[penanda berdecit di papan] (Ken Robinson) Setiap negara di Bumi pada ketika ini sedang memperbaharui pendidikan awam. Terdapat dua sebab untuk itu. Pertama, ekonomi. Masyarakat sedang berfikir "bagaimana kita mendidik anak-anak kita untuk menggantikan tempat mereka dalam dunia ekonomi abad ke 21?" "Bagaimana kita melakukannya?" Walaupun kita tidak dapat menjangka bagaimana situasi ekonomi di akhir minggu hadapan melihatkan keadaan sekarang "Bagaimana kita melakukannya?" Kedua, ialah budaya. Setiap negara di dunia sedang berfikir bagaimana mereka mendidik anak-anak mereka supaya mereka mempunyai identiti budaya dan berupaya meninggalkannya dalam kalangan komuniti masing-masing dan menjadi sebahagian daripada globalisasi? Bagaimana kita mencapainya? Masalahnya, mereka cuba untuk memenuhi masa depan dengan melakukan apa yang mereka lakukan dahulu dan mereka mengasingkan jutaan kanak-kanak yang tidak melihat sebarang tujuan untuk datang ke sekolah Apabila kita ke sekolah, kita masih dinasihatkan jika anda berusaha keras dan berjaya memiliki ijazah, anda akan mempunyai kerja Anak-anak kita tidak mempercayainya Dan mereka benar anda lebih baik mempunyai ijazah tapi ia bukan lagi suatu jaminan dan tidak lagi, jika perjalanannya meminggirkan perkara yang anda fikirkan penting tentang diri Ada berkata kita harus tinggikan standard Anda tahu, benar, kita harus Mengapa harus direndahkan? (ketawa) Saya tidak mendengar hujah untuk menurunkannya Tapi meninggikannya, sudah tentu Namun masalahnya sistem pendidikan kini direka dan diilhamkan disusun untuk zaman yang berbeza Ia bermula pada zaman budaya intelektual Pencerahan dan situasi ekonomi Revolusi Industri Sebelum pertengahan abad ke 19 tiada sistem pendidikan awam. Mungkin tidak juga. Anda boleh dididik oleh Jesuit. jika berkemampuan pendidikan awam, dibayar dari percukaian wajib untuk semua dan percuma pada mulanya ia idea yang baharu Dan ramai menentangnya Mereka kata, tidak mungkin untuk kanak-kanak jalanan anak dari kelas pertengahan untuk mendapat manfaatnya Mereka tidak mampu untuk membaca dan menulis mengapa merugikan masa untuk ini? Jadi, terdapat banyak tanggapan tentang struktur sosial dan kapasitinya Ia wujud dari keadaan ekonomi pada suatu masa tetapi pada asasnya ialah model intelektual minda cerminan idea kebijaksanaan zaman Pencerahan bahawa kebijaksanaan sebenar merangkumi pemikiran deduktif dan ilmu klasikal, pada awalnya. Apa yang kita lihat sebagai kemahiran akademik dan dalam pendidikan awam terdapat dua jenis orang akademik dan bukan akademik pandai dan bukan pandai Kesannya, Ramai orang yang bijak memikirkan dirinya sebaliknya kerana mereka dihakimi dengan pandangan tadi Jadi, kita mempunyai dua tiang, ekonomi dan intelektual Pandangan saya, model ini memberi kesan buruk kepada kehidupan ramai orang Ia baik untuk sebilangannya Terdapat sebilangan yang menikmati manfaatnya Tetapi kebanyakkannya tidak Mereka pula terkesan dengan ini Ini ialah epidemik moden yang disalahanggap dan fiksyen Iaitu wabak ADHD Ini ialah peta ADHD di Amerika atau preskripsi untuk ADHD Jangan silap, Saya tidak bermaksud bahawa tidak wujud 'Attention Deficit Disorder' Saya tidak layak untuk mengatakan sedemikian Saya kenal ramai ahli psikologi dan ahli pediatrik yang bersetuju ADHD wujud Tetapi ia masih menjadi perkara yang boleh diperdebatkan Apa yang saya tahu Ia bukan epidemik Kanak-kanak ini diberi ubat sekerap kita mengeluarkan tonsil untuk tujuan peribadi dan untuk perubatan Anak kita hidup di masa yang penuh rangsangan dalam sejarah dunia Merek diserang dengan maklumat dan memaksa perhatian mereka ke arah semua platform, komputer dari iPhone dari iklan dari jutaan saluran televisyen dan kita menghukum mereka kerana terganggu dari perkara yang membosankan terutamanya di sekolah Ia bukan kebetulan, bagi saya ADHD telah meningkat selari dengan perkembangan peperiksaan piawaian Sekarang, kanak-kanak ini diberi Ritalin dan Adderall dan pelbagai lagi lazimnya ubat yang merbahaya untuk membuatkan mereka fokus dan tenang Tetapi menurut ini, Attention Deficit Disorder meningkat apabila kita menjejaki timur negara ini Mereka mula kehilangan minat di Oklahoma (ketawa) Mereka susah berfikir di Arkansas (ketawa) dan di Washington, mereka sudah tidak waras lagi bagi saya, itu atas sebab lain (ketawa) Ia epidemik yang palsu Jika difikirkan, sastera dan selain sastera, Saya rasa ia benar untuk sains dan matematik Tapi khususnya sastera, kerana mereka adalah mangsa dari mentaliti sebegini Sastera menekankan idea dan pengalaman estetika Idea estetika merupakan puncak kepada deria anda Apabila anda hadir pada suatu peristiwa apabila anda terkesan dengan keseronokan yang anda alami Apabila anda benar-benar hidup manakala anastetik berlaku bila anda tutup deria anda dan melumpuhkan diri dari apa yang berlaku di sekeliling Pelbagai jenis ubat berfungsi seperti itu Kita memberi pendidikan kepada anak-anak dengan melumpuhkan mereka Kita harus lakukan sebaliknya Jangan biarkan mereka lena Kita harus membangunkan dengan apa yang ada di dalam mereka tetapi model yang kita ada sebuah sistem pendidikan yang menguntungkan industrialisme dan cerminannya Sebagai contoh Sekolah masih lagi disusun seperti kilang loceng, kemudahan yang berasingan diasingkan ke subjek yang berlainan Kita masih mendidik kanak-kanak dari peringkat tahun Anda tahu, kita meletakkan mereka dalam sistem kelompok umur Mengapa? Mengapa ada anggapan bahawa persamaan paling penting ialah tentang berapa umur mereka? Ia seperti benda paling penting iaitu tarikh dikilangkan Saya mengenali ramai yang lebih baik pada umur yang sama dalam bidang yang berbeza atau dalam masa harian yang berbeza atau lebih baik dalam kumpulan yang kecil atau mereka lebih suka bersendirian Mengenai model pembelajaran anda tidak harus mula dari mentaliti pengeluaran ini Ini secara asasnya, mengenai konformiti dan semakin ketara apabila melihat ujian dan piawaian kurikulum Semuanya tentang piawaian Saya percaya kita perlu ke arah yang berlawanan Itulah saya maksudkan tentang mengubah paradigma Terdapat banyak kajian mengenai pemikiran divergen beberapa tahun lalu Pemikiran divergen berbeza dengan kreativiti Kreativiti ialah suatu proses memiliki idea yang asli dan bernilai Pemikiran divergen tidak sama dengan kreativiti Tetapi ia aspek yang penting Ia kemahiran untuk melihat jawapan yang mungkin untuk sebuah soalan pelbagai kemungkinan untuk mentafsir soalan sepertimana idea pemikiran lateral Edward de Bono bukan sekadar cara linear atau penumpuan Untuk melihat pelbagai jawapan, bukan satu Ada pelbagai ujian Salah satu contoh mereka ditanya berapa banyak kemungkinan penggunaan klip kertas soalan yang biasa Kebanyakkan mungkin berkata 10 atau 15 Sesiapa yang bijak dalam perkara ini mungkin berkata 200 contohnya bolehkah klip itu diubah saiz dan tinggi dan dibuat dari getah atau, Jim, adakah ia perlu jadi klip kertas yang kita tahu? Ia boleh diuji dan telah diberi kepada 1500 orang dalam buku 'Break Point and Beyond' Dalam protokol ujian ini jika anda skor melebihi suatu tahap anda dikira genius dalam pemikiran divergen Baik? Soalan saya kepada anda, berapa peratus orang yang diuji daripada 1500 orang, skor dalam tahap genius untuk pemikiran divergen? Anda perlu tahu satu perkara lagi mengenai mereka Ini adalah kanak-kanak tadika Jadi, menurut anda? Apa peratus tahap genius? (Penonton) 80. (Ken Robinson) Anda fikir 80, baik. 98% Seperkara lagi, ini ialah kajian longitudinal Jadi mereka uji semula kanak-kanak yang sama 5 tahun kemudian Umur 8 hingga 10 tahun Apa yang anda fikirkan? 50? Mereka diuji semula, lima tahun kemudian, umur 13-15 tahun anda boleh lihat trend di sini (ketawa) Ini menceritakan sesuatu anda boleh membayangkannya sedikit berbeza bukan? Anda mula tidak begitu baik tapi ia menjadi lebih baik selepas itu Dua perkara, 1, kita memiliki kapasiti ini 2, ia kebiasaannya berkurangan. Banyak perkara telah berlaku semasa mereka membesar Tetapi yang paling penting saya percaya, mereka menjadi berpendidikan dalam masa 10 tahun di sekolah, hanya satu jawapan ia di belakang, dan jangan tengok jangan tiru. kerana ia dianggap meniru Di luar sekolah, ia digelar 'kolaborasi'. tapi di dalam sekolah ini bukan kerana guru tetapi kerana hakikatnya sebegitu. Ini adalah kesan dalam pendidikan Kita harus berfikir dengan cara lain mengenai kapasiti manusia kita harus lupakan anggapan akademik, bukan akademik abstrak, teoritikal, vokasional dan lihat jika ia sebuah mitos Kedua, kita harus tahu pembelajaran lebih baik dalam kumpulan Kerjasama perlu untuk berkembang jika kita mengasingkan dan menghakimi mereka secara berasingan kita membentuk gangguan antara mereka dan keadaan pembelajaran yang natural Ketiga, ia mengenai budaya institusi sifat institusi dan alam yang mendasarinya