[Cara mencari video] Umumnya, terdapat dua cara untuk mencari bahan tugasan. Anda boleh mula dengan video tertentu atau lihat tugasan tersedia. Bagaimana untuk mula dengan video tertentu? Cari video TEDTalk, TEDxTalk atau video TED-Ed yang anda rasa menarik. Tonton video terlebih dahulu, untuk memastikannya tidak terlampau pendek atau panjang terlampau teknikal, atau mungkin tidak cukup teknikal untuk anda! Setelah anda membuat pilihan, salin tajuk atau nama penceramah, pergi ke Amara.org, dan buat semula langkah ini di antara muka Amara. Pertama, pastikan anda log masuk menggunakan profil TED. Kemudian halakan tetikus ke arah nama pengguna anda dan pilih "TED" daripada senarai kumpulan pada bahagian bawah Pada halaman kumpulan, klik tab "Tasks". Di sini, anda akan nampak banyak penapis berguna yang akan bantu anda mencari video anda Video ini dibahagikan kepada beberapa projek: TEDTalks, TEDxTalks, TED-Ed, OTP Resources dan Best of TEDxTalks. Tetapan lalai di sini ialah "TEDTalks," tapi jika video yang anda cari bukan TEDTalk, pilih salah satu dari projek lain dalam senarai tersebut atau hanya klik "any project" untuk cari dimana-mana. Setelah senarai tugasan segar semula, tampal nama penceramah atau tajuk ceramah ke dalam kotak pencarian dan tekan Enter. Anda akan nampak tugasan yang terdapat dalam bahasa anda. Sekarang pergi ke video, dan klik "Start Now" Biar saya berikan pembayang! Semasa mencari TEDTalks, gunakan hanya nama penceramah atau sekadar tajuk, atau buang tanda titik bertindih dari tajuk penuh, seperti ini. Jika anda cari tajuk penuh dengan titik bertindih di dalamnya, ia akan memerangkap sistem dan tiada keputusan akan diperolehi. Ataupun, jika anda tidak menemui tugasan untuk video yang dicari, ia bermakna sukarelawan lain sudah mengambilnya. Jangan putus asa, dan teruskan mencari ceramah lain! Sekarang kita bincang cara lain mencari bahan dengan melihat tugasan yang tersedia. Jika anda tidak memikirkan sebarang video yang khusus, semak tugasan tersedia dalam projek kami. Mari berseronok dengan penapis di sini. Pertama, bergantung kepada apa yang anda mahu lakukan, pilih jenis tugasan yang anda cari. Contoh, tugas "Translate". Kemudian pilih projek. Tetapan lalai ialah "TEDTalks," tapi ada yang lebih menarik untuk dilakukan di sini. Selain video TEDxTalks dan TED-Ed, anda boleh lakukan sarikata untuk video tutorial seperti ini, dalam "OTP Resources," atau semak sorotan terpilih daripada koleksi am TEDxTalks, dalam projek "Best of TEDxTalks" Pilih satu projek, dan anda akan terima senarai video yang perlukan bantuan anda. Jika anda tidak menemui sebarang tugas kosong, pilihlah projek lain daripada senarai tersebut. Dan sekarang, selamat mentranskripsi dan menterjemah!