Salam, Pengacau. Selamat datang ke Trouble Nama saya tidak penting. Di teratas bersama perhambaan, perang salib, penjajahan benua Amerika, dan album baru Nickelback, No Fixed Address, Perang Dunia Ke-2 bagi kebanyakkan adalah benda paling teruk manusia pernah lakukan. Ia amat mengerikan dengan kehancuran banyak bandar, meragut paling banyak nyawa, dan kekejaman paling teruk pernah terjadi di Eropah. Tidak mengejutkan apabila pada ketika itu ideologi politikal yang memulakannya, fasisme, telah menjadi sinonim dengan kejahatan mutlak. Walaupun fasisme bermasalah dalam isu penjenamaan, faktor idea dan faktor pokok yg membawanya ke hadapan tidak pernah hilang. Hari ini, dalam aturan neo-liberal kapitalis yang sedang berkrisis, fasisme sekali lagi disuarakan sebagai ancaman serius. Kebangkitan nasionalis sayap kanan, ketuanan kulit putih, benci wanita dan idea toksik kolot lain, telah merangsang gelora perjuangan anti-fasis atau antifa. Jika kita mahu maju melalui momentum ini amatlah penting yg kita melewati penggunaan fasis, sebagai mempesenda atau penggunaan terhadap lawan politik, dan kita patut memahami apa yang kita lawan. Dalam 30 minit seterusnya, kami membawa suara pelbagai krew dari gerakan anti-fasis dan anti-rasis, berkongsi pengalaman menyerang fasis, dan membuat kacau. Tabik Trump! Tabik orang kita! Tabik kemenangan! Ia satu persoalan, bagaimana kita mendefinisasi fasisme, dan ianya amat penting, kerana apabila kita melabel satu gerakan sebagai satu gerakan fasis, ia bermakna, dari mula lagi kita tidak melawan secara intelektual, kita tidak akan melawan dengan berhujah, dan penggunaan kekerasan diguna untuk membenam gerakan itu. Golongan kiri telah berdekad menjelaskan fasisme sebagai tindakbalas negara terhadap krisis kapitalisme. Sistem kapitalis, apabila ada krisis, menggunakan sayap-kanan atau fasisme untuk melawan gerakan rakyat dan gerakan kiri. Fasisme adalah satu idea yg dari dulu lagi kolot dan autoritarian. Sebagai anarkis dan komunis, kami menganggap fasisme adalah menentang revolusi, bertentangan dengan apa yg kita juangkan. Ia satu gerakan politik yang mahu menghancur lawan politikal mereka secara paksa, dan oleh itu harus dilawan habis-habisan. Fasisme, saya mengertikan sebagai satu gerakan authoritarian, kolot dan nasionalis, berakar dari idea wujudnya konspirasi menentang kulit pulit dan konspirasi menentang tamadun barat Gerakan jalanan diperlukan dituju kepada musuh politikal mereka, untuk golongan kiri dan minoriti dan gerakan rakyat yg mahu kebebasan. Masyarakat akan melawan balik sama ada kelas pekerja secara menyeluruh, golongan yg ditindas oleh ketuanan kulit putih, wanita melawan balik menentang patriaki, ia dinilai sebagai masalah sosial yg teruk yg harus mereka hadapi dan tewaskan supaya mereka boleh bergerak ke depan. Zaman sekarang, hampir semua benda dianggap fasisme bergantung kepada siapa kamu tanya. Kiri dan kanan, menggambarkan masing2 sebagai fasis...yang mana agak menarik. Ada pelbagai jenis fasisme, sama seperti kepelbagaian dalam sosialisme, anarkisme atau komunisme. Tetapi ianya mempunyai kualiti yg sama iaitu amat authoritarian, nasionalistik, dan akhirnya berlandas atas memelihara hierarki kelas, kaum dan jantina. Seorang kanak2 14 tahun di Rockville Maryland telah dirogol di tandas sekolah oleh dua lelaki yg masuk ke nagara ini tanpa izin. Cara migran di kambing hitam kan oleh media perdana, oleh kerajaan, oleh kelas memerintah, dan fasis, mereka lihat ini sebagai peluang dan menyorong agenda mereka dan membawa retorik perkauman, dan anti-migran supaya menyemarakkan agenda politikal mereka untuk menghancur sebarang perjuangan kelas pekerja dan gerakan sayap-kiri. Saya rasa, wujud kegagalan dalam melihat fasisme sebagai satu prinsip yang boleh digunakan dalam mana2 gerakan politik di mana2 negara pada bila2 masa. Ia adalah satu gerakan politik yg nyata. Saya rasa ianya bermasalah dengan persoalan "adakah ini fasis" atau "adakah kita di dalam fasisme" adalah adakah ini benda paling teruk pernah wujud? Dan saya rasa ianya bodoh sombong dan begitu mengelirukan, terutamanya di Amerika Utara. Boleh dikatakan, Amerika Syarikat tidak akan ada sejarah buruk dan Kanada tidak akan ada sejarah buruk jika fasis terbuka berada di takhta. Aku gagal melihat begitu, dan aku rasa ia menafikan keganasan di Amerika Utara dengan menyatakan ia bisa menjadi lebih teruk. Di Kanada dan Amerika Syarikat, asas negara tersebut adalah perkauman. Ia dilaksanakan melalui pembunuhan beramai-ramai terhadap orang pribumi, dan melalui perhambaan, telah membina apa yg kita kenali hari ini sebagai Amerika. Aku rasa fungsi sebenar ketuanan kulit putih, patriaki, auhtoritarianisme, penjajah kolonialisme, di Amerika Utara sepatutnya difahami secara mendalam kerana ia wujud dan tidak dibandingkan dengan tempat2 lain. Gerakan fasis kental amat mirip di Amerika Syarikat dan Eropah. Perbezaannya adalah konsep identiti gerakan2 fasis juangkan. Di Amerika Syarikat, identiti di sini dijelaskan melalui katergori kaum. Kita adalah negara pendatang, orang di bawa ke sini secara paksa, dari pelbagai kaum, dan ketuanan kulit putih sebagai cara menghancur potensi solidariti kelas melawan golongan yg menguasai dan mengawal masyarakat. Di Eropah, tanggapan kaum tidak wujud dalam cara yg sama. Maka fasis dan gerakan etno-nasionalis sayap kanan suka meletakkan mereka rapat dengan asal-usul negara meraka. Jika dilihat, cara orang Ireland dibawa ke negara Amerika selepas tamatnya perhambaan, anda lihat bagaimana akar umbi keputihan amat berbeza sekali sebagai contoh, di Itali, yang mana wujud sekarang, Northern League yang menyatakan hanya orang utara orang Itali sebenar dan berkulit putih. Dan selatan Itali tidak berkulit putih. Dan perbezaan seperti itu tidak ada di Amerika. Jadi di Eropah, parti2 fasis selalu melihat kelas politik berdasarkan kaum. Mereka menolak kritik komunis dan anarkis pada kelas masyarakat dan menggantikannya dengan kaum kelas memerintah yg mana selalunya "Yahudi" atau mungkin bertudungkan anti-semitik, seperti globalis. Grup fasis di Amerika bermusuh terhadap migran, terhadap aktivis Black Lives Matter, terhadap pelarian. Bukan kepada orang yg menguasai dan mengawal masyarakat, atau orang yg memperlaksanakannya, seperti tuan rumah, ahli politik, polis... orang yang menguasai industri penjara. Dan begitulah fasisme di AS sentiasa cuba lakukan. Kau tahu ia sentiasa cuba mencari musuh dari masyarakat bawah pekerja kulit putih. Dan jika kita lihat dengan Trump... ia jual. Penulis novel Amerika, Sinclair Lewis selalu memetik dengan meramalkan "bila fasisme datang ke Amerika, ia dibalut bendera dan membawa salib." Agak tepat ramalan itu... tetapi kemudianya, ianya meme katak Pepe. Ya, kita hidup dalam saat aneh. Tetapi amat pasti, ianya pin Pepe pada dada alt-kanan teoris dan groupie poyo Depeche Mode, Richard Spencer, apabila dia dilanyak di jalanan di Washington DC, ketika hari perlantikan Donald Trump. Tumbukan tersebut didengari satu dunia membuat radikal dan liberal teruja, melahirkan puluhan remix Youtube yang lucu. Aku mungkin dah tengok klip tersebut ratusan kali. Walaupun asal-usul politikal Spencer menyusur dari teoris fasis Itali yang lampau, gerakan politikal beliau walaubagaimanapun berbagai-bagai, dan seluruhnya kontemporari. Gerakan kolot hari ini adalah toksik datang dari zaman kita, di zaman yang dikategorikan oleh kacau bilau dan ketidakamanan, dan juga percambahan media sosial. Inilah dunia kita hari ini. Dan ianya tempat ideal untuk membiak penjenamaan baru fasisme. Banyak grup sayap kanan berbeza daripada grup konservatif tradisional. Sayap kanan dan terutamanya gerakan fasis lebih gemar menjadi revolusioner dan kenabian. Meraka tak mahu masyarakat yg stabil, Mereka mahu ubah ikut visi mereka. Ia bermula dari, mamat ni, Richard Spenser. Boop. Dia yang memberi nama alt-kanan, alternatif kanan, dan saya suka mamat ni. Alternatif kanan adalah penjenamaan semula paleo-konservatif, nasionalisme kulit putih, semua benda berbeza ini. Mereka bermula sebagai satu gerakan fasis, aku rasa agak jelas. Mereka muncul ketika gerakan fasis sedang mengatur semula estetik dan rujukan budaya. Satu benda yg mereka berjaya lakukan adalah mengatakan "lihat, kita kelihatan bagus, kita berambut kemas, kita tidak macam skinhead klasik atau memakai jubah KKK, kita berbeza," dan media sangat suka seperti ini. Kamu mengigatkan saya seperti Christopher Hitchens hidup, muda dan gay. Bahkan diantara bahagian fasis dalam alt-kanan, adanya sayap neo-nazi dikeliling Andrew Anglin dan The Daily Stormer. Gerombolan Muslim, dah berapa kita lawan? Dan sekarang kita jemput mereka masuk? Dan beri mereka semua benda percuma supaya mereka boleh rogol wanita di jalanan? Dan kemudian, yg lebih fasis tetapi bukan jelas sayap nazi dikeliling National Policy Institute dan Richard Spencer. Menjadi kulit putih adalah menjadi seorang pejuang, tentera salib, seorang penjelajah dan seorang penakluk. Kita tidak mengguna golongan lain. Mereka yg mahukan kita, bukan sebaliknya. Scene alt-kanan, disangka, merupakan pintu masuk ke arah fasisme yg ganas dan melampau. Baru2 ini gerakan ini berkembang dan menarik banyak minat. Jadi adanya orang seperti Gavin Mcinnes, salah seorang pengasas Vice Magazine. Kenapa 'blackface' penghinaan? Dan orang yg menggalakkannya seperti Milo Yiannopoulos. Ini adalah gerakan konservatif populis dan libertarian, yg tak akan hilang, selagi golongan kiri terus mengutamakan perasaan Muslim lebih dari nyawa gay. Selagi golongan kiri terus mengutamakan perasaan feminis sundal gila lebih daripada semua orang. Milo! Milo! Milo! Golongan yg mereka mahu suntik dan mengatur adalah kebanyakannya pelajar kolej, kelas tengah-atasan, lelaki heteroseksual. Orang yang cenderung media sosial, orang yg cenderung teknologi. Mereka suka meme mereka. Kumpulan seperti American Vanguard dan Identity Evropa sedang menyelimuti kampus di seluruh negara dengan poster. Dan ianya menarik minat ramai grup Republican di kolej yg tidak semestinya nasionalis kulit putih, tapi suka dengan tujuan dan cara alt-kanan. Jika kita lihat, Richard Spencer minggu ini telah heboh yg beliau peroleh jutaan dollar setiap tahun kerana ibu-bapanya memiliki ladang kapas di Lousiana di kawasan paling melarat di negara. Dan ianya amat kontradik kerana kebanyakan orang kulit putih di negara ini miskin. Kebanyakan kulit putih kena bangun dan bekerja. Mereka tidak dapat wang dari ibu-bapa yg memiliki ladang kapas yg sebelum ini dikerjakan oleh hamba kulit hitam dan sebab itu mereka kaya. Kumpulan itu retak, dan tidak semestinya berpusat. Meraka tak bersatu dan mereka berselisih sesama mereka. Dan kami mahu mereka kekal begitu. Pihak ini membela chauvinisme dan idea barat. Pihak ini berkata kulit putih mesti turut serta. Manusia seperti Roosh V, yg mengelar dirinya artis mengorat, dia sial yg pernah menulis artikel tentang merogol wanita Iceland. Juga wujud dalam ahli alt-kanan yg mengguna mitos "rapeugee." Bermaksud pelarian, adalah bahaya kepada wanita. Jadi mereka masih berfikir kepentingan jantina dalam kewanitaan, tetapi mereka tetap berselisih, contohnya, dengan orang yg menggalak wanita dirogol. Matthew Heimbach dengan pasti telah membawa gelombang alt-kanan. Tetapi apa yg membezakan Heimbach adalah dia amat menarik, walaupun dirinya datang dari komuniti yg kaya berhampiran Washington DC, yg dipanggil Poolesville, dia amat suka berbicara mengenai orang kulit putih kebanyakan, yg miskin dan susah dan cuba membina landasan neo-nazi dari dalam. Tradiotionalist Worker Party, amat terbuka yg mereka adalah neo-nazi. Gerakan patriot adalah pengganti gerakan militia 1990an yg terkenal dengan kewujudan kumpulan paramilitari di Amerika Syarikat dan dua penyokong mereka mengebom bangunan perseketuan Oklahoma City pada 1995. Mengikut sejarah, mereka selalu menentang presiden parti Democrat. Mereka memberi naratif tentang bagaimana presiden adalah seorang komunis yg merupakan pengkhianat negara dan dia akan membiar tentera asing masuk. Organisasi utama ialah Oathkeepers. Mereka rekrut militari dan bekas askar, polis dan first responder. Satu lagi kumpulan sheriff dan badan penguatkuasa lain bernama CSPOA, Consitutional Sheriffs and Peace Officers Association. Satu versi militan desentralisasi yg dipanggil 3 Percenters, dan ada satu lagi rakyat berdaulat, yg percaya pada teori2 undang2 alternatif, berlandaskan pembacaan aneh mengenai undang2 dan sejarah. Orang bebas adalah... mereke dibenarkan... mereka adalah bebas. Mereka dapat hak sebagai rakyat AS tanpa perlu ikut undang2. - Huru-hara lah kalau macam tu. - Tak Menariknya Breitbart adalah kerana ia menjadi pemain media utama kebelakangan ini dan berada rapat dengan FOX News. Dan ianya mendorong lebih ke kanan, dan dengan bekas kepalanya berada di dalam kabinet Trump, mereka menjadi sayap media separuh rasmi pentadbiran Trump. Orang ramai mendapat berita daripada pelampau sayap kanan, seperti pelarian Syria di Sweden merogol wanita kulit putih, yg mana tidak benar. Dan kemudian Trump mula jadi murai, borak dengan mereka,bersiul dengan mereka atau cakap balik macam fakta. Ia bukan pasal kebenaran, ia pasal merencana paksaan ke dalam perbualan. Ia akan berkata "Tak, fuck you, ia mengenai pelarian," Atau, "Fuck you, ia mengenai masyarakat lelaki diserang oleh feminisme." Ia mewujudkan pengkalan yg berpontensi melampau, dan saya rasa itu menakutkan. Mengikut sejarah, anarkis dan anti-authoritarian sentiasa berada di barisan depan dalam perjuangan antifasis, dan lebih berdekad, kita telah menang dan juga tewas. Pada penghujung Perang Dunia ke-2, anarkis di Sepanyol dan Catalonia membalas rampasan kuasa oleh fasis dari kerajaan republik dengan melancarkan revolusi sosial yg luas. Selepas hampir 3 tahun perang saudara, tentera fasis General Francisco Franco menang dan puluhan ribu anarkis dibunuh dan ada yg lari. Walaupun hasilnya tragis, Revolusi Sepanyol hingga hari ini adalah contoh perjuangan massa kelas pekerja terhadap fasisme. Anarkis juga melawan samseng fasis dalam perjuangan2 lain yg dilancar oleh autonomis, feminis dan gerakan militan belia di Itali sepanjang 1960an dan 70an, dan di Jerman pada 70an dan 80an, di mana black bloc mula muncul sebagai satu formasi taktik militan. Perjuangan2 ini memberi pengaruh penting di Greece, dan telah bertahun, jika anarkis tak membakar polis dengan molotov, mereka akan membelasah ahli-ahli dan penyokong parti fasis utama negara itu, iaitu Golden Dawn. Pada 30 Mac, satu krew yg terdiri daripada 30 antifasis menyerang ibu pejabat Golden Dawn, di kawasan kawalan ketat di bandaraya Athens. Anarkis juga telah squat bangunan bagi mendirikan pusat sosial dan untuk pelarian tinggal, dan berjaya menolong mempertahankan migran dari serangan paramiliter fasis. Pada Disember 2016, satu kumpulan anarkis dan anti-authoritarian barat turun berjuang di Utara Syria bersatu tenaga di bawah nama Antifascist Internationalist Tabur, AIT, mengambil inspirasi daripada sukarelawan antarabangsa yg turun ketika Perang Saudara Sepanyol. Sudah tentu, anda tidak perlu merentas dunia untuk melawan politik kolot. Untuk lebih efektif, antifasis dan antirasis haruslah tumbuh di komuniti yg mereka tinggal, dan di tempat fasis dan lain cuba merekrut. Saya turut serta Anti Racist Action ketika umur 15. Kumpulan di Toronto agak besar di dalam jaringan besar A.R.A. yg di atur dari bandar ke bandar. Niat A.R.A adalah untuk mendedah, menentang dan menghadap rasis dan perancangan organisasi2 kanan. Di Toronto ia bermacam-macam cara. Kadangkala agak kasar, kadang2 tidak. Kadangkala skinhead. Banyak kali organisasi kanan Christian, organisasi anti-hak memilih, organisasi anti-orang asal, dan politik begitu biasanya dekat di dalam percampuran budaya dengan sektor2 lain di dalam populasi Toronto. Ada percubaan untuk membina politik anti-rasis, feminis, anti-kolonial. Kebanyakannya adalah terdiri daripada belia dan percampuran budaya berpusar di kumpulan2 sub-budaya. ...di dalam scene punk, ada di dalam scene hip-hop, dalam scene muzik elektronik. Di sana di mana politik tersebar. Sebelum saya turut serta, Toronto ada beberapa kumpulan ketuanan kulit putih. Pergaduhan fizikal terjadi di jalanan dan selalunya anti-rasis yg menang. Beberapa kawasan di Toronto menjadi zon larangan ketuanan kulit putih. Nazi keluar!!! Kawasan di Toronto yg dipegang ketuanan kulit putih, menjadi zon larangan, dan dia secara rasmi menjadi kawasan larangan. Kemudian kawasan tersebut menjadi pusat operasi dan kemudian lagi banyak pusat dibina di seluruh bandar Ia adalah satu proses yg makan tahun dan banyak kerja dan pada masa tu bahaya, tapi ia berjaya. Kemudian, persoalan timbul, "apa kita buat dengan kejayaan tu?" Dan A.R.A berjalan. Ia mengubahsuai, tapi asasnya mengguna kaedah yg sama dan strategi sama. Dan kaedah dan strategi tu menjadi makin kurang diguna dan akhirnya berangsur habis. Satu benda yg tak bagus bila berangsur habis adalah ia kurang tinggalkan warisan. Walaupun ada orang buat balik baru kerana, kita tak tinggalkan apa2 untuk mereka review. Alerta! Alerta! Anti-fascista! RASH (Red & Anarchist Skinhead) ada beberapa grup serata dunia di beberapa negara, di beberapa bandar. Montreal RASH wujud sejak 1990an bertujuan melawan politik sayap-kanan yg mula masuk ke dalam scene skinhead. Secara kolektif atau perseorangan, ahli RASH terlibat dalam beberapa perjuangan, sama ada syndikalis, feminis, dalam komuniti LBGT, dalam anti-gentrifikasi, hak untuk imigran. Kami nak buat ada budaya anti-fasisme dalam scene kami supaya semua tahu, Montreal adalah merah, kami di sini dan fasisme dan rasisme tak boleh bertapak di sini, Montreal Sisterhood adalah kolektif yg tak mix yg mulai oleh individu yg identifikasi mereka sebagai perempuan. Ia wujud ketika kami memikirkan tentang kedudukan wanita dalam scene kita, dalam gerakan anti-fasis, dan sasaran kami adalah membina solidariti feminin dan feminis dalam gerakan kami. Kami buat worksyop mempertahankan diri, screenings, pembacaan, dan kami cuba bawa ke depan isu feminis dalam scene kami. Jaringan kami dengan RASH amat bagus. Kita selalu bekerja sekali. Beberapa perempuan adalah ahli kedua2 organisasi. Kita boleh kata yg kita seperti organisasi abang dan kakak. Aku dalam L.A.F dah beberapa tahun. Masa aku masuk, agak kurang aktiviti sayap-kanan. Grup kami wujud ketika English Defense League bercambah. Hal itu memberi kesan pada struktur organisasi London Anti-Fascist. Kami lihat kami sebagai peneraju militan dalam gerakan anti-fasis yg lebih luas seperti grup traditional Unite Against Fascism. Walaubagaimanapun, grup2 ini bergulung, dan sayap kanan pula berpecah. Respon kami tentang cara kita menghadap dan melawan fasisme mesti bertukar sepertimana suasana politik bertukar. Kami masih menganggap kami adalah grup militan anti-fasis. tapi sekarang kami satu-satunya penggerak anti-fasis di London. Kami selalu bergerak mendahului grup yg lebih mainstream, dengan mesej radikal, dan berorientasikan aksi terus. Kami mengatur mengguna model anarcho-syndicalist. Ia amat berkesan. Ia memberi makna yg kita bertanggung-jawab sesama sendiri. Kita cuba buat demonstrasi yg kita jemput dalam sudut berbeza. Dan adanya landasan organisasi yg kuat bermakna apabila kita beraksi, kita boleh percaya komrad kita sebab kita tahu yg kita mengatur bersama dan bersama dari awal lagi. Grup lain memilih struktur grup affiniti. Paling penting adalah strategi2 ini bertukar dan bersesuaian. Kami telah membina jaringan dengan pelbagai grup anti-fasis seluruh Eropah. Mereka datang membantu aksi kami, kami hantar orang membantu mobilisasi besar mereka. Jelas kami punyai konteks politik berbeza dan sebab tu respon kami berbeza terhadap aktiiti sayap-kanan yg terjadi di kawasan kita. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kita tidak belajar sesama kita dalam mengembang grup kami, dan mengembang lagi militan anti-fasis. Sekarang, kadang2 kami rasa kita semakin hampir ke perang nuklear skala besar Donald Trump, dan merasa yg satu kuasa besar berada diluar kawalan, yg mengongcang hidup kita dan buat hilang semangat. Tapi tiada siapa kata perjuangan revolusioner itu mudah dan dengan realiti gerakan kolot sedang stabil bertapak di serata dunia, amatlah penting untuk anarkis dan anti-fasis tidak putus asa, atau terlepas pandang pada apa yg nampak seperti manfaat masa singkat. Dalam kata lain, kita perlu bangkit, dan bermain dengan strategi dan taktik yg membuat kolektif dan autonomi kita kuat, sebagai persediaan untuk pertempuran, walaupun mendapat ancaman di mana2. Ketika kita memasuki tempoh perubahan yg amat dinamik, amat penting untuk kita buka mata, dan menolak untuk berkompromi dengan visi kita untuk dunia yg lebih baik. Ringkasnya, inilah masanya kita bersedia. Kita boleh beri contoh betapa manja sayap-kiri ketika krisis kewangan 2008. Kita biar sengsara golongan pekerja diambil peluang oleh sayap-kanan dan elemen kolot di dalam masyarakat. Idealogi kolot selalu ada. Orang fikir neo-nazi adalah benda baru dan fasis adalah baru, amat tidak benar. Apa yg kita fikir sekarang, ya, ia menjadi semakin bising. Kita lihat makin banyak pembakaran masjid, vandalisme di rumah ibadat dan kubur Yahudi. Kita lihat serangan pengganas di Kanada dan AS oleh penyokong Trump dan nasionalis kulit putih, aku fikir malangnya serangan sebegini akan berterusan. Kita harus bersedia, jika ini adalah landasan sekarang, ia boleh menakutkan dalam beberapa tahun akan datang. Adanya perjuangan politik terjadi, di hati dan fikiran kelas pekerja. Cadangan saya, cara terbaik untuk melancar perjuangan adalah mewujudkan organisasi kelas pekerja yg mengambil perjuangan kelas-pekerja, yg boleh membina politik yg sesuai dengan permasalahan yg dihadapi kelas pekerja. Politik itu adalah anti-ketuanan kulit putih. Mereka anti-Islamofobia, mereka feminis dan mereka komunis. Ini adalah politik yg harus dibangunkan. Kamu harus bangunkan organisasi, bangunkannya kuat. Kamu harus bina di dalam komuniti dan tempat kerja yg kamu berada, dan harus siapkan diri kamu dan komrad kamu bersedia untuk konflik. Kamu harus pastikan semua orang bersedia untuk berdiri dan melawan jika perlu. Tapi jangan berangan sahaja. Ia bukan sahaja benda fizikal. Pendidikan popular cara bagus, propaganda, selidik mengenai kumpulan fasis. Peranan tersebut sama penting dengan menumbuk nazi di muka. Yg mana, saya sokong. Sekali lagi ia bukan satu-satunya benda anti-fasisme. Ia benda menyeronokkan, tapi... Mengatur. Jangan tunggu sesiapa, mengatur bersama kawan2, bersama orang dalam komuniti kamu, dengan rakan sekerja, dengan jiran kamu. Kita boleh berjalan pada laluan yg sama dengan menaikkan obsesi kita terhadap kaedah berjuang yg kuat, yg mana kita harus menambah baik untuk diri kita lebih dari menambah baik untuk seluruh dunia. Atau kita boleh menjangkau elemen kolot, kucar-kacir di dalam masyarakat dan bawanya ke dalam perjuangan menggulingkan kapitalisme dan menggulingkan sistem yg menindas kita. Kita jangan putus asa pada golongan2 miskin kulit putih. Jika tiada siapa mengemukakan naratif lain, tiada siapa pergi ke taman treler, semua itu... akhirnya grup2 ini akan berpengaruh di area tersebut. Jika kita tidak dapat mengatur dengan kelas pekerja membenih politik membalas politik2 sebegitu, maka kita jauh lebih bermasalah daripada apa yg black bloc berjaya capai. Tapi bagusnya aku rasa, dan ramai tidak fikir yg kita berada di posisi itu sekarang. Tak jelas apa yg akan berlaku, dalam 6 bulan sekarang. Sekarang ni, banyak benda boleh buat. Resistansi anti-fasis telah menjelma dan berkembang cepat. Jika jaringan kuat dibina dengan gerakan hak migran dan Black Lives Matter, dan dengan gerakan radikal dan agak radikal di dalam masyarakat, ia akan menjadi gerakan yg kuat. Sayap kanan makin kuat dan makin yakin. Jadi ia boleh buat rasa, macam, kita akan kalah. Tapi sebenarnya, aku rasa peluang masih ada. Aku rasa kita patut kemaskan diri. Aku rasa kita patut mengatur secara kolektif, dan sentiasa berfikiran revolusioner. Selain itu, kita pastikan anti-fasisme ada di dalam politik revolusioner, ia mesti ada analisis mendalam dan kita juga jangan ambil mudah. Ia patut menarik ramai terlibat dengan gerakan revolusioner yg lebih luas dan kita harus bersikap terbuka. Jika kamu berminat dalam menentang reaksi dan idealogi haluan kanan dan berminat mempertahankan diri, hubungi grup anti-fasis setempat. Jangan takut untuk menghubungi mereka. Taktik dan strategi mereka amat terbuka. Ia terbuka untuk semua. Jika kamu seorang wanita atau kurang upaya, kamu diberitahu oleh elemen liberal kiri yg anti-fasisme bukan untuk kamu. Dan antifa kebanyakkanya adalah lelaki kulit putih dan mereka ada pemikiran mahu menyelamatkan lelaki putih, dan sebagainya. Tetapi itu semua mengarut. Aku rasa penting juga untuk menarik minat ramai wanita dan minoriti untuk turut serta dalam anti-fasisme kerana ia boleh memberi semangat teruja apabila kamu boleh keluar dan secara fizikal menghalang fasis dari berpeluang mengatur. Penting untuk bina pertahanan diri untuk anti-fasis sekarang. Dan ia bukan semata mempersiapkan diri ke demonstrasi melawan nazi, ia juga mengenalpasti kedudukan fasis di area setempat, di mana mereka berada, di mana kuasa mereka, siapa kepala mereka, dan menghapuskan jaringan mereka. Bila dilihat di masa depan, satu benda anti-fasis patut buat adalah mengenalpasti pengatur fasis yg akan melancar gerakan baru dan secara brutal keluarkan mereka dan menekan mana2 gerakan fasis selama 5, 10 tahun. Kita harus memecah gerakan2 tersebut. Kita harus bagi retak asas mereka dan membongkar helah mereka, dan itu adalah tugas besar kita sekarang. Jangan ambil jalan pintas dalam pemahaman anda dan jangan ambil jalan pintas dalam strategi yg diambil. Munasabah, fikir dalam2, rajin, berdisiplin, bawa politik revolusioner dalam kelas pekerja. Sementara kita berada di dalam bahaya reaksi politik abad ke-21, keperluan terhadap strategi inovatif dan tindakan efektif akan menjadi bertambah penting. Jadi di sini, saya ingin mengingatkan yg Trouble bertujuan di tonton beramai2, dan boleh dijadikan sumber untuk diskusi dan mengatur kolektif. Jika tiada inisiatif gerakan antifa atau anti-rasis, sila tayang filem ini dengan komrad2 lain dan pastikan apa jenis inisiatif yg sesuai di area anda. Berminat untuk membuat tayangan di kampus, infoshop, pusat komuniti, atau di rumah bersama teman2? Jadilah Trouble-Maker! Untuk 10 USD sebulan, kita akan beri salinan filem dan kit tayangan sebagai sumber tambahan dan persoalan yg boleh digunakan ketika diskusi. Jika anda tidak mampu memberi sumbangan, jangan bimbang! Anda boleh stream atau muat turun konten kami secara percuma di website: sub.media/trouble. Jika anda mempunyai cadangan topik untuk show ini atau berhubung, hubungi kami di trouble@submedia.tv. Kami mahu berterima kasih kepada semua yg mendirikan episod ini dan memberi salam kepada chapter Trouble-Maker pertama di Montreal, Hamilton, Calgary, Prague, Atlanta, Morrisville, Madison, The Hague, Rhyneland, Medford, Quilcene, Asheville, Durham, Whitehorse, Brooklyn, Philladelphia, Minneapolis, Sandpoint dan Hendersonville. Sekarang, keluar dan buatlah kacau.