknya boleh mendengar
dengan kedua-dua telinganya.
Bapa Ales menangis dengan
gembira mendengar berita itu.
Dia sangat gembira kerana Tuhan memberinya
hadiah yang sangat indah pada hari jadinya.
Hari ini, Ales berusia enam tahun,
dan dia boleh mendengar baik
dengan kedua-dua telinganya.
Dia menggunakan telinganya
untuk mempelajari ayat-ayat Alkitab.
Dia menggunakan telinganya
untuk mempelajari lagu.
Dia ingin menggunakan telinganya untuk
mempelajari untuk menjadi seorang doktor
dan membantu lelaki dan perempuan yang lain.
Dia tahu bahawa pendengarannya
adalah hadiah daripada Tuhan.