WEBVTT 00:00:00.890 --> 00:00:03.770 Saya akan tunjukkan cara untuk menukar 00:00:03.770 --> 00:00:04.920 pecahan kepada perpuluhan. 00:00:04.920 --> 00:00:06.990 Dan kalau kita ada masa, saya akan ajarkan cara 00:00:06.990 --> 00:00:08.730 untuk menukar perpuluhan kepada pecahan. 00:00:08.730 --> 00:00:11.420 Kita mulakan dengan masalah 00:00:11.420 --> 00:00:12.480 yang agak senang. 00:00:12.480 --> 00:00:15.210 Katalah pecahan 1/2. 00:00:15.210 --> 00:00:17.390 Dan kita nak tukarkannya kepada perpuluhan. 00:00:17.390 --> 00:00:20.170 Saya akan tunjukkan caranya. 00:00:20.170 --> 00:00:22.850 Kamu hanya perlu bahagikan pengangka 00:00:22.850 --> 00:00:24.530 dengan penyebut. 00:00:24.530 --> 00:00:25.510 Mari kita buatkan. 00:00:25.510 --> 00:00:29.110 Jadi kita ambil penyebutbya -- iaitu 2 -- dan 00:00:29.110 --> 00:00:32.280 pengangkanya, 1, akan dibahagikan dengan 2 ini. 00:00:32.280 --> 00:00:34.110 Tahukah kamu caranya untuk bahagikan 1 dengan 2? 00:00:34.110 --> 00:00:37.010 Kalau kamu ingat lagi modul pembahagian perpuluhan yang lepas, 00:00:37.010 --> 00:00:40.220 kamu letakkan saja titik perpuluhan dan tambah 0 di belakang nombornya. 00:00:40.220 --> 00:00:42.880 Nilai nombor ini tak berubah sebenarnya, 00:00:42.880 --> 00:00:45.260 cuma kita tuliskan dengan lebih tepat lagi. 00:00:45.260 --> 00:00:46.700 Kita bubuhkan titik perpuluhan di sini. 00:00:50.260 --> 00:00:50.650 Adakah 1 dapat dibahagikan dengan 2? 00:00:50.650 --> 00:00:51.280 Tidak. 00:00:51.280 --> 00:00:56.180 10 dapat dibahagi dengan 2, dan kita dapat 5. 00:00:56.180 --> 00:00:59.060 Sebab 5 darab 2 adalah 10. 00:00:59.060 --> 00:01:00.050 Bakinya 0. 00:01:00.050 --> 00:01:01.150 Dan selesailah. 00:01:01.150 --> 00:01:06.675 Jadi 1/2 adalah bersamaan dengan 0.5. 00:01:10.570 --> 00:01:12.050 Mari kita cuba yang sukar sikit. 00:01:12.050 --> 00:01:15.000 Kita ambil 1/3. 00:01:15.000 --> 00:01:19.190 Seperti tadi, kita ambilkan penyebutnya, 3, dan 00:01:19.190 --> 00:01:20.740 biar pengangka dibahagi dengannya. 00:01:20.740 --> 00:01:25.470 Saya akan tambahkan beberapa 0 selepas nombor ini. 00:01:25.470 --> 00:01:27.800 1 tak dapat dibahagikan dengan 3. 00:01:27.800 --> 00:01:30.150 Tapi 10 boleh, dan hasil bahaginya 3. 00:01:30.150 --> 00:01:32.452 Sebab 3 darab 3 dapat 9. 00:01:32.452 --> 00:01:35.720 Kita buat penolakan, dapat 1, dan turunkan 0. 00:01:35.720 --> 00:01:37.700 10 bahagi 3 dapat 3. 00:01:37.700 --> 00:01:39.700 Sebenarnya, titik perpuluhannya di sini. 00:01:39.700 --> 00:01:42.710 3 darab 3 adalah 9. 00:01:42.710 --> 00:01:43.930 Nampak tak coraknya? 00:01:43.930 --> 00:01:45.070 Kita asyik dapat nombor yang sama. 00:01:45.070 --> 00:01:47.350 Hasil bahaginya sebenarnya adalah 0.3333. 00:01:47.350 --> 00:01:48.830 Dan ia akan teruskan tak terbatas. 00:01:48.830 --> 00:01:52.160 Cara untuk tuliskan jawapannya ialah, 00:01:52.160 --> 00:01:54.020 kita tak bolehlah tulis 3 yang tak terhingga banyaknya, 00:01:54.020 --> 00:02:00.430 tapi kita tuliskannya sebagai 0.33 berulang, 00:02:00.430 --> 00:02:03.060 maksudnya 0.33 ini akan teruskan tak terbatas. 00:02:03.060 --> 00:02:06.960 Atau kamu boleh tulis 0.3 berulang. 00:02:06.960 --> 00:02:08.630 Tapi saya lebih biasa jumpa yang ini. 00:02:08.630 --> 00:02:09.840 Atau saya mungkin silap. 00:02:09.840 --> 00:02:12.410 Secara umumnya, garisan di atas perpuluhan bermakna 00:02:12.410 --> 00:02:17.320 corak nombor ini akan berulang tidak terbatas. 00:02:17.320 --> 00:02:25.210 Maka, 1/3 adalah bersamaan dengan 0.33333 dan ia akan berterusan sampai bila-bila. 00:02:25.210 --> 00:02:29.770 Ataupun, kita boleh tuliskannya sebagai 0.33 berulang. 00:02:29.770 --> 00:02:33.400 Mari kita cuba beberapa soalan dengan corak serupa 00:02:33.400 --> 00:02:35.060 yang lebih sukar. 00:02:35.060 --> 00:02:36.890 Biar saya pilih nombor yang pelik sikit. 00:02:40.470 --> 00:02:41.890 Kita akan cuba buat pecahan tak wajar. 00:02:41.890 --> 00:02:49.050 Katalah 17/9. 00:02:49.050 --> 00:02:50.160 Ia dah menarik sekarang. 00:02:50.160 --> 00:02:52.260 Pengangka nombor ini lebih besar daripada penyebutnya. 00:02:52.260 --> 00:02:54.200 Maka, kita akan dapat nombor yang lebih besar daripada 1. 00:02:54.200 --> 00:02:55.270 Mari kita buatkan. 00:02:55.270 --> 00:03:00.586 Jadi kita bahagikan 17 dengan 9. 00:03:00.586 --> 00:03:06.000 Dan kita tambahkan 0 selepas titik perpuluhan di sini. 00:03:06.000 --> 00:03:08.730 Jadi 17 boleh dibahagikan dengan 9 sebanyak 1 kali. 00:03:08.730 --> 00:03:11.260 1 darab 9 adalah 9. 00:03:11.260 --> 00:03:14.040 17 tolak 9 adalah 8. 00:03:14.040 --> 00:03:16.240 Turunkan 0. 00:03:16.240 --> 00:03:20.080 80 bahagikan dengan 9 -- kita tahu yang 9 darab 9 adalah 81, jadi 00:03:20.080 --> 00:03:21.830 kita akan dapat 8 kerana 00:03:21.830 --> 00:03:23.230 ia tak cukup 81. 00:03:23.230 --> 00:03:27.010 8 darab 9 adalah 72. 00:03:27.010 --> 00:03:29.560 80 tolak 72 adalah 8. 00:03:29.560 --> 00:03:30.770 Turunkan satu lagi 0. 00:03:30.770 --> 00:03:32.260 Saya rasa kita boleh nampak satu corak lagi. 00:03:32.260 --> 00:03:35.990 80 bahagi dengan 9 adalah 8. 00:03:35.990 --> 00:03:40.820 8 darab 9 adalah 72. 00:03:40.820 --> 00:03:44.350 Jelaslah yang kalau saya bahagikan lagi, 00:03:44.350 --> 00:03:46.790 kita akan dapat 8 yang berulang. 00:03:46.790 --> 00:03:53.740 Jadi, 17 bahagi dengan 9 adalah bersamaan dengan 1.88, di mana 0.88 00:03:53.740 --> 00:03:56.080 adalah berulang. 00:03:56.080 --> 00:03:59.200 Ataupun, kalau kita nak bundarkan nombor ini, 00:03:59.200 --> 00:04:01.430 ia adalah bersamaan 1. -- bergantung pada nilai tempat 00:04:01.430 --> 00:04:02.860 yang perlu dibundarkan. 00:04:02.860 --> 00:04:05.990 Ia adalah lebih kurang 1.89. 00:04:05.990 --> 00:04:07.480 Kita juga boleh bundarkan kepada nilai tempat yang lain. 00:04:07.480 --> 00:04:09.310 Saya telah bundarkan kepada ratus yang terdekat. 00:04:09.310 --> 00:04:11.350 Tapi inilah jawapan yang tepat. 00:04:11.350 --> 00:04:15.126 17/9 adalah bersamaan dengan 1.88. 00:04:15.126 --> 00:04:17.380 Mungkin saya akan buatkannya dalam modul yang lain, 00:04:17.380 --> 00:04:20.730 tapi tahukah kamu untuk tuliskan pecahan ini sebagai nombor bercampur? 00:04:20.730 --> 00:04:23.030 Biar saya tunjukkan dalam modul yang berasingan. 00:04:23.030 --> 00:04:24.390 Nanti kamu lebih keliru lagi. 00:04:24.390 --> 00:04:25.380 Kita akan cuba beberapa masalah lagi. 00:04:28.560 --> 00:04:29.980 Saya akan pilih nombor yang pelik. 00:04:29.980 --> 00:04:34.360 Katalah 17/93. 00:04:34.360 --> 00:04:36.710 Apakah nombor perpuluhan yang bersamaan dengannya? 00:04:36.710 --> 00:04:39.130 Kita gunakan cara yang sama. 00:04:39.130 --> 00:04:45.630 Penyebutnya 93 -- saya guna garisan yang panjang 00:04:45.630 --> 00:04:47.930 kerana saya tak tahu lagi berapa tempat perpuluhan yang diperlukan. 00:04:50.570 --> 00:04:53.220 Ingat ya. Kita bahagikan pengangka di atas 00:04:53.220 --> 00:04:54.930 dengan penyebut di bawah. 00:04:54.930 --> 00:04:56.950 Ini selalu kelirukan saya kerana selalunya kita 00:04:56.950 --> 00:04:59.630 perlu bahagikan nombor yang kecil dengan nombor yang besar. 00:04:59.630 --> 00:05:02.580 Jadi 17 bahagi 93 adalah 0. 00:05:02.580 --> 00:05:04.080 Titik perpuluhan di sini. 00:05:04.080 --> 00:05:05.990 170 bahagi 93? 00:05:05.990 --> 00:05:07.270 Dapat 1. 00:05:07.270 --> 00:05:11.410 1 darab 93 adalah 93. 00:05:11.410 --> 00:05:14.370 170 tolak 93 adalah 77. 00:05:17.980 --> 00:05:20.360 Turunkan 0. 00:05:20.360 --> 00:05:23.700 770 bahagi 93? 00:05:23.700 --> 00:05:24.660 Biar saya fikir. 00:05:24.660 --> 00:05:29.120 Agaknya, kita dapat 8. 00:05:29.120 --> 00:05:33.330 8 darab 3 adalah 24. 00:05:33.330 --> 00:05:35.970 8 darab 9 adalah 72. 00:05:35.970 --> 00:05:39.730 Tambah 2 adalah 74. 00:05:39.730 --> 00:05:42.186 Kemudian kita tolak. 00:05:42.186 --> 00:05:43.990 10 dengan 6. 00:05:43.990 --> 00:05:46.710 Dan ia adalah bersamaan dengan 26. 00:05:46.710 --> 00:05:47.760 Turunkan 0 lagi. 00:05:47.760 --> 00:05:52.800 26 bahagi dengan 93 -- dapat 2 agaknya. 00:05:52.800 --> 00:05:57.020 2 darab 3 adalah 6. 00:05:57.020 --> 00:05:58.704 18. 00:05:58.704 --> 00:05:59.920 Ini adalah 74. 00:06:03.120 --> 00:06:03.930 0. 00:06:03.930 --> 00:06:06.380 Jadi kita boleh teruskan. 00:06:06.380 --> 00:06:08.030 Kita boleh terus bahagikan. 00:06:08.030 --> 00:06:10.020 Dan kita akan buat ini sampai bila-bila. 00:06:10.020 --> 00:06:12.090 Tapi sebagai satu anggaran bagi 00:06:12.090 --> 00:06:23.490 17 bahagi 93 -- atau 17/93, ia adalah bersamaan dengan 0.182 00:06:23.490 --> 00:06:25.020 dan perpuluhan ini akan berterusan. 00:06:25.020 --> 00:06:27.170 Kamu boleh teruskan mengira sebenarnya. 00:06:27.170 --> 00:06:28.650 Biasanya dalam peperiksaan, kamu akan disuruh untuk 00:06:28.650 --> 00:06:29.640 bundarkannya kepada nilai tempat tertentu. 00:06:29.640 --> 00:06:31.650 Contohnya, seperti kepada ratus yang terdekat 00:06:31.650 --> 00:06:33.610 ataupun ribu yang terdekat. 00:06:33.610 --> 00:06:36.550 Mari kita cuba untuk tukarkan 00:06:36.550 --> 00:06:37.830 perpuluhan kepada pecahan pula. 00:06:37.830 --> 00:06:40.090 Saya rasa penukaran ini 00:06:40.090 --> 00:06:42.300 lebih senang daripada penukaran yang sebaliknya tadi. 00:06:42.300 --> 00:06:49.810 Apakah 0.035 dalam bentuk pecahan? 00:06:49.810 --> 00:06:56.845 Kita boleh tuliskan 0.035 sebagai 00:06:56.845 --> 00:07:05.130 -- ia adalah sama dengan 03-- 00:07:05.130 --> 00:07:06.300 Sebenarnya, saya tak patut tulis 035. 00:07:06.300 --> 00:07:10.700 Ia adalah bersamaan dengan 35/1000. 00:07:10.700 --> 00:07:11.580 Kamu mungkin sedang fikir, Sal, macam mana 00:07:11.580 --> 00:07:14.120 kamu tahu yang itu adalah 35/1000? 00:07:14.120 --> 00:07:18.590 Sebab kita tahu yang 00:07:18.590 --> 00:07:20.230 ini nilai tempat persepuluh. 00:07:20.230 --> 00:07:21.360 Ini perseratus. 00:07:21.360 --> 00:07:23.230 Dan ini nilai tempat perseribu. 00:07:23.230 --> 00:07:25.890 Jadi kita ada 3 nilai tempat. 00:07:25.890 --> 00:07:29.260 Maka ini adalah 35 perseribu. 00:07:29.260 --> 00:07:38.650 Katalah kita ada perpuluhan 0.030. 00:07:38.650 --> 00:07:40.140 Ada beberapa cara untuk kita lihatnya. 00:07:40.140 --> 00:07:42.490 Kita boleh lihat yang nilai tempat perpuluhan nombor ini 00:07:42.490 --> 00:07:43.570 sampai tempat perseribu. 00:07:43.570 --> 00:07:48.240 Jadi ia adalah bersamaan dengan 30/1000. 00:07:48.240 --> 00:07:48.610 Atau, 00:07:48.610 --> 00:07:55.550 kita boleh tulis 0.030 sebagai 00:07:55.550 --> 00:08:02.710 0.03 kerana 0 di belakang itu tak membawa makna. 00:08:02.710 --> 00:08:05.920 Angka 0.03 ini ada sehingga nilai tempat perseratus. 00:08:05.920 --> 00:08:11.100 Maka ia adalah bersamaan dengan 3/100. 00:08:11.100 --> 00:08:13.160 Soalannya, adakah dua-dua pecahan ini sama? 00:08:16.330 --> 00:08:16.670 Sudah tentu. 00:08:16.670 --> 00:08:17.680 Dua-dua ini adalah pecahan setara. 00:08:17.680 --> 00:08:20.065 Kalau kita bahagikan pengangka dan penyebut pecahan ini 00:08:20.065 --> 00:08:24.890 dengan 10, kita akan dapat 3/100. 00:08:24.890 --> 00:08:26.220 Kita balik ke contoh ini. 00:08:26.220 --> 00:08:27.550 Sudahkah kita selesaikan masalah ini? 00:08:27.550 --> 00:08:30.120 35/1000 adalah 00:08:30.120 --> 00:08:31.660 pecahan yang betul. 00:08:31.660 --> 00:08:32.584 35/1000. 00:08:32.584 --> 00:08:35.440 Tapi kalau kita nak memudahkannya lagi, 00:08:35.440 --> 00:08:38.530 kita boleh membahagikan pengangka dan penyebutnya dengan 5. 00:08:38.530 --> 00:08:40.860 Maka, bentuk termudahnya adalah 00:08:40.860 --> 00:08:47.280 7/200. 00:08:47.280 --> 00:08:51.020 Dan kalau kita nak menukar 7/200 kepada perpuluhan 00:08:51.020 --> 00:08:54.150 mengikut teknik yang digunakan tadi, kita perlu bahagikan 00:08:54.150 --> 00:08:56.120 7 dengan 200. 00:08:56.120 --> 00:09:00.170 Kita akan dapat 0.035. 00:09:00.170 --> 00:09:02.650 Kamu boleh selesaikannya sendiri sebagai latihan. 00:09:02.650 --> 00:09:05.370 Harap-harap sekarang kamu sudah dapat pemahaman asas tentang 00:09:05.370 --> 00:09:09.320 cara untuk menukar pecahan kepada perpuluhan dan juga yang sebaliknya. 00:09:09.320 --> 00:09:11.840 Dan kalau kamu belum faham lagi, cuba buat lagi latihan bentuk ini. 00:09:11.840 --> 00:09:16.990 Saya akan cuba untuk rekod satu lagi modul 00:09:16.990 --> 00:09:18.880 mengenai topik ini. 00:09:18.880 --> 00:09:20.090 Selamat mencuba.