[penanda berdecit di papan]
(Ken Robinson) Setiap negara di Bumi
pada ketika ini
sedang memperbaharui pendidikan awam.
Terdapat dua sebab untuk itu.
Pertama, ekonomi.
Masyarakat sedang berfikir
"bagaimana kita mendidik anak-anak kita
untuk menggantikan tempat mereka
dalam dunia ekonomi abad ke 21?"
"Bagaimana kita melakukannya?"
Walaupun kita tidak dapat menjangka
bagaimana situasi ekonomi di
akhir minggu hadapan
melihatkan keadaan sekarang
"Bagaimana kita melakukannya?"
Kedua, ialah budaya.
Setiap negara di dunia
sedang berfikir
bagaimana mereka mendidik
anak-anak mereka
supaya mereka mempunyai
identiti budaya
dan berupaya meninggalkannya
dalam kalangan komuniti masing-masing
dan menjadi sebahagian
daripada globalisasi?
Bagaimana kita mencapainya?
Masalahnya, mereka cuba untuk
memenuhi masa depan
dengan melakukan apa yang
mereka lakukan dahulu
dan mereka mengasingkan
jutaan kanak-kanak
yang tidak melihat sebarang tujuan
untuk datang ke sekolah
Apabila kita ke sekolah,
kita masih dinasihatkan
jika anda berusaha keras dan berjaya
memiliki ijazah, anda akan mempunyai kerja
Anak-anak kita tidak mempercayainya
Dan mereka benar
anda lebih baik mempunyai ijazah
tapi ia bukan lagi suatu jaminan
dan tidak lagi, jika perjalanannya
meminggirkan perkara
yang anda fikirkan penting
tentang diri
Ada berkata kita harus
tinggikan standard
Anda tahu, benar, kita harus
Mengapa harus direndahkan?
(ketawa)
Saya tidak mendengar
hujah
untuk menurunkannya
Tapi meninggikannya,
sudah tentu
Namun masalahnya
sistem pendidikan kini
direka dan diilhamkan
disusun untuk zaman yang berbeza
Ia bermula pada zaman budaya
intelektual Pencerahan
dan situasi ekonomi
Revolusi Industri
Sebelum pertengahan abad
ke 19
tiada sistem pendidikan awam.
Mungkin tidak juga.
Anda boleh dididik oleh Jesuit.
jika berkemampuan
pendidikan awam, dibayar
dari percukaian
wajib untuk semua dan percuma
pada mulanya
ia idea yang baharu
Dan ramai menentangnya
Mereka kata, tidak mungkin
untuk kanak-kanak jalanan
anak dari kelas pertengahan
untuk mendapat manfaatnya
Mereka tidak mampu untuk
membaca dan menulis
mengapa merugikan masa
untuk ini?
Jadi, terdapat banyak tanggapan
tentang struktur sosial dan kapasitinya
Ia wujud dari keadaan ekonomi
pada suatu masa
tetapi pada asasnya
ialah model intelektual minda
cerminan idea kebijaksanaan
zaman Pencerahan
bahawa kebijaksanaan sebenar
merangkumi
pemikiran deduktif
dan ilmu klasikal, pada awalnya.
Apa yang kita lihat sebagai
kemahiran akademik
dan dalam pendidikan awam
terdapat dua jenis orang
akademik dan bukan akademik
pandai dan bukan pandai
Kesannya,
Ramai orang yang bijak
memikirkan dirinya sebaliknya
kerana mereka dihakimi dengan
pandangan tadi
Jadi, kita mempunyai dua tiang,
ekonomi dan intelektual
Pandangan saya,
model ini memberi kesan buruk
kepada kehidupan ramai orang
Ia baik untuk sebilangannya
Terdapat sebilangan yang menikmati
manfaatnya
Tetapi kebanyakkannya tidak
Mereka pula terkesan dengan ini
Ini ialah epidemik moden
yang disalahanggap
dan fiksyen
Iaitu wabak ADHD
Ini ialah peta ADHD di Amerika
atau preskripsi untuk ADHD
Jangan silap,
Saya tidak bermaksud bahawa
tidak wujud 'Attention Deficit Disorder'
Saya tidak layak untuk mengatakan
sedemikian
Saya kenal ramai ahli psikologi
dan ahli pediatrik yang bersetuju
ADHD wujud
Tetapi ia masih menjadi perkara
yang boleh diperdebatkan
Apa yang saya tahu
Ia bukan epidemik
Kanak-kanak ini diberi ubat
sekerap kita mengeluarkan tonsil
untuk tujuan peribadi
dan untuk perubatan
Anak kita hidup di masa yang penuh
rangsangan
dalam sejarah dunia
Merek diserang dengan maklumat
dan memaksa perhatian mereka ke arah
semua platform, komputer
dari iPhone
dari iklan
dari jutaan saluran televisyen
dan kita menghukum mereka kerana
terganggu
dari perkara yang membosankan
terutamanya di sekolah
Ia bukan kebetulan, bagi saya
ADHD telah meningkat selari dengan
perkembangan peperiksaan piawaian
Sekarang, kanak-kanak ini diberi Ritalin
dan Adderall
dan pelbagai lagi
lazimnya ubat yang merbahaya
untuk membuatkan mereka fokus dan tenang
Tetapi menurut ini,
Attention Deficit Disorder meningkat
apabila kita menjejaki timur negara ini
Mereka mula kehilangan minat di Oklahoma
(ketawa)
Mereka susah berfikir di Arkansas
(ketawa)
dan di Washington,
mereka sudah tidak waras lagi
bagi saya, itu atas sebab lain
(ketawa)
Ia epidemik yang palsu
Jika difikirkan, sastera
dan selain sastera,
Saya rasa ia benar
untuk sains dan matematik
Tapi khususnya sastera,
kerana mereka adalah mangsa
dari mentaliti sebegini
Sastera menekankan idea dan
pengalaman estetika
Idea estetika
merupakan puncak kepada deria anda
Apabila anda hadir pada suatu peristiwa
apabila anda terkesan dengan keseronokan
yang anda alami
Apabila anda benar-benar hidup
manakala anastetik berlaku
bila anda tutup deria anda
dan melumpuhkan diri dari apa yang
berlaku di sekeliling
Pelbagai jenis ubat berfungsi seperti itu
Kita memberi pendidikan kepada anak-anak
dengan melumpuhkan mereka
Kita harus lakukan sebaliknya
Jangan biarkan mereka lena
Kita harus membangunkan
dengan apa yang ada di dalam mereka
tetapi model yang kita ada
sebuah sistem pendidikan
yang menguntungkan industrialisme
dan cerminannya
Sebagai contoh
Sekolah masih lagi disusun seperti kilang
loceng, kemudahan yang berasingan
diasingkan ke subjek yang berlainan
Kita masih mendidik kanak-kanak
dari peringkat tahun
Anda tahu, kita meletakkan mereka dalam
sistem kelompok umur
Mengapa?
Mengapa ada anggapan bahawa
persamaan paling penting ialah
tentang berapa umur mereka?
Ia seperti benda paling penting
iaitu tarikh dikilangkan
Saya mengenali ramai yang lebih baik
pada umur yang sama dalam bidang
yang berbeza
atau dalam masa harian yang berbeza
atau lebih baik dalam kumpulan yang kecil
atau mereka lebih suka bersendirian
Mengenai model pembelajaran
anda tidak harus mula dari
mentaliti pengeluaran ini
Ini secara asasnya, mengenai konformiti
dan semakin ketara
apabila melihat ujian
dan piawaian kurikulum
Semuanya tentang piawaian
Saya percaya kita perlu
ke arah yang berlawanan
Itulah saya maksudkan tentang
mengubah paradigma
Terdapat banyak kajian mengenai
pemikiran divergen
beberapa tahun lalu
Pemikiran divergen berbeza
dengan kreativiti
Kreativiti ialah suatu proses
memiliki idea yang asli dan bernilai
Pemikiran divergen tidak
sama dengan kreativiti
Tetapi ia aspek yang penting
Ia kemahiran untuk melihat jawapan
yang mungkin untuk sebuah soalan
pelbagai kemungkinan untuk
mentafsir soalan
sepertimana idea pemikiran
lateral Edward de Bono
bukan sekadar cara linear atau
penumpuan
Untuk melihat pelbagai jawapan, bukan satu
Ada pelbagai ujian
Salah satu contoh
mereka ditanya
berapa banyak kemungkinan
penggunaan klip kertas
soalan yang biasa
Kebanyakkan mungkin berkata 10 atau 15
Sesiapa yang bijak dalam perkara
ini mungkin berkata 200
contohnya
bolehkah klip itu diubah saiz dan tinggi
dan dibuat dari getah
atau, Jim, adakah ia perlu jadi
klip kertas yang kita tahu?
Ia boleh diuji
dan telah diberi kepada 1500 orang
dalam buku 'Break Point and Beyond'
Dalam protokol ujian ini
jika anda skor melebihi suatu tahap
anda dikira genius dalam
pemikiran divergen
Baik?
Soalan saya kepada anda,
berapa peratus orang yang diuji
daripada 1500 orang,
skor dalam tahap genius untuk
pemikiran divergen?
Anda perlu tahu satu perkara
lagi mengenai mereka
Ini adalah kanak-kanak tadika
Jadi, menurut anda?
Apa peratus tahap genius?
(Penonton) 80.
(Ken Robinson) Anda fikir 80, baik.
98%
Seperkara lagi, ini ialah
kajian longitudinal
Jadi mereka uji semula kanak-kanak
yang sama 5 tahun kemudian
Umur 8 hingga 10 tahun
Apa yang anda fikirkan?
50?
Mereka diuji semula,
lima tahun kemudian, umur 13-15 tahun
anda boleh lihat trend di sini
(ketawa)
Ini menceritakan sesuatu
anda boleh membayangkannya
sedikit berbeza
bukan?
Anda mula tidak begitu baik
tapi ia menjadi lebih baik
selepas itu
Dua perkara,
1, kita memiliki kapasiti ini
2, ia kebiasaannya berkurangan.
Banyak perkara telah berlaku
semasa mereka membesar
Tetapi yang paling penting
saya percaya,
mereka menjadi berpendidikan
dalam masa 10 tahun di sekolah,
hanya satu jawapan
ia di belakang, dan jangan tengok
jangan tiru.
kerana ia dianggap meniru
Di luar sekolah, ia digelar 'kolaborasi'.
tapi di dalam sekolah
ini bukan kerana guru
tetapi kerana hakikatnya sebegitu.
Ini adalah kesan dalam pendidikan
Kita harus berfikir dengan cara lain
mengenai kapasiti manusia
kita harus lupakan anggapan akademik,
bukan akademik
abstrak, teoritikal, vokasional
dan lihat jika ia sebuah mitos
Kedua, kita harus tahu
pembelajaran lebih baik
dalam kumpulan
Kerjasama perlu untuk berkembang
jika kita mengasingkan dan
menghakimi mereka secara berasingan
kita membentuk gangguan antara mereka
dan keadaan pembelajaran yang natural
Ketiga, ia mengenai budaya institusi
sifat institusi
dan alam yang mendasarinya