WEBVTT 00:00:06.028 --> 00:00:09.574 [Cara mencari video] 00:00:09.599 --> 00:00:12.598 Umumnya, terdapat dua cara untuk mencari bahan tugasan. 00:00:12.623 --> 00:00:18.321 Anda boleh mula dengan video tertentu atau lihat tugasan tersedia. 00:00:19.004 --> 00:00:22.052 Bagaimana untuk mula dengan video tertentu? 00:00:22.870 --> 00:00:26.458 Cari video TEDTalk, TEDxTalk atau video TED-Ed 00:00:26.483 --> 00:00:27.997 yang anda rasa menarik. 00:00:28.116 --> 00:00:29.908 Tonton video terlebih dahulu, 00:00:29.933 --> 00:00:32.842 untuk memastikannya tidak terlampau pendek atau panjang 00:00:32.867 --> 00:00:36.415 terlampau teknikal, atau mungkin tidak cukup teknikal untuk anda! 00:00:37.177 --> 00:00:38.564 Setelah anda membuat pilihan, 00:00:38.589 --> 00:00:40.806 salin tajuk atau nama penceramah, 00:00:40.831 --> 00:00:42.504 pergi ke Amara.org, 00:00:42.529 --> 00:00:45.426 dan buat semula langkah ini di antara muka Amara. 00:00:47.141 --> 00:00:51.224 Pertama, pastikan anda log masuk menggunakan profil TED. 00:00:53.446 --> 00:00:56.660 Kemudian halakan tetikus ke arah nama pengguna anda 00:00:57.534 --> 00:01:00.787 dan pilih "TED" daripada senarai kumpulan pada bahagian bawah 00:01:05.428 --> 00:01:09.023 Pada halaman kumpulan, klik tab "Tasks". 00:01:14.275 --> 00:01:17.362 Di sini, anda akan nampak banyak penapis berguna 00:01:17.387 --> 00:01:20.386 yang akan bantu anda mencari video anda 00:01:22.902 --> 00:01:26.497 Video ini dibahagikan kepada beberapa projek: 00:01:28.204 --> 00:01:35.165 TEDTalks, TEDxTalks, TED-Ed, OTP Resources dan Best of TEDxTalks. 00:01:35.776 --> 00:01:38.426 Tetapan lalai di sini ialah "TEDTalks," 00:01:38.451 --> 00:01:41.862 tapi jika video yang anda cari bukan TEDTalk, 00:01:41.887 --> 00:01:44.681 pilih salah satu dari projek lain dalam senarai tersebut 00:01:44.706 --> 00:01:48.432 atau hanya klik "any project" untuk cari dimana-mana. 00:01:50.242 --> 00:01:52.555 Setelah senarai tugasan segar semula, 00:01:52.774 --> 00:01:57.568 tampal nama penceramah atau tajuk ceramah ke dalam kotak pencarian 00:01:57.767 --> 00:01:59.227 dan tekan Enter. 00:02:02.370 --> 00:02:06.219 Anda akan nampak tugasan yang terdapat dalam bahasa anda. 00:02:07.728 --> 00:02:10.529 Sekarang pergi ke video, 00:02:11.863 --> 00:02:14.870 dan klik "Start Now" 00:02:16.022 --> 00:02:17.870 Biar saya berikan pembayang! 00:02:18.426 --> 00:02:20.337 Semasa mencari TEDTalks, 00:02:20.362 --> 00:02:24.060 gunakan hanya nama penceramah atau sekadar tajuk, 00:02:24.466 --> 00:02:28.473 atau buang tanda titik bertindih dari tajuk penuh, seperti ini. 00:02:29.362 --> 00:02:32.325 Jika anda cari tajuk penuh dengan titik bertindih di dalamnya, 00:02:32.350 --> 00:02:36.539 ia akan memerangkap sistem dan tiada keputusan akan diperolehi. 00:02:37.667 --> 00:02:42.497 Ataupun, jika anda tidak menemui tugasan untuk video yang dicari, 00:02:42.611 --> 00:02:46.496 ia bermakna sukarelawan lain sudah mengambilnya. 00:02:46.695 --> 00:02:49.543 Jangan putus asa, dan teruskan mencari ceramah lain! 00:02:51.758 --> 00:02:55.551 Sekarang kita bincang cara lain mencari bahan 00:02:55.798 --> 00:02:58.266 dengan melihat tugasan yang tersedia. 00:02:59.640 --> 00:03:02.520 Jika anda tidak memikirkan sebarang video yang khusus, 00:03:02.624 --> 00:03:05.465 semak tugasan tersedia dalam projek kami. 00:03:06.584 --> 00:03:08.774 Mari berseronok dengan penapis di sini. 00:03:08.957 --> 00:03:11.813 Pertama, bergantung kepada apa yang anda mahu lakukan, 00:03:12.052 --> 00:03:14.758 pilih jenis tugasan yang anda cari. 00:03:14.988 --> 00:03:17.623 Contoh, tugas "Translate". 00:03:21.418 --> 00:03:23.552 Kemudian pilih projek. 00:03:23.957 --> 00:03:25.948 Tetapan lalai ialah "TEDTalks," 00:03:25.973 --> 00:03:28.465 tapi ada yang lebih menarik untuk dilakukan di sini. 00:03:29.164 --> 00:03:33.116 Selain video TEDxTalks dan TED-Ed, 00:03:33.291 --> 00:03:37.156 anda boleh lakukan sarikata untuk video tutorial seperti ini, 00:03:37.275 --> 00:03:38.997 dalam "OTP Resources," 00:03:39.484 --> 00:03:42.944 atau semak sorotan terpilih 00:03:42.969 --> 00:03:46.348 daripada koleksi am TEDxTalks, 00:03:46.373 --> 00:03:48.777 dalam projek "Best of TEDxTalks" 00:03:51.953 --> 00:03:56.254 Pilih satu projek, dan anda akan terima senarai video yang perlukan bantuan anda. 00:03:56.699 --> 00:03:59.245 Jika anda tidak menemui sebarang tugas kosong, 00:03:59.270 --> 00:04:02.127 pilihlah projek lain daripada senarai tersebut. 00:04:04.881 --> 00:04:07.984 Dan sekarang, selamat mentranskripsi dan menterjemah!