Tambah dan permudahkan jawapan, dan tulis sebagai nombor bercampur
Kita ada dua nombor bercampur di sini.
Kita ada bahagian nombor bulat dan bahagian pecahan
Kita perlu tambah kedua-duanya.
Sekarang, ada dua cara untuk membuat ini.
Awak boleh tukarkan kedua-duanya ke pecahan tak wajar.
Kemudian, tambah kedua-duanya, dan tukar kembali ke nombor bercampur.
Atau, awak boleh perhatikan di sini
17 dan 2/9 adalah sama seperti 17 tambah 2/9.
Manakala 5 dan 1/9 adalah sama seperti 5 tambah 1/9.
Jadi, 17 2/9 tambah 5 dan 1/9 adalah sama seperti
17 tambah 2/9 tambah 5 tambah 1/9.
Kedua-dua kenyataan ini adalah setara keseluruhannya.
Dan, kita tahu,
Apabila awak tambah sekumpulan nombor
Ianya tidak kisah dalam kedudukan yang macam mana sekalipun.
Jadi, awak boleh tukar kedudukan nombor.
Awak boleh katakan ianya adalah sama seperti
17 tambah 5 tambah 2/9 tambah 1/9.
Dan kita boleh lakukan dalam kedudukan yang mana-mana sahaja.
Dan, kita juga tahu
17 tambah 5 adalah bersamaan dengan apa, kan?
Kita sudah buat sebelum ini.
17 tambah 5 adalah 22,
jadi, bahagian ini adalah 22.
Sekarang, kita ada 22 tambah dengan..
Ok, sekarang 2/9 tambah 1/9 adalah bersamaan dengan apa?
Kedua-duanya mempunyai persamaan penyebut.
Jadi, ini akan menjadi per 9.
Dan kemudian, awak tambah pengangka.
2 tambah 1 adalah 3.
Jadi, ianya adalah 22 tambah 3/9.
Tetapi, ini boleh dipermudahkan.
Kedua-dua pengangka dan penyebut boleh dibahagikan dengan 3.
Bahagikan pengangka dengan 3, awak akan dapat 1.
Bahagikan penyebut dengan 3, awak akan dapat 3.
Jadi, ianya adalah 22 tambah 1/3, di mana ianya
adalah sama seperti 22 dan..
Ok, saya akan tulis dengan warna biru yang lain.
Ianya adalah sama seperti 22 dan 1/3.