Ini adalah pelajaran menulis lagu.
Muzik adalah seperti program komputer.
Nota bertulis dan kata-kata memberitahu
penyanyi apa yang harus dilakukan.
Sesetengah bahagian muzik digunakan
berulangkali. Ini dipanggil ini korus.
Dalam program komputer, bahagian program yang
digunakan berulang kali dipanggil fungsi.
Apabila anda membaca lirik lagu, dan ia mengatakan perkataan
"chorus", adakah anda menyanyikan perkataan korus?
Tidak, anda melihat atas halaman
untuk mencari bahagian korus.
Dalam pelajaran ini, anda akan belajar lagu
pendek yang dipanggil Little Bunny Foo Foo.
Lagu ini mempunyai korus yang anda akan
nyanyikan beberapa kali berulang kali.
Fungsi adalah sekeping kod yang anda boleh
memanggil dan menggunakannya berulang kali.
Ini menjadikan pengaturcaraan lebih mudah
dan lebih cekap,
jadi anda tidak perlu lagi menulis
langkah-langkah fungsi berulang kali.
Anda hanya perlu menulis sekali sahaja!