Return to Video

Menyediakan vaksin, ubat-ubatan dan ujian untuk kegunaan kecemasan

  • 0:06 - 0:08
    Menyediakan vaksin, ujian dan ubat-ubatan
  • 0:09 - 0:10
    boleh mengambil masa yang lama.
  • 0:10 - 0:13
    Walaupun adanya darurat kesihatan,
    seperti Covid-19.
  • 0:14 - 0:16
    Untuk memastikan akses segera
    untuk semua,
  • 0:16 - 0:19
    WHO telah menyediakan EUL -
    Penyenaraian Penggunaan Kecemasan.
  • 0:20 - 0:22
    Video ini menerangkan
    bagaimana EUL berfungsi.
  • 0:24 - 0:28
    Sebelum vaksin, ubat dan ujian diagnostik
    boleh digunakan orang ramai,
  • 0:28 - 0:30
    mereka perlu diuji untuk memastikan
  • 0:30 - 0:34
    kualiti, keselamatan dan keberkesanan
    mencapai piawaian
  • 0:35 - 0:37
    Ini melindungi orang ramai daripada
    potensi bahaya
  • 0:37 - 0:40
    dan memastikan produk berfungsi seperti
    yang sepatutnya:
  • 0:40 - 0:43
    mengelakkan, menguji dan merawat penyakit.
  • 0:44 - 0:47
    Tetapi banyak negara
    tidak mempunyai sumber
  • 0:47 - 0:48
    untuk menjalankan langkah penting ini,
  • 0:48 - 0:51
    yang boleh menyebabkan kelewatan
    dalam mendapatkan produk yang boleh selamatkan nyawa
  • 0:51 - 0:53
    kepada mereka yang paling memerlukan.
  • 0:54 - 0:56
    Cabaran ini semakin sukar
    apabila penyakit itu baharu,
  • 0:56 - 0:58
    seperti Covid-19.
  • 0:58 - 1:01
    Produk kesihatan Covid-19 yang baharu mesti diperiksa,
  • 1:01 - 1:02
    dengan teliti dan juga pantas,
  • 1:02 - 1:04
    untuk memastikan mereka berkesan
    dan selamat untuk digunakan.
  • 1:06 - 1:07
    Untuk mempercepat proses ini,
  • 1:07 - 1:11
    WHO telah menyediakan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan - EUL,
  • 1:11 - 1:14
    yang menilai kesesuaian produk kesihatan
  • 1:14 - 1:16
    berdasarkan asas risiko melawan kebaikan.
  • 1:17 - 1:18
    Untuk ujian,
  • 1:18 - 1:21
    kami menilai kualiti sedia ada,
    keselamatan dan data prestasi
  • 1:21 - 1:22
    dengan pakar bebas.
  • 1:23 - 1:26
    Beberapa ujian Covid-19 telah
    mematuhi syarat-syarat kami
  • 1:27 - 1:28
    dan disenaraikan untuk digunakan.
  • 1:29 - 1:31
    Untuk vaksin dan ubat,
  • 1:31 - 1:33
    kami menilai data
    daripada percubaan klinikal
  • 1:33 - 1:36
    dan data lain tentang keselamatan,
    keberkesanan dan kualiti,
  • 1:36 - 1:39
    dan menjemput pakar
    daripada pihak berkuasa kesihatan nasional
  • 1:39 - 1:40
    untuk mengkaji semula mereka juga.
  • 1:40 - 1:42
    Apabila vaksin, ubat atau ujian
  • 1:43 - 1:45
    telah disenaraikan untuk Kegunaan Kecemasan,
  • 1:45 - 1:48
    kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pakar
    untuk menerangkan kebaikan mereka
  • 1:48 - 1:51
    dan membantu dengan proses kelulusan
    di negara-negara lain.
  • 1:52 - 1:54
    Tetapi kami tidak berhenti di situ.
  • 1:54 - 1:58
    WHO akan terus melakukan
    pemeriksaan kualiti berkala untuk semua produk.
  • 1:59 - 1:59
    Matlamatnya:
  • 1:59 - 2:02
    untuk menyokong negara-negara
    di seluruh dunia
  • 2:02 - 2:03
    untuk memberikan vaksin, ujian dan ubat
  • 2:03 - 2:06
    yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan
  • 2:06 - 2:08
    dengan secepat dan seselamat yang mungkin.
Title:
Menyediakan vaksin, ubat-ubatan dan ujian untuk kegunaan kecemasan
Description:

Menyediakan vaksin, ujian dan ubat-ubatan boleh mengambil masa yang lama, walaupun adanya darurat kesihatan seperti Covid-19. Untuk memastikan akses segera kepada semua, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL). Video ini menerangkan bagaimana EUL berfungsi.

more » « less
Video Language:
English
Team:
Amplifying Voices
Project:
COVID-19 Pandemic
Duration:
02:19

Malay subtitles

Revisions Compare revisions