YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← NatureNow: Greta Thunberg and George Monbiot make short film on the climate crisis

Get Embed Code
64 Languages

Subtitles translated from Inggris Showing Revision 1 created 01/06/2020 by TWB.

  1. Ini bukan latihan.
  2. Nama saya Greta Thunberg.
  3. Kita sedang hidup di permulaan
    kepupusan besar-besaran.
  4. Iklim kita semakin merosot.
  5. Kanak-kanak seperti saya meninggalkan pendidikan mereka untuk membantah.
  6. Tetapi, kita masih boleh
    memperbetulkan keadaan ini.
  7. Anda masih boleh
    memperbetulkan keadaan ini.
  8. Kita perlu berhenti membakar bahan api fosil, tapi ini sahaja tidak memadai
  9. Pelbagai solusi telah dibincangkan,
    tetapi bagaimana pula dengan solusi
  10. yang berada di depan mata kita?
  11. Kawan saya George akan menjelaskannya.
  12. Ada sebuah mesin ajaib yang menyerap
    karbon daripada udara
  13. yang hanya memerlukan kos kecil untuk dibina.
  14. Ia dipangggil ... pokok.
  15. Pokok merupakan salah satu
    penyelesaian iklim semula jadi.
  16. Pokok bakau, rawa gambut, hutan, rawang, dasar laut, hutan kelp, paya, terumbu karang,
  17. menyerap dan menyimpan karbon dari udara
  18. Alam semula jadi merupakan alat yang boleh
    kita gunakan untuk membaiki iklim yang merosot.
  19. Solusi iklim alam semula jadi ini
    boleh membawa perubahan yang besar.
  20. Menakjubkan, bukan?
  21. Tetapi, hanya jika kita berhenti mencarigali bahan api fosil
  22. Ini bahagian yang mengejutkan ...
    yang sedang kita abaikan sekarang.
  23. Kita berbelanja lebih seribu kali ganda bagi subsidi bahan api fosil
  24. berbanding dengan penyelesaian alam semula jadi.
  25. Penyelesaian iklim semula jadi
    yang digunakan hanya mendapat 2%
  26. dari keseluruhan wang yang digunakan untuk
  27. menangani iklim yang merosot.
  28. Ini wang anda, cukai anda dan simpanan anda.
  29. Perkara yang lebih mengejutkan lagi ialah,
    kita sedang memusnahkan
  30. alam semula jadi dengan
    lebih pantas daripada sebelumnya.
  31. Sehingga 200 spesis mengalami
    kepupusan setiap hari.
  32. Kebanyakan ais di Artik telah mencair.
  33. Kebanyakan haiwan liar kita telah pupus.
  34. Kebanyakan tanah kita sudah tiada lagi.
  35. Jadi, apa yang kita perlu buat?
  36. Apa yang anda perlu buat?
  37. Mudah sahaja... kita perlu melindungi,
    memulihkan dan membiaya
  38. Melindungi.
  39. Hutan tropika ditebang pada kadar
  40. 30 padang bola sepak dalam satu minit.
  41. Bilamana alam semula jadi sedang melakukan sesuatu yang penting, kita perlu melindunginya.
  42. Memulihkan.
  43. Kebanyakan planet kita telah mengalami kerosakan.
  44. Tetapi alam semula jadi kita boleh tumbuh semula
  45. dan kita boleh membantu ekosistem kembali pulih.
  46. Memberikan dana
  47. Kita perlu berhenti membiayai perkara
    yang boleh merosakkan alam semula jadi
  48. dan membayar untuk perkara
    yang boleh memulihkannya.
  49. Mudah sahaja.
  50. Lindungi, pulihkan dan berikan dana
  51. Ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
  52. Ramai yang telah mula menggunakan
    penyelesaian alam semula jadi.
  53. Kita perlu melakukannya pada skala besar-besaran.
  54. Anda boleh menjadi sebahagian daripadanya
  55. Undilah orang yang mempertahankan
    alam semula jadi.
  56. Kongsikan video ini.
  57. Bincangkan perkara ini.
  58. Terdapat gerakan hebat di seluruh dunia yang berjuang untuk alam semula jadi
  59. Sertai mereka!
  60. Setiap sumbangan adalah penting.
  61. Apa yang anda lakukan adalah penting.