Kita dikehendaki mengira 9.005 tolak 3.6, atau kita boleh melihatnya sebagai 9 dan 5 perseribu tolak 3 dan 6 persepuluh. Apabila anda menyelesaikan masalah penolakan perpuluhan, perkara yang paling penting, dan ini juga adalah benar apabila anda menambahkan perpuluhan, adalah anda perlu menyusunkan titik-titik perpuluhan pada satu garis tegak. Jadi ini adalah 9.005 tolak 3.6. Jadi kita sudah menyusunkan titik-titik perpuluhan pada satu garis tegak, sekarang kita bersedia untuk menolak. Sekarang kita boleh menolak. Jadi kita bermula di sini. Kita mempunyai 5 tolak kosong. Anda boleh membayangkan 3.6 ini, ataupun 3 dan 6 persepuluh ini, kita boleh menambahkan dua kosong di sini, dan ia akan menjadi sama dengan 3 dan 600 perseribu, yang adalah sama dengan 6 persepuluh. Dan apabila anda melihatnya dengan cara itu, anda akan menyatakan, OK, 5 tolak 0 adalah kosong, dan anda akan menulis 5 di sana. Ataupun anda boleh menyatakan, sekiranya kosong di sana, ia akan menjadi 5 tolak kosong adalah 5. Kemudian anda mempunyai 0 tolak 0, yang hanya adalah 0. Dan kemudian anda mempunyai 0 tolak 6. Dan anda tidak boleh menolak 6 dari 0. Jadi anda perlu mendapatkan sesuatu ke dalam ruang ini, dan apa yang akan kita lakukan adalah pengumpulan semula. Kita akan mengambil satu 1 dari 9, jadi mari kita melakukan itu. Jadi mari kita mengambil satu 1 dari 9, jadi ia akan menjadi 8. Dan kita perlu melakukan sesuatu dengan satu 1 itu. Kita akan meletakkannya pada tempat persepuluh. Sekarang ingat, satu adalah sama dengan 10 persepuluh. ini adalah tempat persepuluh. Jadi ini kemudiannya akan menjadi 10. Anda mungkin telah diajar yang anda meminjam 1 ini, tetapi anda sebenarnya mengambil 1 itu, dan anda sebenarnya mengambil 10 dari tempat di sebelah kiri anda. Jadi satu adalah 10 persepuluh, kita berada di tempat persepuluh. Jadi anda mempunyai 10 tolak 6. Izinkan saya menukar warna. 10 tolak 6 adalah 4. Anda mempunyai perpuluhan anda di sana, dan kemudian anda mempunyai 8 tolak 3 adalah 5. Jadi 9.005 tolak 3.6 adalah 5.405.