[Cara mencari video]
Umumnya, terdapat dua cara
untuk mencari bahan tugasan.
Anda boleh mula dengan video tertentu
atau lihat tugasan tersedia.
Bagaimana untuk mula
dengan video tertentu?
Cari video TEDTalk, TEDxTalk
atau video TED-Ed
yang anda rasa menarik.
Tonton video terlebih dahulu,
untuk memastikannya tidak
terlampau pendek atau panjang
terlampau teknikal, atau mungkin
tidak cukup teknikal untuk anda!
Setelah anda membuat pilihan,
salin tajuk atau nama penceramah,
pergi ke Amara.org,
dan buat semula langkah ini
di antara muka Amara.
Pertama, pastikan anda log masuk
menggunakan profil TED.
Kemudian halakan tetikus
ke arah nama pengguna anda
dan pilih "TED" daripada senarai kumpulan
pada bahagian bawah
Pada halaman kumpulan, klik tab "Tasks".
Di sini, anda akan nampak
banyak penapis berguna
yang akan bantu anda
mencari video anda
Video ini dibahagikan
kepada beberapa projek:
TEDTalks, TEDxTalks, TED-Ed,
OTP Resources dan Best of TEDxTalks.
Tetapan lalai di sini ialah "TEDTalks,"
tapi jika video yang anda cari
bukan TEDTalk,
pilih salah satu dari projek lain
dalam senarai tersebut
atau hanya klik "any project"
untuk cari dimana-mana.
Setelah senarai tugasan segar semula,
tampal nama penceramah atau
tajuk ceramah ke dalam kotak pencarian
dan tekan Enter.
Anda akan nampak tugasan
yang terdapat dalam bahasa anda.
Sekarang pergi ke video,
dan klik "Start Now"
Biar saya berikan pembayang!
Semasa mencari TEDTalks,
gunakan hanya nama penceramah
atau sekadar tajuk,
atau buang tanda titik bertindih
dari tajuk penuh, seperti ini.
Jika anda cari tajuk penuh
dengan titik bertindih di dalamnya,
ia akan memerangkap sistem dan
tiada keputusan akan diperolehi.
Ataupun, jika anda tidak menemui
tugasan untuk video yang dicari,
ia bermakna sukarelawan lain
sudah mengambilnya.
Jangan putus asa,
dan teruskan mencari ceramah lain!
Sekarang kita bincang cara lain
mencari bahan
dengan melihat tugasan yang tersedia.
Jika anda tidak memikirkan
sebarang video yang khusus,
semak tugasan tersedia
dalam projek kami.
Mari berseronok dengan
penapis di sini.
Pertama, bergantung kepada
apa yang anda mahu lakukan,
pilih jenis tugasan yang anda cari.
Contoh, tugas "Translate".
Kemudian pilih projek.
Tetapan lalai ialah "TEDTalks,"
tapi ada yang lebih menarik
untuk dilakukan di sini.
Selain video TEDxTalks
dan TED-Ed,
anda boleh lakukan sarikata
untuk video tutorial seperti ini,
dalam "OTP Resources,"
atau semak sorotan terpilih
daripada koleksi am TEDxTalks,
dalam projek "Best of TEDxTalks"
Pilih satu projek, dan anda akan terima
senarai video yang perlukan bantuan anda.
Jika anda tidak menemui
sebarang tugas kosong,
pilihlah projek lain
daripada senarai tersebut.
Dan sekarang,
selamat mentranskripsi dan menterjemah!