Saya mengalami kecacatan selama tiga puluh satu tahun. Saya telah terlibat dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1987. Saya Bob Ness, seorang Produser Video dan Editor, dan sentiasa ingin bekerja dalam bidang produksi, dan ingin mengupah DP untuk mengambil dalam apa jua video dan apabila saya mengetahui Canon telah menghasilkan satu aplikasi, saya pun mencubanya 5D Mark Four, saya merasa amat teruja akhirnya dapat bekerja dalam bidang produksi kerana daripada memerlukan seseorang untuk mengambil rakaman, saya sendiri dapat melakukannya sendiri, di mana ia begitu penting buat saya, kerana selama ini saya hanya meminta seseorang untuk melakukannya kini saya sendiri dapat mengambil apa saja rakaman yang saya mahu, bawa pulang dan edit sendiri, jadi...ini merupakan satu cabaran buat saya. Bidang utama saya ialah komunikasi dan sentiasa mahukan penglibatan dalam televisyen dan, dan video dan radio, jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakannya sekali, dan anda tahu ia mengambil masa yang agak lama dari segi teknologi dari tape hingga ke digital, tapi akhirnya saya....mampu untuk menjadi seorang produser dan editor dan kemudian, terus memulakan perniagaan sehingga saya mengedit benda digital kemudian suntingan non-linear telah keluar, dan saya ingin mengambilnya dan saya tidak boleh kerana kamera itu terlalu besar dan berat dan sekarang semuanya telah menjadi kecil dan mudah untuk memegangnya saya akhirnya keluar mengambil sendiri video, ia merupakan satu trajektor yang panjang tapi saya fikir ia berhasil setakat ini. Saya mempunyai syarikat yang dipanggil: Sliding Board Productions Saya gelarnya Sliding Board Productions kerana papan luncur merupakan sepapan kayu yang anda letakkan di bawah ketika ingin memindahkan dari satu kerusi ke satu kerusi yang lain atau uhh.. sofa atau katil atau apa-apa saja, tetapi bagi saya ia adalah satu cerita yang membawa anda dari satu tempat ke tempat yang lain, sepertimana papan membawa anda dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya bekerja dengan bahagian pemasaran, pemasaran video, bercerita tentang servis, produk baharu, saya juga bekerjasama dengan kebanyakan mereka yang memerlukan dalam pegumpulan dana Ia sesuatu perkara yang menyeronokkan saya menyukainya dan uhh...saya berharap dapat terus melakukannya. Saya berada di Chicago Illinois, dan saya menguruskan perniagaan, saya bekerja dalam bidang pemgambilan video kira-kira dua puluh tahun dan mempunyai syarikat sendiri dalam lima tahun, anda tahu yang kita boleh jadi sedikit sibuk. mungkin...(ketawa) tetapi ia menyeronokkan, itu merupakan perkara utama yang saya sangat suka lakukan setiap hari, jadi..