Salam, Pengacau. Selamat datang ke Trouble Nama saya tidak penting. Di teratas bersama perhambaan, perang salib, penjajahan benua Amerika, dan album baru Nickelback, No Fixed Address, Perang Dunia Ke-2 bagi kebanyakkan adalah benda paling teruk manusia pernah lakukan. Ia amat mengerikan dengan kehancuran banyak bandar, meragut paling banyak nyawa, dan kekejaman paling teruk terjadi di Eropah. Tidak mengejutkan apabila pada ketika itu ideologi politikal yang memulakannya, fasisme, telah menjadi sinonim dengan kejahatan mutlak. Walaupun fasisme bermasalah dalam isu penjenamaan, faktor idea dan faktor pokok yg membawanya ke hadapan tidak pernah hilang. Hari ini dalam aturan neo-liberal kapitalis yang sedang berkrisis, fasisme sekali lagi disuarakan sebagai ancaman serius. Kebangkitan nasionalis sayap kanan, ketuanan kulit putih, benci wanita dan idea toksik kolot lain telah merangsang gelora perjuangan anti-fasis atau antifa. Jika kita mahu maju melalui momentum ini amatlah penting yg kita melewati penggunaan fasis, sebagai memperendahkan atau penggunaan terhadap lawan politik, dan kita patut memahami apa yang kita lawan. Dalam 30 minit seterusnya, kami membawa suara pelbagai krew dari gerakan anti-fasis dan anti-rasis, berkongsi pengalaman menyerang fasis, dan membuat kacau. Tabik Trump! Tabik orang kita! Tabik kemenangan! Ia persoalan yg belum pasti, bagaimana kita mendefinisasi fasisme, dan ianya amat penting, kerana apabila kita melabel satu gerakan sebagai satu gerakan fasis, ia bermakna, dari mula lagi kita tidak melawan secara intelektual, kita tidak akan melawan dengan berhujah, dan penggunaan kekerasan diguna untuk membenam gerakan itu. Golongan kiri telah berdekad menjelaskan fasisme sebagai tindakbalas negara terhadap krisis kapitalisme. Sistem kapitalis, apabila ada krisis, menggunakan sayap-kanan atau fasisme melawan gerakan rakyat dan gerakan kiri. Fasisme adalah satu idea yg kolot dan autoritarian. Sebagai anarkis dan komunis, kami menganggap fasisme adalah menentang revolusi, bertentangan dengan apa yg kita juangkan. Ia satu gerakan politik yg mahu menghancur lawan politikal mereka secara paksa, dan oleh itu harus dilawan habis-habisan. Fasisme, saya mengertikan sebagai satu gerakan authoritarian, kolot dan nasionalis, berakar dari idea wujudnya konspirasi menentang kulit pulit dan konspirasi menentang tamadun barat Gerakan jalanan diperlukan dituju kepada musuh politikal mereka, untuk golongan kiri dan minoriti dan gerakan rakyat yg mahu kebebasan. Masyarakat akan melawan balik sama ada kelas pekerja secara menyeluruh, golongan yg ditindas oleh ketuanan kulit putih, wanita melawan balik menentang patriaki, ia dinilai sebagai masalah sosial yg teruk yg harus mereka hadapi dan tewaskan supaya mereka boleh bergerak maju. Zaman sekarang, hampir semua benda dianggap fasisme bergantung kepada siapa kamu tanya. Kiri dan kanan menggambarkan masing2 sebagai fasis... yg mana...agak menarik. Ada pelbagai jenis fasisme, sama seperti kepelbagaian dalam sosialisme, anarkisme atau komunisme. Tetapi ianya mempunyai kualiti yg sama iaitu amat authoritarian, nasionalistik, dan akhirnya berlandas atas memelihara hierarki kelas, kaum dan jantina. Seorang kanak2 14 tahun di Rockville Maryland telah dirogol di tandas sekolah oleh dua lelaki yg masuk ke nagara ini tanpa izin. Cara migran di kambing hitam kan oleh media perdana, oleh kerajaan, oleh kelas memerintah, dan fasis, mereka lihat ini sebagai peluang dan menyorong agenda mereka dan membawa retorik perkauman, dan anti-migran supaya menyemarakkan agenda politikal mereka untuk menghancur sebarang perjuangan kelas pekerja dan gerakan sayap-kiri. Saya rasa, wujud kegagalan dalam melihat fasisme sebagai satu prinsip yang boleh digunakan dalam mana2 gerakan politik di mana2 negara pada bila2 masa. Ia adalah satu gerakan politik yg nyata. Saya rasa ianya bermasalah dengan persoalan "adakah ini fasis" atau "adakah kita di dalam fasisme" adalah adakah ini benda paling teruk pernah wujud? Dan saya rasa ianya bodoh sombong dan begitu mengelirukan, terutamanya di Amerika Utara. Boleh dikatakan, Amerika Syarikat tidak akan ada sejarah buruk dan Kanada tidak akan ada sejarah buruk jika fasis terbuka berada di takhta Aku gagal melihat begitu, dan aku rasa ia menafikan keganasan di Amerika Utara dengan menyatakan ia bisa menjadi lebih teruk. Di Kanada dan Amerika Syarikat, asas negara tersebut adalah perkauman. Ia dilaksanakan melalui pembunuhan beramai-ramai terhadap orang pribumi, dan melalui perhambaan, telah membina apa yg kita kenali hari ini sebagai Amerika. Aku rasa fungsi sebenar ketuanan kulit putih, patriaki, auhtoritarianisme, penjajah kolonialisme, di Amerika Utara sepatutnya difahami secara mendalam kerana ia wujud dan tidak dibandingkan dengan tempat2 lain. Gerakan fasis kental amat mirip di Amerika Syarikat dan Eropah. Perbezaannya adalah konsep identiti gerakan2 fasis juangkan. Di Amerika Syarikat, identiti di sini dijelaskan melalui katergori kaum. Kita adalah negara pendatang, orang di bawa ke sini secara paksa, dari pelbagai kaum. Dan ketuanan kulit putih sebagai cara menghancur potensi solidariti kelas melawan golongan yg menguasai dan mengawal masyarakat. Di Eropah, tanggapan kaum tidak wujud dalam cara yg sama. Fasis dan gerakan etno-nasionalis sayap kanan suka meletakkan mereka rapat dengan asal-usul negara meraka. Jika dilihat, cara orang Ireland dibawa ke negara Amerika selepas tamatnya perhambaan, anda lihat bagaimana akar umbi keputihan amat berbeza sekali sebagai contoh, di Itali, yang mana wujud sekarang, Northern League yang menyatakan hanya orang utara orang Itali sebenar dan berkulit putih. Dan selatan Itali tidak berkulit putih. Dan perbezaan seperti itu tidak ada di Amerika. Jadi di Eropah, parti2 fasis selalu melihat kelas politik berdasarkan kaum. Mereka menolak kritik komunis dan anarkis pada kelas masyarakat dan menggantikannya dengan kaum kelas memerintah yg mana selalunya "Yahudi" atau mungkin bertudungkan anti-semitik, seperti globalis. Grup fasis di Amerika bermusuh terhadap imigran, terhadap aktivis Black Lives Matter, terhadap pelarian. Bukan kepada orang yg menguasai dan mengawal masyarakat, atau orang yg memperlaksanakannya, seperti tuan rumah, ahli politik, polis... orang yang menguasai industri penjara. Dan begitulah fasisme di AS sentiasa cuba lakukan. Kau tahu ia sentiasa cuba mencari musuh daripada masyarakat bawah pekerja kulit putih. Dan jika kita lihat dengan Trump... aku maksudkan, ianya dijual. Penulis novel Amerika, Sinclair Lewis selalu memetik dengan meramalkan "bila fasisme datang ke Amerika, ia dibalut bendera dan membawa salib." Agak tepat ramalan itu... tetapi kemudianya, ianya meme katak Pepe. Ya, kita hidup dalam saat aneh. Tetapi amat pasti, ianya pin Pepe pada label alt-kanan teoris yg berada dan pada groupie poyo Depeche Mode, Richard Spencer, apabila dia dilanyak di jalanan di Washington DC, ketika hari perlantikan Donald Trump. Tumbukan tersebut didengari satu dunia membuat radikal dan liberal teruja, melahirkan puluhan remix Youtube yang lucu. Aku mungkin dah tengok klip tersebut ratusan kali. Walaupun asal-usul politikal Spencer menyusur dari teoris fasis Itali yang lampau, gerakan politikal beliau walaubagaimanapun berbagai-bagai, dan seluruhnya kontemporari. Gerakan kolot hari ini adalah toksik datang dari zaman kita, di zaman yang dikategorikan oleh kacau bilau dan ketidakamanan, dan juga percambahan media sosial. Inilah dunia kita hari ini. Dan ianya tempat ideal untuk membiak penjenamaan baru fasisme. Banyak grup sayap kanan berbeza daripada grup konservatif tradisional. Sayap kanan dan terutamanya gerakan fasis lebih gemar menjadi revolusioner dan kenabian. Meraka tak mahu masyarakat yg stabil, Mereka mahu ubah ikut visi mereka. Ia bermula dari, mamat ni, Richard Spenser. Boop. Dia yang memberi nama alt-kanan, alternatif kanan, dan saya suka mamat ni. Alternatif kanan adalah penjenamaan semula paleo-konservatif, nasionalisme kulit putih, semua benda berbeza ini. Mereka bermula sebagai satu gerakan fasis, aku rasa agak jelas. Mereka muncul ketika gerakan fasis sedang mengatur semula estetik dan rujukan budaya. Satu benda yg mereka berjaya lakukan adalah mengatakan "lihat, kita kelihatan bagus, kita berambut kemas, kita tidak macam skinhead klasik atau memakai jubah KKK, kita berbeza," dan media sangat suka seperti ini. Kamu mengigatkan saya seperti Christopher Hitchens hidup, muda dan gay. Bahkan diantara bahagian fasis dalam alt-kanan, adanya sayap neo-nazi dikeliling Andrew Anglin dan The Daily Stormer. Gerombolan Muslim, dah berapa kita melawan? Dan sekarang kita jemput mereka masuk? Dan beri mereka semua benda percuma supaya mereka boleh rogol wanita di jalanan? Dan kemudian, yg lebih fasis tetapi bukan jelas sayap nazi dikeliling National Policy Institute dan Richard Spencer. Menjadi kulit putih adalah menjadi seorang pejuang, tentera salib, seorang penjelajah dan seorang penakluk. Kita tidak mengguna golongan lain. Mereka yg mahukan kita, bukan sebaliknya. Scene alt-kanan, disangka, merupakan pintu masuk ke arah fasisme yg ganas dan melampau. Baru2 ini gerakan ini berkembang dan menarik banyak minat. Jadi adanya orang seperti Gavin Mcinnes, salah seorang pengasas Vice Magazine. Kenapa 'blackface' penghinaan? Dan orang yg menggalakkannya seperti Milo Yiannopoulos. Ini adalah gerakan konservatif populis dan libertarian, ia tak akan padam, selagi golongan kiri terus mengutamakan perasaan Muslim lebih dari nyawa gay. Selagi golongan kiri terus mengutamakan perasaan feminis sundal gila lebih daripada semua orang. Milo! Milo! Milo! Golongan yg mereka mahu suntik dan mengatur adalah kebanyakannya pelajar kolej, kelas tengah-atasan, lelaki heteroseksual. Orang yang cenderung media sosial, orang yg cenderung teknologi. Mereka suka meme mereka. Kumpulan seperti American Vanguard dan Identity Evropa sedang menyelimuti kampus di seluruh negara dengan poster. Dan ianya menarik minat ramai grup Republican di kolej yg tidak semestinya nasionalis kulit putih, tapi suka dengan tujuan dan cara alt-kanan. Jika kita lihat, Richard Spencer minggu ini telah heboh yg beliau peroleh jutaan dollar setiap tahun kerana ibu-bapanya memiliki ladang kapas di Lousiana di kawasan paling melarat di negara. Dan ianya amat kontradik kerana kebanyakan orang kulit putih miskin di negara ini. Kebanyakan kulit putih kena bangun dan bekerja. Mereka tidak dapat wang dari ibu-bapa yg memiliki ladang kapas yg sebelum ini dikerjakan oleh orang kulit hitam sebagai hamba dan sebab itu mereka kaya. Kumpulan itu retak, dan tidak semestinya berpusat. Meraka tak bersatu dan mereka berselisih sesama mereka. Dan kami mahu mereka kekal begitu. Pihak ini membela chauvinisme dan idea barat. Pihak ini berkata kulit putih mesti turut serta. Seseorang seperti Roosh V, yg mengelar dirinya artis mengorat, dia seorang yg sial yg pernah menulis artikel tentang merogol perempuan dari Iceland. Juga wujud dalam ahli alt-kanan yg mengguna mitos mengenai "rapeugee." Bermaksud pelarian, adalah bahaya kepada wanita. Jadi mereka masih berfikir kepentingan jantina dalam kewanitaan, tetapi mereka tetap berselisih, sebagai contoh, dengan seseorang yg mengalak wanita dirogol Matthew Heimbach dengan pasti telah membawa gelombang alt-kanan. Tetapi apa yg membezakan Heimbach adalah dia amat menarik, walaupun dirinya datang dari komuniti yg kaya berhampiran Washington DC, yg dipanggil Poolesville, dia amat suka berbicara mengenai orang kulit putih kebanyakan, yg miskin dan susah dan cuba membina landasan neo-nazi dari dalam. Tradiotionalist Worker Party, amat terbuka yg mereka adalah neo-nazi. Gerakan patriot adalah pengganti gerakan militia 1990an yg terkenal dengan kewujudan kumpulan paramilitari di Amerika Syarikat dan dua penyokong mereka mengebom bangunan perseketuan Oklahoma City pada 1995. Mengikut sejarah mereka selalu menentang presiden Democrate. Mereka memberi naratif tentang bagaimana presiden adalah seorang komunis yg merupakan pengkhianat negara dan dia akan membiar tentera asing masuk. Organisasi utama ialah Oathkeepers. Mereka merekrut militari dan bekas askar, polis dan responden pertama. Satu lagi kumpulan sheriff dan badan penguatkuasa lain bernama CSPOA, Consitutional Sheriffs and Peace Officers Association. Satu versi militan desentralisasi yg dipanggil 3 Percenters, dan ada satu lagi rakyat berdaulat, yg percaya pada teori2 undang2 alternatif... berlandaskan pembacaan aneh mengenai undang2 dan sejarah. Orang bebas adalah... mereke dibenarkan... mereka adalah bebas. Mereka dapat hak sebagai rakyat AS tanpa perlu