[Cara mendaftar] Selamat Datang ke Projek Penterjemahan Terbuka! Untuk mula menyumbang, lawati TED.com dan sediakan profil anda. Kemudian anda perlu mendaftar dalam alat penterjemahan dan transkripsi dalam talian kami, Amara. Untuk berbuat demikian, lawati Amara.org dan kemudian log masuk menggunakan profil TED anda. Sekarang pilih bahasa-bahasa anda. Dalam Projek Penterjemahan Terbuka, selain menterjemah TEDTalks Bahasa Inggeris, anda juga akan berpeluang untuk menterjemah dan mentranskripsi TEDxTalks yang disampaikan dalam bahasa-bahasa lain. Jadi di sini, pilih semua bahasa yang anda rasa yakin untuk menterjemah dan mentranskripsi. Kemudian, klik "Apply to Join." Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan. Jawab setepat yang mungkin, dan ingat untuk menjawab kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Apabila anda sudah bersedia, hantar permohonan anda. Biar saya berikan anda petunjuk! Jangan lupa untuk sahkan alamat emel anda dalam emel yang dihantar oleh Amara. Ini membolehkan anda untuk menerima notifikasi apabila permohonan anda telah diterima. Kami mengambil masa sehingga 5 hari untuk meluluskan permohonan. Gunakan masa ini untuk buat persediaan dengan membaca bahan latihan di TED.com dan Wiki kami, OTPedia, dan anda boleh mencari TEDTalks, TEDxTalks dan pelajaran TED-Ed yang anda mungkin mahu terjemah. Selepas permohonan anda telah diterima, hubungi komuniti OTP, dalam kumpulan Facebook umum kami, "I translate TEDTalks" dan "I transcribe TEDxTalks," dan cari kumpulan bahasa khusus anda dalam senarai di OTPedia. Dan buat masa ini, selamat mentranskripsi dan menterjemah!