Kini anda telah belajar bagaimana
menggunakan Makmal Sprite,
marilah membuat program anda bertindak balas
apabila seseorang bermain dengannya.
Untuk berbuat demikian, anda perlu
menggunakan acara.
Blok seperti apabila diklik dan semasa
menyentuh dipanggil blok acara.
Kod yang disambungkan ke blok acara
berjalan
apabila input yang sesuai,
seperti klik atau ketukan dikesan.
Contohnya, jika anda menyambung blok
ubah saiz
ke acara apabila mahkluk asing satu
diklik,
Sprite tersebut akan mengubah saiz
apabila mahkluk asing diklik.
Perhatikan bahawa blok acara tidak boleh
dicantumkan ke program utama anda.
Sebaliknya, mereka mencipta program
mereka sendiri.
Ingat bahawa walaupun acara itu
hanya berlaku sekali,
tingkah laku akan berterusan sehingga
anda memberitahunya untuk berhenti.
Anda boleh menggunakan blok berhenti
jika anda tidak mahu berbilang acara
untuk menggabungkan tingkah laku.
Dengan menggunakan acara, anda boleh
menghasilkan program dunia yang
imaginatif dan berinteraktif,
jom cuba.