Saya berada di gred 8
apabila saya belajar mengatur cara.
Saya mula belajar mencipta
bulatan hijau dan segiempat merah
muncul pada skrin.
Anda baru belajar, dan ia tidak banyak,
jadi anda akan sampai tahap
di mana anda boleh buat apa saja.
Sains komputer adalah pembelajaran
cara komputer berfungsi dan berfikir,
supaya ia diajar untuk
melakukan perkara baru.
Kini apa yang boleh dibuat dalam
sains komputer agak hebat.
Ia paling menyerupai kuasa besar.
(Tanya: pelajar Sains Komputer)
Seterusnya kami akan main
permainan berkonsep asas atur cara.
Biasanya atur cara berbentuk teks
tapi kami akan guna Blockly,
iaitu blok visual yang ditarik
dan dijatuh untuk menulis program.
Anda masih mencipta kod di sebaliknya.
Untuk bermula kami akan membina kod
untuk atur cara yang membantu
burung ini merentasi labirin untuk
sampai ke khinzir yang mencuri telurnya.
Blockly dibahagi kepada 3 bahagian utama.
Di kiri adalah labirin burung
di mana atur cara anda berjalan.
Arahan untuk setiap peringkat
ditulis di bawah labirin.
Ruang tengah adalah kotak alatan,
dan setiap satu blok adalah arahan
yang burung ini faham.
Ruang putih di kanan
adalah ruang bekerja
dan di sinilah kami bina atur cara kami.
Tarik blok "move" ke ruang bekerja
dan tekan "Run", apa berlaku?
Burung gerak satu kotak ke hadapan
pada grid.
Jika saya mahu burung ini buat sesuatu
selepas bergerak ke depan satu kotak?
Saya boleh tambah satu lagi
blok ke program kami.
Saya akan pilih blok "turn right"
dan menariknya ke bawah
blok "move" sehingga
anak panah kuning muncul
dan saya akan jatuhkannya
supaya 2 blok tersebut melekat.
Apabila saya tekan "Run", burung akan
melaksanakan arahan yang disusun,
dari atas ke bawah, di ruang bekerja.
JIka anda ingin padamkan blok,
keluarkannya daripada susunan
dan tariknya ke tong sampah.
Selepas anda tekan "Run", anda boleh
tekan butang "Reset" untuk mula semula.
Marilah mengejar khinzir tersebut!