Adakah anda pernah menyertai perdebatan tentang tenaga nuklear? Kami pernah tetapi sangatlah mengecewakan dan mengelirukan jadi mari kita sertai topik ini Semuanya bermula pada 1940-an Setelah kedahsyatan perang dan penggunaan bom atom tenaga nuklear dijanjikan untuk menjadi perluasan teknologi baru yang aman membantu dunia untuk kembali berdiri Imaginasi setiap orang berkembang luas Adakah elektrik akan menjadi percuma? Mampukah tenaga nuklear membantu pendudukan di Antartika? Akan adakah kereta, kapal terbang atau rumah berkuasa nuklear? Ia kelihatan bahawa ini hanyalah beberapa tahun lagi untuk berusaha Satu perkara yang diyakini: masa hadapan ialah 'atomik' Beberapa tahun akan datang, akan ada perkara seperti kemabukkan usia atom: apabila muncul, tenaga nuklear adalah rumit dan mahal Menukarkan fizik kepada kejuruteraan sangatlah mudah di atas kertas tetapi sukar dalam kehidupan sebenar Dan juga, syarikat swasta berfikir yang tenaga nuklear adalah berisiko tinggi untuk sebuah pelaburan: kebanyakan daripada mereka lebih rela kekal dengan gas, arang batu dan minyak Tetapi, terdapat banyak orang yang tidak mahu mengabaikan janji 'zaman atom': teknologi baharu yang menerujakan prospek penjanaan elektrik secara besar-besaran dan murah prospek kebebasan daripada mengimport gas dan minyak dan bagi sesetengah kes, keinginan rahsia untuk memiliki senjata atom menyediakan motivasi yang kukuh untuk meneruskannya. Masa terbaik penggunaan tenaga nuklear adalah pada 1970-an apabila peperangan di Timur Tengah menyebabkan harga minyak meningkat di seluruh dunia Sekarang, minat dan pelaburan komersial mengambil peluang yang mempesona dengan cepat Lebih daripada separuh reaktor nuklear di di dunia telah dibina pada 1970 hingga 1985 Tetapi apakah jenis reaktor yang dibina dan diberi pelbagai jenis yang berbeza untuk dipilih? Calon yang tidak disangka menang pada hari itu iaitu reaktor air ringan Ia tidak terlalu diinovasikan dan bukanlah terkenal dalam kalangan saintis tetapi ia mempunyai kebaikan juga Ia ada, boleh digunakan, dan tidaklah mahal sangat Jadi bagaimanakah reaktor air ringan bertindak? Prinsip asasnya agaklah mudah Ia mendidihkan air menggunakan tindak balas berantai tiruan Pembelahan nuklear membebaskan beberapa juta kali ganda tenaga berbanding dengan tindak balas kimia Elemen yang sangat berat dan tidak stabil seperti uranium-235 dibedil dengan neutron Neutron diserap tetapi hasilnya adalah tidak stabil Kebanyakan masanya, ia dengan pantasnya terbelah menjadi elemen yang lebih ringan dan bergerak pantas beberapa neutron tambahan yang bebas dan tenaga dalam bentuk sinaran Sinaran memanaskan air di sekeliling manakala neutron-neutron mengulangi proses itu dengan atom lain, membebaskan lebih banyak neutron dan sinaran dalam tindak balas berantai yang tertutup dan terkawal, berlainan dengan tindak balas pantas dan memusnahkan dalam bom atom Dalam reaktor air ringan, sebuah moderator digunakan untuk mengawal tenaga neutron Senang kan, air biasa yang bekerja yang mana sangatlah praktikal kerana air digunakan untuk memutarkan turbin juga Reaktor air ringan juga kerap digunakan kerana mudah dan murah Walau bagaimanapun, ia bukanlah yang terselamat, terefisien dan terelegan secara teknikalnya untuk reaktor nuklear Penggembargemburan tenaga nuklear yang diperbaharui kekal selama hampir satu dekad, walaupun pada 1979, Stesen Janakuasa Nuklear Pulau Three Mile di Pennsylvania hampir mendapat malapetaka apabila terasnya mencair Pada 1986, bencana Chernobyl mengancam Eropah Tengah secara terus dengan awan radioaktifnya, dan pada 2011, bencana Fukushima pula berlaku mencetuskan perbincangan dan perhatian baru Jika pada 1980-an, 218 reaktor kuasa nuklear beroperasi bilangannya dan pengeluaran tenaga elektrik secara nuklear pula terbantut pada hujung 80-an Jafi apakah situasinya kini? Kini, tenaga nuklear mencapai 10 peratus keperluan tenaga dunia Terdapat 439 reaktor nuklear di 31 negara Dan kira-kira 70 reaktor baharu adalah dalam pembinaan pada 2015 kebanyakannya berada di negara yang berkembang pesat 116 reaktor baharu dirancang di seluruh ddunia Kebanyakan reaktor nuklear dibina pada 25 tahun dengan teknologi yang lapuk Tedapat lebih daripada 80 peratus merupakan pelbagai jenis reaktor air ringan Kini, banyak negara yang mengalami pilihan : penggantian yang mahal untuk reaktor yang berusia, mungkin model yang lebih efisien tetapi tidak banyak diuji atau menjauhi tenaga nuklear kepada teknologi baru atau teknologi lama dengan kos dan kesan alam sekitar yang berbeza Jadi, patutkah kita menggunakan tenaga nuklear? Perdebatan kebaikan dan keburukan akan dibentangkan pada minggu hadapan Langgan dan anda tidak akan ketinggalan Laman kami mempunyai penaja baharu: Audible.com Jika mengguna URL : audible.com/nutshell Anda boleh dapatkan buku audio percuma dan menyokong laman kami Sangatlah lama untuk menghasilkan video jadi kami mengisinya dengan mendengar buku audio Untuk buku yang menarik, kami mencadangkan 'Into Thin Air' oleh Jon Krakauer Beliau merupakan penulis yang hebat dan ceritanya memberi kesan dan benar Pergi ke audible.com/nutshell untuk dapatkannya dengan percuma Terima kasih banyak-banyak Audible kerana menyokong kami dan anda kerana menonton