Patrick Otema berumur 15 tahun. Dia dilahirkan pekak, tapi di kawasan terpencil di utara Uganda, tiada sekolah untuk kanak-kanak yang pekak. Seumur hidup beliau, Patrick tidak pernah berbual langsung. Hello, awak baik-baik saja? Ayahnya, Charles, yang menjaganya. Mereka hanya boleh berkomunikasi melalui isyarat yang sangat asas sahaja. Jika saya bercakap kepadanya seperti saya bercakap sekarang, dia takkan faham. tapi saya boleh buat seperti ini dan arahkan kepadanya untuk mengambil cangkul supaya dia pergi ke kebun. Kami disini bercakap tentang Patrick di hadapannya, dan semasa beliau melihat kami, beliau tidak faham apa yang kami katakan. Ia merasa seperti tidak beradab, tetapi beginilah hidup Patrick selama ini. Saya berada di sini bersama seseorang yang mahu mengubah semua itu. Raymond Okkelo juga pekak dan merupakan guru bahasa isyarat. Adakah awak rasa beliau dapat belajar bahasa isyarat? Saya rasa saya boleh mengajarnya dengan senang. Saya juga seperti dia sebelum ini Saya tidak boleh menggunakan bahasa isyarat, satu-satunya perkara yang saya buat hanyalah menyembunyikan diri dalam ketakutan. Lebih kurang beginilah Patrick memunculkan diri. Ayahnya membuat isyarat kepadanya perkara yang dia perlu lakukan. Dan selepas selesai, beliau pulang ke pondoknya untuk menghabiskan harinya dengan sendiri. Nasib Patrick merupakan perkara biasa. Majoriti orang pekak di Sub-Saharan Afrika tidak pernah diajar bahasa isyarat. Oleh kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain, mereka terperangkap dalam dunia sendiri. Raymond menjadi pekak semasa kecil selepas bertarung dengan malaria. 6 bulan lepas, beliau mengembara ke ibu kota untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai bahasa isyarat. Sekarang, beliau pulang ke kampungnya, untuk melakukan perkara yang tidak pernah dibuat. Beliau ingin mengajar bahasa isyarat untuk pertama kali di sini. Raymond, adakah anda berasa gementar? Tidak, saya gembira orang pekak akan datang ke sini untuk belajar. Sekarang pada pukul 2 petang, pelajar pekak yang pertama mula datang... ...dan kelas bermula. Kelas sudahpun bermula, tetapi Patrick tidak memunculkan diri lagi. Saya risau ayahnya tidak mampu meyakinnya untuk meninggalkan rumah. Beberapa minit selepas itu, Patrick sampai ke sini. ♪ (music) ♪ Perubahan Patrick sangat memberangsangkan. Susah hendak percaya itu adalah budak lelaki yang kita jumpa semalam. Lebih ramai pelajar pekak yang datang. Ramai yang berjalan jauh untuk ke sini. Terdapat pelajar lelaki yang berusia 9 tahun dan perempuan berumur 80 tahun. Sebelum kelas tamat, setiap pelajar baharu akan kedepan. Semua orang di dalam kelas mengundi untuk nama baru mereka. Mulai sekarang, ini adalah isyarat untuk nama Patrick. dan beliau akan menggunakannya untuk seluruh hidupnya. Beliau baru sahaja dibaptiskan untuk dunia baru.