1 00:00:00,640 --> 00:00:05,800 Di seluruh dunia, lebih 1.5 bilion orang mengalami konflik bersenjata. 2 00:00:06,880 --> 00:00:09,576 Akibatnya, ramai orang terpaksa meninggalkan negara mereka, 3 00:00:09,600 --> 00:00:12,720 kira-kira lebih 15 juta pelarian. 4 00:00:13,520 --> 00:00:14,856 Sudah tentu, kanak-kanak 5 00:00:14,880 --> 00:00:17,360 adalah paling tidak bersalah dan mangsa yang lemah 6 00:00:18,640 --> 00:00:21,256 tetapi bukan hanya bahaya fizikal yang boleh dilihat 7 00:00:21,280 --> 00:00:25,000 tetapi dari kesan perang yang tidak diungkapkan pada keluarga 8 00:00:26,280 --> 00:00:29,496 Pengalaman perang mendedahkan kanak-kanak kepada risiko tinggi 9 00:00:29,520 --> 00:00:32,439 dalam pembentukan masalah emosi dan kelakuan. 10 00:00:33,960 --> 00:00:35,816 Bayangkan, kanak-kanak 11 00:00:35,840 --> 00:00:37,920 akan rasa bimbang, terancam dan berisiko. 12 00:00:38,560 --> 00:00:39,760 Tetapi, ada berita baik. 13 00:00:40,400 --> 00:00:44,136 Mutu penjagaan yang kanak-kanak terima dari keluarga mereka 14 00:00:44,160 --> 00:00:47,616 boleh memberi kesan yang lebih baik bagi kesejahteraan mereka 15 00:00:47,640 --> 00:00:51,320 dari pengalaman sebenar perang yang mereka terdedah. 16 00:00:52,440 --> 00:00:55,176 Jadi sebenarnya, kanak-kanak boleh dilindungi 17 00:00:55,200 --> 00:00:59,640 dengan kasih sayang dan perlindungan ibu bapa semasa dan selepas konflik. 18 00:01:01,920 --> 00:01:05,256 Pada 2011, saya seorang pelajar PhD tahun pertama. 19 00:01:05,280 --> 00:01:08,480 di Universiti Manchester Sekolah Sains Psikologi. 20 00:01:09,040 --> 00:01:10,496 Seperti anda semua di sini, 21 00:01:10,520 --> 00:01:13,520 Saya menyaksikan krisis Syria di TV. 22 00:01:14,560 --> 00:01:16,856 Keluarga saya berasal dari Syria. 23 00:01:16,880 --> 00:01:18,136 dan sejak peringkat awal, 24 00:01:18,160 --> 00:01:20,840 Saya hilang beberapa ahli keluarga dengan cara yang menyayat hati 25 00:01:21,760 --> 00:01:24,440 Saya bersama-sama keluarga saya menonton TV. 26 00:01:25,200 --> 00:01:26,616 Kami saksikan semua kejadian: 27 00:01:26,640 --> 00:01:28,696 bom memusnahkan bangunan, 28 00:01:28,720 --> 00:01:30,160 kucar-kacir, kehancuran 29 00:01:31,040 --> 00:01:32,612 dan orang ramai berteriak dan berlari. 30 00:01:33,440 --> 00:01:37,376 Suasana orang berteriak dan berlari benar-benar menyedihkan saya. 31 00:01:37,400 --> 00:01:39,640 terutama wajah kanak-kanak yang ketakutan. 32 00:01:41,400 --> 00:01:45,096 Saya ibu kepada dua orang anak kecil yang gemar bertanya 33 00:01:45,120 --> 00:01:46,696 Masa itu, mereka berumur lima dan enam tahun, 34 00:01:46,720 --> 00:01:49,776 pada umur yang biasanya mereka bertanya bermacam soalan, 35 00:01:49,800 --> 00:01:51,920 dan mahu jawapan yang benar dan menyakinkan. 36 00:01:53,120 --> 00:01:55,776 Jadi, saya mula terfikir bagaimana keadaannya 37 00:01:55,800 --> 00:01:59,200 saya menjaga anak-anak di zon perang dan kem pelarian. 38 00:02:00,240 --> 00:02:01,560 Adakah anak saya akan berubah? 39 00:02:02,680 --> 00:02:05,880 Adakah sinar pada wajah anak saya akan jadi kelam? 40 00:02:06,520 --> 00:02:11,520 Adakah sikap anak lelaki saya yang santai dan bebas akan menjadi ketakutan? 41 00:02:12,800 --> 00:02:14,040 Bagaimana saya menanganinya? 42 00:02:15,440 --> 00:02:16,640 Adakah saya akan berubah? 43 00:02:18,640 --> 00:02:20,856 Sebagai ahli psikologi dan jurulatih ibu bapa, 44 00:02:20,880 --> 00:02:24,776 kita tahu memberikan ibu bapa kemahiran menjaga anak mereka 45 00:02:24,800 --> 00:02:27,360 ada kesan yang besar pada kesejahteraan mereka, 46 00:02:28,200 --> 00:02:30,080 dan kita panggil sebagai latihan ibu bapa. 47 00:02:30,680 --> 00:02:32,616 Persoalan saya ialah, 48 00:02:32,640 --> 00:02:36,376 adakah program latihan ibu bapa berguna kepada keluarga 49 00:02:36,400 --> 00:02:39,416 yang berada dalam zon perang atau kem pelarian? 50 00:02:39,440 --> 00:02:42,016 Bolehkah kita dampingi dengan nasihat atau latihan? 51 00:02:42,040 --> 00:02:44,160 yang membantu mereka melalui kesukaran ini? 52 00:02:45,840 --> 00:02:48,576 Jadi saya bertemu penyelia PhD saya, 53 00:02:48,600 --> 00:02:50,096 Profesor Rachel Calam, 54 00:02:50,120 --> 00:02:54,400 untuk gunakan kemahiran akademik saya untuk mengubah dunia. 55 00:02:54,760 --> 00:02:56,999 Saya tidak pasti apa yang saya mahu lakukan. 56 00:02:58,040 --> 00:02:59,896 Beliau mendengar dengan teliti dan sabar. 57 00:02:59,920 --> 00:03:01,496 tiba-tiba beliau berkata, 58 00:03:01,520 --> 00:03:04,376 "Jika anda mahu lakukannya, dan ia amat bermakna kepada anda, 59 00:03:04,400 --> 00:03:05,656 lakukanlah. 60 00:03:05,680 --> 00:03:08,656 Mari cari jalan jika program ibu bapa 61 00:03:08,680 --> 00:03:11,040 berguna untuk keluarga dalam konteks itu." 62 00:03:11,960 --> 00:03:14,856 Sejak lima tahun lalu, saya dan rakan kerja saya, 63 00:03:14,880 --> 00:03:17,456 Prof. Calam dan Dr. Kim Cartwright, 64 00:03:17,480 --> 00:03:19,696 berusaha bagamana untuk menyokong keluarga 65 00:03:19,720 --> 00:03:21,920 yang pernah mengalami perang dan penghijrahan. 66 00:03:23,560 --> 00:03:26,976 Untuk tahu cara membantu keluarga yang telah melalui konflik 67 00:03:27,000 --> 00:03:28,416 membantu anak-anak mereka, 68 00:03:28,440 --> 00:03:32,256 langkah pertama tentunya tanyakan mereka masalah yang dihadapi, 69 00:03:32,280 --> 00:03:33,496 betul, kan? 70 00:03:33,520 --> 00:03:34,896 Maksud saya, ia jelas. 71 00:03:34,920 --> 00:03:37,296 Tetapi biasanya, golongan yang paling lemah, 72 00:03:37,320 --> 00:03:38,736 itulah yang kita cuba sokong, 73 00:03:38,760 --> 00:03:40,096 tetapi sebenarnya mereka yang tidak ditanya. 74 00:03:40,120 --> 00:03:43,296 Berapa kerap kita andaikan kita tahu perkara yang betul 75 00:03:43,320 --> 00:03:46,960 untuk membantu seseorang atau sesuatu tanpa bertanya lebih dahulu? 76 00:03:47,400 --> 00:03:51,056 Jadi, saya kunjungi kem pelarian di Syria dan Turki, 77 00:03:51,080 --> 00:03:53,440 dan duduk bersama mereka sekeluarga dan mendengar. 78 00:03:54,240 --> 00:03:56,976 Saya mendengar cabaran sebagai ibu bapa, 79 00:03:57,000 --> 00:03:59,256 saya mendengar kesukaran sebagai ibu bapa 80 00:03:59,280 --> 00:04:01,496 dan saya dengar laungan mereka untuk bantuan. 81 00:04:01,520 --> 00:04:03,536 Adakalanya, kami hanya terdiam, 82 00:04:03,560 --> 00:04:05,616 apa saya boleh buat hanya genggam tangan 83 00:04:05,640 --> 00:04:07,840 bersama mereka, menangis dan berdoa. 84 00:04:08,600 --> 00:04:11,016 Mereka beritahu saya mengenai perjuangan mereka, 85 00:04:11,040 --> 00:04:14,816 mereka beritahu saya keadaan kem pelarian yang sukar, 86 00:04:14,840 --> 00:04:18,055 tidak boleh fokus melainkan tugasan yang penting 87 00:04:18,079 --> 00:04:19,880 seperti mengambil air bersih. 88 00:04:20,600 --> 00:04:23,160 Mereka beritahu bagaimana anak-anak mereka berubah; 89 00:04:23,920 --> 00:04:27,096 kesedihan, kemurungan, kemarahan, 90 00:04:27,120 --> 00:04:30,296 kencing malam, menghisap jari, takut bunyi bising, 91 00:04:30,320 --> 00:04:32,176 takut mimpi ngeri - 92 00:04:32,200 --> 00:04:33,920 mimpi yang sangat, sangat mengerikan. 93 00:04:34,960 --> 00:04:38,640 Keluarga-keluarga ini telah mengalami apa yang kita saksikan di TV. 94 00:04:39,240 --> 00:04:40,456 Ibu-ibu, 95 00:04:40,480 --> 00:04:42,656 hampir separuh mereka kini janda-janda perang 96 00:04:42,680 --> 00:04:45,456 atau tidak tahu jika suami mereka mati atau hidup, 97 00:04:45,480 --> 00:04:48,160 menceritakan kesukaran menghadapi keadaan ini. 98 00:04:49,480 --> 00:04:53,536 Mereka saksikan anak mereka berubah tetapi tidak tahu cara membantu mereka. 99 00:04:53,560 --> 00:04:56,520 Mereka tidak tahu menjawab soalan anak-anak mereka. 100 00:04:57,440 --> 00:05:00,776 Apa yang saya dapati begitu menakjubkan dan memberangsangkan 101 00:05:00,800 --> 00:05:05,696 adalah keluarga ini sungguh terdorong untuk membantu anak-anak mereka. 102 00:05:05,720 --> 00:05:08,136 Walau berdepan dengan cabaran ini, 103 00:05:08,160 --> 00:05:10,416 mereka cuba membantu anak-anak mereka. 104 00:05:10,440 --> 00:05:14,056 Mereka cuba mendapatkan sokongan pekerja NGO, 105 00:05:14,080 --> 00:05:15,976 dari guru-guru kem pelarian, 106 00:05:16,000 --> 00:05:17,216 pakar perubatan profesional 107 00:05:17,240 --> 00:05:18,440 ibu bapa yang lain. 108 00:05:19,040 --> 00:05:22,256 Seorang ibu yang saya temui baru empat hari berada di kem 109 00:05:22,280 --> 00:05:23,896 dan sudah membuat dua percubaan 110 00:05:23,920 --> 00:05:26,336 untuk dapatkan bantuan bagi anaknya berumur lapan tahun 111 00:05:26,360 --> 00:05:28,400 yang mengalami mimpi yang mengerikan. 112 00:05:30,000 --> 00:05:32,920 Malangnya, percubaannya selalunya tidak berhasil. 113 00:05:33,680 --> 00:05:35,736 Doktor kem pelarian, jika ada, 114 00:05:35,760 --> 00:05:37,536 selalu terlalu sibuk 115 00:05:37,560 --> 00:05:41,640 atau tidak ada pengetahuan atau masa untuk bantuan asas ibu bapa. 116 00:05:42,360 --> 00:05:45,480 Guru kem pelarian dan ibu bapa lain sama seperti mereka, 117 00:05:46,120 --> 00:05:49,600 masyarakat pelarian yang baru yang terpaksa memenuhi keperluan baru. 118 00:05:51,000 --> 00:05:53,200 Jadi, kita mula berfikir. 119 00:05:53,760 --> 00:05:56,120 Bagaimana boleh kita membantu keluarga ini? 120 00:05:57,240 --> 00:06:01,376 Keluarga ini bergelut dengan masalah lebih besar dari yang mampu ditangani. 121 00:06:01,400 --> 00:06:03,096 Krisis Syria jelas membuktikan 122 00:06:03,120 --> 00:06:08,416 amat mustahil untuk dapat membantu keluarga secara individu. 123 00:06:08,440 --> 00:06:10,416 Apakah cara lain yang boleh kita bantu mereka? 124 00:06:10,440 --> 00:06:14,376 Bagaiaman boleh kita dekati keluarga secara ramai 125 00:06:14,400 --> 00:06:15,960 dan rendah kos 126 00:06:17,120 --> 00:06:19,840 dalam masa yang menakutkan ini? 127 00:06:20,880 --> 00:06:23,456 Selepas berjam-jam berbincang dengan pekerja NGO, 128 00:06:23,480 --> 00:06:25,936 seorang mencadangkan satu idea innovatif yang hebat 129 00:06:25,960 --> 00:06:30,976 iaitu mengedarkan maklumat keibubapaan melalui bungkusan roti. 130 00:06:31,000 --> 00:06:35,336 Bungkusan roti yang diedarkan kepada keluarga di zon konflik Syria 131 00:06:35,360 --> 00:06:37,000 oleh para pekerja kemanusiaan. 132 00:06:37,360 --> 00:06:38,976 Jadi, itulah yang kami lakukan. 133 00:06:39,000 --> 00:06:41,976 Tidak ada apa-apa perubahan pada bungkusan roti itu 134 00:06:42,000 --> 00:06:44,200 melainkan ada dua keping kertas yang dilampirkan. 135 00:06:44,800 --> 00:06:49,696 Satu ialah risalah keibubapaan yang memberikan maklumat asas 136 00:06:49,720 --> 00:06:53,136 mengenai apa yang ibu bapa sedang alami 137 00:06:53,160 --> 00:06:55,176 dan apa yang anak mereka mungkin alami. 138 00:06:55,200 --> 00:06:59,016 Dan maklumat mengenai cara mereka boleh membantu diri dan anak mereka, 139 00:06:59,040 --> 00:07:03,256 seperti meluangkan masa berbual-bual dengan anak mereka, 140 00:07:03,280 --> 00:07:05,376 menunjukkan lebih kasih sayang kepada mereka, 141 00:07:05,400 --> 00:07:07,456 lebih bersabar terhadap anak anda, 142 00:07:07,480 --> 00:07:09,296 berbual dengan anak anda. 143 00:07:09,320 --> 00:07:11,896 Kertas yang satu lagi ialah soalan-soalan maklum balas. 144 00:07:11,920 --> 00:07:13,520 Dan sudah tentu, disertakan pen. 145 00:07:14,160 --> 00:07:17,656 Jadi, adakah ini sekadar pengedaran risalah 146 00:07:17,680 --> 00:07:21,496 atau ini sebenarnya satu cara menyebarkan bantuan awal psikologi 147 00:07:21,520 --> 00:07:24,576 untuk memberikan sentuhan ibu bapa yang menyayangi, meyakinkan? 148 00:07:24,600 --> 00:07:28,680 Kami berjaya mengedarkan 3,000 bungkusan dalam hanya seminggu. 149 00:07:30,160 --> 00:07:33,816 Apa yang menakjubkan ialah kami menerima kadar respons 60 peratus. 150 00:07:33,840 --> 00:07:38,056 60 peratus respons daripada 3,000 keluarga. 151 00:07:38,080 --> 00:07:40,576 Saya tidak tahu berapa ramai pengkaji yang hadir pada hari ini, 152 00:07:40,600 --> 00:07:42,936 tetapi kadar respons seperti itu adalah hebat. 153 00:07:42,960 --> 00:07:46,216 Respons seperti itu jika di Manchester adalah satu pencapaian, 154 00:07:46,240 --> 00:07:48,936 apa lagi jika di zon konflik di Syria. 155 00:07:48,960 --> 00:07:52,680 Ia benar-benar menunjukkan pentingnya mesej ini kepada keluarga. 156 00:07:55,200 --> 00:07:59,136 Saya masih ingat, betapa gembira bila menerima maklum balas itu kembali. 157 00:07:59,160 --> 00:08:01,656 Keluarga itu meninggalkan ratusan mesej 158 00:08:01,680 --> 00:08:04,056 yang kebanyakannya amat positif dan menggalakkan. 159 00:08:04,080 --> 00:08:05,816 Tetapi yang paling saya suka ialah 160 00:08:05,840 --> 00:08:08,840 "Terima kasih kerana tidak melupakan kami dan anak-anak kami." 161 00:08:10,280 --> 00:08:12,336 Ia benar-benar menunjukkan potensi 162 00:08:12,360 --> 00:08:15,136 menyebarkan bantuan awal psikologi kepada keluarga 163 00:08:15,160 --> 00:08:17,256 dan menerima kembali maklum balas. 164 00:08:17,280 --> 00:08:19,776 Bayangkan, menyebarkannya melalui cara yang lain 165 00:08:19,800 --> 00:08:24,376 seperti melalui pengedaran susu bayi atau perkakas kebersihan wanita 166 00:08:24,400 --> 00:08:25,680 atau dalam bakul makanan. 167 00:08:28,021 --> 00:08:29,736 Mari bicara sesuatu yang hampir dengan kita 168 00:08:29,760 --> 00:08:31,056 sebab krisis pelarian ini 169 00:08:31,080 --> 00:08:34,496 menjejas setiap kita. 170 00:08:34,520 --> 00:08:39,135 Setiap hari kita dihujani dengan statistik dan gambar, 171 00:08:39,159 --> 00:08:40,736 dan bukan sesuatu yang menghairankan, 172 00:08:40,760 --> 00:08:42,015 sebab sehingga bulan lalu, 173 00:08:42,039 --> 00:08:45,136 lebih satu juta pelarian telah sampai di Eropah. 174 00:08:45,160 --> 00:08:46,360 Satu juta. 175 00:08:46,960 --> 00:08:50,096 Pelarian kini menyertai masyarakat kita, 176 00:08:50,120 --> 00:08:51,616 mereka menjadi jiran-jiran kita, 177 00:08:51,640 --> 00:08:54,120 anak-anak mereka menghadiri sekolah anak-anak kita. 178 00:08:55,280 --> 00:08:58,840 Jadi kami menyesuaikan risalah itu untuk keperluan pelarian Eropah 179 00:08:59,600 --> 00:09:01,936 dan ada dalam talian, boleh dibaca oleh sesiapa, 180 00:09:01,960 --> 00:09:04,616 di kawasan yang ada jumlah pelarian yang sangat ramai. 181 00:09:04,640 --> 00:09:07,856 Contohnya, pihak kesihatan Sweden muat naik di laman web mereka. 182 00:09:07,880 --> 00:09:09,576 Dalam masa 45 minit pertama, 183 00:09:09,600 --> 00:09:12,800 ia dimuat turun 343 kali... 184 00:09:13,480 --> 00:09:15,376 benar-benar menunjukkan betapa penting 185 00:09:15,400 --> 00:09:17,936 bagi sukarelawan, pengamal dan ibu bapa yang lain 186 00:09:17,960 --> 00:09:20,880 mempunyai mesej bantuan awal psikologi yang mudah dicapai. 187 00:09:23,280 --> 00:09:29,456 Pada 2013, saya duduk di lantai dingin dalam khemah kem pelarian 188 00:09:29,480 --> 00:09:32,560 bersama ibu-ibu sedang saya menjalankan kumpulan fokus. 189 00:09:33,440 --> 00:09:35,736 Di depan saya seorang wanita tua berdiri dengan 190 00:09:35,760 --> 00:09:39,216 seorang budak perempuan, seperti, berumur 13 tahun berbaring di sebelahnya 191 00:09:39,240 --> 00:09:41,520 dengan kepalanya di lutut wanita tua itu. 192 00:09:42,080 --> 00:09:44,856 Budak perempuan itu senyap di sepanjang kumpulan fokus, 193 00:09:44,880 --> 00:09:46,176 langsung tidak bercakap, 194 00:09:46,200 --> 00:09:48,320 dengan lututnya mengerekot di dadanya. 195 00:09:49,040 --> 00:09:50,736 Di penghujung kumpulan fokus itu, 196 00:09:50,760 --> 00:09:53,736 sedang saya ucap terima kasih kepada ibu-ibu kerana luangkan masa, 197 00:09:53,760 --> 00:09:56,736 wanita tua itu memandang saya dan tunjuk ke arah budak itu 198 00:09:56,760 --> 00:09:59,160 dan katanya, "Boleh anda bantu saya dengan..?" 199 00:10:00,080 --> 00:10:02,456 Tidak pasti apa yang dia mahu saya lakukan. 200 00:10:02,480 --> 00:10:04,336 Saya pandang budak perempuan itu dan senyum 201 00:10:04,360 --> 00:10:05,736 dan saya berkata dalam bahasa Arab, 202 00:10:05,760 --> 00:10:07,776 "Salaam alaikum. Shu-ismak?" 203 00:10:07,800 --> 00:10:09,000 "Apa nama awak?" 204 00:10:09,720 --> 00:10:12,456 Dia pandang saya, wajahnya begitu keliru dan tidak beri perhatian 205 00:10:12,480 --> 00:10:14,080 tetapi berkata, "Halul." 206 00:10:14,840 --> 00:10:19,376 Halul ialah nama timangan bagi nama wanita Arab iaitu Hala 207 00:10:19,400 --> 00:10:22,280 dan hanya digunakan oleh budak perempuan yang sangat muda. 208 00:10:23,320 --> 00:10:26,960 Pada waktu itu, saya sedar Hala sebenarnya lebih dewasa dari 13 tahun. 209 00:10:27,800 --> 00:10:32,080 Sebenarnya, Hala berumur 25 tahun dan ibu kepada tiga anak kecil. 210 00:10:32,920 --> 00:10:36,896 Hala dahulunya seorang ibu yang yakin diri, bijak, ceria, penyayang 211 00:10:36,920 --> 00:10:38,136 kepada anak-anaknya 212 00:10:38,160 --> 00:10:40,120 tetapi perang telah mengubah segalanya. 213 00:10:41,000 --> 00:10:45,376 Dia mengalami peritiwa bandarnya dibom dari udara, 214 00:10:45,400 --> 00:10:47,840 dan pelbagai letupan. 215 00:10:48,440 --> 00:10:50,896 Semasa jet pejuang terbang di sekitar bangunannya, 216 00:10:50,920 --> 00:10:52,136 melepaskan bom, 217 00:10:52,160 --> 00:10:54,896 anak-anaknya berteriak ketakutan dengan bunyi bising. 218 00:10:54,920 --> 00:10:58,016 Sambil tidak keruan, Hala mencapai bantal untuk menutup telinga anaknya 219 00:10:58,040 --> 00:10:59,416 untuk menghalang bunyi bising 220 00:10:59,440 --> 00:11:01,000 dan dia tidak henti memekik. 221 00:11:02,080 --> 00:11:03,776 Bila mereka sampai di kem pelarian 222 00:11:03,800 --> 00:11:07,016 dan dia tahu akhirnya mereka berada di tempat perlindungan, 223 00:11:07,040 --> 00:11:10,440 wataknya langsung berubah dan dia berkelakuan seperti kanak-kanak. 224 00:11:11,080 --> 00:11:13,160 Dia langsung tidak mengenali keluarganya, 225 00:11:14,480 --> 00:11:16,440 anak-anaknya, suaminya. 226 00:11:17,200 --> 00:11:19,320 Hala tidak mampu menanggungnya lagi. 227 00:11:20,600 --> 00:11:23,496 Inilah yang dihadapi ibu bapa dengan kesudahan yang menyayat hati. 228 00:11:23,520 --> 00:11:25,336 Yang sedihnya, ia bukan jarang berlaku. 229 00:11:25,360 --> 00:11:28,336 Sesiapa yang melalui konflik bersenjata dan penghijrahan 230 00:11:28,360 --> 00:11:30,960 akan menghadapi pergelutan emosi yang serius. 231 00:11:31,720 --> 00:11:33,760 Dan itu sesuatu yang kita boleh fahami 232 00:11:34,920 --> 00:11:37,920 jika anda pernah melalui detik yang mengecewakan dalam hidup, 233 00:11:38,600 --> 00:11:42,240 jika anda pernah kehilangan seseorang atau sesuatu yang anda sayangi, 234 00:11:43,400 --> 00:11:45,480 bagaimana anda terus menghadapinya? 235 00:11:46,680 --> 00:11:49,800 Bolehkah anda masih menjaga diri dan keluarga anda? 236 00:11:51,480 --> 00:11:54,616 Tahun pertama kanak-kanak adalah penting 237 00:11:54,640 --> 00:11:57,896 untuk pembangunan fizikal dan emosi yang sihat. 238 00:11:57,920 --> 00:12:02,896 1.5 bilion orang sedang mengalami konflik bersenjata 239 00:12:02,920 --> 00:12:05,616 dan ramai mereka bersama dalam masyarakat kita sekarang. 240 00:12:05,640 --> 00:12:07,536 Kita tidak boleh untuk tidak mengendahkan 241 00:12:07,560 --> 00:12:11,280 keperluan mereka yang mengalami perang dan penghijrahan. 242 00:12:12,800 --> 00:12:15,256 Kita mesti utamakan keperluan keluarga sebegini, 243 00:12:15,280 --> 00:12:20,120 bagi yang terpaksa berpindah dalam negara dan pelarian seluruh dunia. 244 00:12:21,080 --> 00:12:26,096 Keperluan ini mesti diutamakan oleh pekerja NGO, penggubal dasar, 245 00:12:26,120 --> 00:12:30,416 WHO, UNHCR dan setiap kita. 246 00:12:30,440 --> 00:12:33,840 dalam apa sahaja peranan yang kita lakukan dalam masyarakat kita. 247 00:12:35,600 --> 00:12:40,776 Apabila kita mengenali wajah-wajah yang terjejas dengan konflik, 248 00:12:40,800 --> 00:12:45,296 apabila kita peduli emosi yang merungsingkan di wajah mereka, 249 00:12:45,320 --> 00:12:47,200 kita mula melihat mereka sebagai manusia juga. 250 00:12:48,000 --> 00:12:50,696 Kita mula memahami keperluan keluarga-keluarga ini 251 00:12:50,720 --> 00:12:52,400 dan inilah keperluan manusia yang sebenar. 252 00:12:53,840 --> 00:12:56,536 Apabila keperluan keluarga-keluarga ini diutamakan, 253 00:12:56,560 --> 00:12:59,856 bantuan bagi kanak-kanak dalam suasana kemanusiaan 254 00:12:59,880 --> 00:13:05,160 akan mengutamakan dan mengakui peranan asas keluarga dalam membantu kanak-kanak. 255 00:13:05,840 --> 00:13:08,416 Kesihatan mental keluarga akan menuntut didengari 256 00:13:08,440 --> 00:13:10,200 dalam agenda global, antarabangsa. 257 00:13:11,080 --> 00:13:14,776 Dan kemungkinan kanak-kanak dalam sistem bantuan sosial akan berkurangan 258 00:13:14,800 --> 00:13:16,376 di negara yang mereka hijrah 259 00:13:16,400 --> 00:13:19,080 sebab keluarga mereka sudah menerima sokongan sebelum ini. 260 00:13:20,520 --> 00:13:23,256 Dan fikiran kita akan lebih terbuka, 261 00:13:23,280 --> 00:13:25,096 lebih mengalu-alukan, lebih mengasihani 262 00:13:25,120 --> 00:13:28,600 dan lebih mempercayai kepada yang menyertai masyarakat kita. 263 00:13:29,800 --> 00:13:32,000 Kita perlu menghentikan peperangan. 264 00:13:32,720 --> 00:13:37,376 Kita perlu membina dunia di mana kanak-kanak impikan pesawat yang menebarkan hadiah 265 00:13:37,400 --> 00:13:38,640 dan bukannya bom. 266 00:13:39,320 --> 00:13:43,376 Sehingga kita hentikan konflik bersenjata yang menghantui dunia, 267 00:13:43,400 --> 00:13:46,096 keluarga akan terus terpaksa berhijrah, 268 00:13:46,120 --> 00:13:47,480 kanak-kank akan terjejas. 269 00:13:48,080 --> 00:13:51,136 Dengan meningkatkan sokongan pada ibu bapa dan pengasuh, 270 00:13:51,160 --> 00:13:56,416 maka kaitan di antara perang dan tekanan psikologi boleh dikurangkan 271 00:13:56,440 --> 00:13:58,360 pada kanak-kanak dan keluarga mereka. 272 00:13:58,840 --> 00:14:00,056 Terima kasih. 273 00:14:00,080 --> 00:14:01,960 (Tepukan)