YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← Dean Ornish menerangkan bahawa gen anda bukan ketentuan hidup anda.

Get Embed Code
54 Languages

Subtitles translated from English Showing Revision 1 created 10/24/2011 by Rudy Herman Sinen.

  1. Satu cara untuk mengubah gen kita ialah dengan menghasilkan yang baru,

  2. seperti yang ditunjukkan oleh Craig Venter.
  3. Satu lagi ialah dengan mengubah gaya hidup kita.
  4. Apa kita pelajari ialah perubahan ini boleh menjadi begitu berkuasa dan dinamik,
  5. anda tidak perlu menunggu begitu lama untuk menyaksikan faedahnya.
  6. Bila anda makan yang berkhasiat, mengurus tekanan, lebihkan senaman dan kasih-sayang,
  7. otak anda sebenarnya menerima lebih banyak bekalan darah dan oksigen.
  8. Tetapi lebih dari itu, otak anda boleh membesar.
  9. Perkara yang kita fikir tidak mungkin hanya beberapa tahun yang lalu
  10. sebenarnya boleh diukur pada masa ini.
  11. Hal ini ditemui oleh Robin Williams
  12. beberapa tahun sebelum kita semua.
  13. Kini, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan

  14. untuk menjadikan otak anda membiak sel-sel otak yang baru.
  15. Beberapa kegemaran saya, seperti coklat dan teh, beri biru,
  16. keserdahanaan meminum alkohol, mengurus tekanan
  17. dan kanabanoid yang terdapat dalam marijuana.
  18. Saya sekadar menyampai.
  19. (Gelak ketawa)
  20. Apa yang kita baru bicarakan tadi?
  21. (Gelak ketawa)
  22. Dan perkara lain yang boleh menjadikannya lebih teruk,
  23. yang boleh mengakibatkan anda kehilangan sel otak.
  24. Antara punca yang biasa seperti lemak tepu dan gula,
  25. nikotin, opiat, kokain, terlalu banyak alkohol dan tekanan yang kronik.
  26. Kulit anda menerima lebih bekalan darah apabila anda mengubah gaya hidup anda,

  27. anda mengalami penuaan lebih perlahan, kulit anda tidak banyak berkedut.
  28. Jantung anda mendapat lebih banyak bekalan darah.
  29. Kami telah tunjukkan bagaimana anda boleh membalikkan penyakit jantung.
  30. Arteri tersumbat yang anda lihat di sebelah atas kiri,
  31. selepas hanya satu tahun menjadi kurang tersumbat.
  32. Dan imbasan PET jantung di sebelah bawah kiri,
  33. biru maknanya tiada pengaliran darah.
  34. Setahun kemudian - oren dan putih ialah pengaliran darah maksimum.
  35. Kami tunjukkan bahawa anda boleh menghentikan dan membalikkan penularan
  36. barah prostrat awal dan selanjutnya, barah payu dara,
  37. hanya sekadar melakukan perubahan tersebut.
  38. Kami dapati pertumbuhan tumor di luar (in vitro) dapat dikekang
  39. 70 peratus dalam kumpulan yang membuat perubahan ini,
  40. dimana hanya sembilan peratus di dalam kumpulan perbandingan itu.
  41. Perbezaan ini sangat penting.

  42. Organ seks anda juga mendapat lebih bekalan darah,
  43. dan dapat meningkatkan keupayaan seksual.
  44. Salah satu iklan anti merokok yang paling berkesan dibuat
  45. oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan,
  46. menunjukkan bahawa nikotin, yang mencerutkan arteri anda,
  47. boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok,
  48. tetapi ia juga menyebabkan mati pucuk.
  49. Separuh dari lelaki yang merokok adalah mati pucuk.
  50. Seksikah itu?
  51. Kini kita juga akan menerbitkan satu kajian --

  52. kajian menunjukkan anda boleh mengubah pentafsiran gen lelaki yang menghidap barah prostrat
  53. Ini disebut sebagai peta haba
  54. warna yang berbeza dan yang di sebelah kanan adalah gen yang berlainan
  55. Dan kami dapati lebih 500 gen yang berubah keseluruhannya
  56. mengaktifkan gen yang baik, gen yang mencegah penyakit
  57. mematikan gen yang menggalakkan penyakit.
  58. Oleh itu, saya fikir penemuan adalah sangat hebat

  59. memberikan ramai orang harapan dan pilihan yang baru
  60. Dan syarikat seperti Navigenix dan DNA Direct dan 23andMe,
  61. yang memberikan profil genetik anda,
  62. menimbulkan satu perasaan, "Wah, apa yang saya boleh buat mengenainya?"
  63. Gen kita bukanlah ketentuan kita, dan jika kita lakukan perubahan tersebut --
  64. ia bersifat keturunan, tetapi jika kita lakukan perubahan lebih besar
  65. dari apa yang kita telah lakukan sebaliknya
  66. kita sebenarnya boleh mengubah bagaimana gen kita ditafsirkan.
  67. Terima kasih.
  68. (Tepuk tangan)