Apakah fakta yang paling mengagumkan yang boleh anda kongsi tentang alam semesta?
Fakta yg paling menakjubkan
ialah pengetahuan
bahawa atom-atom yang terkandung dalam
kesemua hidupan di muka bumi
atom-atom dalam tubuh manusia
boleh dikesan kepada "kawah"
yang melakurkan unsur-unsur ringan
kepada unsur-unsur berat di dalam terasnya
pada suhu dan tekanan yang amat tinggi
Bintang-bintang ini, terutama dengan jisim yang besar
menjadi kurang stabil pada akhir hayat mereka
dan runtuh lalu meletup, menyuraikan isi perutnya
ke seluruh alam semesta
isi perut yang mengandungi karbon, nitrogen, oksigen
dan segala bahan-bahan asas untuk kehidupan berkembang
Bahan-bahan ini membentuk awanan gas
lalu memeluwap, runtuh untuk membentuk sistem-sistem solar,
bintang-bintang dengan planet yang kini mampu menampung kehidupan
Jadi apabila saya mengamati langit di waktu malam
dan saya tahu yang kita adalah sebahagian dari alam semesta,
kita hidup di alam semesta ini,
tetapi yang lebih penting lagi,
kitalah alam semesta
Apabila saya pertimbangkan fakta itu
ramai yang merasa kecil bila terfikir akan keluasan alam semesta,
tetapi saya rasa besar,
kerana atom-atom saya dilahirkan di dalam bintang-bintang tersebut
Terdapat satu tahap perhubungan di sini
Dan itulah yang kita mahu rasa -terhubung, terkait dan relevan
kita mahu rasa yang
kita turut serta dalam alam ini dengan segala peristiwa & kejadian alam
Dan kita adalah sebahagian dari alam ini, kerana kita wujud