Benda-benda yang kita hasilkan
mempunyai satu kualiti yang agung --
ia hidup lebih lama daripada kita.
Kita mati, ia hidup;
Kita ada satu kehidupan,
ia ada banyak kehidupan,
dan di setiap kehidupan, ia mungkin
mempunyai makna yang berbeza.
Maksudnya,
kita mempunyai sebuah biografi,
ia mempunyai banyak biografi.
Pada pagi ini,
saya ingin bercakap mengenai
cerita dan biografi -- atau biografi-biografi --
satu objek,
cerita dan biografi -- atau biografi-biografi --
satu objek,
satu objek yang luar biasa.
Saya setuju,
ia tidak kelihatan besar.
Saya setuju,
ia tidak kelihatan besar.
Ia sebesar sebiji bola ragbi.
Ia diperbuat daripada tanah liat,
dan dijadikan ke dalam bentuk silinder,
Ia diperbuat daripada tanah liat,
dan dijadikan ke dalam bentuk silinder,
Ia diperbuat daripada tanah liat,
dan dijadikan ke dalam bentuk silinder,
diliputi dengan tulisan dan kemudiannya
dikeringkan di bawah matahari.
diliputi dengan tulisan dan kemudiannya
dikeringkan di bawah matahari.
Seperti yang anda boleh lihat,
ia mempunyai beberapa retakan;
namun, ini tidak aneh
kerana ia dihasilkan 2,500 tahun dahulu
dan telah digali keluar pada tahun 1879.
dan telah digali keluar pada tahun 1879.
Namun, pada hari ini,
saya percaya bahawa benda ini
merupakan penyumbang utama
saya percaya bahawa benda ini
merupakan penyumbang utama
kepada dasar politik Timur Tengah.
Dan ia satu objek dengan
cerita-cerita yang menarik
Dan ia satu objek dengan
cerita-cerita yang menarik
dan cerita-cerita yang belum berakhir.
Ceritanya bermula dengan
perang Iran-Iraq
Ceritanya bermula dengan
perang Iran-Iraq
dan peristiwa-peristiwa
yang membawa kepada
dan peristiwa-peristiwa
yang membawa kepada
penyerangan Iraq oleh
kuasa-kuasa asing,
penyerangan Iraq oleh
kuasa-kuasa asing,
penyingkiran seorang pemerintah
yang kuku besi,
dan perubahan rejim
secara segera.
Saya ingin mulakan dengan
sebuah episod daripada
peristiwa-peristiwa itu
yang kebanyakan daripada anda
pasti tahu.
Perjamuan Belsyazar --
kerana kita sedang bercakap tentang perang Iran-Iraq
pada tahun 539 S.M.
kerana kita sedang bercakap tentang perang Iran-Iraq
pada tahun 539 S.M.
Dan persamaan antara
peristiwa-peristiwa
Dan persamaan antara
peristiwa-peristiwa
yang berlaku pada tahun 539 S.M
dan 2003 dan di antaranya amat mengejutkan.
yang berlaku pada tahun 539 S.M
dan 2003 dan di antaranya amat mengejutkan.
Ini ialah lukisan Rambrandt,
kini di Galeri Kebangsaan, London,
Ini ialah lukisan Rambrandt,
kini di Galeri Kebangsaan, London,
yang menggambarkan teks Nabi Daniel
dalam kitab-kitab Ibrani.
yang menggambarkan teks Nabi Daniel
dalam kitab-kitab Ibrani.
Anda semua tahu ceritanya.
Belsyazar,
anak Nebuchadnezzar,
Nebuchanezzar yang telah menakluki Israel,
menjarah Baitulmuqaddis
dan menawan orang-orangnya,
dan membawa orang Yahudi kembali ke Babylon.
dan menawan orang-orangnya,
dan membawa orang Yahudi kembali ke Babylon.
Selain orang Yahudi,
dia turut membawa harta-harta kuil.
Dia telah menyelongkar dan
mencemarkan kuil itu.
Dan harta-harta emas yang agung
dari kuil di Baitulmuqaddis
telah dibawa ke Babylon.
Belsyazar, anaknya,
bercadang untuk mengadakan
sebuah perjamuan.
Dan supaya ia lebih menarik,
dia melakukan sesuatu
yang tidak wajar;
dia membawa keluar
harta-harta kuil.
Dia sudahpun berperang dengan Iran,
dengan Raja Parsi.
Dia sudahpun berperang dengan Iran,
dengan Raja Parsi.
Pada malam itu,
Nabi Daniel berkata bahawa,
pada kemuncak perayaan
sebelah tangan tiba-tiba menjelma
dan menulis pada dinding,
"Kamu telah ditimbang di pengimbang
dan didapati mempunyai kekurangan,
dan empayar kamu diserahkan kepada
orang Medes dan orang Parsi."
dan empayar kamu diserahkan kepada
orang Medes dan orang Parsi."
Dan pada malam itu,
Cyrus, Raja Parsi,
telah memasuki Babylon
dan seluruh regim Belsyazar jatuh.
Ini merupakan suatu kejadian yang hebat
dalam sejarah orang Yahudi.
dalam sejarah orang Yahudi.
Ia sebuah cerita yang hebat
dan kita semua tahu.
"Tulisan di dinding" ialah sebahagian daripada
bahasa harian kita.
"Tulisan di dinding" ialah sebahagian daripada
bahasa harian kita.
Apa yang berlaku seterusnya
amat hebat,
Apa yang berlaku seterusnya
amat hebat,
dan ia merupakan masa apabila silinder ini
menjadi sebahagian daripada cerita ini.
dan ia merupakan masa apabila silinder ini
menjadi sebahagian daripada cerita ini.
Cyrus, Raja Parsi,
telah memasuki Babylon
tanpa sebarang pertempuran --
empayar Babylon yang agung,
yang merentasi pusat Iraq
di selatan
hingga ke Mediterranean,
jatuh kepada Cyrus.
Dan Cyrus membuat pengisytiharan.
Dan itulah maksud silinder ini,
pengisytiharan seorang pemerintah,
dengan panduan Tuhan,
yang telah menggulingkan
pemerintah kuku besi Iraq
dan membawa kebebasan
kepada rakyatnya.
Dalam bahasa Babylon yang jelas --
ia tertulis dalam bahasa Babylon --
Dalam bahasa Babylon yang jelas --
ia tertulis dalam bahasa Babylon --
dia berkata, "Saya Cyrus,
raja seluruh alam semesta,
raja yang hebat,
raja yang berkuasa,
Raja Babylon,
raja empat penjuru alam."
Jelas bahawa
ia tidak kekurangan hiperbola.
Ini mungkin siaran akhbar
yang pertama
Ini mungkin siaran akhbar
yang pertama
oleh sebuah angkatan tentera yang berjaya
yang kita ada.
oleh sebuah angkatan tentera yang berjaya
yang kita ada.
Dan ia ditulis,
seperti yang kita akan lihat,
oleh seorang perunding hubungan masyarakat
yang sangat mahir.
Jadi, penggunaan hiperbola
tidak aneh.
Apakah yang akan "raja yang hebat,
raja yang berkuasa, raja empat penjuru alam" lakukan?
Apakah yang akan "raja yang hebat,
raja yang berkuasa, raja empat penjuru alam" lakukan?
Dia teruskan bahawa,
setelah menakluki Babylon,
dengan serta-merta, dia akan
membenarkan semua orang,
yang telah orang Babylon --
Nebuchdnezzar dan Belsyazar -- tangkap dan abdikan,
yang telah orang Babylon --
Nebuchdnezzar dan Belsyazar -- tangkap dan abdikan,
dibebaskan.
Dia akan membenarkan mereka pulang ke
negara masing-masing.
Dan lebih penting,
dia akan mengembalikan setiap
dewa, patung, dan harta kuil
dewa, patung, dan harta kuil
yang telah dirampas.
Semua orang yang telah ditindas dan ditangkap
oleh orang Babylon
akan pulang ke tempat asal mereka,
dengan tuhan masing-masing.
Dan mereka akan dapat memulihkan
tempat sembahyang mereka
dan menyembah tuhan mereka
mengikut cara masing-masing,
di tempat mereka yang tersendiri.
Inilah perintahnya,
objek ini merupakan bukti bahawa orang Yahudi,
objek ini merupakan bukti bahawa orang Yahudi,
setelah terperangkap di Babylon,
tahun-tahun yang dihabiskan menunggu di Babylon,
menangis apabila terkenangkan Jerusalem,
orang Yahudi ini dibenarkan pulang.
Mereka dibenarkan pulang ke Jerusalem
dan membina semula kuil mereka.
Ia merupakan dokumen yang penting
dalam sejarah orang Yahudi.
Dan Kitab Tawarikh dan Kitab Uzair
dalam kitab-kitab Ibrani
telah melaporkannya dengan jelas.
Inilah versi orang Yahudi
tentang cerita yang sama.
"Demikian katanya Cyrus, Raja Parsi,
'Segala kerajaan dunia ini telah Tuhan kurniakan kepada kamu,
dan saya telah diarahkan untuk
membina sebuah rumah bagi-Nya di Jerusalem.
dan saya telah diarahkan untuk
membina sebuah rumah bagi-Nya di Jerusalem.
Siapakah antara kamu orang-Nya?
Semoga Tuhan bersamanya,
dan biarlah dia naik."
"Naik" -- aaleh.
Mesej utama ini masih tentang kepulangan,
Mesej utama ini masih tentang kepulangan,
sebuah isu utama dalam Judaisme.
sebuah isu utama dalam Judaisme.
Seperti yang kita tahu,
kepulangan ke tanah air,
kuil kedua,
telah membentuk semula Judaisme.
Dan perubahan itu,
detik bersejarah yang hebat itu,
telah dilaksanakan oleh Cyrus,
Raja Parsi,
dilaporkan kepada kita dalam
kitab-kitab Ibrani
dan pada tanah liat dalam
bahasa Babylon -
dua teks yang unggul.
Bagaimana pula dengan isu politik?
Apa yang telah berlaku
merupakan anjakan asas
dalam sejarah Timur Tengah.
Empayar Iran, orang Medes
dan orang Parsi,
yang telah disatukan oleh Cyrus,
menjadi empayar agung yang pertama
di dunia.
Cyrus bermula di sekitar 530 S.M.
Dan pada era anaknya, Darius,
seluruh Mediterranean timur
berada di bawah kawalan Parsi.
Empayar ini merupakan
Timur Tengah yang wujud pada hari ini,
dan ia merupakan kuasa yang membentuk
Timur Tengah hari ini.
Ia merupakan empayar terbesar
di dunia pada masa itu.
Dan yang lebih penting,
ia merupakan negeri pelbagai budaya
dan kepercayaan yang pertama
ia merupakan negeri pelbagai budaya
dan kepercayaan yang pertama
pada skala yang besar.
Ia perlu ditadbir dengan cara
yang agak baru.
Ia patut ditadbir dalam bahasa
yang berbeza.
Hakibat bahawa perintah ini wujud dalam bahasa Babylon
memang mengatakan satu hal.
Ia perlu mengiktiraf cara hidup
mereka yang berbeza,
orang yang berbeza, agama dan
kepercayaan yang berbeza.
Semua ini dihormati oleh Cyrus.
Cyrus membina sebuah model
untuk memerintah
Cyrus membina sebuah model
untuk memerintah
sebuah masyarakat multinasional,
pelbagai kepercayaan dan budaya.
Sebagai hasilnya,
lahirlah sebuah empayar yang terdiri daripada
semua kawasan yang terpapar di skrin,
yang telah menikmati kestabilan
selama 200 tahun
sehingga ia dimusnahkan
oleh Alexander.
Ia wujudkan satu impian
Timur Tengah sebagai satu unit,
satu unit di mana orang yang mempunyai
kepercayaan yang berbeza dapat hidup bersama.
satu unit di mana orang yang mempunyai
kepercayaan yang berbeza dapat hidup bersama.
Serangan-serangan orang Yunani
telah menamatkan idea itu.
Dan sudah tentu, Alexander tidak mampu
mengekalkan kerajaan itu
dan ia berpecah-belah.
Namun apa yang diwakili oleh Cyrus
tetap kekal.
Namun apa yang diwakili oleh Cyrus
tetap kekal.
Sejarawan Yunani, Xenophon,
dalam bukunya "Cyropaedia",
Sejarawan Yunani, Xenophon,
dalam bukunya "Cyropaedia",
telah mempromisikan Cyrus
sebagai pemerintah agung.
Dan setelah itu, dalam budaya Eropah,
Cyrus tetap kekal sebagai seorang model.
Ini merupakan sebuah gambar
abad ke-16
yang menunjuk betapa luasnya
penghormatan dia sebenarnya.
yang menunjuk betapa luasnya
penghormatan dia sebenarnya.
Dan buku Xenophon tentang Cyrus
tentang bagaimana mentadbir
sebuah masyarakat pelbagai ragam
merupakan antara buku rujukan
yang telah memberikan inspirasi kepada
Bapa Pengasas Revolusi Amerika Syarikat.
yang telah memberikan inspirasi kepada
Bapa Pengasas Revolusi Amerika Syarikat.
Jefferson ialah seorang peminat besar --
impian-impian Cyrus
selaras dengan impian-impian
abad ke-18
tentang cara-cara mewujudkan
toleransi agama
di sebuah negeri yang baru.
Sementara itu, di Babylon,
perkara-perkara tidak berjalan dengan lancar.
Selepas Alexander,
empayar-empayar lain,
Babylon merosot dan musnah,
dan segala kesan empayar Babylon
yang agung hilang --
sehingga tahun 1879
apabila silinder ini ditemui
oleh Muzium British menerusi
ekspedisi penggalian di Babylon.
Dan sekarang,
ia memasuki cerita yang baru.
Ia memasuki perdebatan yang hebat
di pertengahan abad ke-19:
Ia memasuki perdebatan yang hebat
di pertengahan abad ke-19:
Adakah kitab-kitab itu boleh dipercayai?
Bolehkah kita mempercayainya?
Kita hanya tahu tentang
kepulangan orang Yahudi dan perintah Cyrus
Kita hanya tahu tentang kepulangan orang Yahudi
dan perintah Cyrus melalui kitab-kitab Ibrani.
Kita hanya tahu tentang kepulangan orang Yahudi
dan perintah Cyrus melalui kitab-kitab Ibrani.
Tiada bukti yang lain.
Tiba-tiba, objek ini muncul.
Dan wujudnya keterujaan
bagi mereka yang percayakan
kitab-kitab agama
tapi kepercayaan mereka telah tergoyah
oleh evolusi dan geologi,
tapi kepercayaan mereka telah tergoyah
oleh evolusi dan geologi,
inilah buktinya bahawa
kitab-kitab itu adalah benar.
inilah buktinya bahawa
kitab-kitab itu adalah benar.
Ia merupakan saat
abad ke-19 yang hebat.
Tapi -- dan di sinilah di mana ia menjadi rumit --
fakta-faktanya benar,
syabas kepada arkeologi,
namun tafsirannya agak rumit kerana
cerita silinder dan
cerita kitab Bible Ibrani
mempunyai satu perbezaan yang utama.
Silinder Babylon
telah ditulis oleh pendakwah-pendakwah
tuhan Babylon yang agung, Marduk.
Dan, tidak menghairankan,
mereka menuntut bahawa
semua ini dilakukan oleh Marduk.
"Marduk, kita percayai,
telah memanggil nama Cyrus."
Marduk mengambil tangan Cyrus,
menyuruhnya membimbing orang-orangnya
dan mengamanahkannya pemerintahan Babylon.
Marduk beritahu Cyrus bahawa
dia akan membuat perkara-perkara
yang besar dan murah hati,
iaitu membebaskan orang-orangnya.
Dan inilah sebabnya mereka patut bersyukur kepada
dan menyembah Marduk.
Dan inilah sebabnya mereka patut bersyukur kepada
dan menyembah Marduk.
Penulis-penulis Ibrani
dalam Perjanjian Lama,
anda tidak akan berasa hairan,
mempunyai pandangan yang agak berbeza.
Bagi mereka,
sudah pasti ia bukannya Marduk
yang menyebabkan semua ini berlaku.
Ia hanya boleh dilakukan oleh Yehovah.
Oleh itu, dalam Yesaya,
kita mempunyai teks-teks mengagumkan
yang memberi segala pujian,
bukannya kepada Marduk,
tapi kepada Tuhan Israel --
Tuhan Israel
yang turut memanggil Cyrus mengikut namanya,
juga mengambil tangan Cyrus
dan menyuruhnya membimbing orang-orangnya.
Ia merupakan satu contoh yang luar biasa,
iaitu dua versi cerita agama yang berbeza
tentang kejadian yang sama,
dua versi cerita agama yang berbeza
tentang satu fakta politik.
dua versi cerita agama yang berbeza
tentang satu fakta politik.
Tuhan, kita tahu,
biasanya berada di sisi batalion yang besar.
Soalannya ialah, tuhan yang mana?
Dan perdebatan ini membuatkan
ramai orang gelisah pada abad ke-19
dan sedar bahawa kitab-kitab Ibrani
merupakan sebahagian daripada
dunia agama yang luas.
Dan ia agak jelas bahawa
silinder ini lebih tua daripada teks Yesaya,
Dan ia agak jelas bahawa
silinder ini lebih tua daripada teks Yesaya,
namun, Yehovah sedang bercakap
menggunakan perkataan-perkataan
yang serupa dengan Marduk.
menggunakan perkataan-perkataan
yang serupa dengan Marduk.
Dan Yesaya mungkin tahu hal ini,
kerana dia berkata,
ini kata-kata Tuhan,
"Saya memanggil kamu mengikut nama kamu
walaupun kamu tidak kenal Saya."
Saya rasa ia menunjukkan bahawa
Cyrus tidak sedar
Saya rasa ia menunjukkan bahawa
Cyrus tidak sedar
yang dia telah bertindak
mengikut arahan Yehovah.
Begitu juga, dia akan terkejut apabila dia sedar bahawa
dia bertindak di bawah arahan Marduk.
Ini kerana yang menariknya,
sudah tentu,
Cyrus merupakan orang Iran yang baik
dengan tuhan-tuhan yang berbeza
yang tidak disebut dalam mana-mana teks ini.
dengan tuhan-tuhan yang berbeza
yang tidak disebut dalam mana-mana teks ini.
(Gelak ketawa)
Itulah tahun 1879.
40 tahun kemudian
dan kita di tahun 1917,
dan silinder ini memasuki dunia yang baru.
Pada masa ini,
politik sebenar dunia moden --
Pada masa ini,
politik sebenar dunia moden --
tahun Perisytiharan Balfour, tahun di mana
kuasa empayar baru di Timur Tengah, Britain,
tahun Perisytiharan Balfour, tahun di mana
kuasa empayar baru di Timur Tengah, Britain,
memutuskan untuk mengisytiharkan
sebuah negeri Yahudi,
memutuskan untuk mengisytiharkan
sebuah negeri Yahudi,
ia akan membenarkan orang Yahudi pulang.
ia akan membenarkan orang Yahudi pulang.
Dan idea ini telah disambut dengan penuh kegembiraan
oleh masyarakat Yahudi di Eropah Timur.
Dan idea ini telah disambut dengan penuh kegembiraan
oleh masyarakat Yahudi di Eropah Timur.
Dan di seluruh Eropah Timur,
orang Yahudi memaparkan gambar-gambar
Cyrus dan George V
orang Yahudi memaparkan gambar-gambar
Cyrus dan George V
sebelah-menyebelah --
dua pemerintah yang agung
yang telah membenarkan kepulangan
ke Jerusalem.
Dan silinder Cyrus kembali ke
pandangan umum
dan teks kejadian ini
ialah penjelasan kepada
apa yang akan berlaku
setelah berakhirnya perang ini
pada tahun 1918
merupakan sebahagian daripada
pelan yang suci.
Anda semua tahu apa yang telah berlaku.
Negeri Israel telah ditubuhkan,
dan 50 tahun kemudian,
pada tahun 60-an,
ia jelas bahawa peranan Britain
sebagai kuasa empayar telah tamat.
Dan sebuah cerita yang baru
bagi silinder ini bermula.
U.K dan A.S memutuskan bahawa rantau itu
perlu bebas daripada komunisme,
U.K dan A.S memutuskan bahawa rantau itu
perlu bebas daripada komunisme,
dan kuasa yang akan diwujudkan
untuk melaksanakannya
ialah Iran, Shah Iran.
Oleh itu, Shah Iran mencipta
sebuah sejarah Iran,
atau kepulangan
dalam sejarah Iran,
di mana baginda berada
di pusat tradisi yang agung ini
dan menghasilkan duit syiling
yang memaparkan baginda
bersama dengan silinder Cyrus.
Apabila baginda mengadakan
sambutan megah di Persepolis,
baginda menitahkan kehadiran silinder ini
dan ia dipinjam oleh Muzium British,
dihantar ke Tehran,
dan menjadi sebahagian daripada
sambutan megah dinasti Pahlavi.
dan menjadi sebahagian daripada
sambutan megah dinasti Pahlavi.
Silinder Cyrus: penjamin Shah Iran.
10 tahun kemudian,
sebuah cerita yang baru.
Revolusi Iran, 1979.
Revolusi Islam, tiada lagi Cyrus;
kita tidak berminat terhadap sejarah itu,
kita berminat terhadap republik Islam Iran --
sehingga Iraq,
kuasa baru yang kita semua setuju
patut ada di rantau itu,
menyerang.
Kemudian,
satu lagi perang Iran-Iraq.
Dan ia penting untuk orang Iran
mengingati sejarah mereka yang agung,
masa silam mereka yang agung
apabila mereka telah berperang
dengan Iraq dan menang.
Ia menjadi kritikal untuk
mencari sebuah simbol
yang akan menyatukan
semua orang Iran --
Orang Muslim dan bukan Muslim,
orang Kristian, orang Majusi,
dan orang Yahudi yang menetap di Iran,
orang yang salih, bukan salih.
Dan lambang yang paling jelas
ialah Cyrus.
Jadi apabila Muzium British dan
Muzium Kebangsaan Tehran
bekerjasama, seperti yang kami sedang buat,
orang Iran hanya meminta satu objek
sebagai pinjaman.
orang Iran hanya meminta satu objek
sebagai pinjaman.
Ia satu-satunya objek yang mereka mahu:
silinder Cyrus.
Ia satu-satunya objek yang mereka mahu:
silinder Cyrus.
Dan pada tahun lepas,
silinder Cyrus telah dihantar ke Tehran
buat kali yang kedua.
Ia diserahkan dan diletak
di dalam sebuah peti
oleh pengarah Muzium Kebangsaan Tehran,
salah seorang wanita di Iran
berjawatan yang tinggi,
Puan Ardakani.
Ia sebuah acara yang besar.
Ini bahagian yang lain
bagi gambar yang sama.
Ia dilihat di Tehran
oleh antara satu hingga dua juta orang
dalam masa beberapa bulan.
Ini melebihi bilangan mana-mana
pertunjukan blokbuster di dunia barat.
Ini melebihi bilangan mana-mana
pertunjukan blokbuster di dunia barat.
Dan ia merupakan sebuah tajuk
dalam perdebatan besar
tentang maksud silinder ini,
maksud Cyrus,
namun, lebih daripada itu,
Cyrus yang disuarakan melalui silinder ini --
Cyrus sebagai pelindung tanah air,
seorang juara, identiti Iran
dan orang Iran,
seorang juara, identiti Iran
dan orang Iran,
bertoleransi terhadap pelbagai kepercayaan.
Bagi Iran pada zaman ini,
orang-orang Majusi dan Kristian
mempunyai tempat yang dijamin
di parlimen Iran;
ia amat dibanggakan.
Untuk melihat objek ini di Tehran,
ribuan orang Yahudi yang tinggal di Iran
pergi ke Tehran untuk melihatnya.
ribuan orang Yahudi yang tinggal di Iran
pergi ke Tehran untuk melihatnya.
Ia telah menjadi sebuah lambang,
satu tajuk perdebatan yang besar
tentang apa itu Iran
di dalam dan di luar negara.
Adakah Iran masih kekal sebagai
pembela kepada mereka yang ditindas?
Adakah Iran akan membebaskan orang
yang telah diperhamba dan dirompak
oleh mereka yang zalim.
Ini merupakan retorik kebangsaan
yang menggembirakan,
dan ia telah dihasilkan
dalam sebuah pertunjukan dramatik
yang besar
untuk melancarkan kepulangan tersebut.
Di atas pentas ini, anda boleh melihat
silinder Cyrus yang besar
dan tokoh-tokoh hebat
dalam sejarah Iran
yang sedang berkumpul untuk
mengambil tempat mereka
dalam warisan Iran.
Ia sebuah naratif yang dipersembahkan
oleh presidennya sendiri.
Ia merupakan sebuah naratif yang dipersembahkan
oleh presidennya sendiri.
Dan bagi saya,
untuk membawa objek ini ke Iran,
untuk diizinkan membawa objek ini ke Iran
untuk membawa objek ini ke Iran,
untuk diizinkan membawa objek ini ke Iran
adalah seperti dibenarkan menjadi sebahagian
daripada perdebatan yang luar biasa ini,
adalah seperti dibenarkan menjadi sebahagian
daripada perdebatan yang luar biasa ini,
yang diterajui di peringkat tertinggi,
tentang apa itu Iran,
yang diterajui di peringkat tertinggi,
tentang apa itu Iran,
apa jenis-jenis Iran yang wujud
dan bagaimana sejarah-sejarah Iran
yang berbeza
dapat membentuk dunia hari ini.
Ia perdebatan yang masih berterusan
dan ia akan terus berlaku
kerana objek ini
ialah salah satu pengisytiharan terbesar
tentang aspirasi manusia.
ialah salah satu pengisytiharan terbesar
tentang aspirasi manusia.
Ia selaras dengan perlembagaan Amerika.
Ia sememangnya menerangkan kebebasan sebenar
jauh lebih baik daripada Magna Carta.
Ia sememangnya menerangkan kebebasan sebenar
jauh lebih baik daripada Magna Carta.
Ia sebuah dokumen yang boleh mempunyai
pelbagai maksud bagi Iran dan rantaunya.
Ia sebuah dokumen yang boleh mempunyai
pelbagai maksud bagi Iran dan rantaunya.
Kini, sebuah replika objek ini berada di
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kini, sebuah replika objek ini berada di
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ia akan dipamerkan di New York
pada musim luruh ini
apabila perdebatan besar tentang
masa depan Timur Tengah berlaku.
apabila perdebatan besar tentang
masa depan Timur Tengah berlaku.
Soalan saya:
Apakah cerita seterusnya
di mana objek ini akan muncul?
Apakah cerita seterusnya
di mana objek ini akan muncul?
Ia pasti muncul dalam
banyak lagi cerita Timur Tengah.
Ia pasti muncul dalam
banyak lagi cerita Timur Tengah.
Dan dalam cerita Timur Tengah yang mana,
dalam cerita dunia yang mana,
Dan dalam cerita Timur Tengah yang mana,
dalam cerita dunia yang mana,
anda ingin objek ini
mencerminkan apa yang telah dibincangkan,
apa yang terkandung dalam silinder ini?
mencerminkan apa yang telah dibincangkan,
apa yang terkandung dalam silinder ini?
Hak orang untuk hidup bersama
dalam negeri yang sama,
Hak orang untuk hidup bersama
dalam negeri yang sama,
kepercayaan yang berbeza, secara aman --
satu Timur Tengah, sebuah dunia,
kepercayaan yang berbeza, secara aman --
satu Timur Tengah, sebuah dunia,
di mana agama bukannya
alat pembahagian atau tajuk perdebatan.
di mana agama bukannya
alat pembahagian atau tajuk perdebatan.
Di dunia Timur Tengah pada masa ini,
perdebatannya, seperti yang anda tahu, nyaring.
Di dunia Timur Tengah pada masa ini,
perdebatannya, seperti yang anda tahu, nyaring.
Namun, ia adalah mungkin
bahawa suara yang paling kuat dan bijak
Namun, saya rasa ia adalah mungkin
bahawa suara yang paling kuat dan bijak
ialah suara daripada
objek yang senyap ini:
ialah suara daripada
objek yang senyap ini:
silinder Cyrus.
Terima kasih.
(Tepukan)