Return to Video

Jangan menegaskan bahasa Inggeris!

  • 0:01 - 0:03
    Saya tahu apa yang anda
    sedang fikirkan.
  • 0:03 - 0:05
    Anda fikir bahawa saya tersesat,
  • 0:05 - 0:07
    dan seseorang akan naik
    ke pentas nanti
  • 0:07 - 0:09
    dan membawa saya balik
    ke tempat duduk saya.
  • 0:09 - 0:15
    (Tepukan)
  • 0:15 - 0:18
    Ia selalu berlaku di Dubai.
  • 0:18 - 0:20
    "Bercuti di sini, sayang?"
  • 0:20 - 0:22
    (Tepukan)
  • 0:22 - 0:25
    "Melawat anak-anak di sini?"
  • 0:25 - 0:27
    "Singgah berapa lama di sini?"
  • 0:27 - 0:30
    Saya harap, lebih lama.
  • 0:30 - 0:33
    Saya telah menetap
    dan mengajar di Teluk
  • 0:33 - 0:35
    lebih daripada 30 tahun.
  • 0:35 - 0:39
    (Tepukan)
  • 0:39 - 0:43
    Sepanjang masa itu,
    saya telah melihat banyak perubahan.
  • 0:43 - 0:45
    Statistik itu
  • 0:45 - 0:47
    agak memeranjatkan.
  • 0:47 - 0:49
    Hari ini,
    saya mahu bercakap tentang
  • 0:49 - 0:51
    kehilangan bahasa
  • 0:51 - 0:54
    dan globalisasi bahasa Inggeris.
  • 0:54 - 0:56
    Saya mahu ceritakan
    tentang kawan saya
  • 0:56 - 0:59
    yang mengajar orang dewasa
    bahasa Inggeris di Abu Dhabi.
  • 0:59 - 1:01
    Pada suatu hari yang indah,
  • 1:01 - 1:03
    dia putuskan untuk
    membawa mereka ke taman
  • 1:03 - 1:05
    dan mengajar kosa kata
    alam semula jadi.
  • 1:05 - 1:07
    Tapi akhirnya,
    dialah yang belajar
  • 1:07 - 1:09
    semua perkataan Arab tentang tumbuhan
    tempatan dan kegunaannya --
  • 1:09 - 1:11
    semua perkataan Arab tentang tumbuhan
    tempatan dan kegunaannya --
  • 1:11 - 1:14
    mengubat, kosmetik,
  • 1:14 - 1:17
    memasak, herba.
  • 1:17 - 1:19
    Bagaimanakah pelajar tersebut
    memperoleh ilmu itu?
  • 1:19 - 1:21
    Semestinya, daripada datuk nenek mereka,
    bahkan moyang mereka.
  • 1:21 - 1:24
    Semestinya, daripada datuk nenek mereka,
    bahkan moyang mereka.
  • 1:24 - 1:27
    Saya tidak perlu beritahu anda
    betapa pentingnya
  • 1:27 - 1:29
    keupayaan untuk berkomunikasi
    antara generasi.
  • 1:29 - 1:31
    keupayaan untuk berkomunikasi
    antara generasi.
  • 1:31 - 1:33
    Malangnya, kini,
  • 1:33 - 1:35
    bahasa-bahasa pupus
  • 1:35 - 1:37
    dalam kadar yang
    tidak pernah berlaku.
  • 1:37 - 1:40
    Sesebuah bahasa pupus
    setiap 14 hari.
  • 1:41 - 1:43
    Pada masa yang sama,
  • 1:43 - 1:45
    bahasa Inggeris ialah bahasa global
    yang tidak dapat dipertikaikan.
  • 1:45 - 1:47
    Mungkinkah terdapat kaitan?
  • 1:47 - 1:49
    Saya tak tahu.
  • 1:49 - 1:52
    Tapi, saya tahu bahawa
    saya telah melihat banyak perubahan.
  • 1:52 - 1:55
    Semasa saya baru tiba di Teluk,
    saya pergi ke Kuwait
  • 1:55 - 1:58
    yang pada masa itu,
    ia sebuah jawatan yang sukar.
  • 1:58 - 2:00
    Sebenarnya, jarak masanya tidak begitu jauh.
    Jarak masa itu terlalu jauh.
  • 2:00 - 2:03
    Sebenarnya, jarak masanya tidak begitu jauh.
    Jarak masa itu terlalu jauh.
  • 2:03 - 2:05
    Bagaimanapun,
  • 2:05 - 2:07
    Saya direkrut oleh British Council
  • 2:07 - 2:09
    bersama dengan
    25 orang cikgu yang lain.
  • 2:09 - 2:11
    Kami ialah cikgu bukan Muslim
    yang pertama
  • 2:11 - 2:14
    yang mengajar di sekolah
    di Kuwait.
  • 2:14 - 2:16
    Kami dihantar untuk
    mengajar bahasa Inggeris
  • 2:16 - 2:20
    kerana kerajaan itu mahu
    memodenkan negara itu
  • 2:20 - 2:23
    dan memajukan rakyat
    melalui pendidikan.
  • 2:23 - 2:25
    Dan semestinya,
    U.K. mendapat manfaat
  • 2:25 - 2:28
    dari segi kekayaan minyak.
  • 2:28 - 2:30
    Okey.
  • 2:30 - 2:33
    Inilah perubahan utama
    yang saya lihat --
  • 2:33 - 2:35
    bagaimana pengajaran bahasa Inggeris
  • 2:35 - 2:37
    telah berubah beransur-ansur
  • 2:37 - 2:41
    daripada amalan saling memanfaatkan
  • 2:41 - 2:44
    kepada perniagaan antarabangsa
    besar-besaran pada masa kini.
  • 2:44 - 2:48
    Ia bukan lagi sekadar bahasa asing
    dalam kurikulum sekolah,
  • 2:48 - 2:50
    ia juga bukan lagi satu-satunya
    domain di England,
  • 2:50 - 2:52
    ia juga bukan lagi satu-satunya
    domain di England,
  • 2:52 - 2:54
    ia telah menjadi sampan tunda
  • 2:54 - 2:57
    bagi setiap negara yang
    menggunakan bahasa Inggeris.
  • 2:57 - 2:59
    Kenapa tidak?
  • 2:59 - 3:02
    Pendidikan terbaik --
  • 3:02 - 3:05
    menurut Ranking Universiti Dunia --
  • 3:05 - 3:07
    didapati di universiti
  • 3:07 - 3:11
    U.K dan A.S.
  • 3:11 - 3:15
    Jadi, semua orang mahu
    berpendidikan Inggeris,
  • 3:15 - 3:17
    Tapi, jika anda bukan penutur asli,
    anda perlu lulus sesebuah ujian.
  • 3:17 - 3:19
    Tapi, jika anda bukan penutur asli,
    anda perlu lulus sesebuah ujian.
  • 3:19 - 3:21
    Adakah wajar untuk
    menolak seorang pelajar
  • 3:21 - 3:23
    Adakah wajar untuk
    menolak seorang pelajar
  • 3:23 - 3:25
    hanya berdasarkan kebolehan linguistik?
  • 3:25 - 3:27
    Mungkin terdapat seorang
    ahli sains komputer yang sangat pintar.
  • 3:27 - 3:29
    Mungkin terdapat seorang
    ahli sains komputer yang sangat pintar.
  • 3:29 - 3:32
    Adakah dia perlukan kebolehan bahasa
    yang sama seperti seorang peguam?
  • 3:32 - 3:35
    Rasanya, tidak.
  • 3:36 - 3:39
    Kami, guru bahasa Inggeris,
    selalu menolak mereka.
  • 3:39 - 3:41
    Kami memberikan tanda noktah,
  • 3:41 - 3:43
    dan kami menghentikan
    perjalanan mereka.
  • 3:43 - 3:45
    Mereka tidak lagi dapat
    mengejar impian mereka
  • 3:45 - 3:48
    sehingga mereka lulus
    bahasa Inggeris.
  • 3:49 - 3:52
    Biar saya berikan sebuah contoh:
  • 3:52 - 3:56
    Jika saya bertemu dengan seorang Belanda
    yang berekabahasa Belanda,
  • 3:56 - 3:58
    dia boleh merawat kanser,
  • 3:58 - 4:01
    adakah saya akan larang dia
    memasuki Universiti British?
  • 4:01 - 4:03
    Rasanya, tidak.
  • 4:03 - 4:06
    Tapi,
    itulah yang kita lakukan.
  • 4:06 - 4:09
    Kami, guru bahasa Inggeris,
    ialah penjaga pintu.
  • 4:09 - 4:12
    Anda perlu
    memuaskan hati kami dulu
  • 4:12 - 4:15
    bahawa bahasa Inggeris anda
    adalah baik.
  • 4:16 - 4:18
    Adalah bahaya
  • 4:18 - 4:21
    untuk memberikan
    terlalu banyak kuasa
  • 4:21 - 4:23
    kepada sebilangan kecil orang
    dalam masyarakat.
  • 4:23 - 4:26
    Mungkin penghalangnya
    adalah terlalu umum.
  • 4:26 - 4:28
    Okey.
  • 4:28 - 4:31
    Anda kata, "Tapi,"
  • 4:31 - 4:33
    "Bagaimana dengan penyelidikan?"
  • 4:33 - 4:35
    "Semuanya dalam bahasa Inggeris."
  • 4:35 - 4:37
    Buku diterbitkan dalam bahasa Inggeris,
  • 4:37 - 4:39
    jurnal juga dalam bahasa Inggeris,
  • 4:39 - 4:42
    tapi itu bukan kebenarannya.
  • 4:42 - 4:44
    Ia memenuhi keperluan mereka
    yang berbahasa Inggeris.
  • 4:44 - 4:46
    Dan ia berterusan.
  • 4:46 - 4:49
    Bagaimana dengan penterjemahan?
  • 4:49 - 4:53
    Jika anda berfikir tentang
    Zaman Kegemilangan Islam,
  • 4:53 - 4:56
    terdapat banyak penterjemahan
    pada masa itu.
  • 4:56 - 4:59
    Bahasa Latin dan Greek diterjemahkan
  • 4:59 - 5:01
    ke dalam bahasa Arab dan Parsi,
  • 5:01 - 5:03
    kemudian ia diterjemahkan ke dalam
  • 5:03 - 5:05
    bahasa-bahasa Germanik di Eropah
  • 5:05 - 5:07
    dan bahasa-bahasa Romawi.
  • 5:07 - 5:11
    Jadi, cahaya menyinari
    Zaman Gelap di Eropah.
  • 5:12 - 5:14
    Jangan salah tafsir;
  • 5:14 - 5:16
    saya bukan membantah
    pengajaran bahasa Inggeris,
  • 5:16 - 5:18
    guru-guru bahasa Inggeris
    di luar sana.
  • 5:18 - 5:20
    Saya besar hati bahawa
    kita mempunyai bahasa sejagat.
  • 5:20 - 5:23
    Kita sangat memerlukannya
    pada masa kini.
  • 5:23 - 5:25
    Tapi, saya membantah penggunaannya
    sebagai satu penghalang.
  • 5:25 - 5:27
    Tapi, saya membantah penggunaannya
    sebagai satu penghalang.
  • 5:27 - 5:30
    Adakah kita mahu
    mempunyai 600 bahasa
  • 5:30 - 5:33
    tapi bahasa utama ialah
    bahasa Inggeris, atau bahasa Cina?
  • 5:33 - 5:36
    Kita mahu lebih daripada itu.
    Di manakah sempadannya?
  • 5:36 - 5:38
    Sistem ini menyamakan kecerdasan
  • 5:38 - 5:41
    Sistem ini menyamakan kecerdasan
  • 5:41 - 5:44
    dengan pengetahuan bahasa Inggeris,
  • 5:44 - 5:46
    ini dilakukan secara sewenang-wenang.
  • 5:46 - 5:52
    (Tepukan)
  • 5:52 - 5:54
    Saya mahu mengingatkan anda
  • 5:54 - 5:57
    bahawa mereka yang merupakan
  • 5:57 - 5:59
    golongan bijak pandai
  • 5:59 - 6:01
    tidak perlu berbahasa Inggeris,
  • 6:01 - 6:03
    mereka tidak perlu lulus
    ujian bahasa Inggeris.
  • 6:03 - 6:06
    Contohnya, Einstein.
  • 6:07 - 6:10
    Dia dianggap pelajar
    yang lembam di sekolah;
  • 6:10 - 6:12
    sebenarnya,
    dia menderitai disleksia.
  • 6:12 - 6:14
    Mujurlah,
  • 6:14 - 6:17
    dia tidak perlu lulus
    ujian bahasa Inggeris,
  • 6:17 - 6:20
    kerana TOEFL dimulakan
  • 6:20 - 6:22
    pada tahun 1964,
  • 6:22 - 6:24
    iaitu ujian bahasa Inggeris
    di Amerika.
  • 6:24 - 6:26
    Kini,
    ia telah meletus.
  • 6:26 - 6:29
    Terdapat banyak
    ujian bahasa Inggeris.
  • 6:29 - 6:31
    Berjuta-juta orang pelajar
  • 6:31 - 6:33
    ambil ujian-ujian ini
    setiap tahun.
  • 6:33 - 6:35
    Anda dan saya mungkin fikir,
  • 6:35 - 6:37
    "Bayaran ujian tidak mahal, ia okey,"
  • 6:37 - 6:39
    tapi ia adalah sangat tinggi
    bagi orang miskin.
  • 6:39 - 6:41
    tapi ia adalah sangat tinggi
    bagi orang miskin.
  • 6:41 - 6:43
    Jadi, kita menolak mereka
    serta-merta.
  • 6:43 - 6:46
    (Tepukan)
  • 6:46 - 6:49
    Saya teringat sebuah tajuk berita
    yang saya baca baru-baru ini:
  • 6:49 - 6:51
    "Pendidikan: Pemisah yang Besar."
  • 6:51 - 6:53
    Kini, saya faham
  • 6:53 - 6:56
    kenapa orang ramai mahu
    fokuskan pada bahasa Inggeris.
  • 6:56 - 6:59
    Mereka mahu berikan anak mereka
    peluang terbaik dalam hidup.
  • 7:00 - 7:03
    Untuk melakukannya,
    mereka perlukan pendidikan Barat.
  • 7:03 - 7:05
    Kerana, semestinya,
    pekerjaan terbaik
  • 7:05 - 7:08
    diberikan kepada
    graduan universiti Barat
  • 7:08 - 7:10
    yang telah saya sebut tadi.
  • 7:10 - 7:12
    Ia merupakan sebuah kitaran.
  • 7:12 - 7:14
    Okey.
  • 7:14 - 7:16
    Biar saya ceritakan tentang
  • 7:16 - 7:18
    2 orang ahli sains Inggeris.
  • 7:18 - 7:20
    Mereka menjalankan sebuah eksperimen
    tentang genetik
  • 7:20 - 7:22
    Mereka menjalankan sebuah eksperimen
    tentang genetik
  • 7:22 - 7:25
    serta kaki hadapan dan
    kaki belakang haiwan.
  • 7:25 - 7:27
    Tapi, mereka tidak mendapat
    hasil yang dikehendaki.
  • 7:27 - 7:29
    Mereka tidak tahu
    apa yang perlu dilakukan
  • 7:29 - 7:32
    sehingga munculnya
    seorang ahli sains Jerman
  • 7:32 - 7:35
    yang sedar bahawa mereka
    menggunakan 2 perkataan
  • 7:35 - 7:37
    untuk kaki hadapan
    dan kaki belakang
  • 7:37 - 7:41
    sedangkan genetik tidak membezakannya;
  • 7:41 - 7:43
    begitu juga dengan bahasa Jerman.
  • 7:43 - 7:45
    Jadi, bingo,
  • 7:45 - 7:47
    masalah diselesaikan.
  • 7:47 - 7:49
    Jika anda tidak faham sesuatu,
  • 7:49 - 7:52
    anda menghadapi kesulitan.
  • 7:52 - 7:54
    Tapi, jika bahasa yang lain
    dapat memahaminya,
  • 7:54 - 7:56
    maka melalui kerjasama,
  • 7:56 - 7:59
    kita dapat mencapai dan
    belajar lebih banyak lagi.
  • 8:01 - 8:03
    Anak perempuan saya
  • 8:03 - 8:06
    pergi ke England dari Kuwait.
  • 8:06 - 8:09
    Dia telah mempelajari sains dan
    matematik dalam bahasa Arab.
  • 8:09 - 8:12
    Sekolah itu bermediumkan bahasa Arab.
  • 8:12 - 8:15
    Dia perlu terjemahkannya
    ke dalam bahasa Inggeris di sekolah.
  • 8:15 - 8:17
    Dialah yang terbaik di dalam kelas
    dalam mata pelajaran tersebut.
  • 8:17 - 8:19
    Dialah yang terbaik di dalam kelas
    dalam mata pelajaran tersebut.
  • 8:19 - 8:21
    Ini menunjukkan bahawa
  • 8:21 - 8:23
    bagi pelajar yang datang
    dari luar negara,
  • 8:23 - 8:25
    mungkin kita tidak memberikan kredit yang sewajar
    terhadap apa yang mereka tahu,
  • 8:25 - 8:27
    mungkin kita tidak memberikan kredit yang sewajar
    terhadap apa yang mereka tahu,
  • 8:27 - 8:30
    tapi mereka tahu tentangnya
    dalam bahasa mereka.
  • 8:30 - 8:32
    Apabila sebuah bahasa pupus,
  • 8:32 - 8:35
    kita tidak tahu kehilangan kita
    dalam bahasa tersebut.
  • 8:35 - 8:39
    Ini ialah -- Entah anda telah melihatnya
    di CNN baru-baru ini --
  • 8:39 - 8:41
    mereka memberikan Anugerah Hero
  • 8:41 - 8:44
    kepada seorang budak penggembala
    di Kenya
  • 8:44 - 8:47
    yang tidak dapat belajar pada waktu malam
    di kampungnya,
  • 8:47 - 8:49
    seperti semua budak
    di kampung,
  • 8:49 - 8:51
    kerana lampu kerosin bebaskan asap
    dan rosakkan matanya.
  • 8:51 - 8:53
    kerana lampu kerosin bebaskan asap
    dan rosakkan matanya.
  • 8:53 - 8:56
    Bagaimanapun, tidak terdapat
    kerosin yang cukup.
  • 8:56 - 8:59
    Apakah yang boleh dibeli dengan
    satu dolar setiap hari?
  • 8:59 - 9:01
    Jadi, dia mencipta
  • 9:01 - 9:04
    lampu suria tanpa kos.
  • 9:04 - 9:06
    Kini,
    budak-budak di kampungnya
  • 9:06 - 9:08
    mendapat gred yang sama
    di sekolah,
  • 9:08 - 9:12
    sama seperti mereka yang
    mempunyai elektrik di rumah.
  • 9:12 - 9:18
    (Tepukan)
  • 9:18 - 9:20
    Semasa dia menerima anugerah,
  • 9:20 - 9:22
    dia mengeluarkan kata-kata
    yang indah ini:
  • 9:22 - 9:25
    "Budak-budak ini dapat memimpin Afrika
  • 9:25 - 9:27
    daripada sebuah benua yang gelap
  • 9:27 - 9:29
    ke sebuah benua yang cerah."
  • 9:29 - 9:31
    Sebuah idea yang mudah,
  • 9:31 - 9:34
    tapi ia mungkin mempunyai
    kesan yang mendalam.
  • 9:35 - 9:37
    Mereka yang tidak mempunyai cahaya,
  • 9:37 - 9:40
    sama ada secara fizikal atau metafora,
  • 9:40 - 9:43
    tidak dapat lulus peperiksaan kita,
  • 9:43 - 9:46
    kita tidak tahu apa yang mereka tahu.
  • 9:46 - 9:49
    Jangan biarkan mereka dan kita
  • 9:49 - 9:51
    berada dalam kegelapan.
  • 9:51 - 9:54
    Mari kita meraikan kepelbagaian.
  • 9:54 - 9:57
    Hargai bahasa anda.
  • 9:57 - 10:01
    Gunakannya untuk
    menyebarkan idea yang baik.
  • 10:01 - 10:08
    (Tepukan)
  • 10:08 - 10:10
    Terima kasih banyak-banyak.
  • 10:10 - 10:13
    (Tepukan)
Title:
Jangan menegaskan bahasa Inggeris!
Speaker:
Patricia Ryan
Description:

Di TEDxDubai, Patricia Ryan yang telah lama menjadi guru bahasa Inggeris menanya sebuah soalan yang provokatif: Adakah fokus dunia pada bahasa Inggeris mencegah penyebaran idea yang baik dalam bahasa-bahasa lain? (Sebagai contoh: Bagaimana jika Einstein terpaksa lulus TOEFL?) Ia merupakan sebuah pembelaan yang ghairah terhadap penterjemahan dan perkongsian idea.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
10:14

Malay subtitles

Revisions Compare revisions