The Internet: Alamat IP dan DNS Hai! Nama saya Paola, dan saya seorang jurutera perisian di Microsoft. Mari kita bincangkan bagaimana internet berfungsi. Tugas saya bergantung pada rangkaian yang boleh bercakap antara satu sama lain, tetapi pada 1970-an tiada kaedah standard untuk ini. Ia mengambil usaha Vint Cerf dan Bob Kahn untuk mencipta protokol internetworking, dan menjayakan komunikasi. Ciptaan ini memberi asas kepada internet. Internet adalah rangkaian dalam rangkaian. Ia menghubungkan berbilion-bilion peranti bersama di seluruh dunia. Jadi anda mungkin disambungkan ke komputer riba atau telefon melalui wifi, sambungan wifi itu bersambung ke pembekal perkhidmatan internet (ISP), dan ISP itu menghubungkan anda ke berbilion-bilion peranti di seluruh dunia melalui beratus-ratus ribu rangkaian yang saling berhubung. Satu perkara yang tidak dihargai oleh kebanyakan orang adalah internet sebenarnya suatu reka bentuk falsafah dan seni bina yang dinyatakan dalam satu set protokol. Protokol adalah satu set peraturan dan piawaian, jika semua pihak bersetuju menggunakannya, ia akan membolehkan mereka berkomunikasi tanpa masalah. Bagaimana internet berfungsi secara fizikal adalah kurang penting daripada kenyataan bahawa falsafah reka bentuk ini telah membenarkan internet untuk menyesuaikan dan menerima teknologi komunikasi baru. Ini kerana untuk teknologi baru menggunakan internet dalam cara yang sama, ia hanya perlu mengetahui protokol mana untuk bekerjasama dengan. Semua peranti di internet mempunyai alamat yang unik. Alamat dalam internet hanya beberapa angka, seperti nombor telefon atau alamat jalan, yang unik untuk setiap komputer atau peranti di dalam rangkaian. Ini serupa dengan kebanyakan rumah dan perniagaan mempunyai alamat mel. Anda tidak perlu mengenali seseorang untuk menghantar surat kepada mereka dalam mel, tetapi anda perlu tahu alamat mereka dan bagaimana untuk menulis alamat dengan betul supaya surat itu boleh dibawa oleh sistem mel ke destinasinya. Sistem alamat untuk komputer di internet adalah sama dan ia membentuk sebahagian protokol yang sangat penting yang digunakan dalam komunikasi internet dipanggil protokol internet atau IP. Alamat komputer dipanggil alamat IP. Melayari laman web sebenarnya ialah komputer anda meminta informasi dari komputer lain. Komputer anda menghantar mesej ke alamat IP komputer lain dan bersama itu ia juga melampirkan alamat asalnya, jadi komputer lain tahu di mana untuk menghantar tindak balasnya. Anda mungkin pernah melihat alamat IP. Ia hanya sebilangan nombor! Nombor-nombor ini disusun dalam hierarki. Sama seperti alamat rumah mengandungi negara, bandar, jalan, dan nombor rumah, alamat IP mempunyai banyak bahagian. Sama seperti semua data digital, setiap nombor ini diwakili dalam bit. Alamat IP tradisional adalah 32 bit, dengan 8 bit untuk setiap bahagian alamat. Angka terdahulu biasanya mengenal pasti negara dan rangkaian serantau peranti. Kemudian sub-rangkaian, dan akhirnya alamat peranti tertentu. Versi alamat IP ini dipanggil IPv4. Ia dicipta pada tahun 1973 dan digunakan secara meluas pada awal 80-an, dan menyediakan lebih daripada 4 bilion alamat unik untuk peranti yang berhubung di internet. Tetapi internet menjadi jauh lebih popular daripada Vint Cerf bayangkan dan 4 bilion alamat unik tidak akan mencukupi. Kami kini berada di pertengahan peralihan berbilang tahun kepada format alamat IP yang lebih panjang dipanggil IPv6, ia menggunakan 128 bit setiap alamat dan menyediakan lebih daripada 340 undecillion alamat unik. Itu lebih daripada cukup untuk setiap bijirin pasir di Bumi memiliki alamat IP sendiri. Kebanyakan pengguna tidak pernah melihat atau mengambil berat tentang alamat internet. sistem nama domain atau DNS mengaitkan nama seperti www.example.com dengan alamat yang sesuai. Komputer anda menggunakan DNS untuk mencari nama domain dan dapatkan alamat IP yang berkaitan untuk menyambungkan komputer anda ke destinasi di internet. Dan ia berlaku seperti ini: (suara 1) "Hai, saya mahu pergi ke www.code.org." (suara 2) "Mm ..saya tidak tahu alamat IP untuk domain itu izinkan saya bertanya. Hai, bagaimana untuk menuju ke code.org? "(suara 3) "Ya, saya ada alamatnya di sini 174.129.14.120." (suara 2) "Baik, terima kasih. Saya akan mencatatnya dan simpan untuk masa depan jika saya perlukannya lagi. Hai, ini alamat yang anda mahu." (Suara 1) "Hebat!Terima kasih." Jadi bagaimana kita mereka sistem untuk berbilion-bilion peranti untuk mencari satu daripada berbilion laman web? Pelayan DNS tidak mungkin dapat menangani semua permintaan dari semua peranti. Jawapannya, pelayan DNS disambungkan ke hierarki yang diedarkan, dan ia dibahagikan ke zon, membahagikan tanggungjawab untuk domain utama seperti .org, .com, .net, dll. DNS pada asalnya dicipta untuk menjadi terbuka dan protokol komunikasi awam untuk kerajaan dan institusi pendidikan. Kerana ia adalah awam, DNS terdedah kepada serangan siber. Contoh serangan adalah pemalsuan DNS. Penggodam memasuki pelayan DNS dan berubah untuk memadankan nama domain dengan alamat IP yang salah. Ini membolehkan penyerang menghantar orang ke laman web penyamar. Jika ini berlaku kepada anda, anda terdedah kepada lebih banyak masalah kerana menggunakan laman web palsu itu seolah-olah ia benar. Internet adalah besar dan semakin berkembang setiap hari. Tetapi sistem nama domain dan protokol internet direka untuk diselaraskan, tidak kira betapa banyak internet berkembang.