-
Sekiranya anda seperti kebanyakan rakyat Malaysia,
-
anda mempunyai idea kasar tentang cara cukai berfungsi.
-
Resit anda menunjukkan bahawa cukai dikenakan pada nasi ayam anda.
-
Anda mendapat borang EA untuk cukai pendapatan dari jabatan HR anda sekali setahun,
-
dan anda memfailkannya sebagai warganegara yang baik.
-
Syabas!
-
Tetapi kenapa gerai kegemaran anda kenakan cukai dan sesetengah gerai lain tidak?
-
Adakah anda masih harus membayar cukai pendapatan jika anda
-
menjalankan perniagaan kuih dalam talian?
-
Bagaimana sekarang?
-
Anda sepatutnya tahu kendalikan cukai anda!
-
Malaysia agak mesra cukai berbanding dengan negara lain,
-
tetapi cukai penting yang perlu anda tahu ada hubung kait
-
dengan Pendapatan, Harta, dan Barang & Perkhidmatan.
-
Pertama, Cukai Pendapatan
-
Terdapat dua jenis cukai pendapatan: peribadi dan korporat.
-
Cukai pendapatan peribadi adalah apa yang kebanyakan kita bayar
-
apabila kita bekerja dengan syarikat
-
ia adalah cukai tahunan untuk gaji, cuti, komisen,
-
faedah, bonus, ganjaran, elaun, atau jenis pampasan tertentu.
-
Cukai pendapatan korporat adalah untuk syarikat berdaftar.
-
Syarikat adalah entiti juga
-
maksudnya, pendapatan mereka juga boleh dikenakan cukai!
-
Pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi syarikat-syarikat Malaysia
-
hanya termasuk pendapatan yang dipero leh atau diterima di Malaysia,
-
kecuali bagi perniagaan yang terlibat dalam perbankan, insurans,
-
atau pengangkutan udara dan laut.
-
Pendapatan korporat boleh merujuk kepada pendapatan,
-
keuntungan daripada dividen, faedah, royalti, dan sebagainya.
-
Perniagaan juga layak untuk 'cukai pegangan'.
-
Ini adalah cukai ke atas pembayaran yang dibuat kepada
-
warganegara bukan pemastautin termasuk pekerja, ejen, dan rakan niaga.
-
Adakah itu bermakna semua orang perlu membayar cukai?
-
Ya dan tidak.
-
Cukai pendapatan peribadi dikenakan bagi sesiapa yang bekerja di Malaysia,
-
manakala cukai pendapatan korporat dikenakan bagi
-
mana-mana syarikat berdaftar yang beroperasi di Malaysia.
-
Jika anda berfikir:
-
'Jadi jika saya tidak mendaftar perniagaan saya, saya tidak perlu membayar cukai ?'
-
Anda boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun
-
atau didenda sehingga RM50,000
-
kerana menjalankan perniagaan yang tidak berdaftar
-
jadi ... janganlah buat sedemikian.
-
Kadar cukai pendapatan Malaysia bergantung sama ada individu
-
atau syarikat adalah pemastautin atau bukan pemastautin ...
-
Residen (Cukai Pendapatan Peribadi):
-
sesiapa yang hadir secara fizikal di Malaysia antara
-
60 hari hingga 182 hari dalam tahun asas.
-
Residen (Cukai Pendapatan Korporat):
-
mana-mana syarikat di mana pengurusan dan kawalan syarikat itu
-
berada di Malaysia pada bila-bila masa sepanjang tahun asas itu.
-
Sudah tentu, ada subkategori dan pengecualian untuk status residensi juga.
-
Tapi sistem itu teguh jadi jangan cuba untuk menipu!
-
Walau bagaimanapun,
-
terdapat juga pelepasan cukai lain untuk perbelanjaan perubatan, yuran pendidikan,
-
faedah ke atas harta yang dibeli, tunjangan, insurans dan gaya hidup
-
Jadi jangan bimbang.
-
Sekarang, Cukai Harta.
-
Terdapat beberapa jenis cukai harta benda yang berlainan.
-
Pertama, cukai apabila anda membeli rumah anda: duti setem.
-
Ini adalah cukai sekali bayar yang dikenakan ke atas dokumen undang-undang
-
bagi hartanah Malaysia, ini dipakai pada masa sebarang jualan atau pemindahan.
-
Cukai dikenakan ke atas nilai harta yang akan anda dapatkan.
-
Terdapat juga duti setem pada mana-mana perjanjian pinjaman
-
yang anda ambil untuk membiayai harta anda,
-
jadi lakukan pengiraan anda sebelum itu.
-
Banyak wang tu. Betul-betul banyak.
-
Anda juga mempunyai cukai tahunan semasa memiliki rumah anda.
-
Terdapat Cukai Taksiran Harta,
-
cukai tahunan yang dikenakan ke atas setiap rumah, walaupun ia kosong!
-
Hasil cukai dikumpul oleh majlis perbandaran anda seperti DBKL untuk mengekalkan
-
dan membina infrastruktur awam di taman atau bandar anda.
-
Ini biasanya berdasarkan nilai sewa tahunan harta tanah anda,
-
yang berbeza bergantung pada tempat tinggal anda,
-
jenis harta anda, atau kadar pasaran pada tahun itu.
-
Dan juga ada Cukai Tanah,
-
yang juga merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas harta persendirian,
-
tetapi oleh pihak berkuasa negeri.
-
Jika anda tinggal di sebuah bangunan bertingkat tinggi dengan hakmilik strata,
-
ini boleh dibayar terlebih dahulu oleh pemaju atau syarikat pengurusan
-
yang kemudiannya boleh memasukkannya ke dalam yuran 'penyelenggaraan' anda.
-
Terakhir, ada juga cukai apabila anda membuat keputusan untuk menjual
-
atau memindahkan rumah anda.
-
Cukai Untung Harta Tanah adalah cukai ke atas untung bersih anda
-
daripada penjualan atau pemindahan harta dalam tempoh tertentu.
-
Ini adalah cukai yang membantu melindungi pemilik rumah
-
ia menghalang pelabur harta daripada meningkatkan harga perumahan
-
melalui aktiviti spekulatif
-
iaitu membeli dan menjual untuk membuat keuntungan.
-
Dan yang terakhir sekali:
-
Cukai penggunaan dikenakan apabila kami mengambil barang dan perkhidmatan secara tempatan.
-
Kami pernah mempunyai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
-
yang dikenakan cukai di tangan pengeluar,
-
peniaga dan pembekal perkhidmatan industri terpilih.
-
Pada tahun 2015, SST digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
-
sebanyak 6% untuk semua barang dan perkhidmatan yang kami gunakan.
-
Pada bulan Jun 2018, Kerajaan yang baru dipilih menetapkan GST kepada 0%
-
dan kami sedang menunggu berita tentang cukai penggunaan yang akan datang.
-
Kami akan kembali apabila maklumat lanjut disahkan.
-
Kesimpulannya
-
Banyak cukai tu!
-
Tetapi apa yang penting ialah anda sedar akan apa yang anda layak bayar
-
supaya anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayarnya,
-
tidak dikenakan penalti lewat atau lebih buruk, melanggar undang-undang.
-
Ingat!
-
Cukai yang anda bayar adalah untuk membolehkan kerajaan
-
menyediakan kemudahan awam kepada kami seperti penyelenggaraan jalan raya, taman,
-
sekolah awam, dan sebagainya.
-
Ini bermakna, anda diberi kembali apa yang telah anda sumbangkan kepada negara.