(Muzik) Atropa belladonna akan membunuh anda. Datura akan membuatkan anda tidur selamanya. Aconitum akan membunuh anda. Laurel akan mengeluarkan sianida dan membunuh anda. (Muzik) Setiap tumbuhan di The Poison Garden adalah beracun dan boleh membunuh anda. Saya ialah Trevor Jones, dan saya ialah Ketua Tukang Kebun, di Taman Alnwick. Tumbuhan ini ialah Hogweed Gergasi. Ia boleh membesar kira-kira dalam 8 kaki tinggi. Ia fototoksik, boleh membuatkan kulit anda terbakar, dan melepuh sehingga 7 tahun. Taman ini terletak di taman diraja istana lama di Northumberland, UK. Kami mempunyai kira-kira 95 tumbuh-tumbuhan, dan kami menambah koleksi dari semasa ke semasa. Ini ialah Aconitum, atau monkshood. Bunga biru yang cantik tetapi keseluruhan tumbuhannya ialah beracun. Beri yang dihancurkan dan dimakan boleh membunuh anda. Daun-daunnya juga boleh membunuh anda, seperti mana juga akar dan tangkainya. Kami jelas dengan taman ini, jadi kami perlu tahu setiap tumbuhan yang ditanam, kami harus berhati-hati ketika sedang mengerjakannya, kami perlu melindungi bahagian kulit apabila mengerjakan tumbuh-tumbuhan yang merbahaya. Tumbuhan Laurel ini, ia mengeluarkan sianida, dan kita semua tahu apa yang boleh terjadi. Cetusan idea Puteri Belanda, Puteri Belanda Northumberland, daripada mempunyai taman herba, beliau memutuskan yang lebih menarik, dan membuat taman beracun. Ia adalah tumbuhan yang biasa. Malahan, ada antara tumbuhan itu digelar "cottage garden". Dan ia tumbuh di kebanyakan taman lain, tapi mereka tidak tahu betapa bahayanya tumbuhan tersebut. Ini ialah Atropa belladonna. Empat beri sudah cukup untuk membunuh seorang kanak-kanak. Orang ramai tertarik dengan tumbuhan beracun, mereka risau bila mengetahui, kerana kebanyakan mereka menanamnya di rumah dan mereka tidak sedar akan kesannya ke atas kita sebagai manusia. Adakah ia sesuatu yang menarik? Sudah pasti. Kenapa? Ia adalah cara yang baik untuk menyingkirkan isteri anda. (Ketawa) Penemu ramah: Oh,Tuhan! Trevor: Saya tidak tahu (Ketawa)