[alatan diasah] ["Jack Whitten: An Artist's Life"] Kini saya mendapati bahawa saya membuat lukisan di mana tangan saya tidak menyentuhnya. Ini adalah sejenis penyelarasan palet artis. [GESERAN PALET DENGAN ALATAN] Okay. Hampir siap. Setiap satu membawa maklumat-- Ia dimampatkan antara satu sama lain kerana ia banyak berkaitan dengan apa yang sedang berlaku dengan teknologi moden. Informasi yang mengandungi byte. Benda macam itulah. Saya boleh reka apa-apa yang saya inign. Saya bukan pelukis naratif. Saya tidak buat tentang pendapat, atau pun lukisan yang menggambari sesuatu pendapat. Saya tidak buat begitu. Ini semua adalah tentang materialiti dalam cat. Saya dibesarkan di Bassemer, Alabama. Semua benda telah diasingkan-- kenderaan, bas-bas. Saya panggilnya apartheid orang Amerika. Saya selalu buat seni lukis. Saya buat lukisan sejak saya kecil. Tetapi ia tidak disokong. Kata mereka ia boleh dijadikan sebagai hobi, tetapi tidak boleh dicari rezeki. Nasib pada saya, saya lulus dengan keputusan yang baik. Saya pergi ke Tuskegee. Sememangnya saya ingin menjadi seorang doktor di dalam U.S. Air Force dan seorang juruterbang. Ia sentiasa di dalam minda saya bahawa saya seorang seniman. Itulah apa yang saya ingin buat. Saya mahu buat seni. Tuskegee tidak menawar program seni, jadi saya meninggal Tuskegee dan belajar seni di Southern University. Semua berlancar dengan baik, buat seketika, tetapi saya menyertai dalam demonstrasi politik. Kami mengadakan perarakan hak asasi manusia yang berlangsung dari pekan Baton Rouge ke bangunan pejabat kementerian. Perarakan itu menyebabkan penyingkiran saya daripada South University. Selepas perarakan itu yang menjadi lagi dasyat dan ganas, saya menjadi lebih berpolitik. Pada kejatuhan 1960, saya menaiki bas Greyhound daripada New Orleans ke Cooper Union untuk mengambil ujian. Saya telah diterima. Saya belajar seni-- lukisan. Ia memang baik dan yuran adalah percuma. Apabila saya sampai di New York, sesetengah orang yang saya berjumpa adalah Romare Bearden, Norman Lewis, dan Jacob Lawrence. Dan senario di New York City pada 1960 bersifat terbuka. Bill de Kooning ingin bercakap dengan anda! Saya berdialog, di mana saya panggilnya, pada kedua-dua sisi dalam pembelahan. Saya tidak membuat perkecualian antara Hitam, Putih, dan sebagainya. Saya memang tidak. Jika mereka mempunyai informasi, naluri saya akan kata, "Kamu perlu berjumpa dengan orang ini"-- "Kamu kena mengetahui apa yang mereka sedang buat," "Kamu perlu memahami benda-benda ini"-- Saya hulur keluar. Seniman muda perlu ada sesuatu untuk dirangsangkan. Pengaruh pertama saya adalah Ashile Gorky. Tiada sesiapa yang boleh berhadapan selain daripada Zeus! Itulah pengaruh pertama saya. Surealisme awal. Expressionisme yang berkiasan. Ia tidak tamat pada akhir tahun '60-an, dan saya melalukan perubahan yang drastik lebih kepada pendapat yang berkonsep dan berkaitan dengan materialiti cat. Saya memadamkan kesemua spektrum warna. Menukar ke akrilik. Membina semula studio. Membina semula pendapat saya pada lukisan. Saya mereka sebuah alatan. Saya panggilnya "Pemaju". Dengan alatan itu, Saya boleh pindah cat akrilik yang besar ke permukaan kanvas secara keseluruhan. Saya pangil lukisan-lukisan itu "Slab". S-L-A-B. Ia menjadi satu kepingan. Saya mahukan lukisan untuk wujud pada satu garisan-- satu gerakan, tiga saat. Maka saya buat alatan yang sebesar itu. Saya menggunakan sepuluh tahun untuk menghabiskan pada papan lukis. Selepas sepuluh tahun, semuanya berhenti. Saya tidak larat lagi. Pada satu masa apabila badan tidak lagi terima penderaan seperti itu-- dan ia memang menderakan. Slab itu adalah apa yang menyebabkan saya berasa begitu. Ia sebahagian akrilik yang ditanggalkan daripada slab akrilik yang besar itu. Minat saya adalah sentiasa pada penggunaannya pada pengarahan cahaya. Jadi dengan permukaan-permukaan ini, bergantung pada cara saya menempatkannya. Saya boleh mengarah cahaya itu. Anda dapat lihat perubahannya? Lukisannya datang daripada keperitan yang banyak. Saya mula lukisan itu dan saya dijangkiti penyakit yang serius. Saya berada di hospital sepanjang satu bulan. Jadi itu membangunkan saya. Dan lukisan itu adalah satu cara untuk membangunakan saya. [KETAWA] Saya tidak akan putus asa begitu senang, anda tahu? Ini adalah satu daripada "Black Monoliths." Ini dipanggil, "Six Kinky Strings: For Chuck Berry." Tajuk itu datang daripada fakta bahawa, sesiapa yang kenali personaliti Chuk Berry, beliau memang membuat perkara yang ganjil. Namun, "Black Monolith" ialah siri lukisan yang saya hasilkan buat beberapa tahun. Ia bermula daripada awal 80'an. Ia adalah tentang seorang berkulit hitam dan telah menyumbang banyak kepada masyarakat. Jadi saya buat kerja saya untuk mengingati orang ini. Dan saya dapati bahawa setiap satu, saya perlu mencari isi hati orang itu. Orang itu menjadi satu simbol. Dan saya membawanya ke dalam lukisan. Saya mahu diingati sebagai seorang yang biasa yang bersifat pada diri sendiri. [KETAWA] Pekerja berdedikasi. Tetapi yang lebih penting... Soalan ini pernah ditanya kepada Count Basie, beliau kata, "Saya hanya mahu jadi sebagai lelaki yang biasa" Ia mempunyai sejenis kesederhanaan dalam itu dan saya sentiasa berkagum dengan. Tiada apa-apa yang besar, hanya seorang lelaki yang biasa. Saya suka pada itu.