Kini anda telah belajar bagaimana menggunakan Makmal Sprite, marilah membuat program anda bertindak balas apabila seseorang bermain dengannya. Untuk berbuat demikian, anda perlu menggunakan acara. Blok seperti apabila diklik dan semasa menyentuh dipanggil blok acara. Kod yang disambungkan ke blok acara berjalan apabila input yang sesuai, seperti klik atau ketukan dikesan. Contohnya, jika anda menyambung blok ubah saiz ke acara apabila mahkluk asing satu diklik, Sprite tersebut akan mengubah saiz apabila mahkluk asing diklik. Perhatikan bahawa blok acara tidak boleh dicantumkan ke program utama anda. Sebaliknya, mereka mencipta program mereka sendiri. Ingat bahawa walaupun acara itu hanya berlaku sekali, tingkah laku akan berterusan sehingga anda memberitahunya untuk berhenti. Anda boleh menggunakan blok berhenti jika anda tidak mahu berbilang acara untuk menggabungkan tingkah laku. Dengan menggunakan acara, anda boleh menghasilkan program dunia yang imaginatif dan berinteraktif, jom cuba.