Jadi setiap kumpulan,
orang yang memberi arahan, adalah
orang yang memegang kertas,
harus mengetahui apakah simbol
"matikan" mereka
dan apakah simbol "hidupkan"
mereka.
Bila saya kata 0, anda perlu isikan
kotak tetapi jika saya kata 1,
anda biarkan kotak kosong.
OK, jadi apa yang saya akan lakukan
ialah saya akan berkata
yang hitam akan menjadi 1.
dan, yang putih akan menjadi 2,
oK, bersedia.
OK, 1, 1, 1.
1, 2, 2, 2, 2.
Jadi dalam binari, ia seperti
abjad dengan dua huruf
seperti mempunyai A dan B,
sebagai keseluruhan abjad anda,
tetapi anda mempunyai 0 dan 1.
Biasanya anda menggunakan
binari dalam pernyataan if.
Ia adalah perkara klasik dari
pengaturcaraan.
Program berfungsi seperti ini, jika
sesuatu itu benar, maka lakukan ini
atau jika ia tidak benar maka anda
buat sesuatu yang lain.
Bagaimana jika anda mahu melakukan
sesuatu,
mungkin sesuatu yang lebih rumit,
seperti bukannya kenyataan if,
anda mahu bekerja dengan sesuatu seperti
gambar atau bunyi dalam komputer.
Komputer hanya tahu binari, tetapi gambar,
seperti yang anda tahu, ia bukan binari.
Ia bukan 1 dan 0.
Jadi, bagaimana anda boleh melakukannya?
Contohnya, kita mempunyai satu
gambar yang cantik.
Gambar pada dasarnya adalah satu bentuk
maklumat dan semua maklumat boleh dikodkan
dalam binari dalam satu cara atau yang lain.
Anda hanya perlu memikirkan cara
untuk melakukannya.
Jadi dengan gambar ini,
Perkara pertama yang kita akan lakukan,
semua ini berlaku dalam imaginasi anda,
dan kemudian anda menterjemahkan
imaginasi ke dalam kod.
Jadi bayangkan bahawa kita akan meletakkan
grid di atas beruang panda ini
dan pada setiap kotak, kita akan tentukan
sama ada kotak ini lebih hitam atau lebih
putih, dan kemudian kita akan
mewarnakannya dengan cara yang sesuai.
Jadi sekarang setiap sel di grid
ialah sama ada
hitam atau putih dan kemudian petak
hitam, kita katakan itu adalah 0,
digit binari dan petak putih
ialah 1, digit binari yang lain.
Dan pada akhirnya, anda akan tinggal
grid yang penuh dengan 1 dan 0.
Dan itulah cara anda mewakili
gambar ini dalam binari.