Ini bukan latihan. Nama saya Greta Thunberg. Kita sedang hidup di permulaan kepupusan besar-besaran. Iklim kita semakin merosot. Kanak-kanak seperti saya meninggalkan pendidikan mereka untuk membantah. Tetapi, kita masih boleh memperbetulkan keadaan ini. Anda masih boleh memperbetulkan keadaan ini. Kita perlu berhenti membakar bahan api fosil, tapi ini sahaja tidak memadai Pelbagai solusi telah dibincangkan, tetapi bagaimana pula dengan solusi yang berada di depan mata kita? Kawan saya George akan menjelaskannya. Ada sebuah mesin ajaib yang menyerap karbon daripada udara yang hanya memerlukan kos kecil untuk dibina. Ia dipangggil ... pokok. Pokok merupakan salah satu penyelesaian iklim semula jadi. Pokok bakau, rawa gambut, hutan, rawang, dasar laut, hutan kelp, paya, terumbu karang, menyerap dan menyimpan karbon dari udara Alam semula jadi merupakan alat yang boleh kita gunakan untuk membaiki iklim yang merosot. Solusi iklim alam semula jadi ini boleh membawa perubahan yang besar. Menakjubkan, bukan? Tetapi, hanya jika kita berhenti mencarigali bahan api fosil Ini bahagian yang mengejutkan ... yang sedang kita abaikan sekarang. Kita berbelanja lebih seribu kali ganda bagi subsidi bahan api fosil berbanding dengan penyelesaian alam semula jadi. Penyelesaian iklim semula jadi yang digunakan hanya mendapat 2% dari keseluruhan wang yang digunakan untuk menangani iklim yang merosot. Ini wang anda, cukai anda dan simpanan anda. Perkara yang lebih mengejutkan lagi ialah, kita sedang memusnahkan alam semula jadi dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Sehingga 200 spesis mengalami kepupusan setiap hari. Kebanyakan ais di Artik telah mencair. Kebanyakan haiwan liar kita telah pupus. Kebanyakan tanah kita sudah tiada lagi. Jadi, apa yang kita perlu buat? Apa yang anda perlu buat? Mudah sahaja... kita perlu melindungi, memulihkan dan membiaya Melindungi. Hutan tropika ditebang pada kadar 30 padang bola sepak dalam satu minit. Bilamana alam semula jadi sedang melakukan sesuatu yang penting, kita perlu melindunginya. Memulihkan. Kebanyakan planet kita telah mengalami kerosakan. Tetapi alam semula jadi kita boleh tumbuh semula dan kita boleh membantu ekosistem kembali pulih. Memberikan dana Kita perlu berhenti membiayai perkara yang boleh merosakkan alam semula jadi dan membayar untuk perkara yang boleh memulihkannya. Mudah sahaja. Lindungi, pulihkan dan berikan dana Ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ramai yang telah mula menggunakan penyelesaian alam semula jadi. Kita perlu melakukannya pada skala besar-besaran. Anda boleh menjadi sebahagian daripadanya Undilah orang yang mempertahankan alam semula jadi. Kongsikan video ini. Bincangkan perkara ini. Terdapat gerakan hebat di seluruh dunia yang berjuang untuk alam semula jadi Sertai mereka! Setiap sumbangan adalah penting. Apa yang anda lakukan adalah penting.