Wow! Tiga teka-teki telah selesai! Dan kami telah menangkap...seekor salmon. Tidak begitu menarik dibanding mendapat timbunan emas,tetapi kita akan ambil apa yang kita dapat. Dan saya mempunyai perasaan bahawa cangkerang nautilus akan menjadi berguna nanti. Saya tertanya-tanya apa yang bersembunyi di runtuhan ini. Mungkin satu petunjuk lain! Mari kita lihat di dalamnya. Nama saya Netty dan selamat datang ke runtuhan saya. Kami membuat keputusan setiap masa berdasarkan kondisi. Jika ia kelihatan seperti hendak hujan, kita akan membawa payung. Jika kita lapar, maka kita akan makan snek. Jika kita melihat creeper, kita akan lari ke arah yang bertentangan. Komputer membuat keputusan jenis ini juga. Mereka sebenarnya boleh bertindak balas terhadap kondisi dengan menggunakan kod. Untuk program tindak balas seperti ini menggunakan kod perintah, pilih blok jika laluan Pilih senarai lungsur untuk menghasilkan perintah. Contohnya, jika anda menulis perintah "jika laluan ke kanan" dan letakkan pusing kanan di dalam syarat, apabila Steve sampai ke laluan terbuka di sebelah kanannya, dia akan sentiasa pusing ke kanan. Jika tiada laluan ke kanan, dia tidak akan pusing kanan. Perintah if bersyarat ini berguna apabila anda menjalankan kod dalam situasi yang tidak dapat diramalkan seperti runtuhan misteri di gua bawah air. Cuba gunakan blok if dan meneroka menggunakan kod anda. Wow! Runtuhan Netty amat hebat. Mungkin saya perlu pindah keluar dari rumah ibu-bapa saya. Jadi apakah pendapat anda? Bolehkah kita gunakan kondisi untuk menyelesaikan teka-teki terakhir? Mari kita cuba.