YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← Tafsiran cinta dari sudut matematik

Get Embed Code
37 Languages

Showing Revision 27 created 06/20/2015 by NG.

  1. Hari ini, saya akan bercakap tentang
    cinta dari sudut matematik.
  2. Rasanya kita semua bersetuju
  3. bahawa ahli matematik
    pandai mencari kekasih.
  4. (Gelak ketawa)
  5. Tapi, ia bukannya sekadar kerana
    kami ada personaliti yang menarik,
  6. kemahiran berkomunikasi yang baik,
  7. dan kotak pensel yang hebat,
  8. (Gelak ketawa)
  9. Ia juga kerana kami telah
    meninjau dari sudut matematik
  10. cara untuk mencari pasangan yang sesuai.
  11. Dalam artikel kegemaran saya,
  12. iaitu artikel Matematik yang bertajuk

  13. "Mengapa saya tidak ada teman wanita",
    (Gelak ketawa)
  14. Peter Backus cuba menilai peluangnya
    untuk menemui seorang kekasih.
  15. Peter bukannya seorang lelaki yang tamak.
  16. Antara semua perempuan di U.K.,
  17. Peter mencari seseorang yang
    tinggal berdekatan dengan rumahnya,
  18. seseorang yang sesuai dari segi usia,
  19. seseorang yang ada kelulusan universiti,
  20. seseorang yang dapat bergaul
    secara baik dengannya,
  21. seseorang yang menawan,
  22. seseorang yang mendapati
    dia menawan.
  23. (Gelak ketawa)
  24. Anggarannya, terdapat 26 perempuan
    di U.K. yang sesuai dengannya.
  25. Ia tak kelihatan baik, betul, Peter?
  26. Mari kita menilainya,
  27. ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding
  28. anggaran jumlah makhluk asing yang wujud.
  29. Bagi Peter, Peluangnya ialah
    1 dalam 285,000
  30. untuk bertemu salah seorang wanita
    tersebut pada suatu malam.
  31. Rasanya itulah sebabnya ahli matematik
    tak suka keluar pada waktu malam.
  32. Saya tak bersetuju dengan
    pandangan yang pesimistik ini,

  33. kerana saya tahu, anda semua pun tahu,
  34. bahawa itu bukannya cinta.
  35. Perasaan manusia bukannya
    terkawal dan mudah diramal.
  36. Tapi, saya tahu ia tak bermakna
  37. bahawa matematik tak dapat membantu kita
  38. kerana cinta, seperti pelbagai hidupan,
    juga mempunyai polanya,
  39. Pada asasnya, ilmu matematik
    digunakan untuk mengkaji pola,
  40. contohnya ramalan cuaca,
    turun naik harga saham,
  41. pergerakan planet,
    atau perkembangan bandar.
  42. Kita tahu, semua itu bukannya
    terkawal dan mudah diramal.
  43. Saya percaya bahawa
    matematik sangat berguna,
  44. dan ia berpontensi memberi kita
    perspektif yang baru,
  45. walaupun ia melibatkan sesuatu
    yang penuh misteri seperti cinta.
  46. Jadi, untuk menunjukkan kepada anda
  47. bahawa matematik amat mengagumkan,
    hebat, dan berguna kepada kita,
  48. saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta
    yang telah disahkan dari segi matematik.
  49. Baiklah, Petua #1:

  50. Cara untuk mencari kekasih
    dalam laman janji temu.
  51. OkCupid ialah laman janji temu
    kegemaran saya.
  52. Ia dimulakan oleh
    sekumpulan ahli matematik.
  53. Ahli-ahli matematik ini
    telah mengumpulkan data
  54. pengguna laman web itu
    selama sepuluh tahun.
  55. Mereka cuba mencari pola-pola
    pengguna memperkenalkan dirinya
  56. dan cara mereka berinteraksi
    dalam laman janji temu.
  57. Hasil-hasil kajian tersebut
    sangat menarik.
  58. Tapi, yang menjadi kegemaran saya,
  59. didapati bahawa dalam laman janji temu,
  60. daya tarikan anda tidak
    menggambarkan kepopularan anda.
  61. Sebenarnya, jika orang lain rasa
    bahawa anda adalah hodoh,
  62. mungkin ia adalah baik bagi anda.
  63. Saya akan menerangkannya.
  64. Dalam sebuah bahagian
    dalam OkCupid,
  65. anda boleh menilai
    daya tarikan pengguna lain
  66. dengan menggunakan
    skor antara 1 hingga 5.
  67. Jika kita membandingkan skor purata ini
  68. dengan bilangan mesej yang
    diterima sekumpulan pengguna,
  69. anda akan faham
  70. perhubungan antara daya tarikan dengan
  71. kepopularan dalam laman janji temu.
  72. Inilah graf yang dihasilkan
    oleh pihak OkCupid.

  73. Yang penting di sini,
    orang yang amat menawan
  74. tidak semestinya akan
    menerima mesej yang banyak.
  75. Tapi persoalannya ialah,
    kenapa pengguna di sini
  76. adalah lebih popular
    daripada pengguna di sini
  77. walaupun skor daya tarikan mereka
    adalah sama?
  78. Sebabnya, rupa tidak begitu penting.
  79. Saya akan menerangkannya
    dengan menggunakan satu contoh.
  80. Ini ialah Portia de Rossi.
  81. Semua orang bersetuju bahawa
    Portia de Rossi sangat cantik.
  82. Tiada orang rasa dia adalah hodoh,
    tapi dia bukannya supermodel.
  83. Jika Portia de Rossi dibandingkan
    dengan Sarah Jessica Parker,
  84. ramai orang, termasuk saya,
  85. rasa bahawa Sarah Jessica Parker
    sangat cantik,
  86. dan mungkin dia merupakan
    salah seorang manusia
  87. yang paling cantik di bumi.
  88. Tapi orang lain, iaitu
    kebanyakan pengguna Internet,
  89. (Gelak ketawa)
  90. rasa bahawa dia nampak seperti kuda.
  91. (Gelak ketawa)
  92. Saya rasa jika orang ramai
    diminta untuk menilai
  93. Sarah Jessica Parker
    atau Portia de Rossi
  94. dengan menggunakan
    skor antara 1 hingga 5,
  95. saya rasa kedua-duanya akan
    mendapat skor yang hampir sama.
  96. Tapi, cara orang ramai mengundi
    adalah sangat berbeza.
  97. Orang ramai akan
    memberi Portia skor 4
  98. kerana mereka bersetuju
    bahawa dia sangat cantik,
  99. manakala skor yang
    diterima Sarah Jesica Parker
  100. adalah berbelah bagi.
  101. Sebenarnya, perbezaan inilah
    yang bermakna.
  102. Perbezaan inilah yang
    menjadikan anda lebih popular
  103. dalam laman janji temu.
  104. Jadi, ia bermakna,
  105. jika ada orang rasa bahawa
    anda adalah menawan,
  106. maka ada juga orang yang rasa
  107. bahawa anda tak menawan.
  108. Ia adalah lebih baik daripada
    semua orang rasa
  109. anda seorang yang comel.
  110. Rasanya ia lebih munasabah

  111. jika anda melihatnya dari sudut
    pengguna yang menghantar mesej.
  112. Katakanlah anda rasa
    seseorang itu adalah menawan,
  113. tapi anda rasa mungkin orang lain
    tak berminat padanya.
  114. Maksudnya, anda tak ada pesaing yang ramai
  115. dan anda berpeluang
    berhubung dengan orang itu.
  116. Bandingkan, jika anda rasa
    seseorang itu adalah menawan,
  117. tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu.
  118. Anda tak mahu memalukan
    diri sendiri, betul?
  119. Berikut ialah bahagian
    yang sangat menarik.
  120. Bila pengguna memilih gambar yang
    akan terpapar dalam laman janji temu,
  121. selalunya mereka cuba mengelakkan
  122. bahagian yang mereka rasa akan
    kelihatan hodoh bagi orang lain.
  123. Contoh yang klasik, orang yang gemuk
  124. akan memilih gambar
    yang telah diubah suai,
  125. atau contohnya, orang yang botak
  126. akan memilih gambar yang
    menunjukkannya memakai topi.
  127. Tapi, anda tak patut membuat begitu
    jika anda mahu berjaya.
  128. Anda sepatutnya menggunakan sesuatu
    yang menjadikan anda berbeza,
  129. walaupun mungkin orang lain
    akan rasa ia adalah hodoh.
  130. Sebab, orang yang sukakan anda
    tak kisahkan semua itu.
  131. Orang yang tak sukakan anda pula
    boleh membantu anda.
  132. Baiklah, Petua #2:
    Cara untuk memilih pasangan yang sesuai.

  133. Katakanlah anda sangat popular
    dalam laman janji temu.
  134. Tapi, bagaimana anda berubah
    daripada menjadi popular
  135. kepada menikmati kebahagian
    jangka panjang, iaitu
  136. bagaimana anda tahu sudah
    tiba masanya untuk berkahwin?
  137. Biasanya, pengguna dinasihatkan
  138. jangan berkahwin dengan
    orang pertama yang muncul
  139. dan menunjukkan minat pada anda.
  140. Tapi, anda juga tak mahu
    menunggu terlalu lama
  141. jika anda mahu memperoleh
    kebahagian jangka panjang.
  142. Seperti yang ditulis penulis
    kegemaran saya, Jane Austen,
  143. "Perempuan bujang
    yang berusia 7 dan 20 tahun
  144. tidak lagi dapat merasai atau
    mencetuskan rasa kasih sayang."
  145. (Gelak ketawa)
  146. Terima kasih, Jane.
    Apa yang awak tahu tentang cinta?
  147. Jadi, persoalannya ialah,

  148. bagaimana anda tahu
    sudah tiba masanya untuk berkahwin
  149. bila terdapatnya ramai orang
    yang boleh dipilih?
  150. Syukurlah, terdapat sebuah
    teori matematik yang boleh digunakan
  151. untuk membantu kita, iaitu
    teori pemberhentian optimum.
  152. Jadi, bayangkan,
  153. anda mula berdating
    semasa anda berusia 15 tahun.
  154. Secara ideal, anda mahu berkahwin
    semasa anda berusia 35 tahun.
  155. Terdapat sebilangan orang
  156. yang anda boleh keluar bersama
    sepanjang hidup anda
  157. dan kualiti mereka adalah berbeza-beza.
  158. Peraturannya, setelah anda berkahwin,
  159. anda tak boleh mencari calon lain
    yang berpotensi dikahwini.
  160. Anda juga tak boleh
    mencari bekas kekasih dan bercerai.
  161. Berdasarkan pengalaman saya,
  162. seseorang itu tak suka
    berjumpa bekas kekasihnya
  163. setelah mereka berpisah
    disebabkan orang lain.
  164. Mungkin itu cuma saya.
  165. Jadi, matematik menunjukkan
    apa yang anda patut buat

  166. pada 37% pertama
    dalam masa berdating anda,
  167. anda patut menolak setiap orang yang
    berpotensi berkahwin dengan anda.
  168. (Gelak ketawa)
  169. Kemudian, anda patut memilih
    orang seterusnya yang anda temui
  170. kerana dia adalah lebih baik
    berbanding yang lain.
  171. Inilah contohnya.
  172. Jika anda berbuat demikian,
  173. sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi
    matematik bahawa inilah cara terbaik
  174. untuk memaksimumkan peluang anda
    menemui pasangan yang sesuai.
  175. Malangnya, saya perlu beritahu anda
    bahawa cara ini mempunyai risikonya.
  176. Sebagai contoh, bayangkan jika
    pasangan yang sesuai itu ditemui
  177. dalam 37% yang pertama.
  178. Malangnya, anda perlu menolaknya.
  179. (Gelak ketawa)
  180. Jika anda percayakan kiraan matematik,
  181. dan jika anda tidak menemui orang
    yang lebih baik daripada yang lain,
  182. maka anda terpaksa menolak sesiapa pun
  183. dan mati bersendirian.
  184. (Gelak ketawa)
  185. Mungkin anda akan dikelilingi kucing
  186. yang menggigit-gigit mayat anda.
  187. Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan,

  188. orang pertama yang anda temui
    dalam 37% yang pertama
  189. amat membosankan dan teruk.
  190. Tidak mengapa, kerana
    anda berada dalam fasa menolak.
  191. Jadi, tidak mengapa,
    anda boleh menolaknya.
  192. Tapi bayangkan,
    orang seterusnya yang anda temui
  193. tidak begitu membosankan dan teruk
  194. berbanding orang lain yang anda temui.
  195. Jika anda percayakan kiraan matematik,
    maka anda terpaksa berkahwin dengannya
  196. dan menjalani perkahwinan
    yang tidak bahagia.
  197. Saya berasa kesal dengannya.
  198. Tapi saya rasa Hallmark
    boleh memanfaatkannya
  199. dan membuka pasaran ini.
  200. Kad Hari Valentine seperti ini.
    (Gelak ketawa)
  201. "Suamiku yang dikasihi,
  202. kau taklah begitu teruk berbanding
  203. lelaki dalam 37% pertama
    yang keluar dengan aku."
  204. Sebenarnya, ia lebih romatik
    daripada apa yang saya usahakan.
  205. Jadi, cara ini tidak memberikan
    kadar kejayaan 100%,

  206. tapi tidak terdapatnya
    strategi lain yang lebih baik.
  207. Sebenarnya, terdapatnya
    beberapa jenis ikan
  208. yang mengikut dan
    menggunakan strategi ini.
  209. Ikan-ikan ini menolak pelamar
    yang berada dalam
  210. 37% yang pertama
    semasa musim mengawan,
  211. kemudian ikan-ikan ini memilih
    ikan seterusnya yang ditemui selepas itu,
  212. entahlah, mungkin
    yang lebih besar dan kuat
  213. berbanding ikan-ikan lain
    yang ditemui sebelum itu.
  214. Rasanya tanpa disedari,
    manusia juga berbuat demikian.
  215. Kita memberikan masa kepada
    diri sendiri untuk berseronok,
  216. meninjau pasaran kita dan sebagainya
    bila kita masih muda.
  217. Kita mula mencari secara serius
    calon yang sesuai dikahwini
  218. bila mencecah usia pertengahan 20-an.
  219. Rasanya ini ialah bukti yang konklusif,
  220. bahawa otak kita boleh
    mengira secara semula jadi.
  221. Baiklah, itulah dia Petua #2.

  222. Sekarang, Petua #3:
    Cara untuk mengelakkan perceraian.
  223. Bayangkan anda telah
    memilih pasangan yang sesuai,
  224. dan anda telah berkahwin dengannya.
  225. Secara ideal, saya rasa semua orang
    mahu mengelakkan perceraian,
  226. melainkan, entahlah,
    mungkin isteri Piers Morgan?
  227. Tapi, memang menyedihkan,
    dalam kehidupan moden,
  228. 1 dalam 2 perkahwinan di Amerika
    berakhir dengan perceraian,
  229. negara-negara lain
    tidak begitu ketinggalan.
  230. Anda boleh dimaafkan
  231. jika anda berfikir bahawa perbalahan
    yang mencetuskan perceraian
  232. bukannya perkara yang ideal
    untuk dinilai dari segi matematik.
  233. Sebab, adalah sukar untuk menentukan
  234. apa yang patut dinilai
    atau dinyatakan kuantitinya.
  235. Tapi, ia tidak menghalang ahli psikologi,
    John Gottman, berbuat demikian.
  236. Gottman memerhatikan
    beratus-ratus pasangan berbual
  237. dan merekodkan semua perbualan mereka.
  238. Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan,
  239. kekonduksian kulit mereka,
  240. air muka mereka,
  241. kadar denyutan jantung,
    dan tekanan darah mereka,
  242. pada dasarnya semua perkara,
  243. kecuali sama ada kata-kata si isteri
    adalah sentiasa betul.
  244. Sebenarnya, kata-kata
    si isteri memang betul.
  245. Tapi, apa yang ditemui
    Gottman dan pasukannya
  246. ialah salah satu peramal
    yang amat penting bagi
  247. sama ada pasangan
    suami isteri akan bercerai,
  248. iaitu sikap yang positif atau negatif
    dalam perbualan.
  249. Pasangan suami isteri
    yang ada risiko yang rendah

  250. mendapat lebih banyak skor positif
    berdasarkan ukuran Gottman.
  251. Manakala bagi perhubungan yang teruk,
  252. iaitu mereka yang mungkin akan bercerai,
  253. mereka berada dalam
    keadaan yang negatif.
  254. Dengan menggunakan cara yang mudah ini,
  255. Gottman dan kumpulannya dapat meramal
  256. sama ada pasangan
    suami isteri akan bercerai
  257. dan ketepatan ramalan ialah 90%.
  258. Setelah dia bekerjasama dengan
    seorang ahli matematik, James Murray,
  259. mereka mula memahami
  260. apa yang menyebabkan keadaan
    negatif ini dan bagaimana ia berlaku.
  261. Saya rasa hasil dapatan mereka
    amat mudah difahami dan menarik.
  262. Kedua-dua persamaan ini meramalkan
  263. bagaimana si isteri atau suami
    akan menjawab
  264. dalam perbualan yang seterusnya,
  265. sama ada secara positif atau negatif.
  266. Kedua-dua persamaan ini bergantung pada
  267. anginnya semasa dia bersendirian,
  268. anginnya semasa dia bersama pasangannya,
  269. tapi yang terpenting, ia bergantung pada
  270. setakat mana pasangan suami isteri itu
    saling mempengaruhi.
  271. Pada ketika ini,
    adalah penting untuk mengatakan

  272. bahawa kedua-dua
    persamaan ini juga didapati
  273. dapat menunjukkan dengan tepat
  274. apa yang berlaku antara dua negara
    yang terlibat dalam perlumbaan senjata.
  275. (Gelak ketawa)
  276. Jadi, pasangan suami isteri
    yang berbalah,
  277. berada dalam keadaan negatif,
    dan hampir-hampir bercerai
  278. adalah sama seperti permulaan
    perang nuklear dari sudut matematik.
  279. (Gelak ketawa)
  280. Tapi, perkara yang penting
    dalam kedua-dua persamaan ini

  281. ialah pengaruh seseorang itu
    pada orang lain,
  282. secara khusus, ia dikenali sebagai
    ambang kenegatifan.
  283. Ambang kenegatifan boleh
    dilihat dari segi betapa teruknya si suami
  284. sehingga si isteri mula
    berasa geram, dan sebaliknya.
  285. Bagi saya, pasangan suami isteri yang
    bahagia bertolak ansur, saling memahami,
  286. dan memberikan ruang peribadi
    kepada pasangannya.
  287. Jadi, saya rasa pasangan suami isteri
    yang amat bahagia
  288. mempunyai ambang kenegatifan
    yang sangat tinggi.
  289. Mereka membiarkan saja sesuatu
  290. dan akan membincangkannya
    jika ia sesuatu yang serius.
  291. Sebenarnya, persamaan matematik
    dan hasil dapatan pasukan tersebut
  292. telah menunjukkan yang sebaliknya.
  293. Pasangan suami isteri yang sangat bahagia
  294. mempunyai ambang kenegatifan
    yang sangat rendah.
  295. Mereka tidak membiarkan sesuatu
  296. dan memberikan ruang untuk
    melahirkan rasa tidak puas hati.
  297. Mereka sentiasa cuba
    membaiki perhubungan mereka
  298. dan ia memberikan kesan positif
    pada perkahwinan mereka.
  299. Mereka tidak membiarkan sesuatu
  300. dan tidak membenarkan perkara
    yang remeh menjadi serius.
  301. Semestinya, bukan saja
    ambang kenegatifan yang rendah

  302. dan saling bertolak ansur dapat
    menghasilkan perhubungan yang baik.
  303. Saya rasa adalah agak menarik
  304. kerana terdapatnya
    bukti dari segi matematik
  305. yang menyatakan bahawa
    jangan menyimpan kemarahan anda.
  306. Jadi, itulah dia tiga petua
    dari sudut matematik

  307. yang boleh membantu
    soal cinta dan perhubungan anda.
  308. Tapi saya berharap,
    selain digunakan sebagai petua,
  309. ia juga dapat membuka mata anda
    tentang kehebatan matematik.
  310. Kerana bagi saya, persamaan dan simbol
  311. bukannya merupakan sebuah perkara saja.
  312. Ia juga merupakan sebuah suara
  313. yang dapat menyatakan
    kekayaan alam semula jadi
  314. dan keringkasan yang mengejutkan
  315. yang terdapat dalam pola-pola
    yang berada di sekitar kita,
  316. daripada bagaimana dunia ini berfungsi
  317. sehingga bagaimana kita bertindak.
  318. Saya berharap,
    mungkin bagi beberapa orang,
  319. sedikit ilmu tentang
    cinta dari sudut matematik
  320. dapat menggalakkan anda
    agar lebih menyukai matematik.
  321. Terima kasih.
  322. (Tepukan)