Terima kasih banyak.
Saya Hannah Fry, seorang ahli matematik.
Hari ini, saya akan bercakap tentang
cinta dari sudut matematik.
Rasanya kita semua bersetuju
bahawa ahli matematik
pandai mencari kekasih.
(Gelak ketawa)
Tapi, ia bukannya sekadar kerana
kami ada personaliti yang menarik,
kemahiran berkomunikasi yang baik,
dan kotak pensel yang hebat,
(Gelak ketawa)
Ia juga kerana kami telah
meninjau dari sudut matematik
cara untuk mencari pasangan yang sesuai.
Dalam artikel kegemaran saya,
iaitu artikel Matematik yang bertajuk
"Mengapa saya tidak ada teman wanita",
(Gelak ketawa)
Peter Backus cuba menilai peluangnya
untuk menemui seorang kekasih.
Peter bukannya seorang lelaki yang tamak.
Antara semua perempuan di U.K.,
Peter mencari seseorang yang
tinggal berdekatan dengan rumahnya,
seseorang yang sesuai dari segi usia,
seseorang yang ada kelulusan universiti,
seseorang yang dapat bergaul
secara baik dengannya,
seseorang yang ada daya tarikan,
seseorang yang mendapati
dia ada daya tarikan.
(Gelak ketawa)
Anggarannya, terdapat 26 perempuan
di U.K. yang sesuai dengannya.
Ia tak kelihatan baik, betul, Peter?
Mari kita menilainya,
ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding
anggaran jumlah makhluk asing yang wujud.
Bagi Peter, Peluangnya ialah
1 dalam 285,000
untuk bertemu salah seorang wanita
tersebut pada suatu malam.
Rasanya itulah sebabnya ahli matematik
tak suka keluar pada waktu malam.
Saya tak bersetuju dengan
pandangan yang pesimistik ini,
kerana saya tahu, anda semua pun tahu,
bahawa itu bukannya cinta.
Perasaan manusia bukannya
terkawal dan mudah diramal.
Tapi, saya tahu ia tak bermakna
bahawa matematik tak dapat membantu kita
kerana cinta, seperti pelbagai hidupan,
juga mempunyai polanya.
Pada asasnya, ilmu matematik
digunakan untuk mengkaji pola,
contohnya ramalan cuaca,
turun naik harga saham,
pergerakan planet,
atau perkembangan bandar.
Kita tahu, semua itu bukannya
terkawal dan mudah diramal.
Saya percaya bahawa
matematik sangat berguna,
dan ia berpontensi memberi kita
perspektif yang baru,
walaupun ia melibatkan sesuatu
yang penuh misteri seperti cinta.
Jadi, untuk menunjukkan kepada anda
bahawa matematik amat mengagumkan,
hebat, dan berguna kepada kita,
saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta
yang telah disahkan dari segi matematik.
Baiklah, Petua #1:
Cara untuk mencari kekasih
dalam laman web dating.
OkCupid ialah Laman web dating
kegemaran saya.
Ia dimulakan oleh
sekumpulan ahli matematik.
Ahli-ahli matematik ini
telah mengumpulkan data
pengguna laman web itu
selama sepuluh tahun.
Mereka cuba mencari pola-pola
pengguna memperkenalkan dirinya
dan cara mereka berinteraksi
dalam laman web dating.
Hasil-hasil kajian tersebut
sangat menarik.
Tapi, yang menjadi kegemaran saya,
didapati bahawa dalam laman web dating,
daya tarikan anda tidak
menggambarkan kepopularan anda.
Sebenarnya, jika orang lain rasa
bahawa anda adalah hodoh,
mungkin ia adalah baik bagi anda.
Saya akan menerangkannya.
Dalam sebuah bahagian
dalam OkCupid,
anda boleh menilai
daya tarikan pengguna lain
dengan menggunakan
skor antara 1 hingga 5.
Jika kita membandingkan skor purata ini
dengan bilangan mesej yang
diterima sekumpulan pengguna,
anda akan faham
perhubungan antara daya tarikan dengan
kepopularan dalam laman web dating.
Inilah graf yang dihasilkan
oleh pihak OkCupid.
Yang penting di sini ialah,
orang yang ada daya tarikan yang tinggi
tidak semestinya akan
menerima mesej yang banyak.
Baiklah, mungkin trendnya begitu,
tapi terdapatnya pekali penentuan.
Tapi persoalannya ialah,
kenapa pengguna di sini
adalah lebih popular
daripada pengguna di sini
walaupun skor daya tarikan mereka
adalah sama?
Sebabnya, rupa tidak begitu penting.
Saya akan menerangkannya
dengan menggunakan satu contoh.
Ini ialah Portia de Rossi.
Semua orang bersetuju bahawa
Portia de Rossi sangat cantik.
Tiada orang rasa dia adalah hodoh,
tapi dia bukannya supermodel.
Jika Portia de Rossi dibandingkan
dengan Sarah Jessica Parker,
ramai orang, termasuk saya,
rasa bahawa Sarah Jessica Parker
sangat cantik,
dan mungkin dia merupakan
salah seorang manusia
yang paling cantik di Bumi.
Tapi orang lain, iaitu
kebanyakan pengguna Internet,
(Gelak ketawa)
rasa bahawa dia nampak seperti kuda.
(Gelak ketawa)
Saya rasa jika orang ramai
diminta untuk menilai
Sarah Jessica Parker
atau Portia de Rossi
dengan menggunakan
skor antara 1 hingga 5,
saya rasa kedua-duanya akan
mendapat skor yang hampir sama.
Tapi, cara orang ramai mengundi
adalah sangat berbeza.
Orang ramai akan
memberi Portia skor 4
kerana mereka bersetuju
bahawa dia sangat cantik,
manakala skor yang
diterima Sarah Jesica Parker
adalah berbelah bagi.
Sebenarnya, perbezaan inilah
yang bermakna.
Perbezaan inilah yang
menjadikan anda lebih popular
dalam laman web dating.
Jadi, ia bermakna,
jika ada orang rasa bahawa
anda ada daya tarikan,
maka ada juga orang yang rasa
bahawa anda tak ada daya tarikan.
Ia adalah lebih baik daripada
semua orang rasa
anda ialah gadis
di rumah sebelah yang comel.
Rasanya ia lebih munasabah
jika anda melihatnya dari sudut
pengguna yang menghantar mesej.
Katakanlah anda rasa
seseorang itu ada daya tarikan,
tapi anda rasa mungkin orang lain
tak berminat padanya.
Maksudnya, anda tak ada pesaing yang ramai
dan anda berpeluang
berhubung dengan orang itu.
Bandingkan, jika anda rasa
seseorang itu ada daya tarikan,
tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu.
Anda tak mahu memalukan
diri sendiri, betul?
Berikut ialah bahagian
yang sangat menarik.
Bila pengguna memilih gambar yang
akan digunakan dalam laman web dating,
selalunya mereka cuba mengelakkan
bahagian yang mereka rasa akan
kelihatan hodoh bagi orang lain.
Contoh yang klasik, orang yang gemuk
akan memilih gambar
yang telah diubah suai,
atau contohnya, orang yang botak
akan memilih gambar yang
menunjukkannya memakai topi.
Tapi, anda tak patut membuat begitu
jika anda mahu berjaya.
Anda sepatutnya menggunakan sesuatu
yang menjadikan anda berbeza,
walaupun mungkin orang lain
akan rasa ia adalah hodoh.
Sebab, orang yang sukakan anda
tak kisahkan semua itu.
Orang yang tak sukakan anda pula
akan menyusahkan anda.
Baiklah, itu dia Petua#1.
Petua #2:
Cara untuk memilih pasangan yang sesuai.
Katakanlah anda sangat popular
dalam laman web dating.
Tapi, bagaimana anda berubah
daripada menjadi popular
kepada menikmati kebahagian
jangka panjang, iaitu
bagaimana anda tahu sudah
tiba masanya untuk berkahwin?
Biasanya, pengguna dinasihatkan
jangan berkahwin dengan
orang pertama yang muncul
dan menunjukkan minat pada anda.
Tapi, anda juga tak mahu
menunggu terlalu lama
jika anda mahu memperoleh
kebahagian jangka panjang.
Seperti yang ditulis penulis
kegemaran saya, Jane Austen,
"Perempuan bujang
yang berusia 7 dan 20 tahun
tidak lagi dapat merasai atau
mencetuskan rasa kasih sayang."
(Gelak ketawa)
Terima kasih, Jane.
Apa yang awak tahu tentang cinta?
Jadi, persoalannya ialah,
bagaimana anda tahu
sudah tiba masanya untuk berkahwin
bila terdapatnya ramai orang
yang boleh dipilih?
Syukurlah, terdapat sebuah
teori matematik yang boleh digunakan
untuk membantu kita, iaitu
teori pemberhentian optimum.
Jadi, bayangkan,
anda mula berdating
semasa anda berusia 15 tahun.
Secara ideal, anda mahu berkahwin
semasa anda berusia 35 tahun.
Terdapat sebilangan orang
yang anda boleh keluar bersama
sepanjang hidup anda
dan kualiti mereka adalah berbeza-beza.
Peraturannya, setelah anda berkahwin,
anda tak boleh mencari calon lain
yang berpotensi dikahwini.
Anda juga tak boleh
mencari bekas kekasih dan bercerai.
Berdasarkan pengalaman saya,
seseorang itu tak suka
berjumpa bekas kekasihnya
setelah mereka berpisah
disebabkan orang lain.
Mungkin itu cuma saya.
Jadi, matematik menunjukkan
apa yang anda patut buat
pada 37% pertama
dalam masa berdating anda,
anda patut menolak setiap orang yang
berpotensi berkahwin dengan anda.
(Gelak ketawa)
Kemudian, anda patut memilih
orang seterusnya yang anda temui
kerana dia adalah lebih baik
berbanding yang lain.
Inilah contohnya.
Jika anda berbuat demikian,
sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi
matematik bahawa inilah cara terbaik
untuk memaksimumkan peluang anda
menemui pasangan yang sesuai.
Malangnya, saya perlu beritahu anda
bahawa cara ini mempunyai risikonya.
Sebagai contoh, bayangkan jika
pasangan yang sesuai itu ditemui
dalam 37% yang pertama.
Malangnya, anda perlu menolaknya.
(Gelak ketawa)
Jika anda percayakan kiraan matematik,
dan jika anda tidak menemui orang
yang lebih baik daripada yang lain,
maka anda terpaksa menolak sesiapa pun
dan mati bersendirian.
(Gelak ketawa)
Mungkin anda akan dikelilingi kucing
yang menggigit-gigit mayat anda.
Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan,
orang pertama yang anda temui
dalam 37% yang pertama
amat membosankan dan teruk.
Tidak mengapa, kerana
anda berada dalam fasa menolak.
Tidak mengapa, kerana
anda berada dalam fasa menolak.
Tak mengapa, anda boleh menolak mereka.
Tapi bayangkan,
orang seterusnya yang anda temui
tidak begitu membosankan dan teruk
berbanding orang lain yang anda temui.
Jika anda percayakan kiraan matematik,
maka anda terpaksa berkahwin dengannya
dan menjalani perkahwinan
yang tidak bahagia.
Saya berasa kesal dengannya.
Tapi saya rasa Hallmark
boleh memanfaatkannya
dan membuka pasaran ini.
Kad Hari Valentine seperti ini.
(Gelak ketawa)
"Suamiku yang dikasihi,
kau taklah begitu teruk berbanding
lelaki dalam 37% pertama
yang keluar dengan aku."
Sebenarnya, ia lebih romatik
daripada apa yang saya usahakan.
Jadi, cara ini tidak memberikan
kadar kejayaan 100%,
tapi tidak terdapatnya
strategi lain yang lebih baik.
Sebenarnya, terdapatnya
beberapa jenis ikan
yang mengikut dan
menggunakan strategi ini.
Ikan-ikan ini menolak pelamar
yang berada dalam
37% yang pertama
semasa musim mengawan,
kemudian ikan-ikan ini memilih
ikan seterusnya yang ditemui selepas itu,
entahlah, mungkin
yang lebih besar dan kuat
berbanding ikan-ikan lain
yang ditemui sebelum itu.
Rasanya tanpa disedari,
manusia juga berbuat demikian.
Kita memberikan masa kepada
diri sendiri untuk berseronok,
meninjau pasaran kita dan sebagainya
bila kita masih muda.
Kita mula mencari secara serius
calon yang sesuai dikahwini
bila mencecah usia pertengahan 20-an.
Rasanya ini ialah bukti yang konklusif,
bahawa otak kita boleh
mengira secara semula jadi.
Baiklah, itulah dia Petua #2.
Sekarang, Petua #3:
Cara untuk mengelakkan perceraian.
Bayangkan anda telah
memilih pasangan yang sesuai,
dan anda telah berkahwin dengannya.
Secara ideal, saya rasa semua orang
mahu mengelakkan perceraian,
melainkan, entahlah,
mungkin isteri Piers Morgan?
Tapi, memang menyedihkan,
dalam kehidupan moden,
1 dalam 2 perkahwinan di Amerika
berakhir dengan perceraian,
negara-negara lain
tidak begitu ketinggalan.
Anda boleh dimaafkan
jika anda berfikir bahawa perbalahan
yang mencetuskan perceraian
bukannya perkara yang ideal
untuk dinilai dari segi matematik.
Sebab, adalah sukar untuk menentukan
apa yang patut dinilai
atau dinyatakan kuantitinya.
Tapi, ia tidak menghalang ahli psikologi,
John Gottman, berbuat demikian.
Gottman memerhatikan
beratus-ratus pasangan berbual
dan merekodkan semua perbualan mereka.
Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan,
kekonduksian kulit mereka,
air muka mereka,
kadar denyutan jantung,
dan tekanan darah mereka,
pada dasarnya semua perkara,
kecuali sama ada kata-kata si isteri
adalah sentiasa betul.
Sebenarnya, kata-kata
si isteri memang betul.
Tapi, apa yang ditemui
Gottman dan pasukannya
ialah salah satu peramal
yang amat penting bagi
sama ada pasangan
suami isteri akan bercerai,
iaitu sikap yang positif atau negatif
dalam perbualan.
Pasangan suami isteri
yang ada risiko yang rendah
mendapat lebih banyak skor positif
berdasarkan ukuran Gottman.
Manakala bagi perhubungan yang teruk,
iaitu mereka yang mungkin akan bercerai,
mereka berada dalam
keadaan yang negatif.
Dengan menggunakan cara yang mudah ini,
Gottman dan kumpulannya dapat meramal
sama ada pasangan
suami isteri akan bercerai
dan ketepatan ramalan ialah 90%.
Setelah dia bekerjasama dengan
seorang ahli matematik, James Murray,
mereka mula memahami
apa yang menyebabkan keadaan
negatif ini dan bagaimana ia berlaku.
Saya rasa hasil dapatan mereka
amat mudah difahami dan menarik.
Ini dia.
Rasanya ia adalah jelas.
Kedua-dua persamaan ini meramalkan
bagaimana si isteri atau suami
akan menjawab
dalam perbualan yang seterusnya,
sama ada secara positif atau negatif.
Kedua-dua persamaan ini bergantung pada
anginnya semasa dia bersendirian,
anginnya semasa dia bersama pasangannya,
tapi yang terpenting, ia bergantung pada
setakat mana pasangan suami isteri itu
saling mempengaruhi.
Pada ketika ini,
adalah penting untuk mengatakan
bahawa kedua-dua
persamaan ini juga didapati
dapat menunjukkan dengan tepat
apa yang berlaku antara dua negara
yang terlibat dalam perlumbaan senjata.
(Gelak ketawa)
Jadi, pasangan suami isteri
yang berbalah,
berada dalam keadaan negatif,
dan hampir-hampir bercerai
adalah sama seperti permulaan
perang nuklear dari sudut matematik.
(Gelak ketawa)
Tapi, perkara yang penting
dalam kedua-dua persamaan ini
ialah pengaruh seseorang itu
pada orang lain,
secara khusus, ia dikenali sebagai
ambang kenegatifan.
Ambang kenegatifan boleh
dilihat dari segi betapa teruknya si suami
sehingga si isteri mula
berasa geram, dan sebaliknya.
Bagi saya, pasangan suami isteri yang
bahagia bertolak ansur, saling memahami,
dan memberikan ruang peribadi
kepada pasangannya.
Jadi, saya rasa pasangan suami isteri
yang amat bahagia
mempunyai ambang kenegatifan
yang sangat tinggi.
Mereka membiarkan saja sesuatu
dan akan membincangkannya
jika ia sesuatu yang serius.
Sebenarnya, persamaan matematik
dan hasil dapatan pasukan tersebut
telah menunjukkan yang sebaliknya.
Pasangan suami isteri yang sangat bahagia
mempunyai ambang kenegatifan
yang sangat rendah.
Mereka tidak membiarkan sesuatu
dan memberikan ruang untuk
melahirkan rasa tidak puas hati.
Mereka sentiasa cuba
membaiki perhubungan mereka
dan ia memberikan kesan positif
pada perkahwinan mereka.
Mereka tidak membiarkan sesuatu
dan tidak membenarkan perkara
yang remeh menjadi serius.
Semestinya, bukan saja
ambang kenegatifan yang rendah
dan saling bertolak ansur dapat
menghasilkan perhubungan yang baik.
Saya rasa adalah agak menarik
kerana terdapatnya
bukti dari segi matematik
yang menyatakan bahawa
jangan menyimpan kemarahan anda.
Jadi, itulah dia tiga petua
dari sudut matematik
yang boleh membantu
soal cinta dan perhubungan anda.
Tapi saya berharap,
selain digunakan sebagai petua,
ia juga dapat membuka mata anda
tentang kehebatan matematik.
Kerana bagi saya, persamaan dan simbol
bukannya merupakan sebuah perkara saja.
Ia juga merupakan sebuah suara
yang dapat menyatakan
kekayaan alam semula jadi
dan keringkasan yang mengejutkan
yang terdapat dalam pola-pola
yang berada di sekitar kita,
daripada bagaimana dunia ini berfungsi
sehingga bagaimana kita bertindak.
Saya berharap,
mungkin bagi beberapa orang,
sedikit ilmu tentang
cinta dari sudut matematik
dapat menggalakkan anda
agar lebih menyukai matematik.
Terima kasih.
(Tepukan)