Return to Video

Ubat baru, yang direka cipta daripada protein kecil

  • 0:01 - 0:03
    Saya seorang pereka cipta protein.
  • 0:05 - 0:08
    Dan saya ingin berbincang
    tentang sejenis ubat baru.
  • 0:08 - 0:12
    Ianya dibuat daripada sejenis molekul
    yang dipanggil peptida dikekang.
  • 0:12 - 0:15
    Kini hanya terdapat beberapa jenis
    ubat peptida sahaja,
  • 0:15 - 0:18
    tapi banyak jenis ubat ini akan
    ke pasaran pada dekad akan datang.
  • 0:18 - 0:21
    Mari kita teliti apakah
    bahan ubat baru ini,
  • 0:21 - 0:24
    bagaimana ia berbeza dan mengapa ia
    mendapat perhatian meluas
  • 0:24 - 0:25
    dalam jenis ubat baru dan teruja.
  • 0:26 - 0:30
    Peptida dikekang adalah
    protein yang amat kecil.
  • 0:30 - 0:34
    Ia mempunyai ikatan kimia tambahan
    yang mengawal bentuk molekul itu,
  • 0:34 - 0:36
    dan ini menjadikannya amat stabil
  • 0:36 - 0:37
    juga sebagai berpoten tinggi.
  • 0:38 - 0:42
    Ia berlaku secara semula jadi,
    di mana badan kita yang menghasilkannya
  • 0:42 - 0:44
    menolong kita menentang
    jangkitan bakteria, fungus dan virus.
  • 0:44 - 0:46
    Haiwan seperti ular dan kala jengking
  • 0:46 - 0:49
    guna peptide dikekang di dalam bisa mereka
  • 0:49 - 0:52
    Ubat yang diperbuat daripada protein
    dikenali sebagai ubat biologik.
  • 0:52 - 0:54
    Jadi, ni termasuklah peptida dikekang,
  • 0:54 - 0:56
    dan juga ubat seperti insulin,
  • 0:56 - 1:00
    atau ubat antibodi seperti
    Humira atau Enbrel.
  • 1:00 - 1:03
    Dan secara umum, biologik adalah
    sangat bagus,
  • 1:03 - 1:07
    kerana ia boleh mengelak kesan sampingan
    yang disebabkan oleh ubat
  • 1:07 - 1:09
    Pertama, protein.
  • 1:09 - 1:12
    Ia benar-benar semula jadi,
    tidak toksik dalam badan kita.
  • 1:12 - 1:15
    Sel-sel kita menghasilkan berpuluh ribu
    protein berlainan,
  • 1:15 - 1:17
    dan dasarnya, semua makanan kita
    mengandungi protein.
  • 1:17 - 1:21
    Dan kedua, kadang kala ubat berinteraksi
    dengan molekul dalam badan kita
  • 1:21 - 1:23
    yang kita tidak mahu terjadi.
  • 1:23 - 1:25
    Berbandingan ubat
    bermolekul kecil,
  • 1:25 - 1:27
    dan dengan ini maksud saya ubat biasa,
    seperti aspirin,
  • 1:27 - 1:29
    biologik adalah agak besar.
  • 1:29 - 1:33
    Molekul berinteraksi apabila mereka
    mengambil bentuk sepadan dengan sempurna.
  • 1:33 - 1:35
    Seperti kunci dan mangga.
  • 1:35 - 1:37
    Baiklah, kunci besar mempunyai
    lebih alur,
  • 1:37 - 1:40
    jadi, ia lebih sepadan untuk
    muat ke dalam satu mangga.
  • 1:40 - 1:43
    Tapi kebanyakan biologik juga
    mempunyai kekurangan.
  • 1:43 - 1:44
    Ianya mudah relai.
  • 1:44 - 1:46
    Jadi, ia biasa
    digunakan secara suntikan,
  • 1:46 - 1:49
    kerana asid perut akan
    memusnahkan ubat itu
  • 1:49 - 1:50
    jika kita cuba menelannya.
  • 1:50 - 1:52
    Peptida dikekang adalah sebaliknya.
  • 1:52 - 1:54
    Ia betul-betul tahan lama,
    seperti ubat biasa.
  • 1:54 - 1:59
    Jadi, ia mungkin boleh diberi
    dalam bentuk pil, alat sedut, salap.
  • 2:00 - 2:04
    Inilah yang menyebabkan peptida dikekang
    begitu wajar untuk penghasilan ubat.
  • 2:04 - 2:06
    Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik
  • 2:06 - 2:10
    molekul kecil
    dan ubat biologik menjadi satu.
  • 2:10 - 2:12
    Tapi malangnya,
    ia amatlah sukar
  • 2:12 - 2:15
    untuk reka bentuk semula peptida
    dikekang secara semula jadi
  • 2:15 - 2:17
    untuk menjadi ubat baru.
  • 2:17 - 2:18
    Jadi disini kepakaran saya.
  • 2:18 - 2:22
    Menghasilkan satu ubat baru adalah
    seperti pertukangan membuat kunci
  • 2:22 - 2:24
    mesti sepadan dengan satu jenis mangga.
  • 2:24 - 2:26
    Kita perlu dapat bentuk yang tepat.
  • 2:26 - 2:29
    Tetapi jika kita pinda bentuk peptida
    dikekang terlalu banyak
  • 2:29 - 2:31
    ikatan kimia tambahan itu
    tidak boleh bentuk
  • 2:31 - 2:33
    dan seluruh molekul itu akan berkecai.
  • 2:33 - 2:37
    Jadi kita perlu cari jalan bagaimana untuk
    mengawal bentuknya.
  • 2:37 - 2:39
    Saya adalah ahli usaha kerjasama saintifik
  • 2:39 - 2:42
    yang merangkumi satu dozen institusi
    melintasi tiga benua
  • 2:42 - 2:45
    yang bekerjasama untuk menyelesaikan
    masalah ni.
  • 2:45 - 2:49
    Kami mengambil pendekatan yang berbeza
    dari usaha terdahulu.
  • 2:49 - 2:51
    Daripada membuat perubahan
    kepada peptida dikekang
  • 2:51 - 2:52
    dapat secara semula jadi,
  • 2:52 - 2:56
    kami menjumpai cara untuk membina yang
    baru dari permulaan lagi.
  • 2:56 - 2:57
    Untuk berbuat demikian,
  • 2:57 - 3:00
    kami membina perisian percuma reka
    bentuk punca terbuka peptida
  • 3:00 - 3:02
    yang boleh diguna oleh sesiapa juga.
  • 3:02 - 3:03
    Untuk menguji kaedah kami,
  • 3:03 - 3:06
    kami menghasilkan satu siri
    peptida dikekang
  • 3:06 - 3:08
    yang mempunyai pelbagai jenis
    bentuk berbeza.
  • 3:08 - 3:11
    Kebanyakannya tidak dilihat
    secara semula jadi dulu.
  • 3:11 - 3:14
    Kemudian, kami hasilkan peptida
    ini di makmal.
  • 3:14 - 3:16
    Seterusnya, kami menentukan
    struktur molekulnya,
  • 3:16 - 3:18
    melalui experimen.
  • 3:18 - 3:20
    Bila dibandingkan model
    rekaan kami
  • 3:20 - 3:21
    dengan struktur molekul sebenar,
  • 3:22 - 3:25
    kami mendapati bahawa perisian kami
    boleh meletakkan atom individu
  • 3:25 - 3:28
    dengan ketepatan yang pada had
    oleh apa yang mungkin boleh diukur.
  • 3:28 - 3:30
    Tiga tahun lalu, ini tidak
    dapat dilakukan.
  • 3:30 - 3:33
    Tetapi hari ini, kami ada keupayaan untuk
    cipta rekaan peptida
  • 3:33 - 3:37
    dengan bentuk yang dibuat khas
    bagi penghasilan ubat.
  • 3:37 - 3:38
    Jadi ke mana teknologi ini membawa kita?
  • 3:39 - 3:41
    Baik, baru-baru ini,
  • 3:41 - 3:43
    rakan kerja dan saya cipta reka
    peptida dikekang
  • 3:43 - 3:46
    yang meneutralkan virus influenza,
  • 3:46 - 3:49
    melindung kita daripada
    keracunan botulisme
  • 3:49 - 3:51
    dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  • 3:51 - 3:53
    Beberapa ubat baru ini
  • 3:53 - 3:56
    telah diuji ke atas haiwan makmal
    dalam percubaan praklinikal.
  • 3:56 - 4:00
    Dan setakat ini, semuanya selamat
    dan sangat berkesan.
  • 4:00 - 4:03
    Rekaan peptida dikekang adalah
    satu teknologi canggih,
  • 4:03 - 4:06
    dan penghasilan ubat ini adalah
    perlahan dan cermat.
  • 4:06 - 4:08
    Ujian manusia dijangka pada tiga
    hingga lima tahun lagi.
  • 4:08 - 4:10
    Tapi pada masa itu,
  • 4:10 - 4:11
    banyak ubat
    peptida dikekang
  • 4:11 - 4:14
    akan dimasukkan ke dalam sistem
    penghasilan ubat.
  • 4:14 - 4:18
    Dan pada akhirnya, saya percaya
    peptida yang direka cipta itu
  • 4:18 - 4:20
    akan membolehkan kita
    membebaskan diri
  • 4:20 - 4:23
    daripada kekangan penyakit kita.
  • 4:23 - 4:24
    Terima kasih.
  • 4:24 - 4:28
    (Tepukan)
Title:
Ubat baru, yang direka cipta daripada protein kecil
Speaker:
Christopher Bahl
Description:

Beberapa jenis ubat biasa yang boleh menyelamatkan nyawa, seperti insulin, dibuat daripada protein yang sangat besar dan mudah relai yang perlu disuntik dan bukan ditelan seperti pil. Tetapi satu ubat generasi baru -- dibuat daripada protein yang lebih kecil, lebih tahan lama dikenali sebagai peptida – akan dihasilkan tidak lama lagi. Dalam ceramah ringkas serta berinformatif, jurutera molekul dan Rakan TED Christopher Bahl menjelaskan bagaimana beliau menggunakan reka bentuk pengiraan untuk menghasilkan peptida yang sangat berkesan yang satu hari nanti boleh meneutralkan demam selesema, melindungi daripada keracunan botulisme dan juga boleh menghentikan pertumbuhan sel kanser.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
04:41

Malay subtitles

Revisions