Return to Video

Bolehkah merakam gambar kenang-kenangan merosakkan momen indah?

  • 0:02 - 0:05
    Apakah tempat yang paling indah
    pernah anda lawati?
  • 0:06 - 0:09
    Dan ketika berada di sana,
    adakah anda mengambil gambar?
  • 0:09 - 0:12
    Ini antara tempat yang terindah bagi saya.
  • 0:12 - 0:15
    Ini Mesa Arch, yang terletak
    di Taman Negara Canyonlands di Utah
  • 0:15 - 0:16
    ketika matahari terbit.
  • 0:16 - 0:19
    Ini kampung halaman orang Pueblo, Ute,
  • 0:19 - 0:21
    Paiute dan Navajo,
  • 0:21 - 0:23
    dan jika anda ke sana,
  • 0:23 - 0:24
    pemandangannya menakjubkan.
  • 0:24 - 0:28
    Matahari terbit menerangi
    bahagian bawah gerbang jingga,
  • 0:28 - 0:32
    dan di belakangnya, bukit bukau,
    awan serta cenuram.
  • 0:32 - 0:34
    Tapi apa yang anda
    tidak dapat lihat ialah
  • 0:34 - 0:38
    30 orang di belakang saya
    yang turut mengambil gambar.
  • 0:38 - 0:41
    Dan mereka ialah orang yang komited,
    yang suka bangun pagi, bukan?
  • 0:41 - 0:42
    Jadi kalau difikirkan,
  • 0:43 - 0:48
    pasti ada ratusan, kalau bukan ribuan
    gambar Mesa Arch diambil setiap minggu.
  • 0:48 - 0:51
    Sudah beberapa tahun saya berkongsi
    gambar yang diambil di Instagram,
  • 0:51 - 0:56
    dan apa yang menarik serta lucunya,
  • 0:56 - 0:59
    betapa banyak gambar seakan sama
    yang diambil di tempat yang sama
  • 0:59 - 1:01
    boleh dilihat dalam talian.
  • 1:01 - 1:03
    Dan saya juga menyertainya.
  • 1:04 - 1:05
    Hal ini buat saya terfikir:
  • 1:05 - 1:08
    Apakah tujuan sebenar mengambil gambar?
  • 1:08 - 1:11
    Kadangkala, saya melawat
    tempat yang popular --
  • 1:11 - 1:14
    ini Horseshoe Bend di Arizona --
  • 1:14 - 1:17
    dan saya lihat ramai orang
    mengeluarkan telefon dan kamera
  • 1:17 - 1:18
    mengambil gambar,
  • 1:18 - 1:21
    dan terus berpatah balik masuk ke kereta
    atau meneruskan perjalanan.
  • 1:21 - 1:25
    Dan kadangkala nampaknya
    kita terlupa tujuan sebenar
  • 1:25 - 1:30
    melawat sesuatu tempat
    untuk menikmati pengalaman
  • 1:30 - 1:32
    atau melihat pemandangan
    dengan mata sendiri.
  • 1:33 - 1:34
    Pabila saya di belakang kamera,
  • 1:34 - 1:37
    saya nampak butiran kecil:
  • 1:37 - 1:40
    lapisan cahaya di pergunungan
  • 1:40 - 1:42
    ketika hari mulai gelap;
  • 1:42 - 1:45
    bentuk yang digarap alam semula jadi,
  • 1:45 - 1:48
    abstrak, namun sempurna seadanya.
  • 1:49 - 1:53
    Saya boleh hanyut merenung setiap
    butiran pelusuk planet ini
  • 1:53 - 1:54
    dan perasaan saya tentangnya.
  • 1:56 - 1:59
    Mengambil gambar keindahan dan
    kerumitan dunia ini
  • 1:59 - 2:02
    pada saya seperti melukis potret
    orang yang saya cintai.
  • 2:02 - 2:04
    Dan apabila mengambil gambar,
  • 2:04 - 2:06
    saya perlu fikir perkara yang
    mahu dituturkan.
  • 2:07 - 2:10
    Saya perlu tanya diri saya
    perasaan yang mahu disampaikan.
  • 2:10 - 2:12
    Pabila berkomunikasi melalui
    sekeping gambar,
  • 2:12 - 2:14
    semua aspek kreatif adalah penting.
  • 2:14 - 2:16
    Ada gambar yang saya mahu kongsi,
  • 2:16 - 2:18
    ada yang saya simpan untuk diri sendiri.
  • 2:18 - 2:21
    Saya kini mengacara siri video
    tentang masa depan dunia luar,
  • 2:21 - 2:24
    dalam salah satu episodnya,
    kami mahu meneroka
  • 2:24 - 2:28
    hubungan antara fotografi
    dengan ruang dunia luar.
  • 2:28 - 2:30
    Saya belajar tentang kajian
    oleh Kristin Diehl
  • 2:30 - 2:32
    dan rakan sekerjanya di USC,
  • 2:32 - 2:35
    tentang kesan mengambil gambar
    terhadap tahap keseronokan.
  • 2:35 - 2:37
    Mereka mendapati apabila
    kita memegang kamera,
  • 2:37 - 2:39
    apabila kita yang mengambil gambar,
  • 2:39 - 2:42
    kita lebih menikmati pengalaman itu,
    bukan sebaliknya.
  • 2:42 - 2:43
    Tapi bukanlah pada setiap masa.
  • 2:43 - 2:47
    Jika seseorang mengambil gambar
    hanya untuk berkongsi,
  • 2:47 - 2:49
    tiada pertambahan kegembiraan,
  • 2:49 - 2:51
    kerana mereka tidak buat
    untuk diri sendiri.
  • 2:51 - 2:53
    Jadi ini menunjukkan satu
    perbezaan penting:
  • 2:54 - 2:56
    fotografi boleh menambah nilai
    pengalaman anda
  • 2:56 - 2:58
    sekiranya dilakukan dengan berhemah.
  • 2:58 - 3:00
    Niat itu yang paling penting.
  • 3:01 - 3:04
    Sebagai jurufoto, saya perlu
    tanya diri sendiri.
  • 3:04 - 3:06
    Bila keadaan yang sesuai untuk
    keluarkan kamera,
  • 3:06 - 3:09
    dan bila saya perlu menyimpannya?
  • 3:09 - 3:13
    Ketika melawat Alaska, saya berpeluang
    mengambil gambar beruang perang Alaska.
  • 3:13 - 3:16
    Saya di atas bot bersama
    empat lagi jurufoto,
  • 3:16 - 3:18
    dan kami semua terpegun
  • 3:18 - 3:19
    pada masa yang sama
  • 3:19 - 3:22
    berada sangat dekat dengan
    haiwan-haiwan ini.
  • 3:22 - 3:24
    Ia satu pengalaman yang penuh emosi.
  • 3:24 - 3:28
    Bertentang mata dengan beruang-beruang itu
    buat saya rasa dekat
  • 3:28 - 3:29
    tidak terungkap kata-kata,
  • 3:29 - 3:33
    dan dengan kamera saya bersama
    meningkatkan lagi perasaan itu.
  • 3:34 - 3:37
    Kami berkarya dengan cara tersendiri
    tapi menyeluruh dengan saat itu,
  • 3:37 - 3:39
    dengan alam dan sesama sendiri.
  • 3:39 - 3:41
    Saya masih ingat dengan jelas
  • 3:41 - 3:44
    merakam titisan air dan
    pergerakan beruang berenang
  • 3:44 - 3:47
    serta anak-anak beruang
    yang mengikuti ibu mereka.
  • 3:48 - 3:50
    Kumpulan itu dan saya akan
    mempunyai pengalaman bersama
  • 3:51 - 3:52
    dan gambar-gambar untuk
    ditatap kemudian
  • 3:52 - 3:54
    berkali-kali,
  • 3:54 - 3:57
    dan fotografi yang membolehkan kami
    berkongsi semua ini.
  • 3:59 - 4:01
    Pada masa lain, saya memilih
    untuk simpan kamera,
  • 4:01 - 4:05
    dan saya rasa pilihan itu
    menambah nilai pengalaman saya
  • 4:05 - 4:06
    dan kerja saya.
  • 4:07 - 4:10
    Baru-baru ini saya ke
    Pulau Pasifik Selatan Tonga
  • 4:10 - 4:11
    untuk berenang dengan paus kelasa.
  • 4:12 - 4:14
    Saya berasa ada satu paksaan
  • 4:14 - 4:17
    dan kewajipan untuk
    membawa kamera bersama,
  • 4:17 - 4:20
    apabila kadangkala saya hanya
    mahu menikmati pengalaman itu.
  • 4:20 - 4:23
    Dan pengalaman itu sangat menakjubkan.
  • 4:23 - 4:25
    Kita bercakap tentang menyelam
  • 4:25 - 4:27
    bersama anak haiwan
    sebesar kereta
  • 4:28 - 4:31
    ketika dikelilingi partikel yang
    terapung di sekeliling anda
  • 4:31 - 4:34
    dan ibunya menyelam di bawah.
  • 4:34 - 4:37
    Sudah tentu ada masanya,
    apabila saya bawa kamera bersama
  • 4:37 - 4:40
    dan ia pengalaman yang hebat
    untuk dirakam.
  • 4:40 - 4:45
    Ia seperti satu kotak yang besar.
    Beginilah rupanya.
  • 4:45 - 4:47
    Ini antara saya dengan ikan paus itu,
  • 4:47 - 4:50
    dan kadangkala ia terasa seperti pemisah
    antara diri anda dengan alam nyata.
  • 4:50 - 4:53
    Apa bezanya kalau hanya dengan telefon?
  • 4:53 - 4:56
    Tahun lepas, saya ke Uluru
    di Australia Tengah,
  • 4:56 - 4:59
    di mana ada batu yang besar
    di tengah-tengah padang pasir.
  • 5:00 - 5:03
    Ini adalah tanah suci untuk kaum Anangu,
  • 5:03 - 5:05
    orang asal di tempat ini
  • 5:05 - 5:07
    dan pemilik tradisi tanah itu.
  • 5:07 - 5:12
    Ada beberapa tempat di Uluru
    yang tidak dibenarkan untuk ambil gambar,
  • 5:12 - 5:14
    kerana ia tempat sensitif secara budaya,
  • 5:15 - 5:17
    seperti kitab suci untuk Anangu.
  • 5:17 - 5:22
    Jadi kerana ini, kebanyakan foto saya
    diambil dari jauh, seperti ini,
  • 5:22 - 5:25
    atau dari sudut tertentu di taman itu.
  • 5:25 - 5:29
    Boleh dikatakan kebanyakan pemandangan
    menarik dan indah di Uluru
  • 5:30 - 5:32
    terletak di kawasan sensitif ini,
  • 5:32 - 5:38
    tapi permintaan untuk tidak merakam foto
    jelas sekali satu jemputan
  • 5:38 - 5:42
    untuk belajar lebih tentang tanah itu,
    kepentingannya dan orang asalnya.
  • 5:42 - 5:44
    Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan?
  • 5:44 - 5:47
    Jadi kedatangan saya ke Uluru
    bukan lagi untuk diri saya
  • 5:47 - 5:50
    tapi untuk memahami tempat itu.
  • 5:51 - 5:52
    Ironinya, dan yang mengejutkan,
  • 5:52 - 5:55
    saya mendapati kehadiran dan perhubungan
  • 5:55 - 5:58
    juga menghasilkan gambar
    yang lebih menarik.
  • 5:58 - 6:02
    Boleh dikatakan media sosial
    adalah tempat sesuai
  • 6:02 - 6:05
    untuk berkongsi gambar
    percutian dan kenangan.
  • 6:05 - 6:08
    Kita bukan sahaja berkongsi
    dunia yang kita lihat
  • 6:08 - 6:11
    tetapi juga sebahagian daripada
    pengalaman seharian.
  • 6:11 - 6:15
    Dan jika kita mengambil gambar
    dengan tujuan,
  • 6:15 - 6:18
    harap-harap kita berkongsi
    dengan tujuan juga.
  • 6:18 - 6:23
    Untuk saya, berkongsi cerita
    dan perspektif saya di atas talian
  • 6:23 - 6:26
    mengingatkan saya bahawa saya
    tidak bersendirian.
  • 6:26 - 6:28
    Ia membantu saya membina
    komuniti dan sokongan
  • 6:28 - 6:31
    untuk orang lain juga.
  • 6:31 - 6:32
    Biar saya jelaskan:
  • 6:32 - 6:36
    saya bukan kata anda tidak
    boleh ambil gambar.
  • 6:37 - 6:40
    Walaupun ribuan orang
    telah ke tempat yang sama
  • 6:40 - 6:43
    dan ambil gambar yang sama
  • 6:43 - 6:45
    saya galakkan anda keluar dan ambil juga.
  • 6:45 - 6:47
    Dunia ini memerlukan
    setiap suara dan perspektif,
  • 6:47 - 6:49
    termasuk daripada anda semua.
  • 6:50 - 6:53
    Tapi perkara yang saya cuba sampaikan
    ialah telefon dan kamera
  • 6:53 - 6:55
    tidak perlu sentiasa dikeluarkan.
  • 6:55 - 6:57
    Apa yang saya cuba galakkan adalah
  • 6:57 - 7:00
    untuk anda simpan sebentar --
  • 7:00 - 7:01
    untuk diri anda.
  • 7:02 - 7:03
    Jadi mari kembali ke Mesa Arch,
  • 7:03 - 7:06
    lihat batu itu bersinar warna jingga
  • 7:06 - 7:09
    dan lapisan warna biru indah
    di belakangnya.
  • 7:10 - 7:13
    Bagaimana kalau nanti
    anda berada di tempat yang indah,
  • 7:13 - 7:15
    anda tidak boleh bawa kamera atau telefon?
  • 7:16 - 7:19
    Bagaimana kalau anda tidak boleh
    mengambil gambar langsung?
  • 7:19 - 7:21
    Adakah anda rasa terbatas?
  • 7:22 - 7:24
    Atau rasa lega?
  • 7:25 - 7:26
    Jadi apa yang boleh dibuat?
  • 7:26 - 7:30
    Kalau anda rasa mahu
    keluarkan kamera atau telefon,
  • 7:30 - 7:33
    atau, kalau saya, sedar-sedar
    sudah mengeluarkannya --
  • 7:33 - 7:34
    (Gelak ketawa)
  • 7:34 - 7:36
    Pertama: berhenti.
  • 7:37 - 7:38
    Berhenti sejenak.
  • 7:38 - 7:39
    Tarik nafas dalam-dalam.
  • 7:40 - 7:43
    LIhat di sekeliling. Apa yang anda nampak?
  • 7:44 - 7:47
    Adakah anda menikmati saat ini
    bersama seseorang?
  • 7:47 - 7:50
    Ingatlah bahawa saat ini
    hanya datang sekali.
  • 7:50 - 7:53
    Fotografi boleh jadi sebahagian
    daripada pengalaman yang indah.
  • 7:53 - 7:57
    Tapi jangan sampai menjadi penghalang
    antara diri anda dan realiti.
  • 7:57 - 7:59
    Hiduplah dengan tujuan,
    dan jangan terlepas
  • 7:59 - 8:02
    saat indah yang tidak dapat diganti,
  • 8:02 - 8:04
    kerana terlalu asyik mengambil gambar.
  • 8:05 - 8:06
    Terima kasih.
  • 8:06 - 8:09
    (Tepukan)
Title:
Bolehkah merakam gambar kenang-kenangan merosakkan momen indah?
Speaker:
Erin Sullivan
Description:

Apabila kita menyaksikan sesuatu yang luar biasa, ramai di antara kita terus mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar. Adakah keghairahan untuk mengambil gambar segala-galanya menjejaskan pengalaman? Dalam perkongsiah ini, Erin Sullivan merenung bagaimana untuk jadi lebih berhemah dalam merakam gambar untuk meningkatkan keupayaannya menikmati detik-detik indah -- dan membantu anda melakukan perkara yang sama.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
08:23

Malay subtitles

Revisions