Satu perkara yang komputer benar-benar
mahir adalah mengulangi perintah.
Tetapi komputer boleh melakukan perkara yang
sama berjuta atau bahkan berbilion kali,
dan tidak akan menjadi bosan dan dapat
berfungsi dengan bagus.
Contohnya, jika saya ingin mengucapkan
selamat hari jadi kepada semua orang di
Facebook dengan menghantar e-mel kepada semua,
ia mungkin mengambil masa satu abad untuk
saya menulis semua e-mel tersebut kepada semua.
Tetapi dengan hanya beberapa baris kod,
saya boleh menghasilkan satu sistem
menghantar e-mel kepada semua orang di
Facebook mengucapkan selamat hari lahir.
Jadi inilah kegunaan ulangan, mengapa mereka
bernilai
dan sesuatu yang komputer boleh lakukan
dengan baik.
Dalam contoh ini, matlamat anda adalah
menggerakkan burung
untuk mendapatkan babi. Sekarang kita akan
menggunakan blok "ulangan"
untuk melakukan ini dengan mudah.
Anda boleh melakukan ini dengan
memberikan komputer perintah
"bergerak ke hadapan"
lima kali untuk memajukan burung
satu langkah setiap kali ke arah babi.
Atau anda boleh memberitahu komputer untuk
"bergerak ke hadapan" sekali,
kemudian beritahunya untuk "ulang" 5 kali
dan ia akan melakukan perkara yang sama.
Jadi untuk melakukan ini, anda perlu
seret perintah "bergerak ke hadapan",
dan kemudian letakkannya di dalam
blok "ulangan".
anda boleh klik blok dan beritahunya berapa
kali anda mahu mengulangi blok tersebut
untuk memberitahunya bilangan langkah yang anda
mahu maju ke hadapan. Satu perkara lagi adalah
anda boleh letakkan sebanyak perintah
yang anda ingin di dalam blok "ulangan".
Dalam contoh ini anda memberitahunya
bergerak ke hadapan dan pusing ke kiri,
yang akan dilakukan lima kali. Ok
bagus dan selamat bermain!