[Cara mendaftar]
Selamat Datang ke Projek Penterjemahan Terbuka!
Untuk mula menyumbang,
lawati TED.com dan sediakan profil anda.
Kemudian anda perlu mendaftar
dalam alat penterjemahan
dan transkripsi dalam talian kami, Amara.
Untuk berbuat demikian, lawati Amara.org
dan kemudian log masuk
menggunakan profil TED anda.
Sekarang pilih bahasa-bahasa anda.
Dalam Projek Penterjemahan Terbuka,
selain menterjemah
TEDTalks Bahasa Inggeris,
anda juga akan berpeluang
untuk menterjemah dan mentranskripsi
TEDxTalks yang disampaikan
dalam bahasa-bahasa lain.
Jadi di sini, pilih semua bahasa
yang anda rasa yakin untuk
menterjemah dan mentranskripsi.
Kemudian, klik "Apply to Join."
Anda akan diminta untuk menjawab
beberapa soalan.
Jawab setepat yang mungkin,
dan ingat untuk menjawab
kesemuanya dalam Bahasa Inggeris.
Apabila anda sudah bersedia,
hantar permohonan anda.
Biar saya berikan anda petunjuk!
Jangan lupa untuk sahkan alamat emel anda
dalam emel yang dihantar oleh Amara.
Ini membolehkan anda
untuk menerima notifikasi
apabila permohonan anda telah diterima.
Kami mengambil masa sehingga 5 hari
untuk meluluskan permohonan.
Gunakan masa ini
untuk buat persediaan
dengan membaca bahan latihan
di TED.com dan Wiki kami, OTPedia,
dan anda boleh mencari TEDTalks,
TEDxTalks dan pelajaran TED-Ed
yang anda mungkin mahu terjemah.
Selepas permohonan anda
telah diterima,
hubungi komuniti OTP,
dalam kumpulan Facebook umum kami,
"I translate TEDTalks"
dan "I transcribe TEDxTalks,"
dan cari kumpulan bahasa khusus anda
dalam senarai di OTPedia.
Dan buat masa ini,
selamat mentranskripsi dan menterjemah!