Return to Video

WHO : Dua Vaksin Polio

  • 0:00 - 0:03
    Polio adalah penyakit yang
    menyebabkan kecacatan kekal
  • 0:06 - 0:08
    Kita tidak boleh menyembuhnya tetapi
    kita boleh cegahinya
  • 0:08 - 0:11
    Dua radas penting dalam menangani Polio
  • 0:11 - 0:13
    Dua vaksin yang selamat dan berkesan
  • 0:16 - 0:18
    Satu daripada vaksin ini hanya
    dititiskan dua titis sahaja
  • 0:18 - 0:20
    ke dalam mulut kanak-kanak,
  • 0:20 - 0:22
    ini dikenali sebagai Vaksin Oral Polio
  • 0:22 - 0:25
    Vaksin seterusnya diberikan
    secara suntikan,
  • 0:25 - 0:28
    ini dikenali sebagai vaksin
    penyahaktifan virus polio.
  • 0:28 - 0:32
    Kedua-duanya membantu badan kanak-kanak
    untuk melawan virus polio
  • 0:32 - 0:34
    Tetapi ia melakukannya dengan
    cara yang berbeza.
  • 0:34 - 0:38
    Vaksin oral polio mewujudkan perlindungan
    dalam usus kanak-kanak
  • 0:38 - 0:41
    Vaksin ini bukan hanya melindungi
    kanak-kanak ini,
  • 0:41 - 0:45
    malah, ia melindungi kanak-kanak lain
    disekelilingnya
  • 0:45 - 0:50
    Beberapa dos vaksin oral perlu diberikan
    kepada setiap kanak-kanak
  • 0:50 - 0:53
    di tempat-tempat yang
    mempunyai ancaman polio.
  • 0:53 - 0:57
    Vaksin suntik pula memberi perlindungan
    dalam darah, bukannya usus.
  • 0:57 - 1:02
    Ia meransang imuniti dan mengekalkan
    negara-negara bebas dari polio
  • 1:02 - 1:06
    Tetapi, ia tidak mengekang penyebaran
    polio di kalangan kanak-kanak,
  • 1:06 - 1:10
    jadi, ia tidak begitu berkesan
    di tempat-tempat yang masih ada virus ini.
  • 1:10 - 1:13
    Kita memerlukan vaksin oral untuk
    mengekang virus di mana sahaja ia dikesan.
  • 1:15 - 1:18
    Sekiranya polio dapat
    dikekang di semua tempat,
  • 1:18 - 1:20
    vaksin penyahaktifan virus polio
    akan digunakan
  • 1:20 - 1:23
    untuk melindungi populasi di situ.
  • 1:24 - 1:27
    Kedua-dua vaksin ini telah disahkan
    selamat dan efektif
  • 1:27 - 1:29
    oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO)
  • 1:29 - 1:33
    Vaksin-vaksin ini perlu diberikan
    kepada semua kanak-kanak,
  • 1:33 - 1:36
    walau di mana mereka berada
    supaya vaksin ini berkesan.
  • 1:36 - 1:38
    Dengan adanya vaksin-vaksin ini
  • 1:38 - 1:43
    kes jangkitan polio telah merudum
    lebih 99% di seluruh dunia.
  • 1:46 - 1:48
    Jom kita vaksinkan semua kanak-kanak!
  • 1:48 - 1:51
    Marilah kita hentikan polio selamanya!
  • 1:57 - 1:59
    Sarikata oleh:
    Rahimah M, Malaysia
Title:
WHO : Dua Vaksin Polio
Description:

Polio tidak dapat disembuhkan, tetapi ia dapat dicegah. Dua radas penting membantu mencegah polio - dua vaksin yang selamat dan berkesan. Ketahui mengenai vaksin polio oral dan vaksin penyahaktifan virus polio dan peranannya dalam usaha membasmi polio.

Untuk maklumat lanjut: www.polioeradication.org

more » « less
Video Language:
English
Team:
Amplifying Voices
Project:
COVID-19 Pandemic
Duration:
02:00

Malay subtitles

Revisions Compare revisions