Di seluruh dunia, lebih 1.5 bilion orang
mengalami konflik bersenjata.
Akibatnya, ramai orang terpaksa
meninggalkan negara mereka,
kira-kira lebih 15 juta pelarian.
Sudah tentu, kanak-kanak
adalah paling tidak bersalah
dan mangsa yang lemah
tetapi bukan hanya bahaya
fizikal yang boleh dilihat
tetapi dari kesan perang yang
tidak diungkapkan pada keluarga
Pengalaman perang mendedahkan
kanak-kanak kepada risiko tinggi
dalam pembentukan
masalah emosi dan kelakuan.
Bayangkan, kanak-kanak
akan rasa bimbang, terancam dan berisiko.
Tetapi, ada berita baik.
Mutu penjagaan yang
kanak-kanak terima dari keluarga mereka
boleh memberi kesan yang lebih
baik bagi kesejahteraan mereka
dari pengalaman sebenar perang
yang mereka terdedah.
Jadi sebenarnya, kanak-kanak
boleh dilindungi
dengan kasih sayang dan perlindungan
ibu bapa semasa dan selepas konflik.
Pada 2011, saya seorang
pelajar PhD tahun pertama.
di Universiti Manchester
Sekolah Sains Psikologi.
Seperti anda
semua di sini,
Saya menyaksikan krisis Syria
di TV.
Keluarga saya berasal dari Syria.
dan sejak peringkat awal,
Saya hilang beberapa ahli keluarga dengan
cara yang menyayat hati
Saya bersama-sama keluarga saya
menonton TV.
Kami saksikan
semua kejadian:
bom memusnahkan bangunan,
kucar-kacir, kehancuran
dan orang ramai
berteriak dan berlari.
Suasana orang berteriak dan berlari
benar-benar menyedihkan saya.
terutama wajah
kanak-kanak yang ketakutan.
Saya ibu kepada dua orang
anak kecil yang gemar bertanya
Masa itu, mereka berumur
lima dan enam tahun,
pada umur yang biasanya
mereka bertanya bermacam soalan,
dan mahu jawapan
yang benar dan menyakinkan.
Jadi, saya mula terfikir
bagaimana keadaannya
saya menjaga anak-anak
di zon perang dan kem pelarian.
Adakah anak saya
akan berubah?
Adakah sinar pada wajah
anak saya akan jadi kelam?
Adakah sikap anak lelaki saya yang santai
dan bebas akan menjadi ketakutan?
Bagaimana saya menanganinya?
Adakah saya akan berubah?
Sebagai ahli psikologi
dan jurulatih ibu bapa,
kita tahu memberikan ibu bapa
kemahiran menjaga anak mereka
ada kesan yang besar
pada kesejahteraan mereka,
dan kita panggil sebagai
latihan ibu bapa.
Persoalan saya ialah,
adakah program latihan ibu bapa
berguna kepada keluarga
yang berada dalam zon perang
atau kem pelarian?
Bolehkah kita dampingi
dengan nasihat atau latihan?
yang membantu mereka
melalui kesukaran ini?
Jadi saya bertemu
penyelia PhD saya,
Profesor Rachel Calam,
untuk gunakan kemahiran akademik saya
untuk mengubah dunia.
Saya tidak pasti apa
yang saya mahu lakukan.
Beliau mendengar dengan
teliti dan sabar.
tiba-tiba beliau berkata,
"Jika anda mahu lakukannya,
dan ia amat bermakna kepada anda,
lakukanlah.
Mari cari jalan jika
program ibu bapa
berguna untuk keluarga
dalam konteks itu."
Sejak lima tahun lalu,
saya dan rakan kerja saya,
Prof. Calam dan Dr. Kim Cartwright,
berusaha bagamana untuk
menyokong keluarga
yang pernah mengalami
perang dan penghijrahan.
Untuk tahu cara membantu
keluarga yang telah melalui konflik
membantu anak-anak mereka,
langkah pertama tentunya
tanyakan mereka masalah yang dihadapi,
betul, kan?
Maksud saya, ia jelas.
Tetapi biasanya,
golongan yang paling lemah,
itulah yang kita cuba sokong,
tetapi sebenarnya
mereka yang tidak ditanya.
Berapa kerap kita andaikan
kita tahu perkara yang betul
untuk membantu seseorang atau sesuatu
tanpa bertanya lebih dahulu?
Jadi, saya kunjungi kem pelarian
di Syria dan Turki,
dan duduk bersama mereka
sekeluarga dan mendengar.
Saya mendengar
cabaran sebagai ibu bapa,
saya mendengar
kesukaran sebagai ibu bapa
dan saya dengar laungan
mereka untuk bantuan.
Adakalanya, kami hanya terdiam,
apa saya boleh buat hanya
genggam tangan
bersama mereka,
menangis dan berdoa.
Mereka beritahu saya
mengenai perjuangan mereka,
mereka beritahu saya keadaan
kem pelarian yang sukar,
tidak boleh fokus
melainkan tugasan yang penting
seperti mengambil
air bersih.
Mereka beritahu bagaimana
anak-anak mereka berubah;
kesedihan, kemurungan,
kemarahan,
kencing malam, menghisap jari,
takut bunyi bising,
takut mimpi ngeri -
mimpi yang sangat,
sangat mengerikan.
Keluarga-keluarga ini telah
mengalami apa yang kita saksikan di TV.
Ibu-ibu,
hampir separuh mereka kini
janda-janda perang
atau tidak tahu jika
suami mereka mati atau hidup,
menceritakan kesukaran
menghadapi keadaan ini.
Mereka saksikan anak mereka berubah
tetapi tidak tahu cara membantu mereka.
Mereka tidak tahu
menjawab soalan anak-anak mereka.
Apa yang saya dapati begitu
menakjubkan dan memberangsangkan
adalah keluarga ini sungguh
terdorong untuk membantu anak-anak mereka.
Walau berdepan dengan
cabaran ini,
mereka cuba membantu
anak-anak mereka.
Mereka cuba mendapatkan
sokongan pekerja NGO,
dari guru-guru kem pelarian,
pakar perubatan
profesional
ibu bapa yang lain.
Seorang ibu yang saya temui
baru empat hari berada di kem
dan sudah membuat dua percubaan
untuk dapatkan bantuan bagi
anaknya berumur lapan tahun
yang mengalami mimpi
yang mengerikan.
Malangnya, percubaannya
selalunya tidak berhasil.
Doktor kem pelarian, jika ada,
selalu terlalu sibuk
atau tidak ada pengetahuan atau
masa untuk bantuan asas ibu bapa.
Guru kem pelarian dan ibu bapa lain
sama seperti mereka,
masyarakat pelarian yang baru
yang terpaksa memenuhi keperluan baru.
Jadi, kita mula berfikir.
Bagaimana boleh kita
membantu keluarga ini?
Keluarga ini bergelut dengan
masalah lebih besar dari yang mampu ditangani.
Krisis Syria jelas membuktikan
amat mustahil untuk dapat
membantu keluarga secara individu.
Apakah cara lain yang
boleh kita bantu mereka?
Bagaiaman boleh kita dekati
keluarga secara ramai
dan rendah kos
dalam masa yang menakutkan ini?
Selepas berjam-jam berbincang
dengan pekerja NGO,
seorang mencadangkan satu
idea innovatif yang hebat
iaitu mengedarkan maklumat
keibubapaan melalui bungkusan roti.
Bungkusan roti yang diedarkan
kepada keluarga di zon konflik Syria
oleh para pekerja kemanusiaan.
Jadi, itulah yang kami lakukan.
Tidak ada apa-apa perubahan
pada bungkusan roti itu
melainkan ada dua keping kertas
yang dilampirkan.
Satu ialah risalah keibubapaan
yang memberikan maklumat asas
mengenai apa yang ibu bapa
sedang alami
dan apa yang anak mereka
mungkin alami.
Dan maklumat mengenai cara mereka
boleh membantu diri dan anak mereka,
seperti meluangkan masa berbual-bual
dengan anak mereka,
menunjukkan lebih kasih sayang
kepada mereka,
lebih bersabar terhadap anak anda,
berbual dengan anak anda.
Kertas yang satu lagi ialah
soalan-soalan maklum balas.
Dan sudah tentu, disertakan pen.
Jadi, adakah ini sekadar
pengedaran risalah
atau ini sebenarnya satu cara menyebarkan
bantuan awal psikologi
untuk memberikan sentuhan
ibu bapa yang menyayangi, meyakinkan?
Kami berjaya mengedarkan
3,000 bungkusan dalam hanya seminggu.
Apa yang menakjubkan ialah
kami menerima kadar respons 60 peratus.
60 peratus respons
daripada 3,000 keluarga.
Saya tidak tahu berapa ramai
pengkaji yang hadir pada hari ini,
tetapi kadar respons seperti itu
adalah hebat.
Respons seperti itu jika di
Manchester adalah satu pencapaian,
apa lagi jika di zon konflik di Syria.
Ia benar-benar menunjukkan
pentingnya mesej ini kepada keluarga.
Saya masih ingat, betapa gembira
bila menerima maklum balas itu kembali.
Keluarga itu meninggalkan
ratusan mesej
yang kebanyakannya amat positif
dan menggalakkan.
Tetapi yang paling saya suka
ialah
"Terima kasih kerana tidak
melupakan kami dan anak-anak kami."
Ia benar-benar menunjukkan
potensi
menyebarkan bantuan awal
psikologi kepada keluarga
dan menerima kembali maklum
balas.
Bayangkan, menyebarkannya
melalui cara yang lain
seperti melalui pengedaran susu bayi atau
perkakas kebersihan wanita
atau dalam bakul makanan.
Mari bicara sesuatu
yang hampir dengan kita
sebab krisis pelarian ini
menjejas setiap kita.
Setiap hari kita dihujani dengan
statistik dan gambar,
dan bukan sesuatu
yang menghairankan,
sebab sehingga bulan lalu,
lebih satu juta pelarian
telah sampai di Eropah.
Satu juta.
Pelarian kini menyertai masyarakat kita,
mereka menjadi jiran-jiran kita,
anak-anak mereka menghadiri
sekolah anak-anak kita.
Jadi kami menyesuaikan risalah itu
untuk keperluan pelarian Eropah
dan ada dalam talian,
boleh dibaca oleh sesiapa,
di kawasan yang ada jumlah pelarian
yang sangat ramai.
Contohnya, pihak kesihatan
Sweden muat naik di laman web mereka.
Dalam masa 45 minit pertama,
ia dimuat turun 343 kali...
benar-benar menunjukkan betapa penting
bagi sukarelawan, pengamal
dan ibu bapa yang lain
mempunyai mesej bantuan awal psikologi
yang mudah dicapai.
Pada 2013, saya duduk di lantai dingin
dalam khemah kem pelarian
bersama ibu-ibu sedang saya menjalankan
kumpulan fokus.
Di depan saya seorang wanita tua
berdiri dengan
seorang budak perempuan, seperti,
berumur 13 tahun berbaring di sebelahnya
dengan kepalanya di lutut wanita tua itu.
Budak perempuan itu senyap di sepanjang
kumpulan fokus,
langsung tidak bercakap,
dengan lututnya mengerekot di dadanya.
Di penghujung kumpulan fokus itu,
sedang saya ucap terima kasih
kepada ibu-ibu kerana luangkan masa,
wanita tua itu memandang saya dan
tunjuk ke arah budak itu
dan katanya, "Boleh anda
bantu saya dengan..?"
Tidak pasti apa yang dia
mahu saya lakukan.
Saya pandang budak perempuan
itu dan senyum
dan saya berkata
dalam bahasa Arab,
"Salaam alaikum. Shu-ismak?"
"Apa nama awak?"
Dia pandang saya, wajahnya
begitu keliru dan tidak beri perhatian
tetapi berkata, "Halul."
Halul ialah nama timangan
bagi nama wanita Arab iaitu Hala
dan hanya digunakan oleh
budak perempuan yang sangat muda.
Pada waktu itu, saya sedar Hala
sebenarnya lebih dewasa dari 13 tahun.
Sebenarnya, Hala berumur 25 tahun
dan ibu kepada tiga anak kecil.
Hala dahulunya seorang ibu yang
yakin diri, bijak, ceria, penyayang
kepada anak-anaknya
tetapi perang telah mengubah segalanya.
Dia mengalami peritiwa bandarnya
dibom dari udara,
dan pelbagai letupan.
Semasa jet pejuang terbang
di sekitar bangunannya,
melepaskan bom,
anak-anaknya berteriak
ketakutan dengan bunyi bising.
Sambil tidak keruan, Hala mencapai
bantal untuk menutup telinga anaknya
untuk menghalang
bunyi bising
dan dia tidak henti memekik.
Bila mereka sampai
di kem pelarian
dan dia tahu akhirnya mereka berada
di tempat perlindungan,
wataknya langsung berubah dan
dia berkelakuan seperti kanak-kanak.
Dia langsung tidak mengenali keluarganya,
anak-anaknya, suaminya.
Hala tidak mampu menanggungnya lagi.
Inilah yang dihadapi ibu bapa
dengan kesudahan yang menyayat hati.
Yang sedihnya,
ia bukan jarang berlaku.
Sesiapa yang melalui konflik bersenjata
dan penghijrahan
akan menghadapi pergelutan
emosi yang serius.
Dan itu sesuatu yang kita boleh fahami
jika anda pernah melalui
detik yang mengecewakan dalam hidup,
jika anda pernah kehilangan seseorang
atau sesuatu yang anda sayangi,
bagaimana anda terus menghadapinya?
Bolehkah anda masih
menjaga diri dan keluarga anda?
Tahun pertama kanak-kanak
adalah penting
untuk pembangunan fizikal
dan emosi yang sihat.
1.5 bilion orang
sedang mengalami konflik bersenjata
dan ramai mereka
bersama dalam masyarakat kita sekarang.
Kita tidak boleh untuk
tidak mengendahkan
keperluan mereka yang
mengalami perang dan penghijrahan.
Kita mesti utamakan
keperluan keluarga sebegini,
bagi yang terpaksa berpindah dalam
negara dan pelarian seluruh dunia.
Keperluan ini mesti diutamakan oleh
pekerja NGO, penggubal dasar,
WHO, UNHCR
dan setiap kita.
dalam apa sahaja peranan yang
kita lakukan dalam masyarakat kita.
Apabila kita mengenali
wajah-wajah yang terjejas dengan konflik,
apabila kita peduli emosi yang
merungsingkan di wajah mereka,
kita mula melihat mereka
sebagai manusia juga.
Kita mula memahami
keperluan keluarga-keluarga ini
dan inilah keperluan
manusia yang sebenar.
Apabila keperluan keluarga-keluarga
ini diutamakan,
bantuan bagi kanak-kanak
dalam suasana kemanusiaan
akan mengutamakan dan mengakui peranan
asas keluarga dalam membantu kanak-kanak.
Kesihatan mental keluarga akan
menuntut didengari
dalam agenda global, antarabangsa.
Dan kemungkinan kanak-kanak
dalam sistem bantuan sosial akan berkurangan
di negara yang mereka hijrah
sebab keluarga mereka sudah menerima
sokongan sebelum ini.
Dan fikiran kita akan lebih terbuka,
lebih mengalu-alukan,
lebih mengasihani
dan lebih mempercayai
kepada yang menyertai masyarakat kita.
Kita perlu menghentikan peperangan.
Kita perlu membina dunia di mana
kanak-kanak impikan pesawat yang menebarkan hadiah
dan bukannya bom.
Sehingga kita hentikan konflik
bersenjata yang menghantui dunia,
keluarga akan terus terpaksa berhijrah,
kanak-kank akan terjejas.
Dengan meningkatkan sokongan pada
ibu bapa dan pengasuh,
maka kaitan di antara perang
dan tekanan psikologi boleh dikurangkan
pada kanak-kanak dan keluarga mereka.
Terima kasih.
(Tepukan)