1 00:00:01,567 --> 00:00:03,460 Dua minggu lepas, 2 00:00:03,460 --> 00:00:05,567 Saya sedang duduk bersama 3 00:00:05,567 --> 00:00:08,567 isteri saya Katya di meja dapur, 4 00:00:08,567 --> 00:00:13,433 dan kami sedang berbincang apa yang akan saya perkatakan pada hari ini. 5 00:00:13,433 --> 00:00:18,460 Kami mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun; Namanya Lincoln. Dia duduk semeja dengan kami 6 00:00:18,460 --> 00:00:21,153 sedang membuat kerja rumah matematik. 7 00:00:21,153 --> 00:00:22,570 Dan semasa perbualan dengan Katya 8 00:00:23,754 --> 00:00:26,267 terhenti seketika, saya memandang Lincoln. 9 00:00:26,267 --> 00:00:28,133 tiba-tiba saya dikejutkan 10 00:00:30,167 --> 00:00:33,633 dengan ingatan terhadap seorang anak guam saya. 11 00:00:33,633 --> 00:00:36,525 Anak guam saya adalah seorang lelaki bernama Will. 12 00:00:36,525 --> 00:00:38,443 Berasal dari utara Texas. 13 00:00:38,443 --> 00:00:43,539 Dia tidak pernah kenal bapanya sendiri kerana ketika ibunya sedang mengandung 14 00:00:43,539 --> 00:00:47,233 bapanya meninggalkan mereka. 15 00:00:47,233 --> 00:00:51,600 Dia ditakdirkan untuk dibesarkan oleh ibunya sahaja 16 00:00:51,600 --> 00:00:53,167 yang mungkin juga sesuatu yang baik 17 00:00:53,167 --> 00:00:55,333 tetapi ibu tunggal ini 18 00:00:55,333 --> 00:00:58,654 menghidap penyakit skizofrenia paranoid, 19 00:00:58,654 --> 00:01:03,267 dan semasa Will berusia lima tahun, ibunya cuba membunuhnya dengan sebilah pisau pemotong daging. 20 00:01:03,267 --> 00:01:05,200 Ibunya dimasukkan 21 00:01:05,200 --> 00:01:09,335 ke sebuah hospital sakit jiwa oleh pihak berkuasa, 22 00:01:09,335 --> 00:01:13,067 jadi beberapa tahun selepas itu Will tinggal bersama-sama abangnya 23 00:01:13,067 --> 00:01:15,952 sehinggalah abang Will membunuh diri dengan menembak diri sendiri di bahagian jantung 24 00:01:15,952 --> 00:01:19,033 Dan selepas itu 25 00:01:19,033 --> 00:01:22,067 Will berpindah-randah dari satu ahli keluarga ke satu ahli yang lain, 26 00:01:22,067 --> 00:01:27,400 sehinggalah, semasa dia berumur sembilan tahun, dia tinggal bersendirian. 27 00:01:27,400 --> 00:01:31,788 Pagi itu, semasa saya duduk bersama Katya dan Lincoln, saya memandang anak saya, 28 00:01:31,788 --> 00:01:35,833 dan teringat yang anak guam saya, Will, 29 00:01:35,833 --> 00:01:37,900 semasa usianya sebaya Lincoln 30 00:01:37,900 --> 00:01:41,933 telah hidup sendirian selama dua tahun. 31 00:01:41,933 --> 00:01:44,513 Akhirnya Will menyertai satu geng 32 00:01:44,513 --> 00:01:45,860 dan melakukan 33 00:01:45,860 --> 00:01:48,800 beberapa jenayah serius, 34 00:01:48,800 --> 00:01:51,633 termasuklah, yang paling serius, 35 00:01:51,633 --> 00:01:53,929 satu pembunuhan yang tragik. 36 00:01:53,929 --> 00:01:59,500 Dan akhirnya Will dijatuhkan hukuman mati 37 00:01:59,500 --> 00:02:01,433 atas jenayah itu. 38 00:02:01,433 --> 00:02:04,436 Tetapi hari ini 39 00:02:04,436 --> 00:02:06,108 saya tidak mahu membicarakan 40 00:02:06,108 --> 00:02:10,357 tentang moral hukuman mati. Sudah semestinya saya fikir anak guam saya 41 00:02:10,357 --> 00:02:15,367 tidak patut dihukum bunuh, tetapi apa yang saya mahu perkatakan adalah 42 00:02:15,367 --> 00:02:18,252 tentang hukuman mati 43 00:02:18,252 --> 00:02:20,800 dalam cara yang belum pernah saya bicarakan, 44 00:02:21,008 --> 00:02:22,100 dalam cara 45 00:02:22,100 --> 00:02:24,633 yang langusng tidak kontroversi. 46 00:02:24,633 --> 00:02:27,516 Saya rasa ia boleh dilakukan, 47 00:02:27,516 --> 00:02:30,233 kerana ada satu sudut 48 00:02:30,233 --> 00:02:32,114 dalam perdebatan tentang hukuman mati -- 49 00:02:32,114 --> 00:02:33,900 mungkin juga sudut yang paling penting -- 50 00:02:33,900 --> 00:02:37,083 yang dipersetujui oleh semua orang, 51 00:02:37,083 --> 00:02:41,033 yang mana penyokong kuat hukuman mati 52 00:02:41,069 --> 00:02:45,047 dan mereka yang mahu ia dihapuskan 53 00:02:45,047 --> 00:02:47,950 mempunyai pendapat yang sama. 54 00:02:47,950 --> 00:02:51,665 Itulah sudut yang saya mahu bicarakan. 55 00:02:51,665 --> 00:02:55,752 Sebelum itu, izinkan saya menggunakan beberepa minit untuk memaklumkan kepada anda bagaimana 56 00:02:55,752 --> 00:02:57,767 satu kes hukuman mati berkembang 57 00:02:57,767 --> 00:03:03,205 dan kemudian saya ingin memberitahu anda dua perkara yang saya pelajari sepanjang 20 tahun lalu 58 00:03:03,205 --> 00:03:05,567 sebagai seorang peguam kes hukuman mati, 59 00:03:05,567 --> 00:03:10,467 dengan menyaksikan lebih daripada 100 kes yang berkembang dalam cara ini. 60 00:03:10,467 --> 00:03:14,300 Anda boleh menganggap yang kes hukuman mati ini sebagai satu kisah 61 00:03:14,300 --> 00:03:16,467 yang mempunyai empat bab. 62 00:03:16,467 --> 00:03:19,733 Bab pertama setiap kes serupa sahaja, 63 00:03:19,733 --> 00:03:21,619 dan ia memang tragik. 64 00:03:21,619 --> 00:03:22,725 Ia bermula dengan satu pembunuhan 65 00:03:22,725 --> 00:03:25,589 seorang manusia yang tidak berdosa. 66 00:03:25,589 --> 00:03:27,233 diikuti pula oleh satu perbicaraan 67 00:03:27,233 --> 00:03:29,633 yang mana pembunuh itu didapati bersalah dan dihukum mati, 68 00:03:29,633 --> 00:03:31,534 dan akhirnya hukuman mati 69 00:03:31,534 --> 00:03:33,667 didukung oleh mahkamah rayuan negeri. 70 00:03:33,667 --> 00:03:38,593 Bab yang kedua mengandungi satu prosiding undang-undang yang sulit dikenali sebagai 71 00:03:38,593 --> 00:03:41,286 rayuan habeas corpus negeri. 72 00:03:41,286 --> 00:03:44,767 Bab yang ketiga pula mengandungi prosiding yang lebih sulit dan dikenali sebagai 73 00:03:44,767 --> 00:03:46,933 prosiding habeas corpus persekutuan. 74 00:03:46,933 --> 00:03:48,700 Dan bab yang keempat 75 00:03:48,700 --> 00:03:52,850 adalah bab di mana beberapa perkara boleh berlaku. Peguam mungkin akan memfailkan petisyen pengampunan, 76 00:03:52,850 --> 00:03:55,984 mereka mungkin akan memulakan litigasi yang lebih kompleks, 77 00:03:55,984 --> 00:03:58,333 atau mereka mungkin tidak akan melakukan apa-apa. 78 00:03:58,333 --> 00:03:59,967 Tetapi bab keempat ini selalunya berakhir 79 00:03:59,967 --> 00:04:02,267 dengan satu penghukuman. 80 00:04:02,267 --> 00:04:07,130 Apabila saya mula mewakili banduan-banduan yang dihukum mati lebih 20 tahun yang lalu, 81 00:04:07,130 --> 00:04:11,067 mereka yang sedang menunggu hukuman mati tidak berhak untuk mendapatkan seorang peguam sama ada dalam bab kedua 82 00:04:11,067 --> 00:04:13,767 atau keempat cerita ini. 83 00:04:13,767 --> 00:04:15,280 Mereka bersendirian. 84 00:04:15,280 --> 00:04:18,717 Hakikatnya, hanya pada akhir tahun 1980-an 85 00:04:18,717 --> 00:04:20,923 mereka berhak mendapatkan seorang peguam semasa bab ketiga 86 00:04:20,923 --> 00:04:22,757 cerita mereka. 87 00:04:22,757 --> 00:04:25,433 Jadi apa yang banduan-banduan yang sedang menunggu hukuman mati ini harus lakukan 88 00:04:25,433 --> 00:04:28,433 adalah bergantung kepada peguam-peguam sukarela 89 00:04:28,433 --> 00:04:30,629 bagi menguruskan prosiding perundangan mereka. 90 00:04:30,629 --> 00:04:33,717 Masalahnya, banduan yang sedang menunggu hukuman mati adalah lebih ramai 91 00:04:33,717 --> 00:04:39,233 daripada para peguam yang mempunyai minat dan kepakaran untuk menguruskan kes-kes ini. 92 00:04:39,233 --> 00:04:40,733 Jadi, memang tidak dapat dielakkan apabila 93 00:04:40,733 --> 00:04:44,433 para peguam menguruskan kes-kes yang memang sudah berada di tahap bab keempat -- 94 00:04:44,433 --> 00:04:47,667 memang patutlah kerana kes-kes itu yang paling penting 95 00:04:47,667 --> 00:04:50,333 kerana mereka adalah banduan yang paling hampir untuk dihukum mati. 96 00:04:50,333 --> 00:04:54,522 Sesetengah peguam ini berjaya; mendapatkan perbicaraan-perbicaraan baru untuk pelanggan mereka. 97 00:04:54,522 --> 00:04:58,467 Ada yang berjaya memanjangkan usia para pelanggan mereka, kadang kala 98 00:04:58,467 --> 00:05:00,467 untuk beberapa tahun, ada yang untuk beberapa bulan. 99 00:05:00,467 --> 00:05:02,567 Namun satu perkara yang tidak pernah berlaku 100 00:05:02,567 --> 00:05:07,400 adalah tiadanya kadar penurunan yang serius dalam jumlah 101 00:05:07,400 --> 00:05:09,800 hukuman mati tahunan di Texas. 102 00:05:09,800 --> 00:05:13,567 Seperti yang dapat dilihat daripada graf ini, daripada masa peralatan hukuman mati di Texas 103 00:05:13,567 --> 00:05:16,900 menjadi lebih efisien pada pertengahan sehingga akhir tahun 1990-an, 104 00:05:16,900 --> 00:05:21,233 hanya ada beberapa tahun yang mana jumlah hukuman mati tahunan berkurangan 105 00:05:21,233 --> 00:05:23,400 di bawah 20. 106 00:05:23,400 --> 00:05:24,940 Dalam satu tahun tipikal di Texas, 107 00:05:24,940 --> 00:05:27,192 purata hukuman mati 108 00:05:27,192 --> 00:05:28,864 adalah dua orang dalam masa satu bulan. 109 00:05:28,864 --> 00:05:33,500 Dalam sesetengah tahun di Texas, kita telah menghukum mati hampir 40 orang, dan bilangan ini 110 00:05:33,500 --> 00:05:38,222 tidak pernah berkurangan secara ketara sepanjang 15 tahun belakangan ini. 111 00:05:38,222 --> 00:05:41,867 Dan pada masa yang sama kita terus menghukum 112 00:05:41,867 --> 00:05:43,967 banduan dalam bilangan yang sama setiap tahun 113 00:05:43,967 --> 00:05:46,535 bilangan banduan yang kita hukum mati 114 00:05:46,535 --> 00:05:47,696 secara tahunan 115 00:05:47,696 --> 00:05:50,180 telah berkurangan dengan agak banyak. 116 00:05:50,180 --> 00:05:51,567 Jadi kita menghadapi paradoks ini, 117 00:05:51,567 --> 00:05:56,287 iaitu bilangan hukuman mati tahunan masih tetap tinggi 118 00:05:56,287 --> 00:06:00,722 tetapi bilangan hukuman mati yang baru telah berkurangan. 119 00:06:00,722 --> 00:06:02,000 Mengapa? 120 00:06:02,000 --> 00:06:04,767 Ia tidak mungkin disebabkan pengurangan dalam kadar jenayah, 121 00:06:04,767 --> 00:06:06,600 kerana kadar jenayah tidak berkurangan 122 00:06:06,600 --> 00:06:10,867 sebanyak yang ditunjukkan oleh garisan merah dalam graf itu. 123 00:06:10,867 --> 00:06:13,733 Apa yang berlaku adalah 124 00:06:13,733 --> 00:06:17,567 para juri sudah semakin banyak menjatuhkan hukuman kepada mereka yang bersalah penjara 125 00:06:17,567 --> 00:06:21,067 seumur hidup tanpa ada kemungkinan mendapatkan parol, 126 00:06:21,067 --> 00:06:24,383 daripada menghantar mereka untuk dihukum mati. 127 00:06:24,383 --> 00:06:26,733 Mengapa ini berlaku? 128 00:06:26,733 --> 00:06:31,140 ia tidak berlaku disebabkan oleh hilangnya sokongan popular 129 00:06:31,140 --> 00:06:34,700 untuk hukuman mati. Penentang hukuman mati berasa sangat lega kerana 130 00:06:34,700 --> 00:06:39,360 sokongan untuk hukuman mati di Texas surut pada kadar terendah 131 00:06:39,360 --> 00:06:41,367 Tahukah anda di Texas surut kadar terendah maksudnya apa? 132 00:06:41,367 --> 00:06:43,933 Maksudnya ia berada pada paras 60 peratus. 133 00:06:43,933 --> 00:06:47,667 Itu sangat baik berbanding dengan pada pertengahan tahun 1980-an apabila sokongan 134 00:06:47,667 --> 00:06:49,391 berlebihan sehingga 80 peratus, 135 00:06:49,391 --> 00:06:53,800 tetapi kita tidak boleh menjelaskan pengurangan dalam hukuman mati dan tarikan untuk 136 00:06:53,800 --> 00:06:57,667 penjara seumur hidup tanpa parol dengan hakisan sokongan untuk hukuman mati 137 00:06:57,667 --> 00:07:00,133 kerana, rakyat masih menyokong hukuman mati. 138 00:07:00,133 --> 00:07:03,207 Apa yang menyebabkan fenomena ini? 139 00:07:03,207 --> 00:07:04,833 Apa yang berlaku adalah 140 00:07:04,833 --> 00:07:05,738 para peguam 141 00:07:05,738 --> 00:07:09,433 yang mewakili banduan yang menunggu hukuman mati telah memindahkan fokus mereka 142 00:07:09,433 --> 00:07:13,935 kepada bab-bab terawal dalam cerita hukuman mati ini. 143 00:07:13,935 --> 00:07:17,200 25 tahun lalu, mereka memfokus kepada bab empat. 144 00:07:17,200 --> 00:07:21,063 Dan pada akhir tahun 1980-an 145 00:07:21,063 --> 00:07:22,767 mereka membawa fokus mereka kepada bab tiga 146 00:07:22,767 --> 00:07:26,167 Dan dari bab tiga pada hujung tahun 1980-an kepada bab dua 147 00:07:26,167 --> 00:07:29,367 pada pertengahan 1990-an. Dan bermula pertengahan ke akhir 1990-an 148 00:07:29,367 --> 00:07:32,557 mereka mula menumpukan perhatian kepada bab satu cerita ini. 149 00:07:32,557 --> 00:07:36,567 Anda mungkin beranggapan yang pengurangan dalam hukuman mati dan peningkatan dalam 150 00:07:36,567 --> 00:07:39,033 bilangan hukuman penjara seumur hidup samada perkara baik atau tidak baik. 151 00:07:39,033 --> 00:07:41,589 Saya tidak mahu memperkatakan tentang itu pada hari ini. 152 00:07:41,589 --> 00:07:44,747 Apa yang ingin saya katakan kepada anda sebab perkara ini berlaku 153 00:07:44,747 --> 00:07:47,859 adalah para peguam hukuman mati telah memahami 154 00:07:47,859 --> 00:07:50,633 bahawa lagi awal campurtangan dalam sesuatu kes, 155 00:07:50,633 --> 00:07:55,133 lagi besar peluang untuk menyelamatkan nyawa anak guam mereka. 156 00:07:55,133 --> 00:07:57,000 Itulah perkara pertama yang saya pelajari. 157 00:07:57,000 --> 00:07:58,935 Dan ini adalah perkara kedua: 158 00:07:58,935 --> 00:08:00,100 Anak guam saya Will 159 00:08:00,100 --> 00:08:03,556 bukanlah satu pengecualian dalam peraturan ini: 160 00:08:03,556 --> 00:08:06,633 dia adalah peraturan itu. 161 00:08:06,633 --> 00:08:10,167 Kadangkala saya berkata, jika anda memberitahu saya nama seorang banduan yang sedang menunggu hukuman mati -- 162 00:08:10,167 --> 00:08:13,215 tidak kiralah apa jua keadaannya, sama ada saya pernah bertemu dengannya atau tidak -- 163 00:08:13,215 --> 00:08:15,833 Saya boleh menulis biografinya. 164 00:08:15,833 --> 00:08:19,033 Dan lapan kali daripada 10, 165 00:08:19,033 --> 00:08:20,667 perincian-perincian di dalam biografi tersebut 166 00:08:20,667 --> 00:08:23,130 biasanya akan tepat. 167 00:08:23,130 --> 00:08:27,133 Sebabnya adalah 80 peratus banduan yang sedang menunggu hukuman mati 168 00:08:27,133 --> 00:08:31,100 adalah mereka yang berasal dari keluarga yang porak-peranda seperti keluarga Will. 169 00:08:31,100 --> 00:08:33,068 80 peratus mereka yang sedang menunggu hukuman mati 170 00:08:33,068 --> 00:08:35,200 adalah mereka yang pernah berada 171 00:08:35,200 --> 00:08:37,833 dalam sistem keadilan juvenil. 172 00:08:37,833 --> 00:08:39,964 Itu adalah perkara kedua 173 00:08:39,964 --> 00:08:41,767 saya pelajari. 174 00:08:41,767 --> 00:08:45,167 Sekarang kita berada betul-betul di bucu sudut tersebut 175 00:08:45,167 --> 00:08:48,313 yang mana semua orang bersetuju 176 00:08:48,313 --> 00:08:50,506 Mereka yang berada di dewan ini mungkin tidak bersetuju 177 00:08:50,506 --> 00:08:52,619 mengenai sama ada Will patut dihukum atau tidak, 178 00:08:52,619 --> 00:08:55,133 tetapi saya rasa semua orang akan bersetuju 179 00:08:55,133 --> 00:08:58,833 yang versi terbaik cerita Will 180 00:08:58,833 --> 00:09:00,167 adalah kisah 181 00:09:00,167 --> 00:09:04,949 yang mana tiada pembunuhan berlaku. 182 00:09:04,949 --> 00:09:06,933 Bagaimana caranya? 183 00:09:06,933 --> 00:09:10,963 Apabila anak kami Lincoln sedang menyelesaikan masalah matematik itu 184 00:09:10,963 --> 00:09:14,005 dua minggu yang lalu, ia merupakan satu masalah yang besar dan mencabar 185 00:09:14,005 --> 00:09:17,488 Dan dia belajar bagaimana, apabila menghadapi masalah yang besar dan mencabar, 186 00:09:17,488 --> 00:09:21,400 kadangkala penyelesaiannya adalah menjadikannya masalah-masalah kecil 187 00:09:21,400 --> 00:09:24,967 Ituah yang kita lakukan untuk kebanyakan masalah - dalam matematik dan fizik, kadang kala dalam polisi sosial -- 188 00:09:24,967 --> 00:09:28,733 kita jadikan ia masalah-masalah yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. 189 00:09:28,733 --> 00:09:30,468 Tetapi kadang kala, 190 00:09:30,468 --> 00:09:32,500 seperti yang dikatakan oleh Dwight Eisenhower, 191 00:09:32,500 --> 00:09:34,020 cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah 192 00:09:34,020 --> 00:09:36,100 adalah dengan menjadikannya besar. 193 00:09:36,100 --> 00:09:40,033 Cara kita menyelesaikan masalah ini 194 00:09:40,033 --> 00:09:43,889 adalah menjadikan isu hukuman mati ini satu isu yang besar 195 00:09:43,889 --> 00:09:46,133 Kita perlu berkata, baiklah. 196 00:09:46,133 --> 00:09:48,394 Kita ada empat bab 197 00:09:48,394 --> 00:09:51,233 dalam cerita hukuman mati ini, 198 00:09:51,233 --> 00:09:53,000 tetapi apa yang berlaku sebelum 199 00:09:53,000 --> 00:09:55,127 cerita itu bermula? 200 00:09:55,127 --> 00:09:59,933 Bagaimanakah kita boleh campurtangan dalam kehidupan seorang pembunuh 201 00:09:59,933 --> 00:10:02,600 sebelum dia menjadi seorang pembunuh 202 00:10:02,600 --> 00:10:04,949 Apakah pilihan yang kita ada 203 00:10:04,949 --> 00:10:06,333 untuk menghalangnya 204 00:10:06,333 --> 00:10:07,567 daripada memasuki jalan 205 00:10:07,567 --> 00:10:11,730 yang akan membawanya kepada satu keputusan yang semua orang -- 206 00:10:11,730 --> 00:10:14,586 penyokong dan penentang hukuman mati -- 207 00:10:14,586 --> 00:10:15,333 anggap 208 00:10:15,333 --> 00:10:17,767 adalah satu keputusan yang tidak baik: 209 00:10:17,767 --> 00:10:20,333 pembunuhan seorang manusia yang tidak berdosa? 210 00:10:22,248 --> 00:10:24,933 Ada yang mengatakan 211 00:10:24,933 --> 00:10:26,173 sesuatu perkara itu 212 00:10:26,173 --> 00:10:28,300 tidaklah sesulit sains membuat roket. 213 00:10:28,300 --> 00:10:31,633 Dan dengan itu, mereka maksudkan yang sains membuat roket adalah sangat sukar 214 00:10:31,633 --> 00:10:35,135 dan masalah yang kita bincangkan pada hari ini adalah sangat mudah. 215 00:10:35,135 --> 00:10:36,567 Itu sains membuat roket; 216 00:10:36,567 --> 00:10:38,367 itulah dia gambaran matematik 217 00:10:38,367 --> 00:10:42,233 untuk tujahan yang terbentuk oleh sebuah roket. 218 00:10:42,233 --> 00:10:44,600 Apa yang kita bincangkan hari ini 219 00:10:44,600 --> 00:10:47,001 sama rumitnya. 220 00:10:47,001 --> 00:10:49,625 Apa yang kita bincangkan pada hari ini juga 221 00:10:49,625 --> 00:10:52,272 adalah sains membuat roket. 222 00:10:52,272 --> 00:10:54,083 Anak guam saya Will 223 00:10:54,083 --> 00:10:56,753 dan 80 peratus banduan yang sedang menunggu hukuman mati 224 00:10:56,753 --> 00:11:00,200 mempunyai lima bab dalam kehidupan mereka 225 00:11:00,200 --> 00:11:01,733 yang terjadi sebelum 226 00:11:01,733 --> 00:11:03,533 empat bab cerita hukuman mati ini. 227 00:11:03,533 --> 00:11:08,300 Saya anggap lima bab ini sebagai titik untuk campurtangan, 228 00:11:08,300 --> 00:11:11,167 tempat di mana dalam hidup mereka masyarakat 229 00:11:11,167 --> 00:11:16,100 boleh campurtangan dan menolak mereka keluar daripada memasuki jalan yang sedang mereka lalui 230 00:11:16,100 --> 00:11:20,368 yang menyebabkan terjadinya satu kesan yang kita semua -- penyokong atau 231 00:11:20,368 --> 00:11:22,086 penentang hukuman mati -- 232 00:11:22,086 --> 00:11:24,106 anggap sebagai satu akibat yang tidak baik. 233 00:11:24,106 --> 00:11:26,733 Dalam setiap satu daripada lima bab ini: 234 00:11:26,733 --> 00:11:28,367 semasa ibunya mengandungkannya; 235 00:11:28,367 --> 00:11:30,633 semasa zaman awal kanak-kanaknya; 236 00:11:30,633 --> 00:11:32,500 semasa dia di sekolah rendah; 237 00:11:32,500 --> 00:11:34,667 semasa dia di sekolah menengah rendah dan atas; 238 00:11:34,667 --> 00:11:38,167 dan semasa dia dalam sistem keadilan juvenil -- semasa setiap satu daripada lima bab ini, 239 00:11:38,167 --> 00:11:41,382 banyak perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat. 240 00:11:41,382 --> 00:11:43,500 Jika kita dapat bayangkan 241 00:11:43,500 --> 00:11:48,600 ada lima cara campurtangan yang berbeza-beza, cara bagaimana masyarakat boleh campur tangan 242 00:11:48,600 --> 00:11:50,484 dalam setiap satu bab itu, 243 00:11:50,484 --> 00:11:52,700 dan kita boleh gabung dan padankan cara-cara itu seperti yang kita mahu, 244 00:11:52,700 --> 00:11:56,870 ada 3,000 -- lebih daripada 3,000 --strategi-strategi yang boleh dilakukan 245 00:11:56,870 --> 00:12:00,733 yang boleh digunakan untuk membantu budak-budak seperti Will 246 00:12:00,733 --> 00:12:03,567 keluar daripada jalan yang mereka lalui. 247 00:12:03,567 --> 00:12:05,322 Pada hari ini saya tidak datang 248 00:12:05,322 --> 00:12:07,400 untuk memberikan jalan penyelesaian. 249 00:12:07,400 --> 00:12:11,933 Ada banyak perkara lagi yang kita mungkin perlu belajar, 250 00:12:11,933 --> 00:12:15,306 tetapi itu tidak bermakna masih banyak yang kita tidak tahu. 251 00:12:15,306 --> 00:12:18,200 Kita belajar daripada pengalaman negeri-negeri lain 252 00:12:18,200 --> 00:12:21,867 banyak kaedah campurtangan 253 00:12:21,867 --> 00:12:25,755 yang boleh digunakan di Texas, dan juga di mana-mana negeri yang belum menggunakannya, 254 00:12:25,755 --> 00:12:30,748 untuk menghalang akibat yang kita semua setuju adalah sangat buruk. 255 00:12:30,748 --> 00:12:33,371 Saya akan sebutkan beberapa. 256 00:12:33,371 --> 00:12:37,296 Saya tidak akan membicarakan soal reformasi sistem perundangan. 257 00:12:37,296 --> 00:12:42,067 Topik itu mungkin paling sesuai untuk para peguam dan hakim. 258 00:12:42,067 --> 00:12:45,887 Sebaliknya, biarlah saya memperkatakan tentang beberapa cara campurtangan 259 00:12:45,887 --> 00:12:48,255 yang kita boleh capai, 260 00:12:48,255 --> 00:12:50,740 kerana ada cara campurtangan yang akan ditemui 261 00:12:50,740 --> 00:12:54,700 apabila pembuat undang-undang dan polisi, apabila pembayar cukai dan rakyat, 262 00:12:54,700 --> 00:12:56,933 bersetuju yang itulah yang perlu dilakukan 263 00:12:56,933 --> 00:12:59,267 dan dengan cara itulah kita perlu membelanjakan wang kita 264 00:12:59,267 --> 00:13:01,653 Kita mungkin boleh memberikan penjagaan awal kanak-kanak 265 00:13:01,653 --> 00:13:07,467 untuk mereka yang tidak bernasib baik atau yang bermasalah, 266 00:13:07,467 --> 00:13:09,850 dan kita boleh melakukannya tanpa apa-apa bayaran. 267 00:13:09,850 --> 00:13:13,960 Dan kita boleh menghalang kanak-kanak seperti Will daripada melalui jalan kehidupan yang sedang mereka jalani. 268 00:13:13,960 --> 00:13:17,800 Ada sesetengah negeri yang sedang melakukannya, tetapi tidak negeri kita. 269 00:13:17,800 --> 00:13:21,901 Kita boleh menyediakan sekolah-sekolah khas, sama ada pada peringkat menengah atas 270 00:13:21,901 --> 00:13:25,268 atau menengah bawah, dan juga pada tahap K-5, 271 00:13:25,268 --> 00:13:29,657 yang mensasarkan kanak-kanak yang tidak bernasib baik, khususnya kanak-kanak 272 00:13:29,657 --> 00:13:30,833 yang telah terdedah kepada 273 00:13:30,833 --> 00:13:32,933 sistem keadilan juvenil. 274 00:13:32,933 --> 00:13:34,800 Ada sebilangan kecil negeri yang melakukannya; 275 00:13:34,800 --> 00:13:37,482 tetapi tidak Texas. 276 00:13:37,482 --> 00:13:39,300 Ada seperkara lagi yang boleh kita lakukan -- 277 00:13:39,300 --> 00:13:41,638 ada beberapa perkara lagi sebenarnya yang boleh kita lakukan -- ada satu perkara yang sepatutnya kita sudah buat 278 00:13:41,638 --> 00:13:44,200 yang akan saya sebutkan, dan inilah satu-satunya perkara kontroversi 279 00:13:44,200 --> 00:13:46,833 yang saya perkatakan pada hari ini. 280 00:13:46,833 --> 00:13:48,133 Kita boleh campurtangan 281 00:13:48,133 --> 00:13:50,233 dengan cara yang agresif 282 00:13:50,233 --> 00:13:53,457 dalam keluarga-keluarga yang porak-peranda, 283 00:13:53,457 --> 00:13:55,300 dan membawa keluar kanak-kanak daripada keluarga itu 284 00:13:55,300 --> 00:14:00,771 sebelum ibu mereka mengancam untuk membunuh mereka dengan pisau pemotong daging. 285 00:14:00,771 --> 00:14:02,791 Untuk melakukannya, 286 00:14:02,791 --> 00:14:04,867 kita memerlukan satu tempat untuk meletakkan mereka. 287 00:14:04,867 --> 00:14:08,271 Walaupun setelah kita melakukan semua itu, akan masih ada sesetengah yang tercicir 288 00:14:08,271 --> 00:14:11,867 dan hidup mereka akan berakhir pada bab terakhir sebelum cerita pembunuhan itu bermula, 289 00:14:11,867 --> 00:14:13,900 mereka akan ditempatkan dalam sistem keadilan juvenil. 290 00:14:13,900 --> 00:14:17,002 Dan biarpun perkara itu berlaku, 291 00:14:17,002 --> 00:14:18,906 masih belum terlambat. 292 00:14:18,906 --> 00:14:21,700 Masih ada masa untuk membantu mereka, 293 00:14:21,700 --> 00:14:23,457 jika kita mahu membantu mereka 294 00:14:23,457 --> 00:14:25,826 bukannya menghukum mereka. 295 00:14:25,826 --> 00:14:28,566 Ada dua orang profesor di bahagian Timur Laut -- seoran di Yale dan seorang lagi di Maryland -- 296 00:14:28,566 --> 00:14:30,333 mereka menubuhkan sebuah sekolah 297 00:14:30,333 --> 00:14:34,233 yang terikat dengan penjara juvenil. 298 00:14:34,233 --> 00:14:37,482 Mereka berada di penjara tetapi mereka juga belajar dari pukul lapan pagi 299 00:14:37,482 --> 00:14:39,167 sehingga empat petang. 300 00:14:39,167 --> 00:14:40,803 Secara logistiknya, agak sukar. 301 00:14:40,803 --> 00:14:41,967 Mereka perlu menggaji guru 302 00:14:41,967 --> 00:14:45,333 yang mahu mengajar di dalam penjara, mereka perlu mewujudkan satu pemisahan 303 00:14:45,333 --> 00:14:48,535 yang jelas di antara mereka yang bekerja dengan sekolah dan dengan pihak penjara, 304 00:14:48,535 --> 00:14:51,967 dan tugas yang paling mencabar adalah merangka kuriklum baharu 305 00:14:51,967 --> 00:14:52,967 Tahukah anda? 306 00:14:52,967 --> 00:14:58,467 Banduan masuk dan keluar penjara bukan mengikut semester. 307 00:14:58,467 --> 00:15:01,584 Tetapi mereka berjaya melakukannya. 308 00:15:01,584 --> 00:15:04,333 Apakah persamaan semua perkara ini? 309 00:15:04,333 --> 00:15:10,700 Persamaannya adalah kesemuanya memerlukan wang. 310 00:15:10,700 --> 00:15:13,728 Mungkin ada sesetengah penonton di sini masih ingat 311 00:15:13,728 --> 00:15:17,490 lelaki dalam iklan penapis minyak 312 00:15:17,490 --> 00:15:21,300 Dia berkata, "Awak boleh bayar sekarang 313 00:15:21,300 --> 00:15:24,367 atau bayar kemudian." 314 00:15:24,367 --> 00:15:26,500 Apa yang kita sedang lakukan 315 00:15:26,500 --> 00:15:28,520 dalam sistem hukuman mati ini 316 00:15:28,520 --> 00:15:32,119 adalah membayar kemudian. 317 00:15:32,119 --> 00:15:33,967 Hakikatnya 318 00:15:33,967 --> 00:15:37,833 setiap 15,000 dolar yang kita gunakan untuk campurtangan 319 00:15:37,833 --> 00:15:42,200 dalam kehidupan kanak-kanak miskin dan tidak bernasib baik ini 320 00:15:42,200 --> 00:15:43,520 dalam bab-bab awal mereka, 321 00:15:43,520 --> 00:15:47,933 kita dapat jimatkan 80,000 dolar dalam kos yang berkaitan dengan jenayah di kemudian hari. 322 00:15:47,933 --> 00:15:49,696 Walaupun anda tidak bersetuju 323 00:15:49,696 --> 00:15:52,092 yang ada sebab moral mengapa kita melakukannya, 324 00:15:53,435 --> 00:15:56,012 campurtangan awal ini lebih ekonomi. 325 00:15:58,589 --> 00:16:02,612 Saya ingin memberitahu anda perbualan terakhir saya dengan Will. 326 00:16:02,612 --> 00:16:06,700 Pada hari hukuman mati akan dijalankan, 327 00:16:06,700 --> 00:16:11,012 kami berbual-bual. 328 00:16:11,012 --> 00:16:12,067 Dalam kes Will 329 00:16:12,067 --> 00:16:13,682 sudah tiada apa yang boleh dilakukan. 330 00:16:13,682 --> 00:16:16,033 Dan kami berbual-bual tentang hidupnya. 331 00:16:16,033 --> 00:16:18,900 Dia bercakap tentang bapanya, yang dia tidak kenal, 332 00:16:18,900 --> 00:16:19,733 yang sudah meninggal dunia, 333 00:16:19,733 --> 00:16:22,367 dan kemudian tentang ibunya, 334 00:16:22,367 --> 00:16:24,131 yang dia kenal, 335 00:16:24,131 --> 00:16:26,300 dan masih hidup. 336 00:16:26,300 --> 00:16:29,000 Saya berkata kepadanya 337 00:16:29,000 --> 00:16:31,051 "Aku tahu kisahnya. 338 00:16:31,051 --> 00:16:32,867 Aku dah baca rekod-rekod. 339 00:16:32,867 --> 00:16:35,509 Aku tahu dia cuba bunuh kau." 340 00:16:35,509 --> 00:16:37,947 Saya kata, "Tapi aku selalu terfikir 341 00:16:37,947 --> 00:16:40,067 betulkah apa yang kau ingat itu." 342 00:16:40,067 --> 00:16:41,570 Saya berkata, "Aku tak ingat apa-apa 343 00:16:41,570 --> 00:16:43,729 semasa aku berumur lima tahun. 344 00:16:43,729 --> 00:16:46,667 Mungkin apa yang kau ingat, apa yang orang lain bagi tahu." 345 00:16:46,667 --> 00:16:49,167 Dia kemudiannya memandang saya dan mendekatkan diri ke hadapan, 346 00:16:49,167 --> 00:16:52,767 dan dia berkata, "Profesor," -- dia sudah mengenali saya selama 12 tahun, tapi masih memanggil saya Profesor. 347 00:16:52,767 --> 00:16:56,082 Dia kata, "Profesor, aku bukanlah nak kurang ajar, 348 00:16:56,082 --> 00:16:57,733 tapi apabila ibu kau 349 00:16:57,733 --> 00:17:00,833 mengambil pisau pemotong daging yang nampak gayanya lebih besar daripada badan kau. 350 00:17:00,833 --> 00:17:04,633 dan dia kejar kau sambil menjerit yang dia akan membunuh kau, 351 00:17:04,633 --> 00:17:08,458 dan kau terpaksa mengunci diri dalam bilik air dan menghalang pintu dan 352 00:17:08,458 --> 00:17:11,221 meminta tolong hingga polis sampai," 353 00:17:11,221 --> 00:17:14,300 dia memandang saya dan berkata, 354 00:17:14,300 --> 00:17:17,800 "itu adalah sesuatu yang kau takkan lupakan." 355 00:17:17,800 --> 00:17:20,300 Saya harap ada satu perkara yang anda takkan lupakan: 356 00:17:20,300 --> 00:17:23,156 Antara masa anda tiba di sini pagi ini dengan masa kita berenti makan tengah hari, 357 00:17:23,156 --> 00:17:26,567 akan ada empat kejadian bunuh 358 00:17:26,567 --> 00:17:28,000 di Amerika Syarikat. 359 00:17:28,000 --> 00:17:32,167 Kita akan menggunakan sumber-sumber sosial yang banyak untuk menghukum mereka 360 00:17:32,167 --> 00:17:34,467 yang melakukan jenayah itu, dan itulah yang sepatutnya, kerana kita perlu menghukum 361 00:17:34,467 --> 00:17:36,533 mereka yang melakukan perkara jahat. 362 00:17:36,533 --> 00:17:40,100 Tetapi tiga daripada jenayah itu boleh dielakkan. 363 00:17:40,100 --> 00:17:43,010 Jika kita melihat keseluruhan cerita 364 00:17:43,172 --> 00:17:47,816 dan memberikan sepenuh perhatian kita kepada bab-bab awal itu, 365 00:17:47,816 --> 00:17:51,200 supaya kita tidak akan menulis perkataan pertama 366 00:17:51,200 --> 00:17:52,994 yang memulakan cerita hukuman mati. 367 00:17:52,994 --> 00:17:54,700 Terima kasih. 368 00:17:54,700 --> 00:17:56,031 Tepukan