YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← Pengajaran dari 100 hari penolakan

Jia Jiang berkongsi pengalaman penolakannya dan bagaimana dia mengatasinya. Beliau membantu orang membuka pintu kemungkinan dan bagaimana mengatasi ketakutan penolakan.

Get Embed Code
43 Languages

Showing Revision 24 created 04/25/2019 by Aznah Arshad.

  1. Waktu saya berumur enam tahun,
  2. saya menerima hadiah saya.
  3. Guru kelas pertama saya
    ada idea menarik.
  4. Dia ingin kelas kami mendapat pengalaman
    menerima hadiah
  5. dan juga kebaikan memuji
    satu sama lain.
  6. Jadi dia menyuruh seluruh kelas
    ke hadapan bilik darjah.
  7. Dia telah membeli hadiah untuk semua
    dan susun di satu sudut.
  8. Dia berkata,
  9. "Bolehkah semua diri di sini
    dan saling memuji?
  10. Jika dengar nama anda dipanggil,
  11. pilih satu hadiah dan duduk."
  12. Idea yang bagus, kan?
  13. Apa yang boleh jadi salah?
  14. (Gelak)

  15. Pertama, kami ada 40 orang,

  16. setiap kali saya mendengar
    nama dipanggil,
  17. saya akan menyorak dengan semangat.
  18. Kemudian, tinggal 20 orang,
  19. dan 10 orang,
  20. lima orang ...
  21. dan akhirnya tiga orang.
  22. Saya salah satu dari mereka.
  23. Pujian terhenti.
  24. Pada masa itu, saya menangis.
  25. Cikgu pula cemas.
  26. Dia berkata, "Ada sesiapa mahu cakap
    perkara baik tentang murid-murid ini?
  27. (Gelak)

  28. "Tiada siapa? OK, awak boleh pergi
    ambil hadiah dan duduk.

  29. Tahun depan berkelakuan baik
    mungkin ada orang akan puji awak
  30. (Gelak)

  31. Dari gaya saya bercerita,

  32. anda mungkin sedar
    saya sangat mengingatinya.
  33. (Gelak)

  34. Saya tak tahu siapa rasa
    lebih teruk hari itu.

  35. Adakah saya atau cikgu?
  36. Dia mungkin sedar dia menukar
    acara berkumpulan
  37. kepada acara memalukan untuk
    tiga budak berumur enam tahun.
  38. Tanpa jenaka.
  39. Bila anda tengok
    orang dimalukan di TV,
  40. Biasanya, lucu.
  41. Tapi tiada yang lucu
    tentang hari itu.
  42. Itu satu versi saya,

  43. dan saya sanggup mati untuk elak
    melalui situasi itu lagi --
  44. ditolak di khalayak umum.
  45. Itu satu versi.
  46. Lapan tahun kemudian.
  47. Bill Gates datang ke kampung halaman saya --
  48. Beijing, China --
  49. untuk memberi ceramah,
  50. saya melihat ceramahnya.
  51. Saya mengaguminya.
  52. Saya berfikir, wow,
    saya tahu apa saya nak buat.
  53. Malam itu, saya menulis sepucuk
    surat ke keluarga saya
  54. isinya: sebelum umur 25,
  55. saya akan membina syarikat
    terbesar di dunia,
  56. dan syarikat itu akan beli Microsoft."
  57. (Gelak)

  58. Saya sangat percaya
    menakluk dunia --

  59. penguasaan, kan?
  60. Saya tidak membuat-buat,
    saya betul-betul menulis surat itu.
  61. Inilah dia --
  62. (Gelak)

  63. Anda tidak perlu membaca semuanya --

  64. (Gelak)

  65. Ini juga tulisan buruk,
    tetapi saya tekankan beberapa perkataan.

  66. Awak faham-fahamlah.
  67. (Gelak)

  68. Jadi ...

  69. itu adalah versi lain saya:
  70. satu yang akan menakluki dunia.
  71. Dua tahun kemudian,

  72. saya diberi peluang untuk ke
    Amerika Syarikat.
  73. Saya tidak memikir panjang,
  74. kerana di situ Bill Gates berada, bukan?
  75. (Gelak)

  76. Saya fikir itu adalah permulaan
    keusahawanan saya.

  77. 14 tahun kemudian.
  78. Saya mencapai 30 tahun.
  79. Saya tidak membina syarikat itu.
  80. Saya masih belum bermula.
  81. Saya pengurus pemasaran untuk
    sebuah syarikat Fortune 500.
  82. Saya rasa tersangkut;
  83. tidak ke mana-mana.
  84. Kenapa?
  85. Mana semangat budak 14 tahun
    yang tulis surat itu?
  86. Bukan kerana dia tidak mencuba.
  87. Tapi kerana setiap kali saya mempunyai
    idea baru,
  88. setiap kali saya ingin cuba sesuatu baru,
    walaupun di tempat kerja --
  89. Bila saya ingin membuat cadangan,
  90. atau bersuara di depan sekumpulan orang --
  91. saya rasa pertempuran yang tiada henti
  92. antara 14 tahun dan 6 tahun saya.
  93. Satu yang ingin menakluki dunia --
  94. melakukan perubahan --
  95. satu lagi takut untuk ditolak.
  96. Dan setiap kali si 6 tahun menang.
  97. Dan ketakutan ini belarutan
    selepas saya memulakan syarikat saya.

  98. Saya memulakan syarikat saya
    bila berumur 30 tahun --
  99. jika nak jadi Bill Gates,
  100. anda perlu bermula lambat laun, kan?
  101. Bila saya menjadi usahawan,
  102. saya diberi peluang pelaburan,
  103. dan ditolak.
  104. Penolakan itu menyakiti saya.
  105. Kesannya begitu kuat membuat
    saya ingin berhenti.
  106. Tapi saya berfikir,
  107. adakah Bill Gates akan berhenti
    selepas ditolak pelaburannya?
  108. Adakah usahawan yang berjaya
    berputus asa begitu sahaja?
  109. Mustahil.
  110. Perkara itu menyedarkan saya.
  111. OK, saya boleh bina syarikat
    yang lebih mantap.
  112. Saya boleh bina pasukan
    atau produk yang lebih bagus,
  113. tapi yang paling penting:
  114. Saya perlu jadi pemimpin
    yang lebih baik.
  115. Saya perlu jadi seorang
    yang lebih baik.
  116. Saya tak boleh biarkan saya umur 6 tahun
    tentukan hidup saya lagi.
  117. Saya perlu pulangkan beliau ke tempatnya.
  118. Jadi saya melayar internet
    dan mencari pertolongan.

  119. Google adalah kawan saya.
  120. (Gelak)

  121. Saya mencari, "Bagaimana mengatasi
    ketakutan ditolak?"

  122. Saya mendapat artikel-artikel psikologi
  123. tentang sumber ketakutan dan kesakitan.
  124. Kemudian saya temui
    artikel-artikel berinspirasi
  125. tentang, "Jangan ambil hati,
    atasinya sahaja."
  126. Siapa yang tidak tahu?
  127. (Gelak)

  128. Tapi kenapa saya masih begitu takut?

  129. Kemudian, saya tercari laman web ini.
  130. rejectiontherapy.com
  131. (Gelak)

  132. "Terapi Penolakan" adalah permainan
    dicipta seorang usahawan Kanada.

  133. Namanya Jason Comely.
  134. Ideanya mencari penolakan untuk 30 hari
  135. dan setiap hari ditolak untuk sesuatu,
  136. dan akhirnya, anda kurang terpengaruh
    dengan sakit yang disebabkan.
  137. Saya suka idea itu.
  138. (Gelak)

  139. Saya cakap, "Tahu tak?
    Saya akan lakukannya.

  140. Saya akan mempunyai pengalaman
    penolakan 100 hari."
  141. Saya memikir sendiri idea untuk ditolak,
  142. dan membuat vlog tentangnya.
  143. Inilah hasilnya.

  144. Blog saya seperti ini.
  145. Hari Pertama ...
  146. (Gelak)

  147. Pinjam 100 dolar
    dari orang yang tak dikenali.

  148. Saya pergi ke tempat kerja saya
  149. turun ke tingkat bawah
  150. nampak seorang lelaki besar
    duduk di tempatnya.
  151. Dia nampak seperti pengawal keselamatan.
    Jadi saya mendekatinya.
  152. Bila saya berjalan
  153. seperti perjalanan
    paling lama dalam hidup --
  154. saya mulai rasa gementar,
    bulu roma berdiri
  155. saya berpeluh
    dan hati berdebar.
  156. Saya sampai dan bertanya,
  157. "Hai, bolehkah saya pinjam
    100 dolar dari awak?"
  158. (Gelak)

  159. Dia melihat saya,
    dan berkata, "Tidak."

  160. "Kenapa?"
  161. Saya menjawab, "Tidak? Maaf."

  162. Saya berpaling,
    dan berlari.
  163. (Gelak)

  164. Saya berasa begitu malu.

  165. Tapi kerana saya telah merakam
  166. jadi malam itu, saya melihat rakaman
    saya bila ditolak,
  167. saya nampak begitu takut.
  168. Saya seperti budak
    dalam filem "The Sixth Sense."
  169. Saya nampak orang mati.
  170. (Gelak)

  171. Kemudian saya nampak lelaki ini.

  172. Dia tidak begitu menakutkan.
  173. Dia montel, senang disukai,
  174. dan tanya saya, "Kenapa?"
  175. Dia minta saya beri penjelasan.
  176. Saya boleh memberi banyak alasan.
  177. Saya boleh jelaskan,
    atau merunding,
  178. Saya tidak melakukannya.
  179. Saya hanya berlari.
  180. Saya sedar betapa kecilnya hal ini.
  181. Setiap kali saya berasa ditolak,
  182. saya akan berlari secepat mungkin.
  183. Anda tahu tak?
  184. Keesokan harinya, apa pun terjadi,
  185. saya tidak akan berlari.
  186. Saya akan bertekad.
  187. Hari Kedua: Meminta isi semula burger

  188. (Gelak)

  189. Bila saya ke restoran burger,

  190. Saya habis makan tengahari,
    saya ke juruwang dan cakap
  191. "Hai, boleh saya
    isi semula burger saya?"
  192. (Gelak)

  193. Dia keliru and jawab,
    "Apa itu isi semula burger?"

  194. (Gelak)

  195. Saya jawab, "Seperti isi semula air,
    tapi dengan burger."

  196. Dia kata, "Maaf, kita tak
    isi semula untuk burger."
  197. (Gelak)

  198. Ini adalah penolakan dan saya patut lari,
    tapi saya kekal.

  199. Saya berkata, "Saya suka burger di sini,
  200. saya suka restoran ini,
  201. jika isi semula burrger wujud,
  202. saya bertambah suka."
  203. (Gelak)

  204. Dia cakap, "OK, saya akan
    beritahu pengurus tentangnya

  205. dan mungkin kita akan melakukannya,
    tapi maaf, bukan hari ini."
  206. Kemudian saya pergi.
  207. Sebenarnya,
  208. saya rasa mereka takk pernah
    beri isi semula burger.
  209. (Gelak)

  210. Saya rasa mereka masih sana.

  211. Tetapi rasa takut dan cemas kali pertama
  212. tiada lagi,
  213. kerana saya kekal berbual --
  214. kerana saya tidak lari.
  215. Saya berfikir, "Wow, bagus,
    saya belajar benda baru.
  216. Bagus."
  217. Kemudian Hari Ketiga:
    Beli Donut Olimpik.

  218. Inilah peristiwa yang mengubah
    hidup saya.
  219. Saya ke Krispy Kreme.
  220. Sebuah gerai donut
  221. kebanyakannya di bahagian tenggara
    Amerika Syarikat.
  222. Saya tentu mereka ada
    cawangan di sini.
  223. Saya melangkah masuk,
  224. dan bertanya, "Bolehkah saya membeli donut
    mirip simbol Olimpik?
  225. Kamu hanya perlu menyambung
    lima donut bersama ..."
  226. Mereka tidak akan bersetuju, kan?
  227. Pembuat donut bersetuju.
  228. (Gelak)

  229. Dia keluarkan kertas,
    menulis warna dan bulatan

  230. dan bertanya,
    "Bagaimana nak buat?"
  231. 15 minit kemudian,
  232. dia keluar dengan sebuah kotak
    mirip bulatan Olimpik.
  233. Saya berasa terharu.
  234. Saya tidak boleh mempercayainya.
  235. Video itu ditonton lebih lima juta
    kali di Youtube.
  236. Dunia ini tidak mempercayainya juga.
  237. (Gelak)

  238. Kerana peristiwa itu,
    saya muncul disurat khabar,

  239. program bual bicara, dan banyak lagi.
    Saya menjadi terkenal.
  240. Ramai orang mula menulis emel
    kepada saya
  241. berkata, "Apa yang awak lakukan
    amat menarik."
  242. Tapi tahukah anda, kemasyuran
    tidak menolong saya.
  243. Apa yang saya ingin adalah belajar,
  244. dan merubah diri saya.
  245. Jadi saya menukar 100 hari penolakan
    saya yang lain
  246. ke taman permainan ini --
  247. projek penyelidikan ini.
  248. Saya ingin lihat apa yang
    saya boleh pelajari.
  249. Kemudian saya pun belajar
    banyak perkara.

  250. Saya menemui banyak rahsia.
  251. Contohnya, saya mendapati jika
    saya tak berlari,
  252. bila ditolak,
  253. saya boleh merubah "tidak" kepada "ya",
    dan kata keramatnya ialah, "kenapa".
  254. Suatu hari, saya ke rumah seorang yang
    tak dikenali, dengan bunga di tangan,

  255. ketuk pintu dan bertanya,
  256. "Hai, boleh saya tanam bunga
    ini di belakang rumah awak?"
  257. (Gelak)

  258. Dia menjawab, "Tidak."

  259. Sebelum saya pergi, saya bertanya,
  260. "Bolehkah saya tahu kenapa?"
  261. Dan dia menjawab, "Saya membela
    seekor anjing
  262. ia gali semua yang saya
    tanam di belakang rumah.
  263. Saya tak nak bazir bunga awak.
    Jika awak nak tanam juga,
  264. cuba pergi ke rumah depan
    dan tanya Connie. Dia suka bunga."
  265. Jadi saya pun melakukannya.
  266. Saya melintas jalan dan ketuk
    pintu Connie.
  267. Dia gembira melihat saya.
  268. (Gelak)

  269. Setengah jam kemudian,
    ada bunga di belakang rumah Connie.

  270. Saya pasti ia nampak lebih
    cantik sekarang.
  271. (Gelak)

  272. Tapi jika saya pergi selepas
    penolakan pertama,

  273. saya mungkin fikir,
    mungkin lelaki itu tak percaya saya
  274. mungkin sebab saya gila,
    saya tak berpakaian kemas
  275. tak nampak elok.
  276. Itu bukan sebab-sebanya.
  277. Ia kerana apa yang saya tawar
    tidak bersesuaian dengan kemahuannya.
  278. Dan dia percayakan saya untuk
    beri rujukan,
  279. menggunakan istilah jualan.
  280. Saya berjaya dengan rujukan.
  281. Kemudian suatu hari --

  282. saya juga belajar
    saya boleh cakap sesuatu
  283. dan tinggikan peluang
    dapat ya.
  284. Contohnya, suatu hari
    saya ke Starbucks,
  285. dan tanya pengurus, "Hai,
    boleh saya jadi penyambut Starbucks?"
  286. Dia bertanya,
    "Apa itu penyambut Starbucks?"
  287. Saya cakap, "Awak tahu penyambut
    di Walmart?
  288. Orang yang menyambut pelanggan
    dan berkata "hai" sebelum masuk kedai,
  289. dan memastikan awak tidak mencuri,
  290. Saya nak beri pengalaman Walmart
    kepada pelanggan Starbucks."
  291. (Gelak)

  292. Sebenarnya, saya tidak pasti
    ini perkara baik atau sebaliknya,

  293. Sebenarnya, saya pasti ini
    bukan idea bagus.
  294. Dan dia berkata, "Oh"--
  295. ini reaksinya, namanya Eric --
  296. dia berkata, "Saya tak pasti."
  297. Dia dengar saya kata.
    "Tak pasti."
  298. Kemudian saya tanya dia,
    "Pelikkah?"
  299. Dia jawab, "Ya, sangat pelik."
  300. Sebaik dia mengaku, sikapnya berubah.
  301. Seakan rasa ragu-ragunya hilang.
  302. Dia berkata, "Ya, awak boleh buat
    jangan buat terlalu pelik."
  303. (Gelak)

  304. Untuk satu jam kemudian,
    saya jadi penyambut Starbucks.

  305. Saya cakap "hai" kepada setiap
    pelanggan yang masuk,
  306. dan memberi mereka ucapan cuti.
  307. Saya tidak tahu laluan kerjaya anda,
  308. jangan jadi peyambut.
  309. (Gelak)

  310. Ia amat membosankan.

  311. Tetapi saya dapati saya boleh buat
    kerana saya bertanya, "Pelik ke?"
  312. Saya menyebut keraguan yang hadir.
  313. Dan kerana saya tanya, "Pelik ke?',
    bermaksud saya tidak pelik.
  314. Ini bermaksud saya berfikir
    sepertinya,
  315. mengakui ini sebenarnya pelik.
  316. Berkali-kali,
  317. saya mempelajari jika saya menyebut
    keraguan yang orang mungkin ada
  318. sebelum saya bertanya,
    saya mendapat kepercayaan mereka.
  319. Orang lebih cenderung berkata ya.
  320. Kemudian saya juga menemui saya
    boleh menyatakan impian hidup ...

  321. dengan bertanya.
  322. Saya datang dari empat generasi guru,
  323. dan nenek saya selalu memberitahu saya,
  324. "Jia, awak boleh jadi apa saja,
  325. tapi ia amat bagus
    jika awak seorang guru."
  326. (Gelak)

  327. Tetapi saya ingin jadi usahawan,
    jadi saya jadi.

  328. Sentiasa jadi impian saya
    untuk ajar sesuatu.
  329. Jadi saya cakap,
    "Bagaimana kalau saya tanya
  330. dan mengajar satu kelas kolej?"
  331. Saya tinggal di Austin masa itu,
    jadi saya ke University of Texas,
  332. ketuk pintu profesor dan bertanya,
    "Bolehkah saya ajar kelas awak?"
  333. Saya tidak kemana beberapa
    kali pertama.
  334. Sebab saya tidak lari --
    saya terus melakukannya --
  335. dan dalam percubaan ketiga
    profesor amat kagum.
  336. Dia cakap, "Tiada siapa
    pernah lakukannya."
  337. Dan saya masuk siap dengan
    powerpoint dan pengajaran saya.
  338. Dia berkata, "Wow, saya boleh guna ini.
  339. Boleh datang semula dua bulan lagi?
    Saya masukkan awak dalam kurikulum."
  340. Dua bulan kemudian
    saya mengajar satu kelas.
  341. Ini. Awak mungkin tak dapat lihat,
    gambar ini kurang jelas.

  342. Kadang kala lampu pun boleh menolak
    awak, tahu tak?
  343. (Gelak)

  344. Tapi wow --

  345. selepas habis mengajar kelas itu,
    saya keluar menangis,
  346. kerana saya berfikir
  347. saya boleh menyatakan impian hidup
    hanya dengan bertanya.
  348. Saya fikir saya perlu
    laksanakan semua perkara --
  349. menjadi usahawan hebat, atau
    mendapat PhD untuk mengajar --
  350. tetapi tidak,
    saya hanya tanya,
  351. dan saya dapat mengajar.
  352. Dalam gambar itu, anda
    tak dapat lihat,

  353. saya memaparkan petikan
    Martin Luther King, Jr.
  354. Kenapa? Sebab dalam kajian saya, saya
    dapati orang yang menukar dunia,
  355. menukar cara kita hidup dan
    cara kita berberfikir,
  356. adalah orang pada mulanya
    sering ditolak.
  357. Orang seperti Martin Luther King, Jr..
  358. Mahatma Gandhi, Nelson Mandela,
  359. ataupun Jesus Christ.
  360. Semua orang ini tidak membiarkan
    penolakan mendifinisi mereka.
  361. Mereka membenarkan reaksi sendiri
    selepas penolakan mendifinisi mereka.
  362. Mereka menerima penolakan.
  363. Kita tidak perlu menjadi mereka
    untuk pelajari tentang penolakan,

  364. dan dalam kes saya,
  365. penolakan adalah sumpahan saya,
  366. ketakutan terbesar saya.
  367. Ia menghantui saya seluruh hidup
    kerana saya melarikan diri darinya.
  368. Bila saya mula menerimanya,
  369. saya menukarkannya ke hadiah
    terbesar dalam hidup saya.
  370. Saya bermula mengajar orang bagaimana
    menukar penolakan kepada peluang.
  371. Saya menggunakan blog dan ceramah
  372. buku saya terbit,
  373. dan membina teknologi membantu
    orang mengatasi takut akan penolakan.
  374. Bila anda ditolak dalam hidup,

  375. bila anda berdepan halangan
  376. atau kegagalan,
  377. pertimbangkan kemungkinan.
  378. Jangan lari.
  379. Jika awak terima,
  380. ia mungkin menjadi
    kurniaan untuk anda.
  381. Terima kasih.

  382. (Tepukan)